Anda di halaman 1dari 40

Panduan Menanam Jagung

PANDUAN MENANAM JAGUNG


(JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU" DAN JAGUNG SAYUR)

PENDAHULUAN
Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung.  Terdapat tiga kategori hibrid
yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung.  Keistimewaan dan
kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid telah lama terbukti, dimana hibrid
berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka, atau komposit jika
diberikan persekitaran yang baik. 
Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:-

1. Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz
tongkolnya.
2. Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti
komposit.
3. Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah elbih kecil dan rendah.

Beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk
pengeluaran, diantaranya ialah:-

 Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman.  Jangan
sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk
penanaman seterusnya, walaupun telah dipilih.  Ini adalah kerana kandungan
genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan,
menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga.
 
 Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti pendebungaan
terbuka.
 
 Beli beji benih dari penjual / pengedar yang berdaftar agar varieti yang
digunakan dapat dipastikan ketulenannya.
 
 Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak
ditanam dalam satu kawasan secara serentak.  Bercampuran dalam
pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah
kemanisannya.  Keadaan ini sama untuk jagung yang ditanam berdekatan
(ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam
varieti komposit atau hibrid.
 

JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU"


Nama Botani      :  Zea mays
Famili                 :  Gramineae
Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan
pekebun kecil.  Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal.  Diantaranya ialah Thai
Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.

VARIETI:
         Thai Supersweet
Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga. 
Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm,
tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasa manis.
 
         Manis Madu
Warna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm. 
Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar, rasas manis.
 
         Mas Madu
Mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu. 
Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang tongkol
14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000
tongkol/hektar.  Tongkolnya juga lebih besar.  Rasanya manis, bagaimanapun warna
tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari.  Pengguna lebih
gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).
Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti
Masmadu.  Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah
ditemui.  Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu".

PENANAMAN
         Penyediaan Tanah
Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini.  Tanah yang tidak
terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk
tanaman ini.  Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm.  Tabur dengan
kapur sekiranya pH tanah didapati rendah.  Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur
bagi setiap hektar kawasan adalah memadai.  Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah. 
Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur
setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun.  Bagi tanah-tanah yang
mudah terendam air batas perlulah dibuat.
 
         Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.  Seperti menanam
jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung
Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. 
Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali
menanam.
 
         Menanam
Rendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan.  Biji
benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. 
Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk
memudahkan kerja menanam.  Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan
tugal.  Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.
 
         Pengairan
Sistem renjis boleh digunakan.  Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan
supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat.
 
         Pembajaan
Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.  Baja tambahan
sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.
 
         Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting.  Racun 
pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh.  Rumpai yang
tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.
 
HASIL DAN PENYESUAIAN
Sesuai ditanam dikebanyakan kawasan di negara ini.  Hasil dapat dipungut 68-72 hari
selepas ditanam.  Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 38,000
tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).

PENYIMPANAN
Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul.  Untuk penyimpanan
sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk (1-3oC), atau 3-5 hari pada
suhu 5oC atau 2 hari pada suhu 10oC tidak akan menjejaskan mutu tongkol.

PENYEDIAAN JAGUNG UNTUK DIMAKAN


"Improved" Masmadu boleh disediakan dalam beberapa cara.  Diantaranya ialah dengan
cara merebus, mengukus (tanpa kulit) dan dimasak di dalam ketuhar gelombong mikro.

PULANGAN
Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok
dan 75 cm antara barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x
75 cm x 2 pokok) = 53,000 pokok/hektar.  Hasil yang boleh dipasarkan (andaian 50%)
= 26,500 tongkol.
Dengan kos pengeluaran RM2,025/hektar, pulangan daripada sehektar adalah seperti
berikut:-
 
  Harga setongkol (RM) 0.15 0.20 0.25

  Pendapatan kasar (RM) 3 795 5 300 6 625

  Kos Pengeluaran (RM) 2 025 2 025 2 025

  Pulangan Bersih (RM) 1 950 3 275 4 600


 
JAGUNG SAYUR
Zea mays L.
Famili:  Graminae
Dikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek. 
Rasanya manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar.  Ia merupakan sejenis
sayuran yang agak selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di
dalam pengeluaran jagung sayur.
Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri
penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis.  Ia boleh dihasilkan dari jagung
jenis bijirin, pulut atau manis.    Kultivar yang sesuai dan senang diperolehi ialah Suwan
1, Suwan 2, Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu.  Bagi pengeluaran
sampingan dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu
dan Thai Supersweet digunakan.  Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu dengan
perusahaan ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan sisanya
tinggi, tahan penyakit dan harga benihnya lebih murah.

