Anda di halaman 1dari 11

Peribahasa Yang Sama Maksud..... :-) 0302: Bagai ayam naik ke surau.

Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda. Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum.Sehinggalah ia membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak dihidangkan.Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau. 0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. Sama erti: 1.Membasahkan garam sendiri.2.Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong. Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak sempurna.Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. 0304: Bagai ayam yang terkecundang. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1.Malu berani, mati takut.2.Pelandok di cerang rimba.Dalam ketakutan dan gelisah.3.Jiwa bergantung di hujung rambut.4.Bagai kambing dalam biduk. Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.Ia berasa takut kerana polis sedangmembuat penyiasatan pada kes tersebut. 0305: Bagai bajak wangkang makan diangkat. Makna: Orang yang gemar dipuji. Sama erti: 1.Ditanam tebu di telinga,berkembang bunga raya di muka.2.Lemak manis pada dialah, pahitmaung pada orang. Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan olehbeliau, pasti akan diheboh-hebohkan kepada semua rakan-rakannya.Tindakannya supaya ia mendapat pujian.Sikapnya bagai bajak wangkang makan diangkat. 0306: Bagai balak terendam.j Makna: Orang gemuk yang malas bergerak. Sama erti: 1.Seperti badak berendam.2. Seperti sumpit abu ditegakkan.3.Bagai sumpit dientakkan. Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkanoleh Tina kerana dia asyik tidur sahaja bila di dalambilik.Badannya yang gemuk dan malas inimenjadikan iadigelar bagai balak terendam. 0308: Bagai beliung dengan asahan. Makna: Tidak pernah berpisah. Sama erti: 1.Seperti belangkas.2.Bagai dakwat dengan kertas. Contoh: Sejak dari tahun pertama, merekasentiasa bersama-sama ada ke kuliah atau untuk membuattugasan.Keadaan mereka bagai

beliung dengan asahan. 0309: Bagai belut digetir (= diketil) ekornya. Makna: Cepat sekali. Sama erti: 1.Pantasnya seperti kilat.2.Berabu.3.Bak cetus api.4.Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). Contoh: Pertandingan acara berlari semuanyadibolot oleh Ali. Kepantasa lariannya bagai belutdigetir. 0310: Bagai belut diregang. Makna: Tinggi dan kurus. Sama erti: Cicak kobeng. Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalampertandingan bola keranjang kerana terdapat seorangpemain yangtinggi dan sentiasa berjaya memasukkan gol.Keadaan fizikalnya bagai belut diregang. 0311: Bagai berkain tiga hasta. Makna: Serba tak cukup (miskin). Sama erti: 1.Berkain tak cukup seblitpinggang.2.Berkayuh sampan bocor.3.Kain dibakar tiada berbau.4.Sudah dahaga sampai pula telagakering.5. Teranggit-anggit seperti rumput di pintu.6.Tertelentang berisi air,tertiarap berisi tanah. Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limahterpaksa bekerja keras untuk menyara makan minum anaknyayang ramai.Keadaan hidupnya sekarang bagai berkain tigahasta. 0313: Bagai berseru di padang pasir. Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang. Sama erti: Seperti memekik di tengah padangluas. Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakilrakyat itu meminta supaya penduduk di kawasan perumahanitu bersatu untuk menjaga keharmonian, tetapi tidak adakata sepakat dan tidak dipedulikan sahaja.Seruannyabagai berseru di padang pasir. 0315: Bagai bertanak di kuali. Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya. Sama erti: 1.Seperti pelita, membakar diri,menyalankan orang. 2.Seperti lilin membakar diri.3.Memerah kain basahan orang. 4.Mengairi sawah orang. Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,kerana habis wangnya telah digelapkan oleh wakil syarikatyang kononnya hendak meminjam.Rupa-rupanya ia telahmenipu. 0316: Bagai bertandang ke rumah janda. Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa. Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).Oleh itu saya tidak akan menghuraikannya lagi sebab sama. 0317: Bagai bertemu(= makan) buah si malakamo :dimakan mati bapak, tidak dimakan mati ibu. Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;dalam keadaan yang serba salah.

