Anda di halaman 1dari 2

7 Mac 2022.

YBhg. Profesor Dr. Abd Karim Alias


Pengarah
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE)
Universiti Sains Malaysia.
 
 
YBhg. Prof.,
 
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KEYNOTE BAGI SIMPOSIUM ASEAN
UNIVERSITY NETWORK (AUN) TECHNOLOGY-ENHANCED PERSONALISED
LEARNING 2022.
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
AUN Thematic Network on Technology-enhanced Personalised Learning (AUN-
TEPL) merupakan satu rangkaian bertemakan Personalised Learning di antara
universiti ASEAN, yang diketuai oleh Singapore Management University (SMU),
bersama-sama Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Mahidol University, Thailand
sejak tahun 2019. 
AUN-TEPL bertujuan untuk memupuk kolaborasi antara universiti-universiti ASEAN
untuk menggunakan technology-enhanced personalised learning dalam
menambahbaik proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 

Pihak ADEC berbesar hati untuk menjemput YBhg. Prof. sebagai


penceramah keynote dalam simposium ini . Butirannya adalah seperti berikut:

Tajuk yang dicadangkan: Developing Skilled Netizens for Lifelong Learning


Tarikh: 25 Mei 2022 (Rabu)
Masa: 10.15pagi – 10.45 pagi (30 minit)
Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. 
 
Untuk makluman YBhg. Prof., simposium ini akan dijalankan secara hibrid. Urusan
perjalanan dan penginapan YBhg. Prof. bagi menghadiri simposium ini akan
diuruskan oleh pihak ADEC. YBhg. Prof. juga boleh maklumkan kepada kami jika
lebih selesa untuk berada di simposium secara dalam talian.  

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Dr. Zahiruddin Fitri (03-7967 7816)
atau Cik Ferlynda Jamaludin (03- 7967 7022 (ext 2056)).

Sokongan dan kerjasama dari pihak YBhg. Prof. amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Prof. Madya Dr. Farrah Dina Yusop
Pengarah
Pusat Pembangunan dan Penambahbaikan Akademik (ADEC)

Anda mungkin juga menyukai