Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN REFLEKSI UNIT PENDAFTARAN PROGRAM WEBINAR TEKNIK

MENJAWAB SPM : BAHASA MELAYU & SEJARAH

Pengenalan

Pada 24.12.2021 telah berlangsung Webinar Teknik Menjawab SPM : Bahasa Melayu &

Sejarah di Bilik CUBE Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program webinar ini

merupakan projek yang dijalankan oleh pelajar-pelajar kumpulan 1, kursus PQI6002

Sosiologi Pendidikan sesi 2021/2022 di bawah pengelolaan Dr Abd Razak Zakaria selaku

pensyarah kursus PQI6002 Sosiologi Pendidikan. Justifikasi terwujudnya program ini adalah

untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar kursus ini untuk membiasakan diri

dengan persekitaran yang melibatkan pendidikan. Pendekatan webinar telah menjadi pilihan

ekoran situasi pandemik Covid 19 yang sedang melanda negara kita. Peserta program ini

terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2021.

Kami telah diamanahkan sebagai Bendahari dalam program ini. Antara tanggungjawab saya

dalam program ini ialah :-

 Menguruskan pendaftaran pelajar semasa webinar dijalankan.

 Menyediakan laporan unit setelah program tamat dan menyerahkannya kepada

setiausaha program untuk didokumentasikan

Strength (Kekuatan)

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam program ini adalah pendaftaran para peserta

dapat dilakukan dengan lancar walaupun bukan secara bersemuka. Seramai 405 peserta telah

mendaftar untuk program webinar ini. Kami juga berkerjasama dengan unit perhubungan

bagi melancarkan lagi penyebaran maklumat berkaitan dengan program ini.


Weaknesses (Kelemahan)

Antara kelemahan kami ialah berlakunya masalah teknikal di dalam google form dimana

terdapat beberapa peserta tidak dapat mengisi nombor kad pengenalan. Namun begitu,

masalah tersebut dapat diatasi dengan menghubungi semula peserta-peserta tersebut.

Opportunity (Peluang)

Di samping itu, Program webinar yang dilaksanakan ini juga memberi kami satu pengalaman

yang baru ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi peserta. Kami menghubungi seorang

demi seorang peserta yang tidak boleh kami hubungi secara langsung melalui aplikasi

Whatsapp. Bagi kami, ini merupakan pengalaman yang baru untuk melihat bagaimana cara

kami mengatasi masalah tersebut bagi memastikan tiada peserta yang terlepas info mengenai

program yang dijalankan.

Threat (Ancaman)

Seterusnya, antara cabaran yang kami hadapi ialah terdapat beberapa peserta yang tidak dapat

dihubungi langsung. Jadi, kami emel kepada peserta tersebut sebagai usaha terakhir kami

untuk menyebarkan maklumat mengenai program ini.

Rumusan

Berdasarkan kepada dapatan keseluruhan program in dapat kami simpulkan bahawa Program

Webinar Teknik Menjawab SPM : Bahasa Melayu & Sejarah ini telah berjaya memberi

banyak manfaat dan kelemahan dan ancaman yang ada buka penghalang kepada kejayaan

program ini. Pada sudut pandangan kami, sememangnya program sebegini wajar
dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada bakal guru ini berjiwa kental sebagai seorang

pendidik yang

cemerlang. Hal ini kerana, pendedahan kepada pengurusan program seperti ini membantu

kita sebagai bakal guru untuk menguruskan program-program yang bakal berlangsung secara

tahunan di sekolah.. Program ini begitu signifikan bagi seorang guru untuk dapat melakukan

adaptasi terhadap persekitarannya dengan cepat dan menganjurkan webinar atas kekangan

Covid 19. Menerusi program ini kami juga dapat merumuskan bahawa guru perlu

mempunyai sahsiah yang cemerlang. Seorang guru menjadi model kepada anak didiknya.

Melalui sikap dan sahsiah yang bagus sebagai seorang guru dapat membantu membina

pembentukan akhlak murid-murid secara tidak langsung. Pada program pada kali ini kami

menyedari bahawa seorang guru perlu mempunyai disiplin yang tinggi seperti menepati

masa, tidak mudah untuk mendalah dan juga boleh melakukan Interaksi sosial bersama-sama

persekitaran mereka. Kami tidak perlu mengeluh sekiranya berlaku masalah bahkan saya

belajar daripada program kali in supaya berfikir secara terbuka dan lebih kreatif. Akhir kata,

diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk menjawab peperiksaan SPM nanti.

Anda mungkin juga menyukai