Sama erti: 1.Bagai memegang buah kepantanganberuk : ditelan mati emak, diluah mati bapa.2.Seperti Quran buruk : dibaca tak boleh dipersebarang dosa.3.Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.4.Dikatakan mati emak, takdikata mati bapak.5.Lalu hangus, surat layu, Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat olehSuzi bagai bertemu buah malakoma, dimakan mati bapak,tidak dimakan mati ibu, kerana ia akan melibatkan masadepan dirinya dan nasih keluarganya. 0318: Bagai bertepuk sebelah tangan. Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas. Sama erti:1. Bertepuk sebelah tangan,bersiul sambil menganga. 2.Tepuk sebelah tangan tak akanberbunyi. Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkanramai orang lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikitpun tidak dilayan. Akibatnya mereka bagai bertepuksebelah tangan. 0319: Bagai buruk kena ipuh. Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan). Sma erti:1.Cengkelingbagai ular kena palu.2.Bagai cacing kepanasan. Contoh: Mat mengidap penyakitgastrik.Sekiranya dia tersilap makan, penyakit akan datangmenyebabkan ia tidakdapat menahannyadan keadaannyabagai beruk kena ipuh. 0320: Bagai berumah di tepi tebing. Makna: Selalu dalam kekuatiran. Sama erti: 1.Bagai telur di hujung tanduk.2.Menanti laki pulang maling. Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknyasudah dua hari tidak pulang ke rumah.Semua kerjanyatidak menjadi kerana kuatir bagai berumah di tepi rawa. 0321: Bagai besi dengan penamban. Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. Sama erti: 1.Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus.2.Kalau langit hendak menimpabumi, bolehkah ditahan dengantelunjuk.3.Seperti tepung di tangan pengadun. Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semuaorang takut dengan cara pemerentahan mereka.Keadaan inibagai besi dengan penamban. 0322: Bagai biawak mengulangi bangkai. Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat. Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangibangkai. 2. Lalat langaumengerumunibangkai. 0323: Bagai buah keras di dalam sekul. Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah. Sama erti: 1.Seperti bertih direndang.2.Menggerutu sbagai buluh diperun. Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-henti becakap.

Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buahkeras di dalam sekul amat sukar difahami. 0324: Bagai budak menyapu ingus. Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis. Sama erti: 1.Laksanakedidi : di mana pantai tercunggit-cunggit.2.Seperti cicak makan kapur. Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tanganAminah, menyebabkan cawan yang dipegangnya terjatuhsemasa majlis jamuan itu diadakan.Walaupun bukan salahdirinya tetapi ia rasa sangat malu bagai budak menyapuingus. 0325: Bagai bulan empat belas. Makna: Kecantikan wajah seorang wanita. Sama erti: 1.Seperti emas baru disepuh.2. Bagai janda baru bangun tidur.3.Serupa bulan penuh. 4.Serupa burak. 5.Seperti kelopak pandan. Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnyakelihatan sangat menarik.Bukan sahaja kerana rekabentukitu yang menarik tetapi kerana kecantikan wajahnya bagaibulan empat belas. 0326: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya keranahendak berjalan. Sama erti: 1.Seperti penjajap berpalinghendak hilir. 2.Bagai cacing gila. Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila iahendak pergi berjalan.Kecantikannya selalu mendapatperhatian di luar. Dirinya bagai bulan penuh mengambangdi kaki awan. 0327: Bagai buntal kembung. Makna: Bodoh dan sombong. Sama erti: 1.Beriak tanda dalam, bergoncangtanda tak penuh. 2. Bagai tagar di Pulau Sembilan. Contoh: Mak Limah selalu bersungut keranaanaknya selalu membuat silap semasa kiraan dalamperniagaan.Bila diajar tidak diambil peduli.Perangaianaknya bagai buntal kembung. 0329:Bagai bunyi orang dikoyak harimau. Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat. Sama erti: 1.Berjerit-jerit seperti kucing biang.2.Seperti kuang memekik dipuncak gunung.3.Bagai halilintar membelah bumi. Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalammembuat kerja-kerja rumah supaya emaknya tidak marah.iaberasa malu sekiranya dimarahi oleh emaknya yangmempunyai suara terlalu kuat bagai bunyi orang dikoyakharimau. 0330: Bagai bunyi perempuan di air. Makna: Ramai (= riuh) sekali. Sama erti: 1.Bagai keling karam.2.Bagai ombak purus. Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabilakeluarga Encik Seman berkumpul pada hujung minggu.Anakcucunya yang ramai menjadikan rumahnya sangat bising.

