Anda di halaman 1dari 1

雪邦国民型华文学校

SJK(C) SEPANG
43900 SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN TEL/FAX : 03-31421848
sjkcsepang@gmail.com

Rujukan Kami : SJKCS.100-13/1/14( )


Tarikh : 11 Oktober 2021

EN. TAI CHOO SING


Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK
Kampung Baru Sepang
43900 Sepang, Selangor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENGERUSI MESYUARAT SEMENTARA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa-Guru akan melaksanakan satu


mesyuarat dengan kerjasama Sekolah SJKC Sepang seperti butiran berikut :

Nama Program: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG)


Tarikh : 24 Oktober 2021
Tempat : Tempat Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
Masa : 10.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menjadi sebagai pengerusi
mesyuarat sementara.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi pelaksanaan mesyuarat ini, Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

(NG HORNG MAY)


Guru Besar
SJKC SEPANG

Anda mungkin juga menyukai