Anda di halaman 1dari 4

Maklumat Komoditi : Labu Manis

    Maklumat Umum

Labu Manis (Cucurbita moschata Duch) juga dikenali sebagai Labu Lemak Manis,
Labu Madu, Labu Merah adalah tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Tanaman
yang hidup menjalar ini dipercayai berasal dari kawasan tropika Amerika Tengah atau
Selatan dan telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara, Amerika dan
Caribbeans. Di Malaysia, tanaman labu manis banyak ditanam secara komersial di
negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Selangor. Buahnya besar, berwarna
perang atau kehijauan dan mempunyai isi yang berwarna oren kekuningan apabila
masak. Labu manis kaya dengan zat makanan. Selain dari dibuat sayur, ianya juga boleh
dibuat kuih-muih.

    Kesesuaian Tanaman

Kesesuaian Tanah

Tanaman Labu Manis sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah di Malaysia.


Pengurusan yang lebih rapi diperlukan sekiranya tanaman ini ditanam di tanah yang
sederhana sesuai bagi mencapai potensi hasil yang menguntungkan. Sifat dan kesesuaian
tanah bagi tanaman Labu Manis adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Sifat dan Kesesuaian Tanah bagi Tanaman Labu Manis.

Kesesuaian Tanah
          Sifat Tanah Sesuai Sederhana Sesuai
Kecerunan  0-6° 6-12°
Saliran - Tak sempurna salir ke - Kurang salir ke agak
agak tak sempurna salir. kurang salir. Paras naik
Paras naik turun air berada turun air berada pada
pada kedalaman 50-75 cm kedalaman 25-50 cm dari
dari permukaan. permukaan.

- Sederhana salir ke salir. - Sangat salir. Keupayaan


Paras naik turun air berada
pada bawah 75 cm dari pegangan air tanah rendah.
permukaan.
Kedalaman tanah yang sesuai
(ke lapisan padat/batu, asid > 50 cm 25-50 cm
sulfat)
Kandungan liat : >18-35%
Kandungan liat :10-18%
atau
atau
Tekstur dan struktur
Kandungan liat : >35% dan
kandungan liat : >35% dan
agak padat.
tanah gembur.
<0.5 dS/cm 0.5-1.0 dS/cm
Kemasinan
(Sangat rendah) (Rendah)
             Sumber: Jabatan Pertanian, 2018

    Penyediaan Tanah

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm (6-8 inci). Buatkan lubang berukuran 30
cm x 30 cm (1 kaki x 1 kaki) lebar dan 15-30 cm (6-12 inci) dalam dengan jarak 150 cm
x 150 cm iaitu mengikut sistem tanaman baris atau tiga segi. Masukkan 1 kg (2 paun)
baja asli seperti tahi ayam reput ke dalam setiap lubang. Kemudian tanah permukaan
atas yang digali semasa membuat lubang digunakan untuk menutup baja asli sehingga
menjadikan satu batas. Bagi 0.4 ha kawasan terdapat lebih kurang 4,000 pokok
mengikut sistem tanaman tiga segi.

    Pengairan Dan Saliran

Pengurusan air untuk tanaman labu manis perlu dilakukan dengan menyiram atau
menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis yang sesuai digunakan
mempunyai julat tekanan operasi sekitar 1.5-2.5 kg/ cm dengan kadar alir perenjis 0.3-
1.0 liter/ minit dan garis pusat liputan siraman 25-30 m. Perparitan hanya diperlukan
bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran terutama di kawasan yang berhampiran
dengan kolam. Parit ladang perlu dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit
utama.

    Sistem Penanaman
Biji benih labu manis biasanya ditanam terus ke atas batas. Ia juga boleh disemai pada
dulang semaian sebelum di tanam di ladang. Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat
seperti Thiram dengan kadar 3gm bagi 100gm biji benih. Tanam 2-3 biji benih pada
setiap lubang di batas sedalam 3-4 cm dengan jarak lebih kurang 2 cm. Apabila benih
bercambah setelah 2 minggu penanaman, penjarangan dibuat dengan meninggalkan
hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang tanaman.

Anak pokok perlu dilatih menjalar mengikut lorong barisan bagi memudahkan kerja
penjagaan seperti membaja, mengawal perosak dan memungut hasil.

Tanaman labu manis mempunyai bunga jantan dan bunga betina yang berasingan.
Hanya bunga betina yang mengalami pendebungaan sahaja akan membesar dan
membentuk buah. Bunga yang tidak mengalami pendebungaan akan buruk dan gugur.
Lazimnya tanaman labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah,
kumbang, dan kupu-kupu. Sekiranya racun serangga kerap digunakan, ini akan
menyebabkan agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses
pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil. Untuk menambahkan pembentukan
buah, pendebungaan berbantu dilakukan sendiri iaitu dengan mengambil debunga dari
bunga jantan dan ditaburkan atau diletak kepada bunga betina. Pilih hanya bunga-bunga
yang segar dan baru berkembang. Pendebungaan berbantu disyorkan dilakukan pada
waktu pagi antara jam 8.00 - 11.00 pagi. Ciri-ciri bunga jantan yang debunganya masih
hidup ialah kelopak/ ranggi bunga kelihatan segar, iaitu baru berkembang dan
ddebunganya kelihatan berseri dan lembut. Bagi bunga betina, kelopaknya mestilah
masih kembang sekali sahaja. Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan
disenyawakan akan membentuk putik buah.

    Sistem Pembajaan

Selain baja organik sebagai baja asas, baja sebatian seperti baja NPK 12:12:17+TE juga
penting untuk pertumbuhan yang sempurna dan hasil yang tinggi. Baja NPK
12:12:17+TE diberikan semasa sebelum menanam 10 hari lepas tanam (200 kg/ ha), 40
hari lepas tanam (200 kg/ ha) dan 60 hari lepas tanam (200 kg/ ha). Baja organik tahi
ayam reput diberikan dengan kadar 4 mt/ hektar. Bagi penanaman pada batas yang
menggunakan plastik, pembajaan dilakukan sebelum menanam (600 kg/ ha) dan 60 hari
lepas tanam (200 kg/ ha) serta baja tahi ayam reput sebanyak 4 mt/ ha. Baja ini digaul ke
dalam batas sebelum ditutup dengan plastik. Pembajaan di peringkat 60 hari selepas
ditanam pula dilakukan dengan menabur baja ditabur di celah batas.
    Penuaian

Labu Manis biasanya matang dan boleh dituai 60-80 hari selepas ditanam. Sebaik-
baiknya kerja-kerja penuaian dilakukan pada waktu cuaca agak sejuk menggunakan
peralatan seperti pisau atau gunting yang sesuai dan tajam. Labu Manis tidak
memerlukan penyimpanan sejuk kerana pada suhu ambien, ianya boleh mengekalkan
kualitinya sehingga 2-3 minggu. Bagaimana pun, tempoh simpanan ambien yang
melebihi 3 minggu menyebabkan kadar susutan yang tinggi. Sekiranya penyimpanan
sejuk diperlukan, suhu yang sesuai ialah 12-13°C dengan kadar kelembapan relative 85-
95% di mana labu manis dapat mengekalkan kualiti sehingga 3 bulan.

    Varieti

Varieti
Bil.
1 Tiada

Anda mungkin juga menyukai