Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Pengurusan dan Projek BOOMADZ.SDN.

BHD

Peringkat Pengurusan

(a) Menjelaskan kepentingan kemahiran dalam


pengurusan; Definisi Kemahiran Pengurusan
 Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah berhubung
dengan proses pengarahan, penyelarasan, atau pengawasan pekerjaan
orang lain.
 Kepentingan kemahiran teknik atau kemahiran pengurusan
bergantung kepada tingkat pengurus itu berada dalam organisasi dan
keadaan operasi yang dijalankan.
 Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin tinggi ia
memerlukan kemahiran teknik untuk menjalankan tugas pada
peringkat operasi.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan

1. Membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan


2. Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi secara
lebih baik dan berkesan
3. Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu
situasi yang penting.
4. Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan.
5. Membolehkan pengurus berhubung dengan semua pihak secara
berkesan
6. Membolehkan pengurus mengetahui dan menyelesaikan semua
masalah secara cekap dan berkesan.
7. Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluag yang
wujud sama ada dari dalam dan luar organisasi.
8. Membolehkan pengurus mengkoordinasikan semua semua secara
cekap dan berkesan.
(b) Menjelaskan tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat
pertengahan, dan peringkat atasan;

1. Pengarah Operasi
 Pengarah yang menduduki peringkat atasan ini yang menetapkan
matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi.
Pengarah atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang
berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan
diri kepada perubahan yang berlaku.

2. Pengurus
 Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan
menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan. Tugas mengawasi pekerjaan harian di
bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu
mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Pengurus
yang terlibat dalam peringkat ini ialah Pengurus Operasi dan Pengurus
Projek.
Jenis-jenis kemahiran pengurusan

(c) Menjelaskan berbagai-bagai jenis kemahiran pengurusan termasuklah


konseptual, antara- perorangan/kemanusiaan, teknikal, pengurusan masa,
dan pembuatan keputusan;

1. Kemahiran Konseptual
 Kemahiran konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk
menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi dan masalah, malah
berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti
organisasi agar ia lebih sistematik dan efektif.
 Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan saingan
yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi organisasi yang
lebih berdaya saing.
 Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk membolehkan
seseorang pengurus memahami dengan sempurna dan rasional setiap
peluang dan tindakan-tindakan yang lebih strategik dari semasa ke semasa.
 Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi dengan lebih
efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa.
 Disamping itu, perlu dipahami bahawa proses untuk mencapai matlamt
organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan pelbagai.
 Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud kelancaran
beroperasi demi untuk meminimumkan kos pengeluaran di samping akan
dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi serta berkualiti.

2. Kemahiran Kemanusiaan/Interpersonal
 Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus
untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada
secara individu mahupun secara kumpulan dan pasukan.
 Sebahagian besar daripada urusan seharian para pengurus organisasi adalah
bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka.
 Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada sejauh mana
mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang
dijalankan oleh para pekerja mereka.
 Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan amatlah kritikal
kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi
dan kepimpinan.

3. Kemahiran Teknikal
 Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang
pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat
yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugas yang spesifik.
 Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia pekerjaan
profesional yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang jurutera dan
seorang doktor.
 Mereka mestilah mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-
masing untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian
mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan.
 Dalam bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel hendaklah
mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang secukupnya dan terkini
serta mahir dalam prosedur dan peralatan yang digunakan untuk proses
pengrekrutan, penstafan, latihan, pembangunan staf, penilaian prestasi,
pampasan dan sebagainya.

4. Kemahiran Pengurusan Masa


 Kemahiran pengurusan masa merujuk kepada kemampuan pengurus untuk
menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja.
 Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan
tugas berkaitan dengan pengurasan, maka beliau perlu pandai
menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai.
 Kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti
mengikut tempoh yang ditetapkan.

5. Kemahiran Pembuatan Keputusan


 Kemahiran pembuatan keputusan merujuk keupayaan memilih alternatif
terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan
 Pengurus dapat membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira
perubahan persekitaran dll
 Sebagai contoh, seorang pengurus kewangan mempunyai pengalaman dan
tahu menguruskan belanjawan pembelian bahan mentah untuk
mengeluarkan sesuatu produk.
RINGKASAN NOTA JENIS-JENIS KEMAHIRAN

1. Kemahiran Konseptual
 Melihat organisasi secara keseluruhan
 Menyelesaikan masalah jangka panjang
 Membuat perancangan strategik
 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran
 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman
 Berkebolehan menganalisis persekitaran
 Menentukan arah perjalanan organisasi
 Kemahiran ini diperlukan oleh pengurus atasan

2. Kemahiran Kemanusiaan
 Memimpin pekerja
 Memberi arahan /tugas
 Memberi motivasi
 Menyelaraskan pekerja dan kerja
 Memahami hubungan pekerja
 Semua peringkat pengurus memerlukan kemahiran ini

3. Kemahiran Teknikal
 Mengoperasi mesin dan peralatan
 Menggunakan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja
 Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian
 Kerja yang agak rutin
 Peringkat pengurus bawahan sangat memerlukan kemahiran ini

4. Kemahiran Pengurusan Masa


 Kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja
 Kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai

5. Kemahiran membuat keputusan


 Keupayaan membuat keputusan dengan baik
 Bertepatan @ berkesan dengan matlamat organisasi
 Mengurangkan risiko @ tidak menimbulkan risiko
(d) Menghubungkaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan.

