Anda di halaman 1dari 7

SCCA1013

PENGANTAR KOMUNIKASI

Knowledge, Virtue, Service


BAB 12:
RUMUSAN PENGANTAR KOMUNIKASI

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan skop bidang komunikasi sebagai disiplin sains sosial.
2. Membincangkan kepentingan, jenis dan konteks komunikasi.
3. Memahami keseluruhan asas komunikasi.

Knowledge, Virtue, Service


RUMUSAN
“Komunikasi adalah proses merapatkan jurang kefahaman
antara individu. Apabila kita berkomunikasi sebenarnya kita
cuba mengurangkan ketidakpastian dan keraguan antara
satu sama lain dalam mencapai titik persamaan dan
kefahaman”

Knowledge, Virtue, Service


KOMUNIKASI SEBAGAI BIDANG SOSIAL
Ramai sarjana awal dalam bidang sains sosial seperti bidang antropologi, sosiologi, sains politik dan
psikologi yang berminat membuat kajian tentang gelagat komunikasi antara manusia. Pada peringkat
awal, perkembangan bidang komunikasi dipelopori oleh sarjana sains sosial. Sebagai satu bidang sains
sosial, bidang komunikasi bersifat dinamik dan berubah mengikut masa.

KOMUNIKASI IALAH SATU PROSES


Satu proses seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang
(Emery, Ault & Agee, 1965). Kajian oleh Dance (1970) telah mengenal pasti 98 takrifan komunikasi. Ini
menunjukkan bahawa komunikasi adalah satu bidang yang luas dan sentiasa disesuaikan dengan
bidang-bidang ilmu lain.

Knowledge, Virtue, Service


KONTEKS & APLIKASI KOMUNIKASI
Di mana sahaja kita berada, proses komunikasi akan berlaku sama ada secara sedar ataupun tidak. Malah
dengan berdiam diri juga dapat menzahirkan mesej tertentu. Selain elemen-elemen utama komunikasi,
konteks sesuatu komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan
komunikasi. Konteks komunikasi secara umumnya merujuk kepada suasana berlakunya komunikasi.

MANUSIA & KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Tiga bentuk tindakan yang dilakukan iaitu penilaian, perancangan dan pelaksanaan. Sebenarnya
proses tindakan ini memerlukan kita memikirkan sesuatu sebelum kita mengeluarkan mesej
kepada individu lain dengan menggunakan saluran tertentu. Justeru itu, pemikiran
manusia akan mempengaruhi bentuk tindakan yang akan diambil sama ada baik, buruk,
berkesan atau kabur. Pemikiran adalah suatu proses sedar yang dijana oleh otak manusia.

Knowledge, Virtue, Service


terimakasih
Knowledge, Virtue, Service
PENGUMUMAN: PEPERIKSAAN AKHIR (SEM JA201)
➢ Pihak PACE memutuskan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR secara fizikal. Hanya peperiksaan akhir secara dalam talian
dibenarkan. Mengambil kira beberapa aspek, SCCA1013 TIDAK AKAN MENGADAKAN PEPERIKSAAN AKHIR.
➢ DUA (2) Kuiz akan diadakan menggantikan peperiksaan akhir tersebut. Semua Kuiz akan diadakan secara dalam
talian dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh penyelaras kursus.
✓ KUIZ 1 [20%] PENTAKSIRAN GANTIAN PEPERIKSAAN AKHIR
Tarikh: 22 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa: 3:00PM - 5:00PM (boleh dimulakan mengikut kesesuaian pelajar)
Tempoh: 40 minit sahaja (kuiz akan ditamatkan secara automatik apabila tempoh tamat)
Bentuk Soalan: Soalan Berstruktur (4 soalan). Sila buat ulangkaji topik-topik berikut bagi tujuan kuiz ini: Topik 8, 9, 10 & 11.

✓ KUIZ 2 [20%] PENTAKSIRAN GANTIAN PEPERIKSAAN AKHIR


Tarikh: 29 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa: 3:00PM - 5:00PM (boleh dimulakan mengikut kesesuaian pelajar)
Tempoh: 30 minit sahaja (kuiz akan ditamatkan secara automatik apabila tempoh tamat)
Bentuk Soalan: 25 Soalan Aneka Pilihan Sila buat ulangkaji topik-topik berikut bagi tujuan kuiz ini: Topik 1, 2, 3, 5 & 6.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelaras Kursus SCCA1013 Dr. Khairie ditalian 019-4709686. Terima kasih.
Knowledge, Virtue, Service

Anda mungkin juga menyukai