Kesesuaian tanah dan iklim


Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong .  pH tanah 5.5 - 6.5, suhu 22-33oC,
taburan hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%.
 
 
PENJAGAAN TANAMAN JAGUNG SECARA UMUM:
         Penyediaan benih:

Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana
percambahannya hendaklah melebihi 70%.  Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit,
kecil atau nipis hendaklah dibuang.  Sebelum menanam, biji benih perlulah dirawat
untuk mengawal penyakit dan serangga perosak.  Racun kulat seperti thiram atau
captan pada kadar 3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar
2.5g/kg. biji benih digunakan.  Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik,
rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan.  Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg.
biji benih jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air. 
Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga
semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun.  Biji benih yang telah dirawat
hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.
 
         Menanam:

Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau
jentera.  Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan
jentera iaitu berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman. 
Kadar percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha seperti
yang disyorkan.  Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II
manakala 36 kg./ha bagi jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu.
Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman
sesuai digunakan.  Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm
di dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris penanaman.
 
         Mengawal Rumpai

Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput rampai. 
Merumput yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang kedua 3-
4 minggu selepas merumput kali pertama.  Panduan merumput dengan menggunakan
racun dan kadar baja yang diperlukan untuk tanaman jagung adalah seperti
berikut:-                              
Panduan Mengawal Rumpai Menggunakan Racun Kimia
 
Takaran
Cara (kg
Jenis Cara
Mengawa bahan Ulasan
Rumpai Penggunaan
l aktif/ha
)
 Tidak boleh digunakan
jika tanaman
 berikutnya ialah
 Digunakan kekacang atau sayur-
sebagai  sayuran.  Boleh juga
Atrazine
 racun rumpai dicampurkan
(serbuk
  1.0 - 3.0 pracampah  dengan Paraquat (0.25-
bancuh 
 selepas 05 kg.bahan
(WP)
menyemai biji  aktif) atau MSMA (1.0-
 benih jagung. 1.5 kg bahan
 aktif) untuk membunuh
rumpai yang
 tumbuh lebih awal.
 Digunakan
  sebagai racun
Rumpai  rumpai
Alachlor
  1.0 - 3.0 pracambah -
(cecair)
semusi  selepas
m menyemai biji
 benih jagung.
 Sembur dengan berhati-
hati dan
 elakkan tempias
semburan daripada
 terkena daun-daun
 Sebagai
tanaman.
semburan
 Gunakan kadar yang
tepat
rendah untuk
 diantara
 rumpai muda dan kadar
barisan
Paraquat 0.25 - yang tinggi
jagung.
(cecair) 0.5  untuk rumpai tua.
 Guna
Gunakan sukatan air
penahan
 yang lebih untuk rumpai
(shield)
yang
 pada hujung
 tebal. Boleh mti jika
nozzle.
termakan racun
 ini. Jangan
menggunakan alat
 penyembur berjentera
(motor-blower).
  2, 4-D 0.8 - 1.1  Racun rumpai  Gunakan kadar yang
Rumpai Amine lepas rendah bagi
  daun (cecair)  cambah.  jagung setinggi 7-10
  lebar Digunakan cm.  Tambahkan
 sebagai  sukatan bagi jagung
semburan yang tingginya 10
tepat  cm ke atas
 diantara
barisan
jagung.
         Membaja

Nitorgen (N) yang paling penting.  Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada
peringkat pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga.  Nitrogen digunakan dalam
proses fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P)
menggalakkan pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan
kematangan  manakala kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan
akar.  Kadar penggunaan baja NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah
120:60:60 hingga 120:60:120 kg/ha.  Penentuan kadar yang paling sesuai harus
mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah, iklim, varieti jagung, densiti
penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat tumbuhan.  Penggunaan baja
sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses pembajaan, terutamanya jikalau
pembajaan dilakukan dengan jentera.

