Anda di halaman 1dari 15

Bahagian B: Trend Masa Depan Institusi Pendidikan

Terdapat tiga trend yang akan membentuk kurikulum pendidikan masa depan.

2.0 Penghantaran Maklumat atau Bahan Kajian Secara Digital

Kemajuan teknologi maklumat telah meningkat terutama dalam penggunaan


Internet, laman web dan jaringan dalam pelbagai bidang. Maka, dalam era digital ini dan
masa depan para pendidik dan pelajar tidak lagi menghadkan sumber informasi kepada buku-
buku sahaja, sebaliknya akan melayari Internet untuk mencari maklumat yang boleh
dipercayai, yang berharga, dan terkini. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
dengan pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang maya yang cukup luas kepada
pelajar dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran secara
akses kendiri, teknologi maklumat ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif.
2.1.1 Webcasts
Teknologi webcast adalah salah satu contoh perkembangan teknologi pada masa
kini. Teknologi ini membolehkan penghantaran maklumat digital dibuat melalui internet
secara lebih efektif dan berkesan untuk diterima, dilihat dan didengar oleh pengguna.
Webcast secara umumnya ditakrifkan sebagai satu mod penghantaran maklumat
digital melalui internet untuk dicapai, dilihat dan didengar oleh penguna. Ia melibatkan
interaksi di antara penghantar dan penerima maklumat webcast ini (Sinclair and Cruikshank
2001). Siaran secara webcast boleh dilihat dengan menggunakan aplikasi tertentu untuk
memainkan rakaman video seperti Apple Quicktime, Real Audio, RealVideo, Windows
Media Player ataupun Kassena Media Player. Kesemua aplikasi ini biasanya boleh dimuat
turun daripada laman web yang menawarkan kemudahan webcast.
Dari aspek teknikal, webcast ialah kaedah untuk menerbit, menghantar maklumat
atau menyiarkan secara langsung maklumat daripada seorang penghantar kepada penerima
dalam satu-satu masa. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, webcast adalah salah
satu cara penyampaian maklumat kepada lebih ramai pengguna dalam satu-satu masa dan
dengan berkesan.
Webcast (siaranweb) ialah kuliah atau syarahan yang dipindahkan kepada pelajar
melalui web diikuti dengan soalan daripada pelajar. Pensyarah atau penyampai akan
menerima soalan tersebut melalui ruang sembang, audio atau sistem persidangan. Webcasts
digunakan untuk mengajar apa-apa jenis bahan yang memerlukan interaksi meluas antara
pengajar dan pelajar.Ia adalah teknik yang paling sesuai apabila pelajar tidak tahu apa yang
pelajar tahu dan apa yang mereka perlu tahu, dan dengan itu tidak dapat meramalkan apakah
soalan yang mereka akan tanya.
Prosedur untuk siaran adalah seperti berikut:
1. Pensyarah akan mengumumkan apabila siaran akan dijalankan supaya
pelajar boleh masukkan ke dalam jadual mereka.
2. Pensyarah mengalu-alukan kedatangan pelajar dan memperkenalkan
diri penyampai.
3. Penyampai (yang boleh menjadi pensyarah) membentangkan bahan.
4. Pelajar bertanya soalan melalui bilik / ruang sembang atau alat
persidangan audio sehingga masa tamat.
5. Pensyarah membuat rumusan, mengucapkan terima kasih kepada
penyampai dan menyerahkan tindakan susulan yang mungkin untuk menjawab
beberapa soalan, menyelesaikan masalah atau isu penyelidikan.
6. Pelajar melaksanakan tindakan susulan.
Walaupun bentuk yang paling biasa bagi satu webcast ialah siaran kuliah terdapat
juga beberapa variasi yang menarik. Sebagai contoh, siaran web boleh menjadi demonstrasi
tentang bagaimana untuk melaksanakan tugas, perdebatan antara dua pihak berhujah
mengenai satu isu, satu temu bual dengan pakar atau pihak berkuasa yang diiktiraf,
perbincangan panel diantara tiga hingga empat orang pakar, pasukan pelajar dipilih khas
untuk penyelidikan topik dan membuat persembahan. Kemungkinan untuk menggunakan
banyak siaran web dan pelajar perlu memilih teknik yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Webcast