0331: Bagai bunyi siamang kenyang. Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. Sama erti1.Seperti gadis jolong bersubang,bujang jolong berkeris.2.Seperti si buta mendapattongkat, dipukulkan buta tuli. Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkanbagaimana caranya ia beroleh kesengan sekarang ini.Sikapnya bagai siamang kenyang. 0332: Bagai cacing gila. Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing gila.Dia mesti bertindak tegasterhadap sikap isterinya yang suka bertandang ke rumahorang. 0333: Bagai cacing kena air panas. Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, maludan lain-lain). Sama erti: 1.Bagai kucing hendak beranak.2. Terloncat-loncat bagai ulatpinang.3. Seperti kucingdi atastitian. 4.Kera kena belacan. Contoh: Berita kemalangan yang menimpakeluarganya menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.Keadaannya bagai cacing kena air panas, hingga terpaksaorang lain memujuknya supaya bersabar. 0345: Bagai emak mandul baru beranak. Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlaluamat. Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 2.Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.3.Seperti gerup dengan sisir.4.Selapik seketiduran, sebantal sekalung hulu.5.Kasih sepantun tulisan pinggan. Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anakangkat telah berjaya. Puan Aminah terlalu gembira bagaiemak mandulbaru beranak sahaja tingkahlakunya. 0346: Bagai hempedu lekat di hati. Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau berkasih-kasihan). Sama erti: 1.Seperti keroncor denganbelangkas.2.Seperti api dengan asap.3.Sebagai aur dengan tebing.4.Berjarak serasa hilang,bercerai serasa mati. Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan merekabagai hempedu lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.

0347: Bagai enaudalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing. Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. Sama erti: 1.Siapa lu, siap gua.2.Nafsu, nafsi. Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapatsemasa dalam perbincangan sekiranya sama masalah yangwujud.Apa yang ia tahu akan disimpannya.Sikapnyabagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing. 0334: Bagai cembul dapat tutupnya. Makna: Sangat sesuai. Sama erti: 1.Bagai dulang dengan tudungsaji.2.Seperti telap dengan tutupnya.3.Bagai kunyit dengan kapur.4.Bagai pinang dibelah dua.5.Bagai lepat dengan daun.6. Bersua beliung dengan sangkal. Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnyakepada pasangan pengantin itu kerana sama-sama bijak dancantik. 0335: Bagai dakwat dengan kertas. Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok. Sama erti: 1.Bagai isi dengan kuku.2.Bagai beliung dengan asahan.3.Diuji sama merah, ditahil samaberat.4.Laksana terung bertunang ikankering.5.Seperti belangkas. Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagaidakwat dengan kertas kerana mereka sentiasa bersama sejakdari tahun pertama hingga ke tahun keempat. 0336: Bagai dekan di bawah pangkal buluh. Makna: Pandai menyembunyikan rahsia. Sama erti: 1.Telan batu.2. Memakan habis-habis, menyuru hilang.3.Membuhul jangan membuku,mengulas jangan mengesan. 4.Menyuruk hilang-hilang, memakanhabis-habis. Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan ituberlaku, barulah masyarakat di Segamat mengetahui bahasaZain juga terlibat dalam kes itu.Sikap selama-lamanyaini bagai dekan di bawah pangkal buluh. 0337: Bagai denai gajah lalu. Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendak disembunyikan. Sama erti: 1.Kalau tak ada angin, pohon takakan bergoyong. 2.Bagai kelip-kelip terbangmalam.3.Seperti ditempuh gajah lalu.4.Mana busuk yang tidak berbau. Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsuuntuk anaknyaj telah diketahui di seluruh negeri.Walaupun ia tinggal di luar bandar tetapi kejayaannyabagai denai gajah lalu. 0338: Bagai diikat dengan sehasta tali. Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas. Sama erti: 1.Seluas dada tuma.2.Seperti ikan dalam belat. Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepadasekolah pemulihan akhlak itu sangat ketat.Inimenyebabkan penghuninya merasa pergerakan mereka sangatterbatas bagai diikat dengan sehasta tali. 0339: Bagai diiris dengan sembilu. Makna: Pedih sekali rasa hatinya. Sama erti: 1.Seperti pedang bermata dua.2.Kena parang bermata dua.3.Tertarung kaki boleh diinai,tertarung hati susah ubatnya.

Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengansembilu, apabila mendengar sindiran dari orang kampungkerana perbuatan jahat anaknya. 0341: Bagai ditembak putus tunggal. Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh. Sama erti: Dientak ulu luncung. Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabilaia kalah dalam perdebatan itu.Sedangkan ia seorangpegawai yang bijak, tetapi tidak tahu mempraktikkansesuatu, manakala orang kampung yang bodoh tahumembuatnya.j[1] 0342: Bagai diurap dengan daun katung-katung. Makna: Sangat marah. Sama erti: 1.Rasa pedih cuping telinga.2.Panas hati. Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katungapabila di dituduh mencuri.Oleh itu dia berusaha untukmembuktikan kebenaran yang di tidak mencuri. 0345: Bagai emak mandul baru beranak. Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlaluamat. Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 2.Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.3.Seperti gerup dengan sisir.4.Selapik seketiduran, sebantal sekalung hulu.5.Kasih sepantun tulisan pinggan. Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anakangkat telah berjaya. Puan Aminah terlalu gembira bagaiemak mandulbaru beranak sahaja tingkahlakunya. 0346: Bagai hempedu lekat di hati. Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau berkasih-kasihan). Sama erti: 1.Seperti keroncor denganbelangkas.2.Seperti api dengan asap.3.Sebagai aur dengan tebing.4.Berjarak serasa hilang,bercerai serasa mati. Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan merekabagai hempedu lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.

