Anda di halaman 1dari 3

EDUP2072

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 1 Tahun 1

KUIZ 1 : OKTOBER 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : EDUP2072


KURSUS : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
TARIKH & MASA : 28 OKTOBER 2021, 9.00 - 9.30 MALAM
JUMLAH MARKAH : 15 markah (15%)
KELAS :
NAMA :

ARAHAN KEPADA CALON;

1. Kuiz ini mengandungi 3 soalan struktur


2. Jawab semua soalan.
3. Balas Jawapan anda kepada pensyarah yang mengajar melalui Google
Classroom atau email

4. Tarikh akhir hantar kuiz adalah pada pukul 9.30 malam, 28 Oktober 2021

Jawab semua soalan.

1 Istilah falsafah secara umum nya memberikan makna “pengetahuan tentang


pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.”
Falsafah juga merangkumi kajian tentang masalah am berkaitan hal-hal seperti
pengetahuan, kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan
bahasa.

1.1 Terangkan konsep asas falsafah


[5 markah]

1.2 Jelaskan dengan perkataan sendiri konsep falsafah pendidikan


[5 markah]

1.3 Huraikan secara ringkas pengertian “Aksiologi” sebagai salah satu dari
cabang-cabang falsafah
[5 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
SP

1
EDUP2072 Jun 2021
EDUP2072

1 Istilah falsafah secara umum nya memberikan makna “pengetahuan tentang


pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.”
Falsafah juga merangkumi kajian tentang masalah am berkaitan hal-hal seperti
pengetahuan, kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan
bahasa.

1.1 Terangkan konsep asas falsafah


[5 markah]
Jawapan

 Falsafah ialah dari perkataan Yunani iaitu Philosophia yang memberi


gambaran “Philos” (cinta) + “Sophia” (kebijaksanaan). Falsafah juga dirujuk
sebagai the love of wisdom atau mencintai kebijaksanaan, oleh itu falsafah
merupakan satu bidang yang meneroka tentang makna ini.

 Falsafah seterusnya ialah satu cubaan untuk mencari kebenaran dan suatu
bidang kajian yang komprehensif, holistik dan logikal ke atas pemikiran
manusia dalam bidang agama, sastera, sains dan pendidikan.

 Falsafah boleh dibezakan daripada sains empirikal kerana soalan-soalan


falsafah tidak boleh dijawab samada melalui pengamatan atau eksperimen

 Ahli-ahli dan pemikir falsafah awal menyatakan falsafah sebagai satu usaha
menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk mencapai
kebijaksanaan.

 Falsafah sebagai usaha mengetahui segala yang ada berhubung manusia


dan kehidupan nya untuk mencapai hakikat kebenaran.

1.2 Jelaskan dengan perkataan sendiri konsep falsafah pendidikan


[5 markah]

Jawapan mengambilkira sebarang ayat yang memberi maksud berikut :

 Falsafah pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang meliputi bidang
bidang falsafah tradisional seperti ontologi, etika, epistemologi dan logik

 Pendekatan falsafah pendidikan adalah untuk menangani persoalan-


persoalan berkenaan polisi pendidikan, pembangunan manusia dan teori
kurikulum

 Falsafah pendidikan merupakan kajian atau proses yang berkaitan usaha


meningkatkan kualiti pendidikan, contoh nya kajian tentang sesuatu yang
melibatkan pengajaran dan pendidikan, nilai dan norma yang perlu diterapkan
serta perhubungan antara teori pendidikan dan praktik nya dalam kehidupan

 Falsafah pendidikan diperlukan sebagai dasar panduan guru dan warga


sekolah untuk berinteraksi dengan murid, ibu bapa dan pihak lain yang
berkaitan.

 Falsafah pendidikan menjadi asas dalam menentukan kurikulum dan cara


pengajaran serta pembelajaran dijalankan di sekolah-sekolah.

2
EDUP2072 Jun 2021
EDUP2072

1.3 Huraikan secara ringkas pengertian “Aksiologi” sebagai salah satu dari
cabang-cabang falsafah
[5 markah]

 Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Cabang falsafah ini
mempersoalkan tentang baik dan buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.

 Aksiologi merangkumi dua aspek iaitu etika dan astetika

 Etika lebih mengutamakan “apa yang sepatut kita lakukan” dan “apa yang
paling sesuai kita lakukan”. Etika memberikan perhatian kepada kualiti moral
dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan sesuatu masyarakat dan
kehidupan.

 Estetika merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam


sekeliling dan kehidupan atau tertumpu kepada citarasa dan sentimen.

 Etika cuba menjawab soalan-soalan seperti apa itu kebaikan?, apakah ciri-ciri
tingkahlaku yang menentukan kebaikan manakala estetika cuba menjawab
soalan-soalan seperti apa itu kecantikan?, bagaimana kita dapat menikmati
kecantikan dan keindahan

3
EDUP2072 Jun 2021

Anda mungkin juga menyukai