2.1.2 Khan Academy


Khan Academy menawarkan latihan pengukuhan, video pengajaran dan dashboard
pembelajaran peribadi yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar dengan kadar
mereka sendiri di dalam dan di luar bilik darjah.
Khan Academy menawarkan subjek matematik, sains, pengaturcaraan komputer,
sejarah, sejarah seni, ekonomi, dan sebagainya. Misi Khan Academy adalah sebagai panduan
kepada murid dari tadika ke kalkulus dengan menggunakan state-of-the-art sebagai teknologi
penyesuaian yang mengenal pasti kekuatan dan jurang pembelajaran. Khan Academy juga
telah bekerjasama dengan institusi seperti NASA, Muzium Moden Seni, The California
Academy of Sciences, dan MIT untuk menawarkan kandungan khusus. Sumber Khan
Academy diterjemahkan kepada lebih daripada 36 bahasa serperti Sepanyol, Perancis, dan
Brazil.
Khan Academy membolehkan jurulatih untuk lebih memahami pencapaian murid
dan cara terbaik untuk membantu mereka. Khan Academy menyediakan ringkasan prestasi
kelas secara keseluruhan serta maklumat pelajar dengan terperinci. Setiap hari, berjuta-juta
pelajar dari seluruh dunia berkongsi cerita mereka di Khan Academy.
Maka, Khan Academy menyediakan pendidikan bertaraf dunia percuma untuk
sesiapa sahaja tanpa mengira di mana tempatnya. Sepasukan pemaju, guru, pereka, strategi,
ahli-ahli sains dan pakar-pakar kandungan yang sangat berkeyakinan dalam Khan Academy
memberi inspirasi kepada dunia untuk belajar. Secara ringkasnya, Khan Academy
merupakan sebuah bilik darjah global dan merupakan alat percuma untuk ibu bapa dan guru-
guru serta satu sumber pembelajaran peribadi untuk semua peringkat umur.
Paparan Dashboard individu

Pelbagai subjek dalam Khan Academy

2.1.3 TED Talks


TED ceramah adalah dikhaskan untuk menyebarkan idea-idea di mana ceramah
adalah dalam berbentuk pendek dan berkesan. TED talks bermula pada tahun 1984 sebagai
satu persidangan di mana Technology, Entertainment and Design berkumpul, dan hari ini
merangkumi hampir semua topik dari sains kepada perniagaan kepada isu-isu global dalam
lebih daripada 110 bahasa berkongsi idea dalam masyarakat di seluruh dunia. Laman
webTED Talks adalah https://www.ted.com/.
Laman utama TED talks

Video-videoTED talks
2.2 Capaian Bahan yang Didorong oleh Minat Pengguna

Walaupun pelajar-pelajar biasanya perlu menunggu sehingga tahun ketiga di


kolej untuk membuat pilihan pengkhususan, pembelajaran berasaskan minat pelajar semakin
diterima. Sama ada melalui seni manga Jepun, Lady Gaga, atau sukan lencong, idea di
belakangnya adalah untuk menarik minat pelajar dengan apa yang  mereka sukai dan
membina kurikulum menggunakannya.
Idea untuk pendidikan berfokus pelajar bukanlah sesuatu yang baru - penyelidikan
dari tahun 1990-an menunjukkan bahawa minat pelajar berkait rapat secara langsung dengan
pencapaian mereka. Trend ke arah ini semakin meningkat hasil pertumbuhan pesat teknologi
pembelajaran individu dan kita dapat melihat bagaimana ia akan menguasai dunia pendidikan
formal.

