Anda di halaman 1dari 3

Nak berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu.

Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. Contohnya, ada dua jam untuk
belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.

Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan
kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  dua jam tu dapat belajar apa je,

Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu
teruskan perjuangan.

Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal.

Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih
Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di
saat-saat akhir.

Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar.

CARA #1: Cari tempat belajar yang sesuai.

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada
kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang
gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

CARA #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku,
pemadam, kalkulator dan sebagainya.

Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita
tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang
tau.

CARA #3: Cari teman belajar

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab
mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan
fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja.
Rugi!
Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka
bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda
sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk
belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak
perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.

CARA #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan
dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas,
mungkin kekacang ringkas juga.

CARA #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10
minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:

1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung
semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas
proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan
memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.

CARA #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda
dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi
katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan
automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada
hadiah.

“Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans
untuk diri sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?

3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri,
dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang
baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu
lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda
buat.
Bacaan lanjut >> 10 Cara Terhebat untuk Motivasikan Diri Sendiri

CARA #7: Duduk dan Belajar

Dah cuba cara 1 – Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card
untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun
ikut topik untuk mudah di baca.

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang
(Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK
BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah
mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami
sebelum mengingati tajuk kecil.

Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study
Hard.

Anda mungkin juga menyukai