Anda di halaman 1dari 3

SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: NORHAZLINA BT SAHARI

TAJUK (PENCADANG): KELAYAKAN MENGUNDI PADA UMUR 18 TAHUN ADALAH LEBIH


SESUAI BERBANDING UMUR 21 TAHUN. KELAYAKAN UNTUK MENJADI CALON PILIHAN
RAYA PADA UMUR 18 TAHUN ADALAH BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT.

AHLI KUMPULAN :
1. NURUL FATIN AIDA BINTI MOHAMAD
2. RABIATUL ADAWIAH BINTI HELMY
3. NOR NABILAH BINTI YAHYA
PEMBUKA

1. Dapat menggunakan hak yang ada untuk menentukan masa depan.


Undi 18 tahun adalah Kempen Kesedaran di Malaysia di mana umur kelayakkan mengundi dari
umur 21 tahun diturunkan ke 18 tahun di negara ini berhak untuk mengundi pada pilihan raya
umum akan datang.

19 SEPTEMBER 2018
o Jemaah Menteri telah bersetuju akan cadangkan untuk meminda perkara 119 (kelayakkan
pemilih), perlembagaan persekutuaan ke parlimen bagi meminta umur mengundi daripada 21
tahun kepada 18 tahun.

13 NOVEMBER 2018
o Mesyuarat Jawatankuasa Khas Anak Muda bersetuju dengan pelaksanaan penurunan had
umur mengundi dengan mengambil kira isu-isu berkaitan.

29 MAC 2019
o Jemaah Menteri bersetuju supaya undang-undang bagi meminda perkara 119 Perlembagaan
Persekutuan dibentangkan pada seri mesyuarat kedua, penggal kedua parlimen ke-14.

12 JUN 2019
o Jemaah Menteri bersetuju supaya RUU bagi meminda perkara 119 Perlembagaan Persekutuan
dibentang pada sesi mesyuarat kedua, penggal kedua parlimen ke-14 yang bermula dari 1 hingga
18 JULAI 2019.
2. Belia 18 tahun dapat mendedahkan diri dengan pengetahuan yang lebih mendalam.
“umur tidak menentukan kematangan dan pengetahuan seseorang”

Ramai kalangan anak muda dari umur 17 hingga 18 tahun yang lagi menyedari berkaitan
isu semasa. Ada juga yang dewasa dengan sepenuhnya. Sejak sekolah rendah kita didedahkan
dengan pelajaran berkaitan sivik dan kewarganegaraan serta sejarah. Sebagai contoh, di
peringkat menengah kalangan muda telah didedahkan dengan perlembagaan bersekutu dan hal
ehwan negara. Jika kita lihat banyak negara yang telah memberikan pelaksanaan had umur 18
tahunn untuk mengundi. Antarannya, Arab Saudi, Denmark, Jerman, Perancis, United dan
Kingdom.

3. Melahirkan pemimpin moden dalam meningkatkan dan menstabilkan negara selari dengan
kecanggihan teknologi negara.

a. Penglibatan lebih ramai orang termasuk golongan muda akan melahirkan sudut pandangan
yang lebih segar mengenai senario politik dan negara kerana rakyat-rakyat Malaysia
terutama golongan muda merupakan golong bermaklumat. Sebagai contoh, terdapat
pelbagai media yang diciptakan pada masa kini. Salah satunya media cetak dan media
social yang membolehkan perkongsian dikongsikan pada masyarakat hingga ke luar
negara. Contohnya, tentang kebudayaan politik dan agama.

b. Pada era yang semakin canggih ini seharusnya memberikan peluang dan ruang pada
kalangan muda untuk bersama-sama bertukar strategi dan mentadbir negara agar
membangun dengan lebih jaya setanding dengan negara lain yang lebih mendahului.
Selain itu, generasi muda yang mengundi adalah generasi yang bakal menjadi pelapis
pada generasi yang lalu dan menjadi contoh pada generasi akan datang iaitu generasi z
dan generasi alpha.

RUMUSAN

Rumusan yang dapat kami berikan berkaitan kelayakkan mengundi pada umur 18
tahun adalah : Dengan suasana masyarakat Malaysia yang cukup terbuka dewasa ini, dengan
perkembangan maklumat dan teknologi yang tinggi, maka pemuda yang sudah diberi sejumlah
maklumat dan pengetahuan adalah berkelayakkan untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya.
Apapun yang pasti, ia tentunya membuka suatu lembaran baharu terhadap sejarah
politik dan system demokrasi di negara ini sejak berdekad yang lalu selain mengangkat
permuafakatan semua anggota dewan rakyat tanpa mengira parti politik.
Jabatan perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan laporan perangkaan suku
pertama tahun 2021 dan menganggarkan jumlah penduduk di Malaysia adalah 32.75 juta.
Jumlah merangkumi 29.91 juta atau 91.3% warganegara dan baki 2.84 juta orang bersamaan
8.7% bukan warganegara. Warganegara di Malaysia sebanyak 29.91 juta, peritus umur 15
tahun hingga 50 tahun di Malaysia 24.8 juta (70.7%) manakala warga tua yang berusia tidak
kurang 50 tahun keatas di Malaysia 2.37 juta (7.3%). Ini jelas lagi bersuluh populasi penduduk
remaja meningkat maka untuk menjadi calon pilihan raya dalah wajar demi kemakmuran.

Anda mungkin juga menyukai