Anda di halaman 1dari 7

MAKSUD KEPIMPINAN

Northouse (2009), mencerakinkan lima dimensi bagi menjelaskan maksud kepimpinan.


Pertama, dimensi kepimpinan berkaitan ciri-ciri individu bahawa pemimpin adalah dilahirkan
(nature) dan bukannya dibentuk (nurture). Ia merujuk kepada pemimpin yang mempunyai
ciri-ciri khusus seperti berkeyakinan tinggi, bijak membuat keputusan, pandai bergaul dan
sebagainya. Keduanya, dimensi kepimpinan berkaitan keupayaan memimpin sebagai bakat
semulajadi. Namun, sesetengah pendapat menyatakan keupayaan memimpin boleh
dibangunkan menerusi latihan. Ketiganya, dimensi kepimpinan berkaitan kemahiran, di mana
orang ramai mempunyai ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin melalui pembelajaran
dan latihan. Keempat, dimensi kepimpinan berkaitan tingkahlaku di mana tingkah laku utama
sebagai pemimpin ialah berorientasikan tugas dan manusia. Kelimanya, dimensi kepimpinan
berkaitan perhubungan daripada sudut komunikasi dua hala, di antara pemimpin dengan
pengikutnya di mana perlakuan pemimpin akan mempengaruhi pengikutnya.

KONSEP KEPIMPINAN MERENTAS MASA

Tahun 1800-an sehingga 1930-an

Menurut teori Great Man, pemimpin hebat ini ditakdirkan lahir untuk menjadi pemimpin.
Antara pemimpin yang berkaitan dengan teori ini ialah Salehuddin Al-Ayubi. Seorang
pemimpin Islam di Mesir yang mempunyai sifat yang unik yang dapat menawan hati rakyat
berketepatan dengan Great Man dapat memberi sumbangan dan perlindungan di mana saja
beliau berada atau memerintah. Seorang pahlawan islam yang memiliki cita-cita yang jelas,
pemimpin yang mengutamakan rakyat, berakhlak dan tidak terpengaruh dengan harta. Antara
jasa dan sumbangan besar beliau ialah memenangi perang salib yang kemudiannya dapat
menawan Baitul Maqdis dan mengembalikan kota Al-Quds kepada umat islam. Di Malaysia
pula, pemimpin yang hebat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ke-8
di mana di zaman pemerintahan beliau sedang berperang dengan Covid-19. Senjata utama
kepada Tan Sri Muhyiddin untuk melawan Covid-19 di Malaysia adalah bekalan vaksin
yang mencukupi untuk mencapai imuniti kelompok. Di bawah kepimpinan Tan Sri
Muhyiddin akan berjaya dalam perang Covid-19 sebagaimana Salehuddin Al-Ayubi
berjaya memenangi Perang Salib Kedua.
Tahun 1940-an

Berdasarkan Teori Trait seseorang dapat menjadi pemimpin apabila ia memiliki sifat yang
diperlukan oleh seorang pemimpin iaitu sifat keperibadian baik secara dalaman ataupun
luaran. Sifat, perangai, atau ciri keperibadian yang bukan saja bersumber dari bakat, tapi dari
pembelajaran dan pengalaman. Antara pemimpin yang boleh dikaitkan dengan teori ini ialah
Nelson Mandela dalam perjuangannya terhadap sistem pemisahan ras atau Apartheid di
Afrika Selatan patut untuk diteladani. Banyak sekali sifat peribadi unggul yang ia tunjukkan
sebagai seorang pemimpin, diantaranya memiliki watak kerja yang kuat, bermotivasi, penuh
visi, berkarisma, matang dan bijak berkomunikasi.

