Anda di halaman 1dari 3

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021

BM TAHUN 2
SK ULU SIPITANG

NAMA : ______________________________ MARKAH : _________________


Arahan : Pilih jawapan yang betul.

kereta guru pasar kek nenek


murid baldi anjing polis buku

1. Ayah Salina bekerja sebagai seorang ________________ di SK Rambai, Petaling Jaya.

2. Nek Hasyimah ialah ________________ saya. Beliau seorang yang baik dan penyayang.

3. Kakak Suria membakar ___________________ coklat di dalam ketuhar.


4. Ibu membeli ayam dan ikan di __________________.
5. _______________ yang dipandu ayah bergerak laju di atas jalan raya.
6. _______________ peliharaan Goh Ling sangat garang.
7. Ibu mengemas ______________ adik yang berselerakan di atas rak.
8. ____________ memberkas penjenayah yang lari dari penjara.
9. Semua _______________ SK Ulu Sipitang diminta untuk memakai baju PJ sempena latihan
kebakaran pada esok hari.
10. Abang mengangkat air menggunakan _________________ ke tingkat atas.

(10 markah)

1
Arahan : Gariskan jawapan yang betul.

1. Nenek Siti sedang (menyapu, membuang) sampah di halaman rumahnya.

2. Kakak Ina sedang (menyidai, mengorek) pakaian di ampaian.

3. Ayah (memandu, mendayung) kereta dengan berhati-hati ketika ke pejabat.

4. Murid-murid berdiri tegak semasa (menyanyikan, melakonkan) lagu Negaraku.

5. Yahya dan Rahisin (meletakkan, mencampakkan) pinggan dan gelas kotor ke dalam besen.

(10 markah)

Arahan : Pilih jawapan yang betul.

saya Dia kita kamu mereka

1. “ Siapa nama _________________?” tanya Alia kepada budak perempuan yang sedang menangis

itu.

2. “Nama ________________Ali. Saya tinggal di Kampung Indah,” kata Ali kepada kawan-kawan.

3. Razali seorang anak yang rajin. _________________selalu menolong ibu dan ayahnya di

rumahnya.

4. “Mari ___________________ ke kantin,” ajak Nisa kepada Rahila dan Ummi.

5. Rahmat, Ali dan Ibrahim gemar bermain bola. _________________ bermain bola di padang.

(5 markah)

2
Arahan : Pilih jawapan yang betul.

lalu atau dan kerana tetapi

1. Dila ____________Rania bersekolah di SK Ulu Sipitang.

2. Ahmad mahu membeli nasi goreng ___________dia tidak membawa wang yang mencukupi.

3. Kirana tidak dapat pergi ke sekolah _______________ hari hujan.

4. Lily terjatuh _____________ menangis.

5. Kamu suka buah oren _______________ buah mangga?

(5 markah)

Arahan : Lengkapkan karangan pendek di bawah.

(15 markah)

Anda mungkin juga menyukai