Kadar Baja Yang Diperlukan


Berat
N P2O5 K20
Siri Tanah
Kg/ha   Kg/ha   Kg/ha
(lb/ekar) (lb/ekar) (lb/ekar)
 Siri Selangor 67-90   (60-80) 34-51   (30-45) -           -
 Siri Telaga &
67-90  (60-80) 45-67   (40-60) 22        20
Telemong
112-135  (100-
 Siri Akob 67-102  (60-90) 22        20
120)
112-135  (100- 34-51  (30-
 Siri Rompin 51-67   (45-60)
120) 45)
 TANAH KAPUR &
135-168  (120- 67-101  (60-
TANAH 34        (30)
150) 90)
 GAMBUT CETEK

Separuh baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu
menanam.  Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam.
Penggunaan bahan organik digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur.  Pembajaan
untuk tanah mineral adalah seperti berikut:-
 
Masa
Kadar Membaja
Jenis Baja Baja (1 hari Cara Baja
(Kg/Ha) sebelum
ditanam)
NPK
500 1 Dibajak ke dalam tanah.
(12:12:17:2)
Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan
Urea 130 15 digaulkan
ke dalam tanah.
Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan
Urea 130 35 digaulkan
ke dalam tanah.
         Pengairan dan Saliran:
Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin pengeluaran
yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari masa menanam
hingga 20 hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan.  Sistem
perenjis hendaklah digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang.  Pengairan
dijalankan 2-3 hari sekali pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras
field capacity.  Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran
ialah daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi.  Daun akan kelihatan layu
sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung berbunga.  Perparitan diperlukan
bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk
menyalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Kesan kekurangan air:


Peringkat percambahan - melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan tidak
seragam dan kadangkala kematian biji benih.

Peringkat tumbesaran tampang - mengakibatkan kebantutan pokok, pengeluaran bunga


jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan bijiiran.
Peringkat pembungaan - peringkat yang paling kritikal.  Menyebabkan pertumbuhan
bunga terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.
Peringat tumbesaran bijiran - mengurangkan isi dan keberatan tongkol.  Hasil terjejas.
Kesan ketakungan air atau banjir yang berpanjangan:
Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut.  Hasil terjejas. 
Kalau berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung.
 

Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung


         Bintik perang (dreschslera maydis)
Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang.  Musnah sisa-sisa
tanaman.  Guna biji benih dari pokok yang sihat.  Sembur racun serangga seperti Maneb
atau Zineb seminggu sekali jika perlu.  Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji
benih menggunakan Captan/Zineb.
 
         Bintik daun (Curvularia lunata)
Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna
coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik.  Penyakit ini kurang
serius.
 
         Karat daun (Puccinia polysora)
Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun
kering.  Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada
kafar 0.1% bahan aktif.
 
         Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput
dan keperangan.  Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit.
 
         Hawa upeh (Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu bujur memanjang.  Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat
keperangan.  Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit.
 
         Reput batang (Erwinia caratovora)
Pokok reput dan basah.  Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik.
 
         Semut (Ustilago maydis)
Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan.  Spora berwarna coklat
kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil. 
Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit.  Ianya beracun pada ternakan
jika dimakan.
 
         Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani
Kuhn A.
Strain Park & Bertus)
Semburkan Benomyl pada kadar 0.1% bahan aktif.
 
         Lecuh anak benih (Phythium spp.,  Fusarium spp.,  Rhizoctonia spp.)
Sembur dengan Captan atau Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif.  Rawatan basah bagi
biji benih (wet seed treatment).

Panduan Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun


Kimia
         Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis)
Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa
najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis, methidiathion, quinalphos,
profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.
 
         Ulat ratus (Spodoptera litura)
Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur dengan
profenofos, quinalphos atau cypermethrin.
 