Akhir tahun 1940-an dan tahun 1960-an

Akhir tahun 1940-an, Teori Psikoanalitikal meneroka mengapa individu termotivasi untuk
memimpin atau mengikuti pemimpin tertentu. Manakala tahun 1960-an menyentuh tentang
Teori Pertukaran di mana ianya merujuk kepada interaksi kita ditentukan oleh ganjaran atau
hukuman yang kita harapkan akan diterima dari orang lain, yang mana kita menilai
menggunakan model analisis kos-manfaat (sama ada secara sedar atau tidak sedar). Ganjaran
boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu pengiktirafan sosial, wang, hadiah, dan juga
pengiktirafan yang paling mudah tetapi memberi kesan ialah gerak isyarat harian yang halus
seperti senyuman, anggukan, atau tepukan di belakang. Contoh tentang Teori Pertukaran
dapat dilihat dari sudut ruang lingkup organisasi Pendidikan masa kini ialah seperti kejayaan
yang diraih oleh sesebuah sekolah mendapat Anugerah Lonjakan Saujana, apabila mencapai
gred purata sekolah dalam SPM melebihi gred purata sekolah tahun sebelumnya. Disebalik
sejarah yang terlakar bagi sesebuah sekolah,sudah pastinya terdapat satu susuk tubuh seorang
pemimpin yang tidak pernah jemu dan sentiasa berusaha keras mengembleng tenaga guru
demi memastikan setiap muridnya mendapat pendidikan yang sewajarnya supaya murid dapat
mencapai keputusan cemerlang. Model analisi kos-manfaat di sini ialah bagaimana sekolah
memperuntukan masa dan tenaga guru serta kos kewangan tertentu bagi merealisasikan
kecemerlangan murid dan akhirnya mendapat manfaat dari segi pengiktirafan sosial, wang
dan hadiah dalam Anugerah Lonjakan Saujana tersebut. Teori Pertukaran ini juga jelas
menunjukkan bagaimana pemimpin iaitu Pengetua dapat mempengaruhi guru-guru ke arah
matlamat yag sama,
Kepemimpinan Situasi di mana setiap pemimpin contohnya pengetua dan guru besar (PGB)
perlu memiliki kemahiran bagi menggunakan pelbagai stail kepemimpinan mengikut
keperluan situasi. Contohnya PGB mengamalkan stail kepimpinan yang berbeza kepada guru
yang berbeza. Stail mengarah selalunya kepada guru baharu atau guru berprestasi rendah.
Selepas dibekalkan dengan senarai tugas, PGB akan terus memantau perkembangan
pelaksanaan tugasnya dan menegur untuk membuat penambahbaikan tugasan yang
ditetapkan. Stail membimbing selalunya kepada guru yang kurang berpengalaman tentang
tugas dan mempunyai tahap competensi yang sederhana, Guru ini perlu kepada arahan dan
juga bimbingan berterusan. Di sini PGB perlu ada komunikasi dua hala dalam menentukan
sesuatu sasaran kerja. PGB perlu gunakan stail menyokong bagi guru-guru yang
berpengalaman sama ada dalam bentuk sokongan moral mahupun material dan akhir sekali
stail delegasi iaitu PGB mengamanahkan atau menurunkan tanggungjawab kepada orang lain
misalnya kepada penolong kanan pentadbiran. Kesan delegasi ini akan menghasilkan
kewujudan pembahagian tugas dan dapat meringankan beban tugas pengetua serta
menjadi lebih berkesan.

Tahun 1970
Konsep utama Teori Transfromasi ini ialah ‘perubahan’ di mana peranan kepimpinan adalah
memberi arah tuju dan melaksanakan perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa cekap
dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan. Teras kepada teori ini adalah nilai etika
yang ada pada seseorang pemimpin. Oleh kerana kesan pemimpin tranformasi amat besar
kepada organisasi, tanpa nilai ini pemimpin kemungkinan menyeleweng keperluan untuk
mencapai matlamat organisasi ke arah mencapai matlamat diri pemimpin itu sendiri.

