Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan psikologi dan psikologi pendidikan

Psikologi merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Yunani iaitu Psyche dan logos. Dalam
pengertiannya psyche bermaksud jiwa manakala logos bermakna kajian tentang sesuatu benda. Jadi
psikologi memberi makna kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.
Sebagai contoh kenapa segelintir individu bersifat introvert dan yang extrovert ? Persoalan ini
membawa kepada orang yang mengkaji tentang jiwa seseorang itu iaitu ahli psikologi. Ahli psikologi
menyatakan bahawa psikologi dianggap sebagai pembelajaran saintifik mengenai minda dan tingkah
laku. Kata kunci psikologi dalam definisi adalah kajian tentang sains,tingkah laku,proses mental.
Secara kesimpulannya, psikologi adalah kajian saintifik untuk mengkaji pemikiran manusia yang
mempengaruhi tingkah laku khususnya dalam perasaan, naluri,emosi,motivasi yang tidak dapat kita
lihat secara langsung.

Psikologi pendidikan merupakan cabang daripada ilmu psikologi yang menekankan kepada
pemahaman mengajar dan belajar dalam sektor pendidikan. Ianya adalah satu disiplin berkenaan
masalah yang wujud dalam pendidikan sama ada murid ataupun guru. Psikologi pendidikan ini
merangkumi kajian dalam aspek personaliti, potensi indvidu, kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah,bimbangan dan kaunseling. Pendidikan psikologi juga adalah mengaplikasikan
kaedah psikolohi untuk mengkaji tentang proses dalam pendidikan misalnya dalam perkembangan
intelektual,sosial dan emosi kanak-kanak di sekolah.Contohnya seseorang murid suka buat kacau
kawan lain di kelas. Terdapat faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid tersebut kemungkinan
faktor dari keluarga yang kurang kasih sayang atau ingin menarik perhatian daripada guru. Jadi
sebagai guru berperanan belajar psikologi pendidikan supaya lebih memahami dan dapat mengawal
tingkah laku murid-murid.
Perbezaan perkembangan dan pertumbuhan

Perkembangan adalah perubahan yang dialami oleh manusia sepanjang hayat iaitu sejak lahir hingga
tua. Perkembangan ini adalah satu perubahan yang bersifat kualitatif dan tidak dapat diukur.
Perkembangan ini juga berurutan dan kekal dalam diri seseorang melalui hasil daripada kematangan,
pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu,perkembangan ini mengkaji ilmu perkembangan dalam
aspek menulis,membaca,mengarang,mengiri,memori dan sebagainya. Contohnya seseorang bayi
yang baru lahir masih tidak tahu bertutur dan bercakap. Apabila bayi telah berusia 2-3 tahun, dia
telah boleh bertutur “mama” dan “papa”. Ini telah berlakunya perkembangan bahasa.
Perkembangan ini tidak dapat diukur dan dinilai kerana ianya berdasarkan kemahiran kognitif yang
dimiliki sejak kecil lagi. Persekitaran hidup,budaya,ahli keluarga turut mempengaruhi perkembangan
itu.

Pertumbuhan adalah perubuhan pada tubuh badan seseorang yang boleh diukur secara kuantitatif.
Pertumbuhan ini berlaku dari segi fizikal yang kita boleh lihat dan dinilai dari peringkat ke peringkat.
Misalnya pertumbuhan dalam struktur tulang,tinggi ,berat,gigi dan sebagainya. Contohnya
ketinggian Ah Meng pada usia 5 tahun ialah 145 cm. Apabila dia berusia 12 tahun,ketinggiannya
telah meningkat kepada 155cm. Proses ini telah berlaku perubahan pertumbuhan 10 cm dalam
ketinggiannya apabila sampai ke peringkat matang atau dewasa. Konsep pertumbuhan ini berbeza
dari segi jantina. Perempuan lebih cepat mencapai aras pertumbuhan berbanding dengan lelaki .

Pertumbuhan dan perkembangan ini mempunyai arah tertentu iaitu dari kepala ke kaki
(Cephaceaudal), dari tengak ke tepi( proximodistal) dan dari umum kepada khusus. Secara
kesimpulannya, perkembangan manusia akan berlaku secara berterusan dalam hidup kita manakala
pertumbuhan akan terhenti apabila mencapai kematangan. Urutan pertumbuhan dan
perkembangan adalah sama walapun berbeza antara seseorang individu. Contohnya seseorang
kanak-kanak yang berusia 2 tahun sudah tahu merangkak,duduk,berdiri dan berjalan tetapi
sesetengah kanak-kanak 5 tahun lebih lambat mencapainya.

Anda mungkin juga menyukai