Motivasi pelajar adalah penting dalam memangkin seseorang untuk maju kehadapan.
Menurut Santrock (2001), motivasi merupakan faktor yang menggerakkan manusia supaya
berubah tingkah laku dan penentu kepada tujuan yang ingin dicapai. Menurut Santrock lagi,
tingkah laku yang terhasil daripada motivasi adalah bertenaga, mempunyai hala tuju dan
berterusan sehingga matlamatnya tercapai.

Maka, penggunaan bahan yang mendorong minat merupakan teknologi baru yang
membolehkan pelajar mengikuti kehendak atau minat mereka dengan mudah dalam
mendalami sesuatu perkara yang diminati.

Guru perlu menyediakan peluang untuk pelajar memproses dan menangani


maklumat mengikut kebolehan dan bakat mereka. Kepelbagaian cara persembahan dan
tugasan membolehkan mereka mempamerkan bakat mereka dan belajar mengikut cara yang
sesuai dengan mereka. Guru dalam talian harus menggalakkan pelajar memilih projek atau
tugasan mengikut minat dan pandangan mereka.

2.2.1 Youtube

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik,
menonton dan berkongsi petikan video. Youtube mengajak pengguna untuk menikmati
pengalaman menonton video sebagai pengulas dan pencipta iaitu satu aktiviti yang
merupakan satu kemahiran penting dalam budaya elektronik masa kini. Laman web ini
merupakan sebuah laman web perkongsian video yang mempunyai fungsi untuk memuat
turun, menonton dan berkongsi video di seluruh dunia untuk kegunaan pengunjung laman
web tersebut. Laman web Youtube juga membolehkan pengguna untuk menyiarkan video,
menonton video kegemaran mereka yang telah dimuat turunkan oleh pengguna yang lain
serta memberi komen dalam bentuk perbincangan pada video yang telah dimuat turun bagi
berkongsi idea, pendapat dan cadangan mengenai video yang telah dimuat turun di laman
web Youtube.
Youtube berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran
yang baru, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Sebagai
aplikasi perisian sosial, Youtube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi
Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua
pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapapun boleh memberikan sumbangan.

Di dalam bidang pendidikan, penggunaan youtube semakin kerap digunakan oleh


para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka. Malahan, youtube
satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Menurut Duffy (2008), youtube
pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi
pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai alat untuk penzahiran.

Youtube boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan menyeronokan pelajar di dalam kelas. Contohnya,
penggunaan youtube dalam subjek Matematik. Iaitu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, guru menunjukkan tayangan rakaman video dengan menunjukkan langkah-
langkah pengiraan dengan mengunakan animasi kartun yang melakar langkah-langkah
pengiraan tersebut. Penggunaan video ini, menunjukkan kebolehan kepakaran guru bagi
mencapai matlamat pengaran dan memberi ilmu pengajaran yang sangat bermakna kepada
pelajarnya. Malahan, guru juga menggunakan youtube untuk menunjukkan video nyanyian
bagi menghafal fomula matematik iaitu “belajar matematik sambil menyanyi.”

Tahap keberkesanan penggunaan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran


adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman,
pencapaian, kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap bidang teknologi maklumat, kecuali
bagi penggunaan audio dan animasi yang mudah melencong tumpuan pelajar. Persepsi
pelajar didapati menyokong penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar lebih meminati pembelajaran yang mengandungi unsur animasi kerana
ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh mereka semasa pembelajaran.

Pelajar dapat menggunakan youtube dalam mencari bahan subjek bagi matapelajaran
yang diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi memudahkan pelajar memahami konsep sesuatu
subjek yang diajar oleh guru, pelajar boleh mencari maklumat tambahan melalui internet
khususnya melalui youtube yang lebih berbentuk visual. Contohnya bagi matapelajaran
biologi seperti proses perkembangan fetus di dalam rahim ibu. Dengan adanya teknologi
yang lebih canggih pada masa kini memberikan gambaran lebih awal kepada pelajar
bagaimanakah proses tersebut boleh berlaku. Pelajar akan diberikan pendedahan dan
memudahkan mereka untuk memberikan tindakbalas berdasarkan input secara teori yang
dipelajari mereka di dalam kelas. Seterusnya menggalakkan lagi pelajar melakukan
penerokaan dan menyumbang idea mereka.