Contoh pemimpin di Malaysia yang berkaitan dengan Teori Transformasi ialah Tun Dr
Mahathir perdana Menteri Malaysia ke-7. Seorang pemimpin yang berkarismatik, berwibawa
dan membawa perubahan yang besar kepada negara. Tun Dr Mahathir dikenali ramai sebagai
perdana menteri yang berdedikasi, berprinsip teguh dan sentiasa melakukan transformasi
dalam pentadbiran negara. Tun Dr Mahathir juga pernah menerima pengiktirafan global
apabila diangkat dan dinamakan sebagai tokoh berpengaruh dunia.
Tahun 1980an

Kepimpinan baharu menjurus kepada saiz dan skop yang lebih besar di mana lebih fokus
kepada menguruskan impian atau visi dan menjadi satu tanggungjawab dalam kepimpinan.

Contoh pemimpin barat yang dikaitkan dengan kepimpinan penuh bervisi dan berkarismatik
ini ialah Barack Obama Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Dalam beberapa hari pertama
dilantik sebagai presiden, Obama mengeluarkan arahan eksekutif dan memorandum presiden
mengarahkan Angkatan Tentera Amerika Syarikat  tidak terlibat dalam perang di Iraq. Beliau
menandatangani akta Program Insurans Kesihatan Kanak-Kanak (SCHIP) untuk menampung
4 juta kanak-kanak yang tidak diinsuranskan. Beliau juga memberi tumpuan kepada tema
pendidikan dan inovasi, Beliau menekankan kepentingan ekonomi inovasi untuk menjadikan
Amerika Syarikat lebih berdaya saing di peringkat global. Beliau menghapuskan
pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat minyak dan menterbalikkan pemotongan cukai
untuk rakyat Amerika yang terkaya, mengharamkan earmarks kongres dan mengurangkan
kos penjagaan kesihatan.

Rentetan daripada Konsep kepimpinan merentasi masa di atas, kempimpinan sekarang telah
dikembangkan supaya dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang bersifat kreatif, jujur dan
berintegriti dalam melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin.

Perbezaan Kepimpinan dan Pengurusan

Bagi organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan elemen yang penting dalam pengurusan.
Kepimpinan dan pengurusan diibaratkan 'lagu dan irama' yang tidak boleh dipisahkan.
Kedua-duanya saling bertindak dan berintegrasi antara satu sama lain.

Kepimpinan Pengurusan
Amalan berorientasikan Melibatkan proses perancangan,
Proses, mengispirasikan visi yang penyusunan, pengarahan dan
dikongsi, membolehkan orang lain pengawalan usaha-usaha ahli-ahli
bertindak dan menjadi role model. organisasi dan menggunakan semua
D sumber organisasi secara cekap dan
efinisi berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi.

Menentukan apa yang perlu Menyelesaikan dengan baik.


dilakukan. Perubahan yang Penyelesaian kerja yang berkesan
sistematik, transformasi, anjakan dan cekap. Mengutamakan kualiti
paradigma, penambahbaikan atau produk.
Tu inovasi yang ketara.
gasan
Contoh: Contoh:
Tranformasi dalam kepimpinan PGB PGB hanya melaksanakan apa
dan PdP guru di sekolah. PGB tidak sahaja arahan dan dasar yang
takut melaksanakan anjakan diturunkan oleh KPM, JPN atau
paradigma di sekolah. Selain itu, PPD. Tiada penambahbaikan atau
semua guru mengajar berorientasikan inovasi dalam melaksanakan
murid, laksanakan pembelajaran sesuatu arahan. Amalan PAK21
PAK21 dan KBAT. Guru dilaksanakan tetapi perancangan
melaksanakan perancangan PdP PdP masih secara tradisional bukan
seperti PBL dan KMR menggunakan Backward Design. Tiada perubahan
pendekatan Backward Design bukan dalam bentuk inovasi atau anjakan
lagi pendekatan tradisional. paradigma.
Bersesuaian untuk PBD. PGB
memperkenalkan sesuatu inovasi
contohnya semua modul PdP boleh
diakses dalam bentuk inovasi sistem
LMS.
Pemikir yang kritis, pengambil Cekap, teliti, teratur, penurunan
risiko, berwawasan, inovatif, berani, kuasa kepada kakitangan bawahan.
kreatif, berfikiran ke hadapan, Pembina pasukan,belajar secara
terbuka untuk perubahan, dapat berterusan, suka bergaul, jujur,
belajar daripada kegagalan, berdaya boleh dipercayai, berkerjasama dan
tahan dan berwibawa. berwibawa.
Contoh: Contoh:
Sentiasa merebut peluang yang ada. Tidak merebut peluang ke hadapan
Cir
Sentiasa ingin menjadi sekolah tetapi sentiasa memberi kerjasama
i-ciri
perintis dan mentor kepada sekolah sebagai sekolah mentee.
lain dalam semua bidang.
Memberi tumpuan kepada pemikiran Fokus secara organisasi,
ke hadapan dan jangka Panjang. Visi pembangunan dasar dan
strategik dan perancangan yang pematuhan, pemeliharaan dan
memerlukan pemahaman, pilihan perlaksanaan sistem.
S yang kompleks dan memudahkan
kop pergerakan ke arah matlamat akhir.