0347: Bagai enaudalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing. Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. Sama erti: 1.Siapa lu, siap gua.2.Nafsu, nafsi. Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapatsemasa dalam perbincangan sekiranya sama masalah yangwujud.Apa yang ia tahu akan disimpannya.Sikapnyabagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

0348: Bagai gadis jolong menumbuk. Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh. Sama erti: 1.Bagai semut penghimpun melukut.2.Seperti anai-anai makan kayu.3.Lurah diturun, bukit didaki.4. Cepat kaki ringan tangan.5.Ringan tulang. Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagiuntuk menghadapi

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Masa yang sudah singkat ini telah dipenuhi denganmengulangkaji pelajarannya bersungguh-sungguh dan pergike kelas tambahan.Aktiviti seharian dan kerjanya bagaigadis jolong menumbuk. 0350: Bagai galah dijual. Makna: Terlalu miskin. Sama erti: 1. Sepertikain buruk dibakar tak berbau.2. Duduk dengan sukatan. Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan merekayang hidup bagai galah dijual tetapi elok sekiranyamereka membuang tabiat yang buruk itu sebelum diberibantuan. 0351: Bagai galah di tengah arus. Makna: Selalu berkeluh kesah. Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.2. Seperti air di dalam kolam. Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengah arus dan tidak berkesempatanlangsung untuk bersuara menentang pihak yang berkuasa.

0352: Bagai gelegar buluh. Makna: Bercakap besar. Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.2. Sepertiilmu padi hampa, makin lama makin mencongak.3. Seperti ular menyusur akar tiada hilang bisanya. Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran olehpihak polis tetapi suaranya masih lantang bagai gelegarbuluh.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejay aan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri s endiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebi h baik lagi. PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. 2. 3. 4. Seperti bunga dengan perdunya Seperti tanduk bersendi tulang Seperti cincin dengan permata Bagai pinang dibelah dua

Maksud Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. 2. 3. 4. Seperti Seperti Seperti Seperti sirih pulang ke gagang belut pulang ke lumpur ikan pulang ke lubuk janggut pulang ke dagu

Maksud * Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai * Balik ke tempat asal PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. Sudah jatuh ditimpa tangga 2. Antah patah lesung hilang Maksud Kesusahan datang secara berturut-turut PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul 2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa 3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya Maksud Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan seben ar yang dihadapi PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

7. Terendam sama basah, terampai sama kering Maksud Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. Burung terbang dipipiskan dada 2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Maksud angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti. PERIBAHASA SAMA MAKSUD 1. Belum duduk sudah berlunjur 2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri 3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Maksud Orang muda hendak berlagak seperti orang tua PERIBAHASA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN TEBU PERIBAHASA 1 Tebu masuk mulut gajah MAKSUD Binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi PERIBAHASA 2 Tebu seruas berulat pula MAKSUD Anak seorang sahaja tetapi buruk pula perangainya PERIBAHASA 3 Tebu setuntung masuk geraham gajah MAKSUD Pemberian sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak dihargainya PERIBAHASA 4 Bertanam tebu di bibir MAKSUD Mengeluarkan kata-kata yang manis untuk memujuk PERIBAHASA 5 Dapat tebu rebah MAKSUD Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah PERIBAHASA 6 Diminta tebu, diberi tembakau MAKSUD Yang diminta dikabulkan tetapi kurang daripada yang diminta

PERIBAHASA 7 Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai MAKSUD Seia sekata atau bersatu padu PERIBAHASA 8 Seperti tebu, airnya diminum, hampasnya dibuang MAKSUD Tiap-tiap perkataan yang didengar dari mulut orang hendaklah dipilih yang baik d aripada yang jahat PERIBAHASA MELAYU YANG MENGGUNAKAN KATA "HATI" PERIBAHASA 1 hati tawajud MAKSUD Hati yang dihadapkan semata-mata kepada Tuhan. PERIBAHASA 2 Hati bagai baling-baling MAKSUD Fikiran atau pendirian yang tidak tetap. PERIBAHASA 3 Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah. MAKSUD Orang yang kurang perasaan malunya. PERIBAHASA 4 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah MAKSUD Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit. PERIBAHASA 5 Hati gatal mata digaruk MAKSUD Perihal orang yang tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan yang dia sangat-sanga t berjahat hendak melakukannya.

Anda mungkin juga menyukai