         Kutu daun (Rhopalosiphum maydis)
Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan.  Sembur racun
serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar
yang disyorkan.
 
         Ulat tongkol (Helicoverpa armigera)
Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga seperti Bacillus
thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos, betacyfluthrin atau abamectin
benzoate mengikut kadar yang disyorkan.
 
         Kepinding hijau (Nezara viridula)
Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan
berpenyakit.  Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau
cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.
 

Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung.


Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh mengawal
ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap lampu berjaya
mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas ulat
ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu ini bertambah daripada 2
semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil atau diazinon di peringkat 50%
tasselling dan seminggu selepas itu.
KEMATANGAN, KUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL
Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam.  Ianya boleh dipungut
sebelum rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang.  Sekiranya telah melebihi 6 cm
panjang, jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan membesar
melebihi 10 cm panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran.  Jagung sayur digredkan
mengikut kualitinya dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:-

1. jagung hendaklah berwarna kuning


2. barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek
3. panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm
4. tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal.
5. berbentuk seragam dan berkeadaan segar.                                                   
PANDUAN PENANAMAN TEMBIKAI
Posted on November 6, 2007 by harizamrry

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-
bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya
berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan
rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi.
Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai
sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini
kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya
matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air
dengan pH 5.8-7.2.

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk


kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang
bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah
Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara
pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di
dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu
kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit
dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua,
merah atau kuning.

Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji
benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).

Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan


berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti pendebungaan
bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu generasi ke generasi
seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1

Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani pendebungaan
sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang dihasilkan dijual
kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan keseragaman dan masa
menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas. Ia juga
menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40% berbanding dengan
varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang sama. Kelemahan di pihak
hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi berbanding dengan biji benih
pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid F 1 berubah dar setahun ke setahun.
Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan dengan
mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda daripada
tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman yang dihasilkan
mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1½ kali ganda daripada bilangan nombor
kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji benih yang berdaya
hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini hanya dapat
menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa mestilah ditanam
dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia
sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan
boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya
seharusnya mendapat harga premium di pasaran.

Varieti popular

Berikut ialah senarai varieti tembikai dan ciri-cirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji
benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah
ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.

Jadual 1. Senarai hibrid F 1 .varieti tembikai yang mempunyai biji

Varieti / kultivar Ciri-ciri

Buah bulat membujur (oblong) agak


seragam, sederhana hingga agak
besar dan berat lebih kurang 9 kg.
Isi merah, bertekstur halus, sangat
manis dan biji perang tua. Kulit
mempunyai jalur hijau muda dan
tua yang nyata, tahan lama dan
New Dragon
sesuai untuk eksport melalui jalan
laut.

Subur, buah oblong, hijau gelap


dengan jalur gelap. Kulit nipis tetapi
kuat, sesuai untuk diangkut melalui
jalan laut. Isi merah gelap, lembut
dan berair, kandungan gula 12-14%.
Berat antara 2.5-3.5 kg. Matang
Dark Belle or Hitam manis
selepas 102 hari ditanam.
Jenis kecil atau tembikai
‘icebox’dengan rasa yang sangat
enak. Buah oblong pendek dengan
kulit hijau gelap dan jalur hijau yang
lebih gelap yang nyata. Kulit nipis
tetapi keras, sesuai untuk diangkut
melalui jalan laut. Beratnya 3-4 kg.
Isi merah tua , berjus, lembut
mempunyai kandungan gula 12%.
Little Boy Matang selepas 102 hari ditanam.

Varieti yang sama dengan New


Dragon. Daun kecil dengan cuping
tajam yang beropol dan dalam.
Amat produktif dan berputik
dengan baik. Matang agak awal iaitu
80 hari selepas menanam (95 hari
selepas menyemai). Bentuk sedikit
oblong. Mempunyai kulit berjalur
yang nyata. Berat lebih kurang 12
China Dragon
kg. Isi merah, pejal dan sangat
manis. Biji kecil dan hitam.