Paparan Youtube dari https://www.youtube.com

2.2.2 Sketch up

Sketch up merupakan salah satu daripada perisian yang berfungsi untuk membuat
gambar 3D (3 dimensi). Sketch up mudah digunakan oleh siapa pun tanpa perlu menguasai
teknik-teknik yang rumit dan melibatkan banyak pengiraan. Keunikan Sketch up iaitu dapat
menghasilkan pelbagai ragam karakter gambar. Bermula dari gambar 2D vector, 3D realistik,
atau pun gambar yang sangat menyerupai sketsa tangan. Selepas pelajar sudah selesai hasil
mereka, pelajar dapat mengeksport gambar, membuat film atau mencetak hasil mereka.

Dewi Masithah (2012) menyatakan bahawa penggunaan perisian Sketch Up bertujuan


untuk meningkatkan minat siswa kepada pembelajaran Seni Budaya dan perisian ini begitu
fleksibel hingga dapat digabungkan dengan aplikasi model 3D. Hasil kajiannya menunjukkan
adanya peningkatan dalam aktiviti pembelajaran seni para siswa melalui karya menggambar
perspektif sebanyak 44% dengan menggunakan Sketch Up. Hal ini kerana pelajar lebih
mudah memahami dan menerapkan bahan untuk karya “menggambar perspektif” dengan
menggunakan Sketch Up.

Paparan Sketch up dari https://www.sketchup.com/

2.2.3 Google Maps dan Google Earth

Google Maps adalah aplikasi peta online yang disediakan oleh Google. Melalui
perisian Google Map tersebut, pelajar mendapat informasi tentang geografi pada hampir
semua permukaan di bumi kecuali daerah kutub utara dan selatan. Google Maps mempunyai
banyak kemudahan yang bermanfaat pelajar dalam subjek geografi. Pencarian lokasi dapat
dilakukan dengan memasukkan kata kunci seperti nama tempat atau jalan, seterusnya dapat
melakukan perhitungan jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat lainnya. Google maps
merupakan revolusi tampilan peta di halaman web, yang memungkinkan pengguna melihat
bahagian peta untuk bernavigasi, serta bersifat integrasi.
Paparan Google Maps dari https://www.google.com.my
Google Earth merupakan sumber percuma dan mudah diakses dalam talian. Melalui
Google Earth pelajar akan dibawa menjelajahi seluruh penjuru dunia dengan memanfaatkan
google earth dimana tampilan peta dunia menggunakan fitur 3 dimensi. Hal ini sangat
membantu khususnya pengajar untuk menambah pengetahuan peserta didik terutama dalam
mata pelajaran geografi atau ilmu pengetahuan sosial.

Paparan Google Earth dari https://www.google.com/earth/


2.3 Melayari untuk Maklumat

Perkataan ‘kemahiran abad ke-21’ menerangkan apa yang perlu diajar di sekolah-
sekolah: persediaan untuk menghadapi dunia sebenar. Perkara seperti kerjasama, inovasi,
pemikiran kritis, dan komunikasi dianggap sebagai sama pentingnya dengan sejarah Amerika
Syarikat dan kalkulus kerana ia kemahiran praktikal yang boleh digunakan di dunia di luar
batasan sekolah. 

