Anda di halaman 1dari 3

1.

2 Menganalisis penggunaan ammonia dalam penghasilan baja

 Penghasilan baja garam ammonium dalam industri


1. Penggunaan baja kimia dapat meningkatkan hasil pertanian untuk mengurangkan
masalah kekurangan makanan sedunia.

2. Baja ammonia ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen
kepada haiwan dan tumbuhan untuk sintesis protein.

3. Contoh baja ammonia termasuk


Asid Alkali Jenis Baja

Asid sulfurik Larutan ammonia Ammonium sulfat

Asid nitrik Larutan ammonia Ammonium nitrat

Asid fosforik Larutan ammonia Ammonium fosfat

4. Baja ammonia dapat disediakan mengikut langkah – langkah yang berikut:


a) ammonia + asid → garam ammonium + air (Peneutralan)
Jenis asid yang digunakan boleh menentukan jenis baja ammonia yang terhasil
b) Garam ammonium disejatkan untuk mendapatkan larutan tepu garam
ammonium.
c) Larutan tepu garam ammonium disejukkan dan dihablurkan untuk
mendapatkan baja ammonia.
Penyejukkan +
Ammonia Peneutralan Garam Penyejatan Larutan penghabluran Baja
+ asid Ammonium Tepu
+ air Garam ammonia
ammonium

 Langkah-langkah penyediaan baja ammonium sulfat di dalam makmal


1 2 3 4

1. 25 cm3 asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar yang berisi 50 cm 3 larutan
ammonia. Campuran tersebut dikacau.

2. Campuran tersebut dituang ke dalam piring penyejat dan disejatkan sehingga kira-
kira 1/3 daripada isipadu asal.

3. Larutan dibiarkan sejuk.

4. Larutan dituras untuk mendapatkan hablur garam.

Pemerhatian :

Hablur – hablur putih terbentuk.

Perbincangan :

1. Apabila asid sulfurik ditambahkan pada larutan ammonia, proses peneutralan


berlaku untuk menghasilkan garam ammonium sulfat dan air.

2. Apabila larutan garam disejatkan sehingga tepu dan dibiarkan menyejuk pada suhu
bilik, hablur terbentuk.

3. Hablur yang diperoleh melalui penurasan dikeringkan di atas kertas turas.

4. Hablur – hablur tersebut ialah hablur baja ammonium sulfat.

Kesimpulan:
Baja ammonium sulfat dapat dihasilkan melalui proses peneutralan antara larutan
ammonia dengan asid sulfurik dan penghabluran.

 Pembuatan baja urea dalam industri

1. Baja urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi
berbanding dengan baja ammonia.
2. Urea dapat disediakan dengan memanaskan campuran cecair ammonia dan cecair
karbon dioksida pada suhu 200 °C dan tekanan 200 atmosfera.

Ammonia + karbon dioksida → urea + air

Anda mungkin juga menyukai