RAJAH KONSEP :

HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN


PERINGKAT PENGURUSAN

KONSEPTUAL KEMANUSIAAN PENGURUSAN MASA BUAT KEPUTUSAN


AP P P AP
Hub.antara bghn
Anal.swot Hub.pihak luar/ Rcgn j/pjg Strategi
ATASAN prcgn orgn Pengurus bawah Tercapai KP Dasar/Utg/Rugi
Keputusan Peluang Niaga
P P P P P
Rcgn Hub.atasan/ Rancang/Sedia Selia/latih Pgunaan
PERTENGAHAN Jabatan Rakan/bawahan/ Jadual Nilai Prestasi Sumber/
Pihak luar Utk Jabatan Kawal/Elak Strategi
Ditipu/Dihormat Jabtn

KP P P AP KP
BAWAHAN Berhubgung Dgn Ikut/Patuh Jadual Fahami aturan
Pekerja Bawahan Utk Proses Prosedur kerja/
& Peng.Pertghan Pengeluaran Aplikasi kaedah/
Teknikal kerja
TEKNIKAL

JADUAL KONSEP :

HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN PERINGKAT


PENGURUSAN

Kemahiran Penyelia Pengurus Pengarah Urusan


Pengeluaran
Teknikal  Memahami  Bertujuan
prosedur dan memberi tunjuk
peraturan kerja ajar kepada pihak
 Aplikasi kaedah, bawahan
prosedur dan teknik
dalam semua
bidang
kerja
Konseptual  Peringkat jabatan  Perancangan
peringkat
organisasi
 Analisis SWOT
Kemanusiaan  Berhubung dengan  Hubungan dengan  Berhubung
pihak bawahan. pihak atas, rakan dengan pihak
sejawat dan luar.
bawahan
Pengurusan Masa  Ikut/patuhi  Merancang dan
jadual untuk menyediakan
proses jadual untuk
pengeluaran jabatan.
Pembuatan Keputusan  Penggunaan  Strategi
sumber.  Dasar/ isu
 Peluang
perniagaan
 Agihan sumber
1. Kemahiran Konseptual

Definisi:
 Kebolehan melihat perkaitan antara bahagian/perubahan persekitaran organisasi
 Keupayaan berfikir secara abstrak
 Mengenalpasti & menganalisis masalah dalam pelbagai situasi
 Dapat melihat jauh kehadapan.
 Contoh kemahiran : daya kreativiti yg tinggi, mempunyai inisiatif

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:
 Amat diperlukan kerana perlu buat keputusan dan perancangan yang
melibatkan organisasi secara keseluruhan.
 Contoh perancangan pelaburan /produk/peluang baru/pasaran/strategi persaingan
 Perlu cekap dan peka kepada apa-apa perubahan di persekitaran dalaman dan luaran
kerana ini akan mempengaruhi perjalanan organisasi.

Pengurus:
 Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat jabatan
 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat jabatan
/ berfikiran secara abstrak
 Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat jabatan
 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman di peringkat jabatan
 Berkebolehan menganalisis persekitaran peringkat jabatan (faktor dalaman dan luaran)
 Menterjemah visi dan misi organisasi kepada pengurus bawahan
 Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat unit kerja
 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat unit kerja /
berfikiran secara abstrak
 Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat unit kerja
 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman untuk peringkat unit kerja
 Berkebolehan menganalisis persekitaran unit kerja/(faktor dalaman dan luaran)
 Menterjemah visi dan misi organisasi kepada para pekerja untuk
peringkat unit/kumpulan kerja
2. Kemahiran Pembuatan Keputusan

Definisi:
 membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira perubahan persekitaran dll
 Menggunakan kaedah membuat keputusan dengan sistematik dan baik
 Kebolehan memilih dan mengambil alternatif yang terbaik /keupayaan
memilih alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan

Aplikasi/kepentingan:

Pengarah Operasi:
 Penting kerana pengurus atasan perlu membuat keputusan dalam pelbagai aspek
pada setiap masa.
 Keputusan tepat penting kerana akan memberi kesan kepada keseluruhan organisasi
 Melibatkan pembuatan keputusan-keputusan penting seperti penentuan pelaburan,
produk dll
 Strategi
 Dasar/ isu
 Peluang perniagaan
 Agihan sumber
 Keputusan penilaian prestasi

