Anda di halaman 1dari 2

SITI FASIHAH BT RAMELI

CIA21068626

KUMPULAN B (FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM)

ARAHAN:

Huraikan 3 isi penting yang dapat difahami daripada ayat 1-5 Surah al Alaq.

1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian


makhluk)
2) Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku
3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah
4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya

Surah Al-Alaq ayat 1-5 merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW. Dengan turunnya wahyu ini, ia menandai pengangkatan baginda sebagai Nabi dan
utusan Allah swt kepada umat Islam. Rangkaian 5 ayat pertama Surah Al-Alaq ini memiliki
susunan kata yang sangat unik dan penuh dengan pesanan.
Antara 3 isi penting yang dapat saya kupas dari Surah Al-Alaq ini ialah:

1) Budayakan amalan membaca


Kata Iqra’ merupakan satu pesan perintah buat Nabi Muhammad SAW dan umat
manusia secara keseluruhannya untuk membudayakan dan menjadikan membaca itu
sebagai satu amalan. Beberapa kali kata Iqra’ ini diulangi dalam Surah Al-Alaq ini
menunjukkan peri pentingnya amalan membaca. Bacalah apa sahaja tidak kira kalam,
tanda-tanda zaman, sejarah, sumber bertulis mahupun tidak bertulis kerana membaca
itu jambatan ilmu. Dari amalan membaca ini banyak ilmu, info dan pengetahuan yang
kita boleh manfaatkan untuk kegunaan kita di dunia dan manfaat kita di akhirat kelak.

2) Pencarian ilmu pengetahuan


Surah Al-Alaq ini menegaskan bahawa Allah itu merupakan sumber kepada seluruh
ilmu pengetahuan. Hanya Allah yang mengajarkan ilmu sehingga manusia dapat
menulis dan mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Oleh itu, berusahalah untuk
mencari ilmu. Bacalah apa jua yang ada, kerana dari pembacaan itu sendiri kita akan
peroleh pengetahuan. Amalan membaca, meneliti, menelaah, memahami merupakan
jalan bagi seseorang untuk menimba ilmu. Secara langsung ataupun tidak langsung,
keimanan dan keislaman seseorang itu dapat ditingkatkan dengan adanya ilmu
pengetahuan.

3) Allah juga mengajar manusia melalui pena dan tulisan membawa maksud amalan dan
daya menulis dengan pena merupakan nikmat yang sangat besar daripada Allah SWT.
Manusia menggunakan penulisan sebagai salah satu perantaraan untuk
berkomunikasi sesama manusia. Tulisan juga digunakan untuk memindahkan ilmu
dan maklumat dalam kalangan manusia tidak kira dari bangsa atau keturunan apa pun.
Dengan penulisan inilah ketamadunan manusia berkembang maju, aliran pemikiran
meningkat dan agama terus terpelihara. Di samping itu juga, hidayah kepada umat
manusia juga boleh turut tersebar melalui penulisan.

Anda mungkin juga menyukai