Anda di halaman 1dari 10

2.

Bincangkan faktor- faktor yang mencetuskan


Perang Salib dan kesannya .

Pendahuluan ( 3 markah )

1. Perang Salib merupakan siri peperangan di antara


pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan
kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam
dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya
meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah
berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine.
2. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian
memakai pakaian tentera bertanda salib.
3. Motif peperangan – keagamaan dan sekular.
Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian
untuk menguasai Baitul-Muqadis.
4. Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru
supaya penganut2 Kristian bersatu lagi menundukkan
Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah
dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci
bagi Islam, Kristian dan Yahudi.
5. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad
iaitu dari 1095 – 1291M dan berlaku dalam tujuh
peringkat.
6. Negeri-negeri terlibat : Mesir, Iraq, Syria, Afrika
Utara, Sepanyol dan Hijaz.
7. Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib
seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja
Federick Babarosa dan Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Isi 
A. Faktor- faktor Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )

1. Agama
i. Perebutan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis )
i. Berada di tangan orang Islam sejak zaman Khalifah
Umar…..Kota suci mereka
ii. Juga merupakan kota suci orang Kristian
iii. Berlaku perebutan antara orang Kristian dan Islam
ii. Layanan buruk orang Turki Saljuk
i. Orang Turki yang menguasai Baitulmaqdis memberi
layanan buruk kepada penganut Kristian
ii. Menimbulkan kemarahan orang- orang Kristian 
iii. Keruntuhan gereja
i. Keruntuhan- keruntuhan gereja Holy Sepulchre pada
zaman pemerintahan Al- Hakim ( Kerajaan Fatimiyah
Mesir)
iv. Halangan jalan
i. Keluarga Saljuk telah menutup jalan menghalang
orang- orang Kristian 
daripada mengerjakan ibadat di Baitulmaqdis
v. Penyatuan orang- orang Kristian
i. Perang Salib menyatupadukan orang- orang Kristian
yang berpecah- belah antara mazhab gereja Rom dan
gereja Yunani
vi. Sikap fanatik agama Kristian 
i. Kebangkitan kuasa Islam di Timur Tengah
membimbangkan orang- orang Kristian
ii. Kesedaran Perang Kristian terhadap
mempertahankan dan menegakkan kekuatan orang
Kristian di dunia ….. membawa kepada tercetusnya
Perang Salib
vii. Keinginan memasuki syurga 
i. Pemimpin gereja mengisytiharkan bahawa yang
ambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci
dan masuk syurga
ii. Semua cukai yang harus dibayar akan terhapus 
iii. Ramai hamba menyertai Perang menganggapnya
sebagai jalan penyelesaian kebebasan mereka 

2. Politik

a. Pergolakan politik di Eropah


i. Persengketaan sesama Negara kota dan kehidupan
masyarakat yang tertekan pada zaman feudal
menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak
pihak berkuasa mengambil tindakan untuk
memulihkan keadaan.
b. Kebimbangan kedudukan anak- anak raja
i. anak- anak raja mengambil bahagian dalam perang
ini dengan harapan menjadi raja atau pemerintah bagi
wilayah- wilayah Islam yang mereka takluki

c. Krisis politik Islam 


i. Berlaku perpecahan dan krisis politik dalam
kalangan masyarakat Islam
ii. Kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan lemah
iii. Negara- Negara Islam spt Syria dan Asia Kecil juga
tidak bersatu- padu 
iv. Kerajaan Fatimiyah mengalami kemerosotan pada
abad ke 11M
v. Kemunculan pelbagai mazhab telah menjejaskan
perpaduan umat Islam

3. Ekonomi 

a. Keinginan menguasai perdagangan di


Mediterranean 
i. Penaklukan dan penguasaan Islam di kawasan –
kawasan sekitar Mediterranean telah mengancam
ekonomi pedagang- padagang Eropah
ii. Beberapa pelabuhan utama seperti Genoa dan
Venice telah dikuasai oleh orang- orang Islam
( Saljuk )
iii. Mesir di bawah penaklukan orang Islam Fatimiyah
b. Keinginan pemindahan sumber ekonomi 
i. Orang Eropah ingin memindahkan kegiatan dan
sumber ekonomi Negara- negara Islam ke Eropah
ii. Orang Eropah ingin meruntuhkan dan memonopoli
perdagangan Negara- negara Islam

B.Kesan- kesan Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )

Kesan Positif
1. Politik
i. Kemunculan kuasa- kuasa Eropah seperti Perancis,
Inggeris dan Sepanyol.
ii. Kebangkitan golongan Monarki baru seperti
England, Perancis dan Sepanyol
iii. Pembebasan golongan hamba yang mengambil
bahagian dalam Perang Salib
iv. Perpaduan masyarakat Islam di Syria, Asia Kecil
dan Mesir
v. Kelahiran tokoh Islam seperti Salehuddin al- Ayyubi
yang membangkitkan semangat jihad dan
menimbulkan dakwah anti -Islam

2. Ekonomi
i. Hubungan Perdagangan 2 hala antara Eropah
dengan Islam. Contohnya Genova dan Venice
semakin sibuk dan penting dalam aktiviti
perdagangan. 
ii. Kemajuan sektor pertanian iaitu orang- orang
Eropah mencontohi teknik pertanian orang- orang
Islam di Iraq
iii. Perkembangan infrastruktur spt perkembangan
jalan perdagangan, pembinaan jalan raya dan
pengangkutan laut serta penubuhan syarikat- syarikat
perkapalan 
iv. Penjelajahan dan penjajahan mula berlaku di
kawasan- kawasan Timur bertujuan mencari kekayaan
dunia. Contoh kuasa- kuasa besar spt Portugal,
Sepanyol dan Belanda
v. Perkembangan aktiviti perdagangan yang
menguntungkan orang Kristian. Pertembungan antara
Islam dan Eropah membuka laluan kepada
perkembangan perdagangan antara Timur dan Barat
3. Intelektual
i. Buku- buku Arab diterjemahkan ke dalam B.
Inggeris, Perancis dan Latin. Mempengaruhi
kemunculan Renaissance di Eropah.
ii. Kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan seperti
pengetahuan sains, matematik, seni bina,
kesusasteraan dan falsafah
iii. Kemajuan dalam pendidikan ….pembinaan sekolah,
kolej dan universiti oleh orang- orang Eropah

4. Keagamaan
i. Penyebaran agama dan pemelukan agama Islam…
membuka peluang kepada tentera Salib untuk lebih
mengenali dengan lebih dekat dan realistik tentang
kehidupan orang Islam. Sesetengah orang Eropah
mula tertarik dan memeluk agama Islam. 
ii. Kemunculan gerakan Reformasi

5. Bahasa
i. Berlaku pinjaman perkataan dan istilah Arab oleh
orang Eropah khasnya dalam bidang sains,
matematik, kedoktoran dan lain- lain.
6. Sains dan teknologi
i. Perkembangan infrastruktur dan peralatan moden
seperti pembinaan sistem pengairan, kota, kubu
pertahanan, peralatan senjata dan teknik membuat
kerta

Kesan negatif
1. Politik
i. Kemerosotan golongan feudal….banyak harta benda
musnah, para tahanan dan hamba yang dibebaskan
secara besar- besaran. Golongan bangsawan mula
kehilangan pengaruh ke atas wilayah mereka.
ii. Menjatuhkan maruah orang Kristian kerana kerajaan
– kerajaan Eropah gagal mencapai cita- cita politiknya
daripada Perang Salib
iii. Melemahkan kerajaan Byzantine… perbalahan
secara sendiri telah melemahkan semangat dan
kekuatan kerajaan Byzantine. Kerajaan ini cuba
dihidupkan semula tetapi tidak setanding dengan
kekuatan tentera Islam pimpinan kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

2. Ekonomi
i. Eropah terpaksa menjual harta benda dan tanah
kepada orang Yahudi untuk kelengkapan dan
penyediaan Perang Salib
ii. Pengenalan cukai- cukai baru. Contoh, Raja Louis
VII dari Perancis telah memperkenalkan cukai 1/10
bagi harta benda yang boleh dipindahkan kepada
tokoh- tokoh agama
iii. Kebantutan pembangunan Negara Islam akibat
penglibatan dalam Perang Salib

Kesimpulan ( 2 markah )

Perang Salib disebabkan oleh faktor politik, ekonomi


dan sosial telah memberikan impak yang mendalam.
Orang – orang Eropah telah membuka mata dan ingin
datang ke negeri – negeri sebelah timur. Kerajaan –
kerajaan Islam telah dapat bersatu padu dan bantu
membantu. Orang Islam bekerja keras untuk
membangun semula di bawah runtuhan Perang Salib.

Anda mungkin juga menyukai