Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana  dengan taufik  dan


hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah
dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah
berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan
penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah
bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline
sekolah “SEDERAP MENUJU KECEMERLANGAN”.

Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan


semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping
kepakaran yang sedia ada menjayakan  program-program kecemerlangan
sekolah untuk dilaksanakan.  SK Bandar Baru Sintok telah berjaya melonjakkan
keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan
dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2019 dengan
harapan SK BBS akan terus menempa kecemerlangan.

Harapan saya, SK BBS terus menghasilkan  sumber manusia yang berkualiti dari
segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan
pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan
insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

“Saya bukanlah orang yang hebat tetapi  saya mahu belajar dari orang yang
hebat, saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar
biasa dan saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang
istimewa jika mahu berusaha"

Sekian, terima kasih.


Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga
SKBBS setelah bercuti hujung minggu. Murid, guru, pekerja di kantin,
pekerja-pembersihan adalah satu keluarga, satu pasukan dan berada
dalam satu kapal. Dalam usaha merealisasikan visi kita ke arah Sekolah
Unggul Penjana Genarasi Terbilang, semua pihak memainkan peranan
penting atas kapasiti tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Saya berharap semua peluang yang ada sebelum ini telah dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya kerana selepas ini tugas kita menuntut komitmen
yang berlipat kali ganda dalam memastikan SKBBS sentiasa berada
pada landasan yang betul untuk menjana genarasi yang terbilang.

saya tetap mengambil kesempatan pada pagi ini untuk menyatakan


penghargaan saya yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan
guru dan mengucapkan tahniah kepada semua murid.

Saya berharap semua murid dapat menggunakan masa sepanjang di


sekolah dengan penuh kualiti, sebuk dan menyebukkan diri dengan
belajar, Kerana ada pepatah Arab yang menyebut...Masa Itu
Pedang, Jika kita Tidak memotong kita akan dipotong.

Bayangkan kita dalam satu medan peperangan dan pedang ditangan


kita. Apa pilihan kita? lari lintang pukang ? pura-pura mati untuk
selamatkan nyawa atau menyerah diri. Namun pilihan yang terbaik ialah
menggunakan pedang tadi untuk memerangi musuh dan jika kita mati
kerananya kita mati secara bermaruah......

Dalam konteks anda sebagai murid peprangan yang dimaksudkan ialah


bagaimana pedang untuk memerangi musuh-musuh yang boleh
menjejaskan masa kualiti dalam membentuk budaya belajar.

Hargailah masa, kerana masa remaja hanya datang sekali dan


masa yang sekali itulah menentukan halatuju dan masa hadapan untuk
kehidupan anda puluhan tahun akan datang.  Justeru itu isilah masa
dengan budaya pembelajaran. Datanglah awal ke sekolah,
fokus semasa pengajaran guru, membuat kerja rumah tanpa
bertangguh, memastikan buku sentiasa ditangan, membaca apabila
ada kesempatan terluang, amalan mencatat nota, dan elakkan bual-bual
kosong.
Dalam sebuah buku yang dikarang oleh sarjana barat yang bernama
Stephen R. Covy, berjudul 7 Habits Of Highly Effective People ( 7 Tabiat
Orang Yang Amat Berkesan). Dalam buku tersebut,  beliau telah
menyatakan 7 tabiat orang yang sangat berkesan;

8.1  Be Proactive (Proaktif) - iaitu dalam konteks murid, mengutamakan


masa dengan belajar seperti membaca dahulu topik sebelum diajar oleh
guru. Mengambil inisiatif memperbaiki kelemahan diri dan tidak
mengharapkan guru. Melakukan sesuatu tanpa disuruh dan tidak
menyalahkan orang lain.

8.2 Begin With The End In Mind (Mula dengan matlamat di Minda) -


bermaksud kita perlu merancang dan menetapkan matlamat. Contohnya
matlamat sekolah ialah penetapan ETR dalam pepriksaan awam.
Melakukan sesuatu yang berguna dan bermakna kepad diri dan
lingkungan masyarakat

8.3 Put First Thing First (Utamakan Perkara Penting Dahulu) - perkara
ini ada kaitan dengan masa iaitu kita tidak melakukan aktiviti yang
membazirkan masa, tidak berfikir secara produktif, membuat senarai
keutamaan, dalam konteks ini sudah tentu keutamaan akademik
didahulukan.

8.4 Think Win-win (fikir menang-menang) - Pandai mencari alternatif


dalam pengurusan masa, buat sesuatu yang menguntungkan diri tanpa
merugikan orang lain. Dorong rakan untuk cemerlang dalam pelajaran,
bimbing rakan yang tergelincir dalam perlakuan negatif atau salah laku
disiplin.

8.5 Seek First To Understand, Then To Be Understood (Berusaha Untuk


Memahami Dahulu, Sebelum Difahami) - Memahami hasrat sekolah dan
ibu bapa, menghargai usaha sekolah, mengelakkan salahlaku disiplin.

8.6 Synergize (Bersyenergi) - Sentiasa bersemangat, pandai


berkerjasama, menghargai usaha orang lain dan berdaya saing serta
berupaya bekerja dalam satu pasukan.

8.7 Sharpen The Saw (Tajamkan mata Gergaji) - Bermaksud sentiasa


dalam keadaan bersedia. Membuat sesuat dengan tekun, membuat
persiapan secukupnya untuk cemerlang dalam segenap bidang yang
diceburi. Belajar bukan sahaja di sekolah tetapi di mana sahajas dengan
prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
9. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kita semua. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai