Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Al Masalih Al Mursalah?

Al Maslahah bermaksud satu keadaan yang boleh mendatangkan manfaat atau menolak
kemudaratan.

Maka setiap perkara yang mengandungi manfaat sama ada dengan mencapai faedah atau
menjauhkan kemudaratan dikatakan maslahah.

Istilah al masalih al mursalah didefinisikan oleh para ulama sebagai kepentingan yang tiada
keterangan nas secara langsung sama ada memperakuinya atau menolaknya.

Sebagaimana dimaklumi objektif yang ingin dicapai dalam penentuan hukum sama ada menarik
kebaikan atau menolak kemudaratan atau kedua-duanya sekali adalah untuk kepentingan hidup
manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan tersebut tidak terbatas, malah terus menerus berlaku
dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Khalifah Uthman Ibn Affan telah mengeluarkan fatwa
mengenakan zakat ke atas kuda walaupun ia tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Menurut
beliau, pada zaman Rasulullah s.a.w jumlah kuda adalah sedikit dan ia berperanan penting dalam
bidang peperangan, sedangkan pada zaman beliau, jumlah kuda semakin

meningkat dan telah dijadikan barang perniagaan. Oleh itu beliau telah mengeluarkan fatwa supaya
kuda dikenakan zakat berdasarkan kaedah al masalih al mursalah. Ia tidak bersumberkan mana-
mana nas yang khusus kerana zakat kuda tidak disebutkan dalam mana-mana nas.

Contoh selanjutnya, para sahabat telah mengadakan penjara untuk menempatkan orang-orang
bersalah, mengecap mata wang sendiri dan lain-lain lagi yang merupakan perkara-perkara
berkepentingan umum, tetapi tidak ditentukan hukumnya oleh syarak dengan mana-mana nas sama
ada yang menyuruh atau melarangnya.

Anda mungkin juga menyukai