Anda di halaman 1dari 1

KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN (GURU) GRED DG41 DAN DG44) – CONTINUING PROFESIONAL


DEVELOPMENT (CPD)

1.0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-


2025dalam  Anjakan 4 memberi fokus terhadap peningkatan kualiti pembangunan profesionalisme guru. Selaras
dengan itu, Program Transformasi kerajaan telah mencadangkan piagam baharu guru yang meliputi
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD). Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke 202 pada 16 Julai 2013 yang dipengerusikan oleh YAM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar CPD dilaksanakan
bagi menjamin dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan.

2.0 DEFINISI

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD) adalah usaha


bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan
dengan pengetahuan professional, kemahiran professional dan nilai serta amalan professional keguruan
melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi,
pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya. Penekanan latihan adalah bagi memperolehi pengetahuan dan
kemahiran baharu dan terkini yang menepati keperluan kompetensi abad ke 21.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD) adalah
:

3.1 Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan

3.2 Memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) memperoleh (acquire), menambahbaik  


(improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta keberhasilan murid

3.3 Menggalakkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) mengikuti latihan terancang dan sistematik  
yang merangkumi sesi pembelajaran dan pembangunan kendiri seperti seminar, kolokium, forum, sesi
dialog, persidangan, konvensyen, kajian, penyelidikan, inovasi, lawatan kerja, lawatan penanda aras,
bengkel, professional learning community, ulasan buku, penulisan dan penerbitan.

Anda mungkin juga menyukai