Anda di halaman 1dari 39

teknologi Penanaman

Jagung

Sharifah Azzuwani binti Syed Intan


Pusat Pembangunan Komoditi,
Kompleks Pertanian Bukit Temiang,
Perlis.
• Nama saintifik: Zea mays
– Termasuk dalam keluarga rumput, padi, tebu dll.
• Berasal daripada Sungai Balsas, Mexico Selatan.
• Kegunaan jagung:
– Makanan ternakan
– Makanan manusia
– Bahan mentah (gula, kanji dan minyak)
– Terbaru: bahan dalam pembuatan resin plastik
mesra alam dan bahan bakar mesra alam
Jagung Komposit dan Jagung Hibrid

• Komposit:
Thai Supersweet, Manis Madu, Mas Madu,
Improved Mas Madu, Cinta, Bakti
• Hibrid:
Honey Jean, Taiwan Supersweet, Hybrid 368,
Aroma, Pearl Gold, Bright Jean, dll
Taiwan super
sweet
969 Sweet melody
968 Pearl gold
Jenis Jagung yang Popular
• Jagung manis
– Kanji manis digunakan utk makanan segar/sayuran,
ditinkan dan kuih-muih
• Jagung taiwan
– Perlu racun selalu kerana batangnya sering dimakan ulat
rasanya sangat manis
• Jagung korea
– Kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit
berbanding jagung lain.
• Jagung hibrid
– benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar
dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).
Jagung Hibrid
• Kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:
– Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok
yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya.
– Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta
matang lebih awal dari varieti komposit.
– Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya
adalah lebih kecil dan rendah.
…samb…
• Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk
setiap kali penanaman.
• Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi
sedikit dari varieti pendebungaan terbuka.
• Beli beji benih dari penjual / pengedar yang
berdaftar agar varieti yang digunakan dapat
dipastikan ketulenannya.
…samb…
• Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal
kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam
satu kawasan secara serentak. Keadaan ini
sama untuk jagung yang ditanam berdekatan
(ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira
samada varieti yang ditanam varieti komposit
atau hibrid.
Jagung Manis
• Antara varieti jagung manis yang
popular:
– Masmadu
– Manis madu
– Thai Super Sweet(TSS)
Thai Super Sweet
• Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza
daripada kuning muda hingga jingga.  Warna
endosperm kuning ke oren, bilangan barisan
12-16, panjang tongkol 15 cm, tempoh
pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59
hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasa manis.
Masmadu
• Mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta
lebih manis daripada Manis Madu.  Warna ensperm
kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14,
panjang tongkol 14-18 cm, tempoh pengeluaran
bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar.  Tongkolnya juga lebih besar. 
Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti
Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari. 
Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna
kuning muda (pucat).
Manis Madu

• Warna endosperm kuning putih ke kuningan,


bilangan barisan 12-16, panjang 15cm. 
Tempoh pengeluaran jambak bunga betina
(50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasa manis.
Teknologi Penanaman Jagung
• Kelebihan menyemai benih jagung:
– Tumbesaran yang seragam
– Tidak memerlukan proses penyulaman
– Hasil yang tinggi
• Penyemaian benih
– Benih disemai di dalam tray semaian selama 4-5 hari sebelum
dipindahkan ke batas.
– Rendam biji benih dalam air biasa selama 1jam untuk
memudahkan percambahan
– gaul biji benih dengan racun kulat seperti thiram sebelum
menyemai
Tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung. Kos satu tray ialah
RM3 dan mempunyai 103 lubang. Setiap lubang disemai 1 biji benih
sahaja bagi penyeragaman dan hasil % percambahan.
Biji benih berumur 3 hari di dalam tray semaian
Penanaman Jagung Manis
• Penyediaan tanah:
– pH 5.5-6.5 (tidak terlalu masam, tabur kapur
sekiranya pH rendah)
– Saliran yang baik adalah sesuai
– Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-25cm
…samb…
• Keperluan Biji Benih
– 10kg/ha
– Petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji
benih jagung Supersweet daripada pembekal-
pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian (RM
6/kg)
– Jarak 75cm antara baris dan 50 cm dalam baris
– Atau 75cm antara baris dan 25 cm dalam baris
(dengan 1 pokok/lobang)
– Kepadatan 53,333 pokok/hektar
Dua Corak Penanaman Jagung

oo oo oo o o o
25 cm
50 cm o o o

oo oo oo o o o

o o o

oo oo oo o o o
o o o

oo oo oo o o o

75 cm o 75 cm o o

oo oo oo o o o

Dua pokok/perdu Satu pokok/perdu


…samb…

• Menanam
– Tanpa batas
– Batas
• Pengairan
– Ikut kesesuaian kawasan (manual/automatik)
Tanaman tanpa batas
Penanaman Atas Batas

1.5 meter (5 kaki)


…samb…

• Pembajaan
– Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai
baja asas.  Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-
35 hari selepas menanam.

• Kawalan Rumpai
– Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah
sangat penting.  Racun  pracambah seperti Atrazine
digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh.  Rumpai yang
tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.
Pembajaan

Baja
…samb…

• Hasil
– Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam. 
Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000
hingga 38,000 tongkol sehektar (bergantung pada
kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).
…samb…

• Penyimpanan
– Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak
disimpan dengan betul.  Untuk penyimpanan
sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air
sejuk (1-3oC), atau 3-5 hari pada suhu 5oC atau 2
hari pada suhu 10oC tidak akan menjejaskan mutu
tongkol.
Anggaran Pendapatan Tanaman Jagung Manis
Bagi Satu hektar

Bil. Tongkol Harga Jualan / tongkol


J. Komposit 10 sen 20 sen 30 sen
Hasil rendah 20,000 2,000 4,000 6,000
H. Sederhana 30,000 3,000 6,000 9,000

H. Tinggi 40,000 4,000 8,000 12,000


J. Hibrid 30 sen 40 sen 50 sen
Hasil rendah 20,000 6,000 8,000 10,000
H. Sederhana 30,000 9,000 12,000 15,000

H. Tinggi 40,000 12,000 16,000 20,000


Pengawalan perosak dan penyakit

Serangga perosak tanaman jagung:


• Serangga perosak – dua kumpulan
i. menggigit/mengunyah
- ulat batang, ulat tongkol, ulat
ratus (rama-
rama)
ii. menghisap cecair tumbuhan
- kepinding, kutu daun (afid)
Perosak No. 1
Ulat batang (Ostrinia salentialis)

• Ibu bertelur atas pokok (biasanya daun),


• Ulat mengorek masuk kedalam pucuk, batang,
bunga jantan, tongkol
• Serangan mula pada 3 minggu sehingga
tongkol masak
• Peringkat larva (ulat) 12-18 hari
• Tanda-tanda seranggan – najis, lubang pada
daun/batang, pucuk layu, luka-luka.
Tanda-tanda serangan
ulat batang jagung
Ulat tongkol (Helicoverpa)

• Ibu bertelur atas rerambut, bunga jantan


• Ulat mengorek masuk kedalam bunga jantan,
tongkol
• Serangan mula pada masa bunga jantan terbit
• Peringkat larva (ulat) 14-21 hari
• Tanda-tanda seranggan – najis pada bunga,
rerambut, hujung tongkol
• Juga menyerang tomato, cili, tembakau, dll.
Ulat tongkol

Telur Ulat hijau muda

Ulat hijau tua Rama-rama (ibu)


Lain lain perosak – kurang penting

Ulat ratus Kutu daun (afid)


R I M A
T E
S I H
K A

Anda mungkin juga menyukai