Anda di halaman 1dari 3

Aku, Lim dan Islam..

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak.


Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke
peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke
Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan
sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu
banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke
rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat
digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di
rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari
jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing
peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek
Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',
semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin
kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak
pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang
kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet,
email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali
menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar ,
kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan
aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari
kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad
Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah
dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa
dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara
seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku
berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu
keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya.
Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya,
wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup
dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami
menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama
terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari
kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa
orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan
menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur
melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di
buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau
masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di
perantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau
kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi,
rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku
tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku
dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia,
negara Islam ni?
Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi
kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus
berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa
kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka
tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga
aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam
dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan
risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh
Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi,
nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk
keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-
orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam
aku.
Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat
malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama,
sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh
jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah
nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak
tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan
dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada
Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang
bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.
Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian
mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil
kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan
oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir
selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan
diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak
dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan,
bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala
urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku
pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah
mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa
aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam
tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang
kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu
erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Anda mungkin juga menyukai