Mempunyai kualiti isi dan


kemanisan yang lebih baik. Sesuai
untuk penghantaran jarak jauh
menggunakan kapal laut. Berat
lebih kurang 12 kg, berbentuk
oblong dengan kulit hitam-hijau. Isi
merah tua. Matang selepas 97 hari
Early Klondike disemai.

Buah kecil dan oblong, lebih kurang


2 kg. Rupa menarik dengan warna
hijau yang seragam. Isi merah
terang, lembut berjus, amat manis
dan biji nya berwarna perang. Kulit
nipis tetai keras. Matang selepas 90
hari disemai.
Red Delicious
Buah seragam, oblong saiz
‘icebox’, berat lebih kurang 2.5
kg dengan isi merah yang sangat
cerah. Kemanisan lebih kurang 12%
kandungan gula. Kulit sangat nipis
tetapi kuat yang membolehkan ia
diangkut melalui jalan laut.
Gold
en Crown

Tembikai ‘icebox’ yang sesuai


pada pelbagai jenis tanah. Isi merah
jambu, manis dan berjus. Buah
bulat dan berat di sekitar 2 kg.
Mudah mengenali kematangannya
kerana jalur buah berubah daripada
hijau kepada kuning. Buah matang
selepas 80 hari disemai. Kulit kuning
dengan jalur yang lebih cerah. Biji
Funbell
warna hitam perang yang
sederhana.

Subur dan membiak dengan baik.


Buah oblong. Berat lebih kurang 3
– 4 kg. Kulit hijau dengan jalur
hijau gelap. Isi oren kuning,
bertekstur halus dengan kandungan
gula 12%. Amat sesuai diangkut
melalui jalan laut.
New Orchid
Subur dan membiak dengan baik.
Berat lebih kurang 3 –5 kg.
Kandungan gula 12%. Kulit kuat
dengan jalur cerah yang nyata.
Varieti yang berbuah awal, isi
kuning. Buah seragam, jarang retak
walaupun ditanam dalam keadaan
Full Orchid suhu yang tinggi.

Berbuah awal, rasa manis, sedikit


biji berbanding dengan tembikai
‘icebox’ yang lain. Warna isi
kuning nanas. Diameter buah 15
cm, berat 4 kg. Kulit hijau muda
dengan jalur hijau gelap, nipis tetapi
kuat.
Yellow Baby

Jadual 2. Senarai tembikai triploid, varieti tiada biji

Varieti / kultivar Ciri-ciri

Mencapai kematangan awal pada


95 hari selepas disemai. Tumbuh
subur. Buah berbentuk glob. Kulit
hijau dengan jalur hijau tua yang
lebar. Berat lebih kurang 6-12 kg
dan tahan lama. Isi merah, berjus
dan enak dan boleh disimpan
Fav
dengan baik.
orite Ball

Mencapai kematangan awal pada


95 hari selepas disemai. Tumbuh
subur. Buah berbentuk glob Berat
lebih kurang 7-8 kg. Kulit hijau
muda dengan jalur hijau tua.
Kandungan gula 12%. Isi merah
terang, berjus dan enak dan jarang
yang ada ‘hollow heart’.
All Lucky No 2
Matang 95 hari selepas disemai.
Buah bulat seperti glob dengan
kulit hijau tua, berat lebih kurang 6
kg. Kulit nipis dan mempunyai
kualiti penghantaran melalui jalan
laut yang baik. Isi merah terang dan
kurang mengalami ‘hollow
heart’. Amat berjus dengan
Prosperity kandungan gula 12-15%. Kualiti
yang amat memuaskan.

Kulit biru hijau dengan jalur hijau


gelap dan tahan lama. Isi lembut,
berjus dan rasa yang lebih baik.
Baik dari segi pengangkutan dengan
kapal laut dan penyimpanan. Berat
lebih kurang 7.5 kg. Amat subur
dan produktif. Matang 97 hari
Quality selepas disemai.
Subur dan berputik dengan baik.
Buah bulat, bentuk seragam dan
berat lebih kurang 5-7 kg. Kulit
hijau kebiru-biruan yang cantik
dengan jalur hijau gelap yang halus.
Isi merah terang dengan kandungan
gula 12%. Isi pejal, rasa sedap dan
jarang mengalami ‘hollow heart’.
Amat baik untuk penghantaran
melalui laut dan penyimpanan.
Mindful (triploid)
Matang selepas 97 hari disemai.