Contoh: Contoh:
PGB melaksanakan tugasan bukan PGB sebagai pengurus hanya
hanya untuk hari ini tetapi untuk sekadar menyelesaikan arahan dan
kejayaan jangka masa hadapan. tugasan untuk penyelesaian ikut
Melakasanakan 1 murid 1 sukan. tempoh yang diberikan sahaja iaitu
Selepas selesai program PGB jangka masa pendek. Melaksanakan
melaksanakan Follow up follow program 1 murid 1 sukan. Bila
through bagi memastikan murid yang selesai program tersebut. Terus
berpotensi dan membuat intervensi berhenti setakat itu.
berdasarkan sukan tersebut dan
ketengahkan keperingkat yang lebih
jauh. Secara berkolaboratif dengan
pihak yang berkenaan. Untuk
keberhasilan jangka masa yang
panjang.

I also agree with Miss Claudia. During this COVID-19 pandemic, online distance learning
(ODL) required teachers to adopt new approaches to student learning. Teachers should try to
provide interesting activities when interacting with students while using Goole Meet,
WhatsApp, google classroom, skype, zoom and telegram. Where as teachers can build
learning modules using the Tik Tok application and interactive exercises using padlets,
soduku, Kahoot, liveworksheet and quizizz using google forms. hey do not only engage
students for learning but teachers also can gain new exposure on it knowledge. Home-based
teaching and learning (PdPR) is not only limited to online methods but also offline ones that
suit the students if the Internet line at the students’ home is slow. . Students will participate in
PdPR by completing the modules and sending them back to the teacher for checking, then,
the teacher will give the next module. Modules are handed over to students through various
approaches, some schools use the drive-thru method, many teachers even deliver modules to
students at their homes.

if the Internet line at the students’ home is slow

"I also use Kahoot!, Quizziz and liveworksheet.com to provide interactive exercises
for my students, as well as the Project -Based Learning approach," 

method through the Zoom application, Google Meet, Google Classroom or Skype.

Setiap organisasi akan lebih efektif sekiranya terdapat individu yang mengamalkan lebih ciri-
ciri kepimpinan berbanding pengurusan. Saya bersetuju dengan Madam Hemi tetapi bagi pendapat
saya, kadang-kadang individu yang mengamalkan ciri kepimpinan dan pengurusan kedua-duanya
efektif. Hal ini kerana kepimpinan berlaku apabila sesorang itu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif yang tertentu. Yang
membezakan kepimpinan dan pengurusan ialah tugas-tugas mendorong memujuk dan
mempengaruhi yang bercorak peribadi. Contohnya di dalam tugas merancang atau membaca
laporan, pengurusan tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri dari pada interaksi
kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja bawahan,ketua dan pihak lain. Oleh itu boleh
dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam sistem pengurusan
yang cekap, disitu jugaklah terdapat seorang pemimpin yang berkesan, Seiring pemimpin dan
pengurus tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu.

Anda mungkin juga menyukai