Anda di halaman 1dari 4

2.

2 Menganalisis konsep Inersia

1. Inersia ialah kecenderungan suatu objek untuk mengekalkan keadaan asalnya


sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak.

2. Suatu objek pegun akan terus berada dalam keadaan rehat iaitu inersia pegun
dan suatu objek yang sedang bergerak akan kekal bergerak mengikut arah
yang sama iaitu inersia gerakan kecuali dikenakan satu daya luar .

3. Rajah 9 menunjukkan contoh-contoh yang melibatkan inersia dalam kehidupan


harian.

• Apabila kepingan kad ditarik dengan cepat, • Apabila buku di tengah ditarik dengan pantas,
duit syiling akan jatuh ke dalam gelas. buku lain di atasnya akan terjatuh ke bawah.
• Ini kerana inersia pegun duit syiling • Ini kerana inersia pegun buku-buku di atas
mengekalkan kedudukan asalnya. mengekalkan kedudukan asalnya.

• Apabila sebuah bas yang sedang bergerak • Apabila sebuah kereta ditekan breknya tiba-
dihentikan dengan tiba-tiba, penumpang di tiba, kereta itu tidak dapat dihentikan serta-
dalam bas itu terhumban ke depan. merta.
• Ini kerana inersia gerakan cuba mengekalkan • Ini kerana inersia gerakan cuba mengekalkan
gerakan penumpang ke hadapan. gerakan asalnya.

Hubungan antara jisim dan inersia.

1. Didapati bahawa satu objek yang berjisim 1 kg adalah lebih mudah digerakkan
berbanding dengan objek yang berjisim 100 kg, ini kerana jisim 100 kg
mempunyai inersia yang lebih besar berbanding jisim 1 kg.

2. Oleh itu, kuantiti inersia pada suatu objek bergantung kepada jisim objek
berkenaan. Jika, lebih besar jisim suatu objek, maka lebih besar inersianya.
Jisim objek yang kecil, kuantiti inersia adalah sebaliknya.
EKSPERIMEN : Menentukan hubungan antara jisim dan inersia

Tujuan Menunjukkan hubungan antara jisim dengan inersia


Pernyataan Masalah Adakah jisim mempengaruhi inersia sesuatu objek?
Hipotesis Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia
objek itu
Pemboleh ubah a) Dimanipulasikan : Jisim pemberat dalam neraca
inersia
b) Bergerak balas : Tempoh ayunan neraca inersia
c) Dimalarkan : Kekerasan neraca inersia
Radas dan bahan Neraca inersia, tiga pemberat bersilinder, plastisin,
pengapit G dan jam randik

Prosedur 1. Suatu neraca inersia dikapitkan dan diketatkan oleh


pengapit G disisi meja.
2. Suatu pemberat dengan silinder berjisim 250g
dimasukkan ke dalam rak neraca inersia seperti
dalam Rajah 2.23(a)
3. Rak neraca inersia disesarkan secara mengufuk dan
masa untuk 20 getaran direkodkan dan dicatatkan
dalam jadual di bawah
4. Eksperimen di ulang dengan menggunakan dua
pemberat dan kemudian tiga pemberat bersilinder
5. Ketiga-tiga pemberat dikeluarkan dan eksperimen di
ulang dengan satu pemberat yang digantung
dengan benang. Ini membolehkan neraca inersia
bergetar dengan jisim penuh silinder tetapi tidak
menampung pemberat sepenuhnya.
6. Daripada keputusan yang diperoleh, tempoh getaran
neraca inersia dihitungkan
7. Satu graf tempoh masa, T melawan jisim pemberat,
m, dan graf T2 melawan jisim pemberat , m ,
dilakarkan

Keputusan
Jisim Masa untuk Tempoh , T2 (s2)
silinder, m 20 getaran, t 𝑡
T = (s)
(g) (s) 20
250
500
750
250
(digantung
benang)

Perbincangan 1. Berdasarkan kepada kedua-dua graf, nyatakan


hubungan antara jisim pemberat dengan tempoh
ayunan.

2. Berdasarkan kepada keputusan yang direkod,


nyatakan tempoh getaran pemberat yang berjisim
250g sebelum dan selepas digantung dengan
benang

3. Jelaskan keputusan yang di dapati dari soalan (2)

Kesimpulan Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar


inersianya.Hipotesis di terima
Ciri – ciri keselamatan dalam kenderaan yang berkaitan dengan inersia

Ciri -ciri Penerangan

Zon remuk Zon remuk meningkatkan masa tindakbalas perlanggaran semasa


berlakunya kemalangan.
Ini menyebabkan daya impuls dikurangkan seterusnya menurunkan
risiko kecederaan.

Tali Menghalang penumpang daripada terhumban ke hadapan atau


pinggang keluar ke kenderaan apabila kenderaan dihentikan dengan
keledar mendadak.

Beg Udara Semasa berlakunya kemalangan, beg udara mengembang dan


Automatik bertindak sebagai kusyen untuk mengurangkan daya impuls jika
penumpang terhumban ke hadapan.

Penyandar Mengurangkan kederaan leher pemandu atau penumbang


Kepala terhumban ke belakang apabila kereta dilanggar dari belakang.

Dashboard Dashboard ditutupi dengan bahan lembut. Ini dapat memanjangkan


beralas masa tindakbalas dan seterusnya mengurangkan daya impuls
bahan apabila penumpang terhentak ke atasanya.
lembut

Bumper Diperbuat daripada bahan kenyal supaya ia boleh menyerap


hentakan yang kecil apabila berlakunya perlanggaran

Anda mungkin juga menyukai