Anda di halaman 1dari 2

MODUL: Ekosistem

EPISOD 1: Sungai

Lembaran Kerja 1.1 Maklumat


Apakah yang telah
Tenaga cahaya adalah daripada matahari.
kita temui?
Pengeluar ialah benda hidup yang membuat makanan sendiri
menggunakan tenaga daripada matahari melalui proses fotosin-
tesis.

Pengguna ialah organisma yang memperoleh makanannya


dengan memakan organisma lain, kerana pengguna tidak boleh
menghasilkan makanan sendiri. Organisma ini menggunakan
sebahagian makanan semasa proses pernafasan untuk meng-
hasilkan tenaga yang digunakan oleh semua sel-sel dalam
badan mereka.

Pengurai adalah organisma yang memperoleh makanan melalui


pereputan haiwan dan tumbuhan yang mati.

Kerja Kumpulan

Siput babi Memakan Pengguna


tumbuhan air

Anda telah diberi 4 set kad - gambar, nama, maklumat dan kad
pengguna/pengeluar. Gambar-gambar tersebut ialah benda
hidup yang kita jumpai semasa lawatan tapak kajian.

1
1. Letakkan kad gambar dalam satu barisan di hadapan anda
di atas meja.
2. Padankan setiap kad nama dengan kad gambar yang betul.
3. Sekarang padankan setiap kad maklumat dengan gambar
dan kad nama yang betul.
4. Akhir sekali padankan kad pengeluar atau pengguna dengan
setiap set tiga kad untuk menunjukkan anda berpendapat
bahawa benda hidup membuat makanan sendiri atau makan
benda-benda hidup lain untuk mendapatkan makanannya.

Kumpulan anda mesti bersetuju dengan kad yang dipadan-


kan. Dengan memadankan kad, anda akan menghasilkan satu
jadual seperti berikut:
Pengeluar /
Gambar Nama Maklumat
Pengguna

Kongsikan hasil padanan kad anda dengan kumpulan yang lain.


Berikan sebab kepada pilihan anda.

Soalan Pentaksiran

S1. Apakah jenis organisma yang dianggap sebagai


pengeluar?

S2. Bagaimanakah pengeluar membuat makanan mereka


sendiri? Terangkan proses tersebut.

S3. Apakah jenis organisma yang dianggap sebagai


pengguna?

S4. Apakah jenis organisma yang merupakan pengguna


makan?

S5. Mengapakah pengguna perlu memakan organisma


yang lain?

Anda mungkin juga menyukai