Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI HRD

Definisi Pembangunan Sumber Manusia

Para pekerja adalah aset yang paling berharga dalam sesuatu organisasi. Tanpa
sumbangan para pekerja adalah mustahil untuk mencapai matlamat dan tujuan
sesuatu organisasi diwujudkan. Manusia dan potensi mereka adalah aset penting
yang akan memacu sesuatu organisasi untukmencapai objektif
penubuhannya.Organisasi pada hari ini berkembang pesat dan berubah
mengikutkehendak masa. Perubahan ini juga akan mempengaruhi para
pekerjanya.Untuk mengoptimakan keberkesanan sesuatu organisasi, kemahiran
dan kemampuan potensi manusianya dari segi kemahiran, masa dan bakat perlu
diuruskan dengan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia adalah pendekatan strategik dan holistik dalam


mengurus dan membangunkan aset paling iaitu para pekerjayang secara
individu dan secara kolektif menyumbang ke arah mencapaimatlamat
organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia merangkumi pemilihandan perlantikkan


pekerja, membangunkan kemampuan dan kemahiranmereka, menggunakan
perkhidmatan mereka dan membayar upah yangsetimpal dengan tugas mereka
dan keperluan organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia adalah satu cara memperkembangkanmodal


insan dalam sesebuah organisasi. Pembangunan Sumber Manusiaadalah
kombinasi latihan dan pendidikan dan dalam konteks yang lebih luas,dasar
penjagaan kesihatan dan penggajian yang bersesuaian. Adam Smithmenegaskan
,“
Kemampuan individu bergantung pada akses merekakepada pendidikan
”. Pembangunan Sumber Manusia adalah medium yang memandu proses antara
latihan dan pendidikan dalam suatu persekitaranyang luas dan
menggalakkan.Pembangunan Sumber Manusia bukanlah satu objektif yang
bolehdinyatakan, malahan satu siri proses berterusan yang tersusun, “
Dengan objektif pembelajaran yang tertentu
.” (Nadler,1984) Dalam kontekskebangsaan, ia menjadi pendekatan strategik
terhadap hubung-kait antarasektor kesihatan, pendidikan dan pasaran kerja
Fungsi Pembangunan Sumber Manusia
 Tujuan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia diwujudkan di
sesuatuorganisasi adalah untuk membantu organisasi tersebut mencapai
tujuanpenubuhannya, dengan menarik dan mengekalkan para pekerja yang
terbaikdan menguruskan mereka dengan secara efektif. Kata kunci di sini
adalah Pemadanan
. Pendekatan Pembangunan Sumber Manusia berusahamemadankan antara
keperluan dan arah strategik organisasi denganpengurusan dan kebajikan para
pekerja yang efektif (Miller, 1989). Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
adalah bertanggungmenyediakan peluang –peluang pendidikan dan
perkembangan staf,merancang dan menjalankan program-program latihan dan
intervensi. Jabatan juga membangunkan kemahiran yang kritikal yang
akanmembolehkan individu menjalankan kerja buat sekarang dan kerja buat
masahadapan melalui program latihan dan pembelajaran. Dalam masa yang
sama,ia juga mengalakkan kumpulan-kumpulan kecil dalam organisasi
memulakandan menguruskan perubahan positif. Pada dasarnya ia menjalankan
prosesstrategik, yang mengimbangi antara keperluan organisasi dan
individu.Pembangunan Sumber Manusia mengambil pendekatan strategik
danholistik untuk membawa perubahan dalam sikap di tempat kerja
denganmengguna-pakai strategi dan teknik pembelajaran yang pelbagai.
Tugas Lazim Pembangunan Sumber Manusia
Antara tugas dan amalan lazim Pembangunan Sumber Manusia adalahseperti :

Pembangunan Organisasi 
, memastikan wujudnya hubungan antaraunit dan dalam unit yang sihat dan
terbuka. Disamping mengalakkanunit-unit dalam organisasi memulakan dan
menguruskan perubahanpositif 

Pembangunan Ekskutif 
, di mana staf peringkat Ekskutif, Pengurusandan Penyelia diberi pendedahan
serta pengukuhan tugas dantanggungjawab mereka

Pembangunan Pemimpin,
Seminar serta Kursus kepimpinan pelbagaiperingkat

Pembangunan Kemahiran Profesional 
, Pembangunan Kemahiranyang Spesifik

Pengurusan Ganjaran dan Pengiktirafan
, Mengenal pasti danmenentukan penerima penghargaan di kalangan staf,

Pemetaan Kompentensi,
Pemetaan Tahap Kecekapan staf merentasiorganisasi, dari peringkat tertinggi
hingga ke bawah

Pengurusan Bakat 
, Mengenal-pasti dan Menguruskan bakat dikalangan staf untuk dibangunkan.

Latihan dan Arahan Kerja Teknikal 
Pengintergrasian Staf Baru
, di mana para staf baru diperkenalkankepada organisasi dan diberi pendedahan
tentang peranan merekadalam konteks organisasi yang luas.

Kempen Kesedaran Keselamatan
dan Kesihatan di tempat kerja

Tiga Komponen Utama dalam Pembangunan Sumber Manusia


  Tiga komponen utama dalam pembangunan sumber manusia iaitu :-
1.
Latihan dan Pembangunan
, iaitu mengenalpasti dan memastikanmelalui latihan yang terancang
membangunkan kecekapan yangkritikal agar staf mampu menjalankan tugasnya
kini dan tugas-tugas dimasa depan.
2.
Pembangunan Karier 
, memastikan wujud satu keselarian antaraperancangan dan perkembangan
karier individu dan kehendak sertakeperluan organisasi, untuk mencapai
padanan optima antarakeperluan individu dan keperluan organisasi.
3.
Pembangunan Organisasi 
, memastikan wujudnya hubungan antaraunit dan dalam unit yang sihat dan
terbuka. Disamping mengalakkanunit-unit dalam organisasi memulakan dan
menguruskan perubahanpositif.
Seperti juga organisasi lain, Kementerian Pelajaran Malaysia juga
telahmengenalpasti keperluan dan telah menubuhkan Bahagian Sumber
Manusiabagi mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang
berkualitidalam usaha berterusan mencapai matlamat kecemerlangan
PendidikanNegara.Bagi memartabatkan lagi profesion keguruan, fokus telah
diberikanterhadap peningkatan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.
PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terdiri daripada enam (6) teras.
Salahsatu teras yang terdapat dalam pelan induk ini ialah Teras 5 iaitu
’Memartabatkan Profesion Keguruan’
.
Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) : 5FokusFokus
1 : Menambahbaik Sistem Pemilihan Calon Guru
Fokus 2 : Memantapkan Latihan Perguruan
Fokus 3 : Memantapkan Kerjaya GuruFokus
4 : Menambahbaik Persekitaran Kerja dan KebajikanGuru
Fokus 5 : Memantapkan Perancangan dan Pengurusan Sumber Manusia

Anda mungkin juga menyukai