Anda di halaman 1dari 3

2.

3 Menganalisis konsep momentum

1. Umumnya semua objek di dunia ini mempunyai momentum masing-masing.

Lambang
Takrifan Unit Rumus
unit
kilogram meter
per saat kg m s-1
Adalah hasil Momentum=Jisim x Halaju
darab jisim dan atau atau
halaju p=mxv
newton saat Ns

2. Jumlah momentum bergantung kepada faktor jisim dan halaju suatu objek.

Hubungan antara momentum, jisim dan halaju

1. Semakin besar jisim suatu objek yang bergerak, semakin besar


momentumnya. Begitu juga, semakin besar halaju suatu objek yang bergerak,
semakin besar momentumnya.

2. Oleh itu, objek yang mempunyai momentum yang besar sukar dihentikan dan
akan mengalami kerosakkan besar jika berlakunya kemalangan.

Prinsip keabadian momentum.

1. Prinsip keabadian momentum menyatakan bahawa jumlah momentum dua


objek sebelum pelanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas
pelanggaran jika tiada daya luar terlibat.

2. Dengan kata lain, semasa pelanggaran, momentum yang hilang daripada satu
objek akan diperoleh atau dipindahkan ke objek yang lain pula.
.
Jumlah momentum sebelum Jumlah momentum selepas
=
pelanggaran pelanggaran
Kereta 1 Kereta 2 Kereta 1 Kereta 2

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2

Rajah 10 : Kereta 1 bergerak dan berlanggar dengan Kereta 2 mematuhi Prinsip


Keabadian Momentum.

Merujuk kepada Rajah 10 di atas,

jika jisim kereta 1 = 3 kg bergerak dengan halaju 5 m/s


jisim kereta 2 = 2 kg pegun

Jumlah momentum sebelum perlanggaran = ( 3x5 ) + ( 2x0 ) = 15 kgm/s

Selepas perlanggaran,

Kereta 1 bergerak dengan 2 m/s , manakala kereta 2 bergerak dengan 4.5 m/s

Jumlah momentum selepas perlanggaran = ( 3x2 ) + ( 2x4.5 ) = 15 kgm/s

Kesimpulan:

Selepas perlanggaran kereta 1 akan bergerak dengan lebih perlahan,


Manakala kereta 2 akan bergerak lebih laju

Contoh-contoh aplikasi momentum dalam kehidupan harian

Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh aplikasi momentum dalam


kehidupan manusia.

Pelantak cerucuk digunakan di


tapak pembinaan untuk

menghentak cerucuk ke dalam
tanah sebagai asas bangunan.

Ketukangan logam atau tukang besi


merupakan kegiatan manusia sejak
zaman berzaman, yang mana
melibatkan proses mengetuk dan
memukul sebongkah logam sehingga
membentuk kepada rupa peralatan
yang dikehendaki.

Besar momentum yang dihasilkan gaya


dorong oleh bahan bakar sama dengan
momentum meluncurnya roket.

Anda mungkin juga menyukai