Pengurus:
 Keputusan berkaitan agihan sumber
 Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat di peringkat jabatan
 Mengambil tindakan segera terhadap isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat
jabatan
 Memberhentikan para pekerja yang bermasalah
 Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil
 Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat
 Meneruskan atau memberhentikan pengeluaran jika berlaku kemalangan/output tidak
mematuhi standad
 Mengubahsuai kaedah pengeluaran yang tidak efisyen
 Memberhentikan para pekerja yang bermasalah di peringkat operasi
 Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil
3. Kemahiran Kemanusiaan

Definisi:
 Kemahiran hubungan manusia / komunikasi dengan pelbagai pihak
 Sebagai perantara antara pihak pengurusan dengan para pekerja
 kebolehan bekerja dengan orang lain/secara berpasukan
 kebolehan berkomunikasi dengan baik & berkesan

Aplikasi/kepentingan:

Pengarah Operasi:
 Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan
 Memimpin pekerja
 Memberi arahan/tugas
 Menyelaras kerja dan pekerja
 Memahami hubungan pekerja
 Memberi motivasi pekerja
 Menyelesaikan masala
 Contoh:Pengurus atasan perlu memberi dorongan dan arahan kepada pekerja bawahan,
Pengarah memberi arahan kepada Eksekutif Pengeluaran, Pengarah/CEO Berhubung
dengan pihak luar.

Pengurus:
 Kebolehan untuk bekerja dengan orang lain
 Memahami tingkahlaku-pengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek pemasaran
 Memotivasi/Berupaya meransang individu supaya rajin bekerja-orang
bawahan/jurujual/promoter/agen pemasaran
 Berkomunikasi dengan berkesan-arahan jelas/maklumat produk/pengaruhi
pengguna/staf kepada pihak berkaitan
 Mempunyai hubungan yang baik dengan penguru lain- di semua peringkat dalam
organisasi-pengurus lain seperti pengurus/staf jabatan lain dalam organisasi sama.
 Memahami sikap dan perasaan orang lain-staf dalaman/pihak pengguna/pelanggan-
peka dan prihatin terhadap masalah berkaitan dengan aspek pemasaan produk.
 Perlu untuk berinteraksi dengan berkesan dengan para pekerja operasi
 Untuk memberi arahan dan teguran
 Mewujudkan suasana harmoni pengurus-pekerja
 Memberi maklum balas kepada pengurusan pertengahan dan atasan
 Memberi motivasi
 Memimpin pekerja
4. Kemahiran Pengurusan Masa

Definisi:
 Penggunaan masa dengan berkesan
 Penjadualan tugas/perancangan masa yang rapi
 Keupayaan menggunakan masa dalam melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kualiti piawai yang ditetapkan
 Kecekapan menentukan keutamaan setiap tugas

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:
 Membuat perancangan jangka panjang.
 Memastikan perancangan jangka panjang tercapai
 Mengenalpasti peruntukan masa yang diperlukan untuk sesuatu projek
 Mengendalikan sesuatu mesyuarat secara berkesan.

Pengurus:
 Merancang jadual peringkat jabatan
 Menyediakan jadual untuk peringkat jabatan dan bawahan
 Memastikan projek dan perancangan peringkat jabatan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan
 Memastikan peringkat bawahan menjalankan operasi seperti yang dirancang dalam jadual
 Mengetahui jumlah masa yang diperlukan bagi sesuatu kerja
 Menyiapkan kerja sebagaimana yang dirancang
 Memperuntukan masa mengikut keperluan tugas
Kemahiran Teknikal Definisi
 Kebolehan aplikasi kaedah, prosedur, teknik, alatan dalam membuat atau memasang sesuatu

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:
 Pengurus atasan mengetahui dan memahami prosedur setiap aspek teknikal
 Memahami masalah teknikal yang berlaku di peringkat bawah
 Memahami tanggungjawab teknikal pengurus peringkat operasi/bawahan

Pengurus:
 Menyelia subordinat – (memberi panduan)
 Melatih subordinat- (tunjuk ajar)
 Menilai prestasi subordinat- (tahu ukuran prestasi)
 Mengawal subordinat -(memastikan ikut prosedur)
 Mengelakkan penipuan-(patuh kepada peraturan)
 Dihormati subordinat -(tidak memandang rendah keupayaan pengurus)
 Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/kerja rutin
 Menunjuk ajar / memberi penerangan kepada para pekerja
 Mengenalpasti sebarang kekurangan / kerosakan peralatan
 Dapat memantau dengan berkesan pematuhan prosedur kerja yang dikuti pekerja
 Bertanggungjawab secara langsung dengan operasi harian kilang/
 Menyediakan jadual bertugas pekerja supaya operasi kilang berjalan dengan lancar/ Memastikan operasi pengeluaran dilaksanakan
secara berterusan
 Memastikan pekerja melaksanakan tugas /Menggunakan /Menagaplikasikan kaedah pengeluaran dengan cekap dan berkesan
BOARD OF DIRECTORS

HAZWAN
HAZWANBIN SAID
SAID
DIRECTOR .,M

MOHAMAD AFIF FAUZI


P.M O.M

DZUL KUZAWANIS
S.M S.M

Anda mungkin juga menyukai