Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


SESI AKADEMIK 2021/2022

DWP10403
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

KERJA KURSUS 3
PENULISAN LAPORAN
PdPR: DIMENSI BARU PENDIDIKAN

NAMA NOMBOR
MATRIK
SITI FASIHAH BINTI RAMELI CIA21068626

UNTUK PERHATIAN
TENGKU NORAZLAN BIN TENGKU SULAIMAN
PENSYARAH

TARIKH SERAHAN
29 Januari 2022
1.0 Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan di Malaysia sejak apabila Perintah
Kawalan Pergerakkan dikuatkuasakan. Pembelajaran secara bersemuka tidak dapat berlaku
maka, PdPR dijalankan bagi memastikan keperluan pembelajaran pelajar tetap dapat dipenuhi
(Siti Aisyah & Khadijah, 2021) walaupun mereka tidak hadir ke sekolah. PdPR dilaksanakan
secara online dan offline berpandukan manual PdPR yang dikeluarkan oleh KPM.

2.0 Refleksi PdPR

Banyak cabaran dan ilmu baru yang diperoleh sepanjang PdPR dijalankan. PdPR
menyaksikan pelajar dan guru menjalani pembelajaran secara moden dengan bantuan aplikasi
teknologi (Siti Balqis & Muniroh, 2020). Selaras dengan anjakan ke-7 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), penggunaan ICT dimanfaatkan sepenuhnya
semasa Perintah Kawalan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia di mana guru-
guru dan murid dapat berkomunikasi dan menjalani proses pembelajaran dengan baik dengan
bantuan teknologi.

Teknologi menjadikan pembelajaran semasa PdPR lebih menarik dan interaktif


berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka. Dengan bantuan pelbagai platform dan
aplikasi yang ada, pelajar tidak mudah berasa jemu. Quizizz dan Kahoot! adalah antara
platform pembelajaran secara permainan yang digunakan semasa PdPR (Mohamad
Naqiuddin, 2020) dan ianya berjaya meningkatkan minat dan penyertaan pelajar. Penggunaan
platform dan aplikasi ini digunakan untuk menggantikan cara pengujian tradisional iaitu
penggunaan pen dan kertas di dalam bilik darjah. Selaras dengan kemajuan teknologi yang
ada, murid dapat merasai satu pengalaman pembelajaran yang baru dan seiring dengan
perkembangan dunia teknologi masa kini.

PdPR juga turut meransang pertambahan literasi teknologi maklumat (IT) dalam kalangan
pendidik dan murid (Osman, 2020). Kebanyakan guru yang kurang mahir dalam bidang IT
mula mendalami dan mencari ilmu untuk menguasai penggunaan teknologi bagi memastikan
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dalam norma baharu. Selain kemahiran
komunikasi dalam talian ditingkatkan, guru juga dapat memenuhi keperluan silibus
pembelajaran dengan baik seterusnya membolehkan pembelajaran berkualiti berlangsung.

Pendekatan pendidikan secara PdPR juga menerapkan sistem pembelajaran yang fleksibel
(Siti Azura, Suzana, & Zulkurnain, 2021) kerana murid dan guru tidak terikat dengan tempat
dan masa yang tertentu. Guru dan murid masing-masing berada di kediaman masing-masing
tanpa perlu hadir ke sekolah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di
seluruh negara. Manakala bagi murid yang mengalami kekangan waktu, mereka diberi ruang
dan peluang untuk mengikuti pelajaran dan menyiapkan tugasan di luar waktu kelas yang
telah disediakan. Cara ini membolehkan pelajar mendapat peluang pembelajaran yang sama
rata.

Selain daripada itu juga, kebanyakkan aktiviti pembelajaran semasa PdPR dijalankan
secara atas talian di mana ia membolehkan guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Kaedah pengajaran yang yang digunakan adalah kaedah yang tiada had (BERNAMA, 2021)
kerana cara pembelajaran adakah bergantung kepada keadaan dan situasi semasa dengan
mengambil kira kesesuaian guru dan murid. KPM menetapkan PdPR boleh dijalankan
samaada secara atas talian ataupun luar talian. Bagi murid yang berada di kawasan pedalaman
di mana pemilikan gajet dan rangkaian internet adalah sangat terhad, guru akan membekalkan
modul atau latihan pembelajaran. Kaedah ini selaras dengan Anjakan Pertama Pelan
Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses
kepada pendidikan berkualiti.

Disebalik sesi PdPR ini, ada juga sisi yang perlu di ambil kira iaitu kekangan yang
dihadapi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penggunaan internet adalah
sangat penting bagi memastikan pendidikan tetap diteruskan. Namun demikian, capaian
internet bukanlah meluas dan berada di tahap yang terbaik di semua tempat. Menerusi temu
bual guru bersama ibu murid, capaian internet di tempat tinggal mereka adalah sangat
perlahan. Jadi, bagi membolehkan anaknya mengikuti sesi pembelajaran atau menghantar
tugasan, mereka kadang-kadang perlu keluar ke pekan berdekatan untuk mendapatkan talian
internet.
Masalah seterusnya yang dapat dikenalpasti ialah kekurangan peranti atau masalah

pemilikan peranti. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana pula, pemilikan

gajet atau peranti yang bersesuaian menjadi masalah utama buat mereka. Memandangkan

murid di sekolah penulis adalah terdiri daripada murid sekolah rendah, maka tidak semua

murid mempunyai peranti seperti telefon mahupun komputer riba sendiri. Sesetengah murid

menggunakan atau meminjam peranti ibu bapa bagi menyertai kelas mahupun program

secara maya. Jadi, penyertaan murid adalah terhad apabila ibu bapa berada di tempat kerja

dan murid berada di rumah. Mereka tidak dapat menyertai kelas atau program yang telah

dijalankan pada waktu bekerja.

Bagi murid yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai pula, mereka

menghadapi masalah gangguan persekitaran. Ini kerana ketika mereka sedang mengikuti

kelas, kadang-kadang terdapat adik mereka yang bising dan menangis di sebelah mereka. Hal

ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi perhatian dan sukar untuk fokus ekoran

suasana pembelajaran kurang kondusif. Oleh itu, sesi pembelajaran mereka sedikit sebanyak

akan terganggu.

Sesetengah ibu bapa perlu berada di tempat kerja dan murid-murid ini pula berada di

rumah keran tidak dapat hadir ke sekolah. Jadi murid ini akan mengikuti sesi PdPR tanpa

pengawasan dari orang dewasa. Murid yang kurang pengawasan dari orang dewasa ini

kadang-kadang terlalu leka dengan peranti sehingga mereka tercicir atau tidak mengikuti

pelajaran pada waktu yang ditetapkan. Ini kerana tiada orang yang boleh mengingatkan

mereka tentang jadual yang disediakan.


Seterusnya, ada guru yang mengadakan sesi PdPR dengan hanya berkongsi video

pembelajaran dan tugasan sahaja. Murid-murid yang agak lemah mungkin menghadapi

kesukaran dari segi memahami pembelajaran pada hari tersebut kerana mereka tidak dapat

mengadakan sesi soal-menyoal dua hala bersama guru. Jadi mereka mungkin tidak mencapai

tahap pemahaman sebagaimana yang guru inginkan kerana interaksi antara murid dan guru

adalah terhad.

3.0 Kesimpulan

Dunia pendidikan tidak pernah sepi dari sebarang isu dan cabaran, penularan Covid-19
membawa satu dimensi baru dalam dunia pendidikan di seluruh dunia. Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah dijalankan bagi memastikan pendidikan terus berjalan meskipun
dalam senario yang berbeza. Cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan murid, perlu
dibaiki dari semasa ke semasa. Kelebihan yang ada juga patut dimanfaatkan sepenuhnya bagi
memastikan pendidikan berkualiti dapat dijalankan. Kemahiran-kemahiran yang diperoleh
sepanjang PdPR pula perlu sentiasa digilap dan dikembangkan bagi memastikan setiap
individu itu mempunyai nilai tambah masing-masing yang akan menjadi satu aset pada masa
akan datang. Oleh itu, walaupun sesukar mana keadaan, kita sebagai guru harus sentiasa
bersedia menghadapi cabaran dan perubahan dalam dunia pendidikan bagi memastikan
keperluan pendidikan generasi akan datang ini tidak terabai.

(951 patah perkataan)


4.0 Rujukan

BERNAMA. (2021, September 21). utusanborneo.com.my. Retrieved from Utusan Borneo


Online: https://www.utusanborneo.com.my/2021/09/21/keberkesanan-kaedah-pdpr-
pada-tahap-sederhana
Mohamad Naqiuddin, M. M. (2020, May 31). Alhijrahnews.com. Retrieved from Alhijrah
Online: https://alhijrahnews.com/aplikasi-quizizz-ke-arah-memperkasakan-
pembelajaran-dalam-talian/
Osman, A. (2020, 12 11). bharian.com.my. Retrieved from BH Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/12/763898/pdp-dalam-
talian-rangsang-kemahiran-it
Siti Aisyah, I., & Khadijah, A. R. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran dan Impak dalam
Pendidikan Islam dan Pembelajaran Murid [Covid-19 Pandemic: Challenges And
Impact In Islamic Education And Student Learning]. International Journal of
Advanced Research in Islamic Studies and Education, 23-31.
Siti Azura, A. H., Suzana, Z. A., & Zulkurnain, H. (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan
Pengajaran dalam Talian (Epembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej
Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and
Civilization, 1-14.
Siti Balqis, M., & Muniroh, H. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Kebangsaan , 14-22.
5.0 Lampiran

Lampiran 1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2021

Lampiran 2
Murid menjalani Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)
Lampiran 3
Murid menjalani Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) secara atas talian

Lampiran 3
Maklum balas ibu bapa tentang Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)

Anda mungkin juga menyukai