Anda di halaman 1dari 9

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

TEKS SAPAAN PENGERUSI MAJLIS


PERASMIAN PEMBUKAAN MINGGU PENGURUSANPELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Peringatan  Cue: Peringatan kepada semua hadirin

Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan Nira


ataupun menggunakan isyarat senyap ataupun
getaran sepanjang berlangsungnya majlis ini bagi
mengelakkan sebarang gangguan.

Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Yus


Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para
tetamu kehormat.

Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai.


Terima Kasih.

Ketibaan  Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke


Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Tetamu dewan
Kehormat

Ketibaan Yang Berbahagia Datin Hjh Zahrah Bt. Hj Nira


Bujang, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tun Abdul Razak

Diiringi oleh ketua-ketua Jabatan dan ahli-ahli


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Ketibaan  Cue: Selepas usher memberikan buku program


Tetamu
Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Kehormat kepada tetamu kehormat

Yus
Bismillahirrahmanirrahim dan salam perpaduan.

Indah kejora tumbuhnya rendang,


Mekar mewangi tepian kali,
Tidak dilupa selamat datang,
Semoga bahagia di perasmian ini.

Yang Berbahagia Datin Hjh Zahrah Bt. Hj Bujang,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Tun Abdul Razak

Yang Dihormati En. Mohd. Shukor Bin Abbas


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua unit, para tutor,


para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar dan barisan guru pelatih baharu yang
dihormati sekalian.

Aluan
Ketibaan
Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Selamat Datang ke Majlis Perasmian Minggu Nira
Pengurusan Pelajar Baharu Ambilan Julai 2009.

Tema Minggu pengurusan kali ini adalah


“SAYA BANGGA MENJADI GURU”

Sesungguhnya, kami warga IPGM Kampus Tun Abdul


Razak berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran
para guru pelatih baru sekalian. Bak kata pepatah,
‘kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan’.

Bacaan
Doa Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis perasmian Yus
pada pagi ini, dipersilakan Saudara Alifah
Mohammad, Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana
Muda PISMP Kumpulan Matematik Semester 4 untuk
mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

 Cue: Setelah Saudara Alifah turun pentas dan


duduk

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi.

Nyanyian  Cue: Setelah audio dan multimedia bersedia dan


Lagu semua hadirin berdiri
IPTAR
Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN

Hadirin yang dikasihi, Nira


Majlis akan disusuli dengan nyanyian lagu rasmi
Institut, IPTARku Gemilang.

Untuk itu, semua hadirin dijemput berdiri bagi sama-


sama menyanyikan lagu tersebut.

 Cue: Setelah selesai nyanyian

Hadirin hadirat dipersilakan duduk

Perutusan  Cue: Setelah multimedia sedia


Pengarah
BPG

Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati. Yus

Disulam puisi dengan kata-kata,


Disulam majlis dengan amanat

Untuk itu, majlis akan diteruskan dengan tayangan


perutusan daripada Dato’ Misrah Bin Hj. Ibrahim,
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Mari, kita sama-sama saksikan.

 Cue: Setelah selesai perutusan

Begitulah tadi tayangan perutusan daripada Pengarah


Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Ucapan  Cue: Setelah usher bersedia menjemput tetamu


Perasmian kehormat untuk membacakan ucapan perasmian

Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian Nira

Tuan puteri di tepian laman,


Parasnya cantik berseri mukanya,
Mohan nasihat ucapan pesan,
Sebagai ingatan setiap masa.

Sekarang dijemput, Yang Berbahagia Datin


Hjh.Zahrah Bt. Hj.Bujang, untuk menyampaikan
ucapan sekali gus merasmikan Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu Ambilan Julai 2009.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya


mempersilakan.

 Cue: Setelah selesai ucapan dan usher


menjemput duduk

Atas ucapan sebentar tadi, majlis merakamkan


berbanyak-banyak terima kasih.

Nyanyian  Cue: Setelah Audio, Multimedia dan hadirin sedia


Lagu Ibu
Pertiwiku

Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


& Hadirin hadirat yang dihormati, Yus
Negaraku
Sebagai penutup tirai majlis kita pada pagi ini, sekali
lagi para hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu Ibu Pertiwi dan Lagu Negaraku.

Majlis dengan ini mempersilakan.

 Cue: Selesai lagu

Terima kasih kami ucapkan. Hadirin sekalian


dipersilakan duduk.

VIP  Cue: Setelah usher sedia


meninggal-
kan majlis
Pantai Damai indah berseri, Nira

Nira_hidayah
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2009

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Ada ketika bersua kembali.

Keberangkatan pulang Yg. Berbahagia Datin Hjh


Zahrah Bt. Bujang Pengarah IPGM Kampus Tun
Abdul Razak

Yus
Diiringi oleh Yang Dihormati En. Mohd. Shukor Bin
Abbas Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
para pensyarah dan barisan ahli Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar.

Segala kesilapan dan kekurangan harap diampuni.


Apa yang baik datangnya daripada Allah SWT dan
apa yang kurang datangnya dari diri kami sendiri.
Sekian Wabilahitaufik walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.

Nira_hidayah

Anda mungkin juga menyukai