Perkembangan teknologi terutamanya evolusi Internet telah mencabar konsep dan


teori pendidikan tradisional seperti konsep bilik darjah serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran (Hunt 2004; Resnick & Wirth 1996.) Menurut Yahya (2005), pencarian
maklumat melalui atas talian merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada
masa hadapan. Oleh itu, keupayaan untuk memanfaatkan kebijaksanaan kolektif yang hidup
subur dalam talian adalah bahagian yang penting. Apa yang lebih penting daripada kemahiran
praktikal adalah bagi pelajar mengemudi dunia digital di sekeliling mereka tanpa rasa takut,
untuk menilai  kebanjiran maklumat dalam talian, untuk belajar apa yang boleh dipercayai,
apa yang perlu ditolak,  untuk mencari sumber berguna yang  amat banyak dalam carian
Google. Mereka juga perlu tahu bagaimana dan apa yang menyumbang kepada masyarakat
global dalam talian, dan bagaimana untuk menjadi warganegara digital
yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, mencari maklumat dari internet akan menjadi satu kemahiran
kepada pelajar. Pendidikan tidak wajar dihidangkan sebagai satu kaedah penyampaian ilmu
secara sterotaip yang menggunakan kaedah penyampaian sehala guru kepada pelajar dan
kebergantungan hanya kepada buku teks semata apabila pelajar sukar mendapatkan maklumat
yang dikehendaki atau pun maklumat lambat diberikan kepada pelajar. Konsep ‘maklumat di
hujung jari’ perlu direalisasikan bagi memenuhi keperluan maklumat generasi ini. Terdapat
pelbagai enjin pencarian maklumat yang memudahkan integrasi dengan pelbagai sistem
rangkaian sosial seperti Google Chrome dan Wikipedia yang menjalankan fungsi rangkaian
sosial.

2.3.1 Google Apps

 Dalam bidang pendidikan, internet menyediakan satu platform untuk pelajar


berkomunikasi elektronik di antara satu sama lain, guru-guru, pihak pentadbir, penyelidik,
institusi dan juga dengan komuniti (Jewitt, 2006; Rozinah Jamaludin, 2007). Ia juga
menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey, 2002: 89), bayangkan sahaja jika
anda ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik dengan menggunakan enjin pencari
(seacrh engine) Google tidak mustahil jika mendapat lebih daripada 500,000 sumber untuk
topik berkenaan sahaja.

Aplikasi Google Apps menyediakan sumber untuk guru-guru sebagai alat pengajaran


dan sebagai alat pembelajaran kepada murid. Google Apps for Education adalah salah satu
layanan google di dalam dunia pendidikan di mulai dari Taman Kanak-Kanak hingga ke
Perguruan tinggi. Google memberikan solusi untuk komunikasi dan sistem pengajaran yang
terintegrasi dengan email, kalender dan obrolan/ diskusi dan solusi berkolaborasi dalam
kegiatan pembelajaran.

Antara laman utama untuk Enjin Pencari Google

Google adalah koperator multinasional yang mengkhususkan perkhidmatan internet


dan beberapa produk atas talian. Antara produknya meliputi teknologi pengiklanan,
pencarian, pengkomputeran dan perisian serta perisian email iaitu (Gmail), perkhidmatan
cloud storage iaitu (Google Drive), perisian pengurusan office suite iaitu (Google Doc)
manakala rangkaian sosial disediakan melalui perkhidmatan (Google plus). Selain itu Google
turut menyediakan Google translate, Google Maps dan terkini dihasilkan Google Street
View.
Pada era globalisasi ini, internet memainkan peranan yang sangat penting dalam
membantu proses mendapatkan informasi. Penggunaan kemudahan teknologi internet dan
perisian Google khasnya mampu menarik minat pelajar dan secara tidak langsung
meningkatkan motivasi pelajar. Teknologi juga memudahkan pendidik dan pelajar mencari
bahan pembelajaran bukan sahaja di dalam kelas tetapi di mana sahaja malah melangkaui
sempadan tempat dan masa, berkongsi ilmu dan interaktif serta kreatif.
Maka, Google sebagai enjin pencarian yang telah menyediakan pelbagai perisian
yang dapat dimanfaatkan khasnya dalam dunia pendidikan.

2.3.2 Wikipedia

Pergerakan perkongsian sumber terbuka (open source) membawa kepada


penglibatan pelajar dan pendidik dalam proses mewujudkan kandungan sebenar. Wikipedia
adalah salah satu yang laman web sumber terbuka pertama, dan walaupun banyak masih
mempersoalkan ketepatannya (kajian 2005 menunjukkan bahawa  laman web popular ini
boleh dipercayai sama seperti Encyclopedia Britannica), terdapat usaha untuk
menjadikannya satu sumber yang lebih dipercayai. Institusi yang dihormati seperti Universiti
Harvard dan Georgetown mewujudkan kursus untuk pelajar-pelajar untuk menyunting  info
Wikipedia.

