Anda di halaman 1dari 2

 

Hot Categories: Lounge | Berita &


Politik | Computer | Jokes | Movies | Supranatural | Sports | Games | Otomotif | Music | Regional | 
all
Home | LoeKeLoe | Casciscus | Jual/Beli | Regional | Kaskus Corner
Militer
Home > CASCISCUS > MILITER & KEPOLISIAN > Militer > China dan Malaysia Bergeser Di Perairan
Pulau Layang-Layang
Total Views: 3148 Share :  HYPERLINK
"http://www.facebook.com/sharer.php?
u=http:/archive.kaskus.co.id/thread/
4857220" Facebook  HYPERLINK
"http://twitter.com/share?url=http:/archive.kaskus.co.id/thread/4857220&text=China+dan+Malaysia
+Bergeser+Di+Perairan+Pulau+Layang-Layang&via=KASKUS&hashtags=ForumKaskus" Twitter 
HYPERLINK "https://plus.google.com/share?url=http:/archive.kaskus.co.id/thread/4857220"
Google+ 
Page 1 of 3 |  1 2 3 > 

m-3 - 31/07/2010 01:11 AM


#1

China dan Malaysia Bergeser Di Perairan Pulau Layang-Layang

China dan Malaysia Bergeser Di Perairan Pulau Layang-Layang

Penulis:KHOO JIN KIAT 

KUALA LUMPUR 30 JULAI

Isu Pertindihan Kedaulatan Laut China Selatan kembali bergelola apabila China bertindak agresif ke
atas Malaysia dengan menghantar kapal ronda untuk mencerobohi perairan Pulau Layang-layang.

Tiga kapal ronda milik Jabatan Perikanan China atau juga dikenali sebagai Yuzheng telah mencerobohi
perairan EEZ Malaysia di Laut China Selatan pada 29hb April 2010.

Insiden ini berlaku pada 10.00am pagi,apabila tiga kapal ronda Jabatan Perikanan China bertindak
mencerobohi perairan EEZ dan telah mendekati Pulau Layang-layang!Jarak Ketiga-tiga kapal ronda
tersebut dengan Pulau Layang-layang adalah hanya sekitar 22km.

KD Ganas TLDM telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menghalau dan mematau tiga kapal ronda
China yang bernombor penat 311,301 dan 302.

Selepas sampai di tempat kejadian,KD Ganas telah mengarahkan tiga-tiga kapal tersebut keluar
daripada perairan EEZ Malaysia,jarak KD GANAS dengan Kapal Yuzheng 311 adalah hanya sekitar
300meter. 

Walaubagaimanapun,setelah KD GANAS memberi amaran tiga kapal tersebut keluar daripada


EEZ,mereka masih enggan mendengar amaran tersebut.

Menurut laporan akhbar sebuah media China ,semasa kejadian tersebut tiga kapal tersebut
menyatakan kepada KD GANAS bahawa perairan EEZ Laut China Selatan adalah milik China dan
Malaysia tidak berhak menghalau mereka.

Jam 11.50am pagi,sebuah pesawat B200T TUDM dikejar ke tempat kejadian untuk memberi sokongan
kepada TLDM dan membuat pematauan udara selama 15minit.KD Ganas masih mengekori dan tidak
membenarkan mereka mendekati perairan Layang-layang.

Episod ini berterusan sehingga 3 petang apabila kapal 311 menukar arahan menuju ke arah Zengmu
Ansha perairan yang berdekati dengan Sarawak dan kapal 302 dan 301 menuju ke arah barat daya
Laut China Selatan.
 
Walaubagaimanapun, KD Ganas masih mengekori 302 dan 301 sehingga 11malam 29HB
April.Sementara itu pada pukul 8 malam 29hb April kapal 311 dipatau oleh sebuah kapal TLDM
sehingga ke awal pukul tiga pagi 30hb April.

Panglima Tentara Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar ketika dihubungi oleh penulis
telah mengesahkan insiden ini

http://aseansecurityobserver.blogspot.com/2010/07/china-dan-malaysia-bergeser-di-perairan.html

Anda mungkin juga menyukai