Anda di halaman 1dari 8

Panduan Pos Barang Ke

Domestik dan Antarabangsa


Dengan Mudah
Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah |

Adakah anda penjual atau perniagaan online yang ingin membuat


penghantaran ke domestik atau luar negara?

Bagaimana cara penghantaran barang ke domestik atau antarabangsa dengan


lebih mudah dan berpatutan?

Kini anda boleh dapatkan Flexipack Domestik dan Flexipack International


untuk penghantaran lebih mudah dengan harga menarik ke domestik atau luar
negara. Berikut dikongsikan adalah panduan pos barang ke domestik dan
antarabangsa dengan menggunakan FlexiPack.
PANDUAN POS BARANG KE DOMESTIK
DAN ANTARABANGSA DENGAN MUDAH
Berikut adalah maklumat tentang cara pos barang ke domestik atau
antarabangsa dengan menggunakan FlexiPack seperti :

CARA POS BARANG MENGGUNAKAN


FLEXIPACK DOMESTIK
Pilihan terbaik bagi anda untuk kegunaan peribadi, bisnes atau perniagaan
internet dimana kini anda boleh menggunakan FlexiPack Domestik untuk
penghantaran ke dalam negara dengan harga lebih murah dan berpatutan.
Terdapat 2 jenis FlexiPack Domestik untuk penghantaran domestik di seluruh
Malaysia dengan sampul berwarna kuning dan biru.

A. FlexiPack Domestik Berwarna Kuning

Bagi sampul berwarna kuning adalah pengeposan barang yang menggunakan


kurier lori untuk penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Semenanjung
Malaysia, Sarawak ke Sarawak dan Sabah ke Sabah. Pek ini diperolehi
dengan dua saiz dengan had berat barang dalam 1kg (RM4.50) dan 2kg
(RM5.50).

B. FlexiPack Domestik Berwarna Biru

Bagi sampul berwarna biru adalah pengeposan barang yang menggunakan


kurier kapal terbang untuk penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke
Sabah/ Sarawak, Sabah/ Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah ke
Sarawak dan Sarawak ke Sabah. Pek ini turut diperolehi dengan dua saiz
dengan had berat barang dalam 1kg (RM6.00) dan 2kg (RM10.00).
Kelebihan FlexiPack Domestik

● Prabayar

● Kaedah Pembungkusan Fleksibel

● Pulangan Lebih Nilai

● Penghantaran ke semua lokasi di seluruh negara

● Jejak & Kesan Melalui Laman Sesawang

Cara Penggunaan FlexiPack Domestik

1. Dapatkan FlexiPack prabayar di cawangan Pos Malaysia.

2. Bungkus dan isikan maklumat yang berkenaan.

3. Serahkan FlexiPack di cawangan Pos Malaysia berhampiran anda.


4. FlexiPack dikirim ke destinasi penerima.

5. Serahan FlexiPack kepada penerima.

CARA POS BARANG MENGGUNAKAN


FLEXIPACK INTERNASIONAL/ ANTARABANGSA
Bagi anda perniagaan online atau menghantar pakej kepada keluarga dan
rakan-rakan di luar negara? Kini anda boleh dapatkan Flexipack
International untuk penghantaran lebih mudah dengan harga menarik ke luar
negara. Anda hanya perlu membeli kotak atau sampul prabayar Flexipack
International, masukkan barangan anda dan poskan ke dalam peti surat atau
mana-mana cawangan pejabat pos.

Dengan adanya FlexiPack Internasional ini anda boleh mengepos barang


dengan had berat maksimum (2kg) ke negara Eropah atau Amerika Latin
dengan hanya harga serendah RM78. Harga ini adalah jauh lebih murah
berbanding menggunakan penghantaran FEDEX atau DHL.

A. FlexiPack Internasional Berwarna Magenta

Untuk FlexiPack Internasional Berwarna Magenta adalah digunakan untuk


penghantaran ke luar negara yang hanya meliputi sekitar negara rantau Asia
Tenggara seperti negara Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura dan
sebagainya. Pek ini diperolehi dengan lima (5) saiz dengan berat barang
bermula dari 150g (RM6) hingga 2kg (RM50).

B. FlexiPack Internasional Berwarna Biru

Untuk FlexiPack Internasional Berwarna Biru adalah digunakan untuk


penghantaran ke luar negara selain Asia Tenggara misalnya benua Eropah,
Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Selatan termasuk benua
Afrika. Pek ini diperolehi dengan lima (5) saiz dengan berat barang bermula
dari 150g (RM8) hingga 2kg (RM78).
Kelebihan FlexiPack Internasional
● Penghantaran ke lebih 200 destinasi antarabangsa

● Penghantaran terus ke alamat penerima


● Cara pembungkusan yang mudah

● Lebih nilai untuk wang anda

Perkhidmatan Tambahan
● Jejak dan kesan secara online (dengan pembelian label Pos Daftar).

● Tambahan perkhidmatan insuran untuk item Pos Daftar adalah tertakluk


kepada liputan insuran negara destinasi.

Cara Penggunaan Flexipack International


1. Beli Flexipack International di cawangan Pos Malaysia atau Poslaju.

2. Masukkan barangan anda dan isi maklumat yang diperlukan di ruangan


yang disediakan.

3. Poskan Flexipack International anda ke dalam peti surat atau cawangan


Pos Malaysia berdekatan.

4. Flexipack International anda dalam perjalanan ke destinasi.

5. Flexipack International diserahkan kepada penerima

Nota tambahan :

◎ Haiwan, tumbuhan, makanan dan minuman yang tidak dibenarkan oleh


negara destinasi.

◎ Barang berharga dan dokumen penting seperti wang tunai, kad kredit, cek
kembara, passport, sijil kelahiran, barang kemas diperbuat daripada emas,
platinum dan perak, batu permata berharga.

◎ Barang letupan, radioaktif, aerosol, bahan-bahan menghakis, mudah


terbakar dan merbahaya.
◎ Barangan lucah.

◎ Barangan narkotik atau ubat-ubatan samada dalam bentuk pil, kapsul,


serbuk atau cecair yang tidak dibenarkan oleh negara destinasi.

Semoga perkongsian ini mengenai Panduan Pos Barang Ke Domestik dan


Antarabangsa dapat dijadikan rujukan kepada anda.

Anda mungkin juga menyukai