Berikutan langkah-langkah Wikipedia - dan dunia kerjasama Web 2.0 - percambahan


laman web sumber terbuka bagi tujuan pendidikan semakin meningkat sejak beberapa tahun
yang lalu. Bagi kedua-dua  sekolah rendah dan pendidikan tinggi, laman web seperti MIT
Open SourceWare  yang menerbitkan hampir semua kandungan universiti untuk pelajar, 
Open Educational Resources, Curriki, Merlot, Connexions, CK12, Scitable, dan
Hippocampus  menawarkan pakar  mereka sendiri dengan kandungan yang disemak. Apa
yang lebih penting, ia membenarkan para pendidik dan pelajar untuk menambah, mengedit,
dan mengubah susunan semua maklumat di situ mengikut keperluan mereka sendiri.

Rujukan

Sukmadinata, N.S. (2008). Pengembangan Kurikulum: Teori dan Praktek. Bandung: Remaja
Rosdakarya.

Hunt, L. 2004. Creative e-transition. Dalam E-education Applications: Human Factorss and Innovative
Approaches edited by Claude Ghaoui. UK: Idea Group Inc.

Resnick, L.B. & Wirth, J.G. 1996. The Changing of Workplace: New Challenges for Education Policy and
Practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Yahya Emat. 2000. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Zakaria Rasa, Aida Suraya Md. Yunus et al (2006). Keberkesanan Penyampaian Kuliah
Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza.Institut Multimedia dan
Perisian, Universiti Putra Malaysia
Presshttp://psasir.upm.edu.my/3558/1/Keberkesanan_Penyampaian_Kuliah_Menggu
nakan_Teknologi.pdf

Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven
Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco:
Jossey-Bass Pfeiffer.

Duffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web
2.0 in Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 – 130.

Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition.


http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html [25 Mac 2011]

Ntti utilization strategies. http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html [25 Mac 2011]

Asniza Musa & Zaidatun Tasir. 2011. Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.http://pdfscout.org/Implikasi-Alatan-Rangkaian-
Sosial-Terhadap-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran.

Cara menggunakan google street view Malaysia. http: //kafeque. blogspot.com/2014/09/


cara- menggunakan -google-street-view.html

Dewi Masithah. 2012. Penerapan Google Sketch up dalam Pembelajaran Seni Budaya
Menggambar Perspektif Untuk Meningkatkan Hasil Berkarya Siswa Kelas Xi-Ipa 4
Sman 1 Gedeng, Mojokerto. Jurnal Online Universitas Malang.

Ernita Tamba. 2012. Pemanfaatan Google Docs Untuk Sarana Penunjang Pendidikan
Komunitas Pembelajaran Tik Studi Kasus: Smp N 1 Salatiga. Tesis Program Studi
Teknik Informatika Fakulti Teknologi Informasi Universitas Kota
SamarangAmerican Psychological Association. (1972). Ethical standards of
psychologists. Washington, DC: American Psychological Association.

Johari Hassan dan Fazliana Rashidah Abdul Rahman. 2011. Penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025.

Kuswari Hernawati. 2012 Aplikasi Perhitungan Jarak Antara Dua Waypoint Pada Google
Maps. Prosiding Seminar Nasional Penelitian, Pendidikan Penerapan MIPA,
Fakultas MIPA, Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Mohd Arif Ismail, Zamri Mahamod & Norizan Abd Razak. 2008. Multimedia dan
aplikasinya dalam pemelajaran Bahasa Melayu. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed
Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis, 26-42. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran
dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32: 139-152.

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. 2013. Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 3(1): 31-41

Zainudin Hassan & Muhamad Azam Jaafar. (2008). Penggunaan komputer dan Internet
dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah
Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai