Anda di halaman 1dari 7

KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

APA ITU KOMUNIKASI?


1. Kamus Dewan:
Menyatakan bahawa menyampaikan buah fikiran, bertukar-tukar idea atau maklumat.

2. Sillar (1988):
Penghantaran, penerimaan atau penukaran maklumat, pendapat atau idea dengan
tulisan, pertuturan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur
tersebut supaya bahan dikomunikasikan difahami dengan jelas.

Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti berikut :-
1. Mendengar secara berkesan.
2. Menulis idea Matematik secara tepat dan jelas
3. Menulis esei dan pelaporan.
4. Membuat pembentangan

PROSES
Berkomunikasi
Komunikasi tentang idea Matematik dapat membantu murid menjelaskan dan
memperkukuhkan pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman Matematik secara
penulisan dan lisan dengan rakan sekelas , guru dan ibu bapa , murid akan dapat
meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantau perkembangan
kemahiran Matematik mereka.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran


Matematik yang bermakna . melalui komunikasi , idea Matematik dapat diluahkan dan
difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara Matematik , sama ada secara lisan ,
penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual ( dengan menggunakan
carta , graf , gambar rajah dan lain-lain ). Ini dapat membantu murid memahami dan
mengaplikasikan Matematik dengan lebih efektif.

1.
Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya , ibu bapa , orang
dewasa dan guru dapat membantu murid menggambarkan , menjelaskan dan
memperkukuhkan idea dan pemahaman Matematik mereka. Bagi memastikan
berlakunya proses penjanaan , perkongsian dan peningkatan pemahaman ,murid perlu
diberi peluang untuk membahaskan idea Matematik mereka secara analitis dan
sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat
membantu murid meningkatkan pemahaman Matematik dengan lebih baik.

Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam Matematik adalah


keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif , memahami dan
mengaplikasi notasi Matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa
dan simbol Matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea Matematik dapat
dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara Matematik juga melibatkan penggunaan
pelbagai media seperti carta , graf , manipulatif , kalkulator , komputer dan lain-lain.
Murid seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagi menjelaskan
idea Matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah Matematik.

Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa peka terhadap


keperluan murid untuk berasa selesa semasa bercakap , bertanya soalan , menjawab
soalan dan menghuraikan pernyataan kepada rakan sekelas dan juga guru. Murid perlu
diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana , contohnya
berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara berpasangan , berkumpulan atau
memberi penerangan kepada seluruh kelas.

Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara Matematik


dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa murid dapat menjana , menjelaskan
dan berkongsi idea Matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam persekitaran.
Murid yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap , membaca , menulis
dan mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik , akan dapat
berkomunikasi untuk mempelajari Matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara
Matematik.

2.
RANGSANGAN & KESAN DALAM KOMUNIKASI
Dalam rangsangan komunikasi ia melibatkan pertuturan, penulisan, bunyi,
perlakuan fenomena alam fizikal, dan bahan visual.

KESAN KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK


Kesan berkomunikasi dapat dilihat melalui :-
(a) Interpersonal: Hubungan antara individu dengan individu.
i. guru dengan murid
ii. murid dengan murid
iii. murid dengan masyarakat

(b) Intrapersonal: Hubungan antara ...


i. murid dengan diri sendiri (refleksi / muhasabah diri)
ii. murid dengan bahan ( termasuk komputer dan kalkulator)

KOMUNIKASI SECARA SISTEMATIK


1. Proses Mendengar: (slide 13)
Individu ( Murid ) bertindak balas terhadap apa yang didengar dan mengalakkannya
berfikir menggunakan pengetahuan Matematik untuk membuat keputusan dan tindakan.
Aktiviti : Buat bunyi 6 ketukan.
Minta peserta menulis apa yang di dengar menggunakan ayat matematik.
Contoh jawapan : 1. 6 tuk 2. // // // 3. 2 + 2 +2 4. 3 kali 2

2. Proses Membaca: (slide 14)


Individu ( Murid) dapat mengumpul maklumat, menyusun dan menghubungkaitkan idea
dan konsep seterusnya menterjemahkan kepada bahasa Matematik dan sebaliknya.
Aktiviti : Baca slide 15
• Ayah telah membeli 2 biji durian untuk makan malam. Pakcik Hamid datang
dengan membawa 3 bakul berisi 4 biji buah durian setiap bakul. Didapati dalam
setiap biji durian ada 8 ulas durian yang besar dan padat isinya. Emak
meletakkan ulas durian itu ke dalam mangkuk yang boleh mengisi 12 ulas dan
selebihnya emak masak pengat.
Tanya soalan dalam slide 16:
• Tulis ayat matematik. Jawapan : 2 + 3 x 4 = 14
• Berapa biji durian semuanya? Jawapan 14
• Berapa mangkuk yang berisi ulas durian? Jawapan 8 x 14 bahagi 12= 9 baki 3
• Berapa ulas durian yang dimasak pengat? Jawapan 3 ulas
• Kalau harga kesemua durian itu adalah RM 70, berapakah harga sebiji durian?

3. Proses Visualisi:( slide 16)


Individu ( Murid ) membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir , dan mensintesis
maklumat ke atas bahan konkrit, semi-konkrit dan simbol.
Aktiviti : Lihat slide 17 – Tulis apa yang dilihat dalam ayat matematik
Jawapan : Ada 5 orang – 2 orang tua, 1 pasangan muda, 1 gadis di pintu, 1
botol dan 1 pasu bunga.
Lihat slide 18 – Tulis apa yang dilihat.
Jawapan : seekor burung makan seorang lelaki.
Lihat slide 19 – Nyatakan apa yang dilihat.
Jawapan : 2 pokok, 1 ekor ikan paus, 1 orang lelaki naik
sampan dan ikan paus nak makan lelaki itu.

PERANAN KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK


Peranan komunikasi dalam Matematik melibatkan perwakilan konsep, maklumat
dan perkaitan seperti simbol, rumus, nombor, gambar rajah, bentuk dan graf ke dunia
sebenar dalam kehidupan seharian.

PERTIMBANGAN DALAM MELAKSANAKAN KOMUNIKASI


Dalam melaksanakan komunikasi dalam Matematik , terdapat beberapa aspek
pertimbangan antaranya :
i. Konteks. v. Metakognisi
ii. Minat. vi. Bersikap Proaktif
iii. Bahan Bantu Belajar. vii. Persekitaran Pembelajaran
iv. Pembelajaran aktif.
KAEDAH KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK (slide 21)
Terdapat beberapa kaedah komunikasi dalam Matematik , antaranya :-
1. Kaedah Lisan
Hubungan dua hala antara guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid
dengan bahan.Contoh:-
i. Bercerita.
ii. Menyoal dan menjawab soalan dengan bahasa matematik.
iii. Temubual berstruktur dan tidak berstruktur.
iv. Perbincangan.
v. Pembentangan dapatan sesuatu penyelesaian masalah.

2. Kaedah Bertulis
Proses penyaluran idea dan maklumat tentang Matematik yang dipersembah
secara bertulis.Contoh:-
i. Latihan. v. Portfolio
ii. Jurnal. vi. Projek
iii. Buku skrap. vii. Ujian bertulis
iv. Folio.

3. Kaedah Perwakilan
Proses menganalisis sesuatu masalah Matematik dan menterjemahkan daripada
satu mod ke mod yang lain. Contoh:-
i. Konkrit. iv. Situasi sebenar
ii. Semi konkrit. v. Bahasa
iii. Simbol.

HUBUNG KAIT ANTARA ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI (slide 22)


Terdapat beberapa hubung kait antara elemen-elemen komunikasi dalam
Matematik. Antaranya ,
1.Situasi Sebenar - contoh:- pengalaman sebenar, simulasi , dialog, main peranan.
2.Konkrit - contoh:- benda konkrit , pembilang , blok asas , alat penyukat.
3.Semi-konkrit - contoh:- gambar, gambar rajah , jadual , graf , dan carta.
4.Bahasa - contoh:- lisan dan bertulis bahasa murid atau bahasa harian).
5.Simbol – contoh:- +, -,x, ,=,%,<,>,( ).

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK.


Kepentingan berkomunikasi secara Matematik dalam pengajaran dan
pembelajaran penting kerana ;
1. Dapat menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan
situasi Matematik.
2. Dapat membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi
Matematik.
3. Dapat menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa Matematik dan simbol.

4. Dapat mengolah situasi kehidupan harian kepada model Matematik dengan


menggunakan bahasa Matematik.
5. Dapat membina pemahaman yang sama tentang sesuatu idea Matematik termasuk
definisi.
6. Dapat menyedari bahawa perwakilan perbincangan, pembacaan, penulisan dan
pengamatan Matematik merupakan aspek penting dalam pembelajaran dan
penggunaan Matematik.
7. Dapat membincangkan idea-idea Matematik dan membuat konjektur dan hujah
yang kukuh.
8. Dapat menghargai nilai dan peranan simbol Matematik dalam mengembangkan
idea Matematik.
9. Dapat melahirkan idea Matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman
yang mendalam.
10. Dapat mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea
Matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada.
11. Dapat mengungkap takrifan Matematik dan membuat pengitlakan melalui
penyiasatan.
KESIMPULAN
Kepentingan berkomunikasi secara Metematik dapat membantu guru merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu , ia dapat
membantu guru menilai tahap kefahaman dan kelemahan murid. Akhir sekali , ia dapat
membantu murid memproses maklumat dan pengetahuan yang diperoleh dengan lebih
bermakna.

CONTOH SOALAN :

1. Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi


Matematik.
Contoh : 50 000 – 100  5 = ?

2. Menghububungkaitkan bahan harian dengan bahasa Matematik dan simbol.


Contoh : Encik Firdaus menternak 2350 ekor itik. Dia membeli lagi 155 ekor
itik. Sebulan kemudiannya , dia menjual 760 ekor itik. Berapakah
bilangan itik Encik Firdaus yang belum dijual ?

3. Melahirkan idea Matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang
mendalam.
Contoh : Berikan dua nombor hasil darabnya ialah 100.

Anda mungkin juga menyukai