Keterangan botani

Pokok

Pokok tembikai ialah pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur paut.
Akarnya cetek (40-50 cm) dan (60-90 cm) lebar. Batang jalarnya berbulu, berbentuk sama
ada bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik di bahagian
batang.

Daun
Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan lebih kurang 10-20 cm panjang.

Bunga

Bunga tembikai daripada jenis monosius, i.e. bunga jantan dan bunga betina terdapat pada
satu pokok yang sama. Setiap kuntum bunga lebarnya 1.5-2.0 cm dan berwarna kuning
sulfur. Kadang-kadang ada juga bunga hermafrodit. Bunga keluar di antara daun dan
didebungakan oleh serangga.

Buah

Buah tembikai berbentuk bulat atau oblong. Kulitnya licin. Berat yang standard ialah antara 7
dan 15 kg. Varieti baru dari Taiwan saiznya kecil (4-6 kg/biji). Warnanya pelbagai daripada
hijau muda hingga hijau tua dan berjalur. Isinya boleh jadi putih, kuning krim, merah pucat,
merah atau merah pekat. Bijinya kecil dan tertanam di dalam isi. Panjangnya lebih kurang 5-
15 cm dan boleh berwarna putih, hitam, perang, kekuning-kuningan dan merah jambu.

Pertumbuhan dan pembentukan

Panjangnya tempoh pertumbuhan berjulat dari 80 hingga 110 hari, bergantung pada iklim.
Tempoh pembesaran lebih pendek dalam iklim tropika iaitu 70-95 hari bergantung pada
varieti.

Peringkat pembentukan
Peringkat Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan Jumlah
pertumbuhan vegetatif vegetatif akhir pembiakan pembiakan akhir
permulaan (Merayap atau permulaan (Pembentukan
(penubuhan) peringkat (Pembungaan dan buah dan
menjalar) pengeluaran putik) kematangan)

Tempoh 10-20 20-30 10-15 30 70-95


peringkat
(hari)

Penuaian biasanya bermula 30 hari selepas berbunga sepenuhnya dan boleh berterusan
selama beberapa minggu.

Ekologi

Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan suhu harian 22-30
°C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk pertumbuhan
masing-masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu tanah yang optimum untuk pertumbuhan
akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering
mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang
membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau
kurang. Kebanyakan tanah yang bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir, boleh
diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang terbaik ialah tanah
lom berpasir yang tidak menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.

Asal dan sejarah

Sudah berabad lamanya manusia di seluruh dunia menggemari tembikai. Orang Mesir telah
menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi lukisan dinding dengan buah
tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang. Pedagang mula menjual biji
tembikai di sepanjang laluan dagangan Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai telah
sampai ke negara China dan pada abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan tembikai ke
Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan hamba abdi Afrika perlu diberi pujian kerana membawa
tembikai ke Amerika Utara. Varieti tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi
Afrika Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah Nil. Spesies ini masih hidup liar
di kawasan pendalaman yang kering untuk membekalkan air kepada orang asli semasa musim
kemarau. Tembikai liar atau ‘citron’ di Afrika berbentuk sfera, berjalur dan isinya putih,
sedikit pahit atau tawar. Isinya yang putih rasanya seperti kulit tembikai biasa. ‘Citron’
juga disebut ‘tembikai jeruk’ kerana kulit buah digunakan dalam pengawet, jeli dan dibuat
jeruk atau jem. Oleh sebab kandungan pektinnya yang tinggi ia ditambah ke dalam jus buah-
buahan untuk menjadikan ia seperti jel lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh
menghasilkan sehingga 100 biji buah, dan biasanya diberi makan kepada ternakan.

Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940. Daripada situ,
ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan dan Jepun pada tahun
70-an.
Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya
berkembang hingga ke negeri Pahang, Melaka dan Perak.

Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar dengan pengeluaran
sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman meningkat kepada
6,500 hektar.

Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua Musang,
Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kerai, Kuala
Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka Tengah, Mersing, Padang
Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin,
Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

Keluasan penanaman tembikai di Semenanjung Malaysia (hektar)

Negeri Ha

Kelantan 810

N. Sembilan 36

Pulau Pinang 13

Perlis 101

Terengganu 744

Di Sabah tembikai ditanam di Tawau, Sandakan, Tuaran dan Papar.

Pembiakan

Biji tembikai boleh ditabur terus di ladang atau disemai di dalam beg plastik sebelum diubah
ke ladang. Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering dan biji untuk
diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.

Tabur terus

Biji benih direndam semalaman sebelum ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam
setiap lubang sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan (biasanya 1.2-
2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahan dan jarak tanaman. Biji yang sah berlabel,
seragam, bebas daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90% percambahan menjadi
pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokok mempunyai 3-4 helai daun, anak
benih ini dijarangkan iaitu meninggalkan satu batang pokok yang sihat di dalam satu lubang
penanaman.

 
Gambar 1: Anak pokok yang sihat daripada tanam terus

Pengubahan

Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:

* Kecekapan penggunaan biji benih meningkat, sangat penting dengan biji benih hibrid dan
triploid kerana harganya sangat mahal

* Tanah berkerak atau terlalu kering dan tanah yang lembap menjejaskan pertumbuhan anak
pokok, boleh dihilangkan atau dikurangkan.

* Kedalaman penanaman lebih seragam.

* Hasilnya dilihat pada penuaian awal.

* Hanya cara yang berkesan kos untuk menanam tembikai tanpa biji

Kelemahan pengubahan termasuklah:

* kos berubah lebih tinggi,


* kos buruh meningkat,
* anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.

Biji benih disemai di dalam beg plastik yang berisi tanah yang sudah dicampur dengan tahi
ayam. Beg ini ditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawah teduhan. Ia
akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untuk diubah dalam masa lebih kurang 11-12
hari. Jarak penanaman ialah 2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak pokok.

Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan pokok

Kerosakan pengendalian semasa pengubahan boleh berlaku pada anak pokok aras tanah.
Bahagian atas anak pokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahan warna
perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagi mengatasi masalah ini daripada
kerosakan yang lebih teruk, anak pokok hendaklah ditanam lebih dalam ke dalam tanah.

Penanaman
Tembikai hendaklah ditanam di ladang yang tanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak
cenderung kepada air bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secara berterusan di tanah
yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah. Kesediaadaan sumber air untuk
pengairan amat genting Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah liat atau
tanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikai yang baik.

Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat.
Sistem saliran yang baik diperlukan

Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih pelaksanaan operasi peningkatan kualiti tanah
dan penyuburan anak pokok:

1. menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan biji benih dan anak pokok (atau
pengubahan)

2. meningkatkan produktiviti dengan membekalkan struktur tanah yang terbaik untuk


pertumbuhan dan pembesaran akar berikutnya, dan

3. membantu mengawal masalah penyakit.

Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan tanah untuk penanaman. Ini sebahagiannya
ditentukan oleh sejarah penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah digunakan untuk
penanaman selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras beberapa inci di bawah
permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah pada tanah liat.

Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanah yang mampat. Penyediaan tanah yang betul
perlu menghapuskan atau mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian baru-baru ini
telah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepada tanah yang tidak mampat
sahaja

Amalan penanaman

Merumpai

Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang berkualiti.
Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air.
Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh menjadi perumah kepada
serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan rumpai
lebih awal bagi memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat pokok ini
yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula
menjalar.
Gambar 1. ladang tembikai yang bersih

Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat penting. Anak benih
ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan semasa
peringkat anak benih lagi.

Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh
agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan
yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baik akan meningkatkan
pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.

Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan penting
dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus
tersembunyi di dalam biji benihnya.

Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau kehadiran secara semula jadi virus mozek
timun (cucumber mosaic virus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut dapat dikesan
pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan Crotalaria spp. Dalam satu kajian
yang lain virus mozek ‘squash’ (SqMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides, Cleome
rutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbia prunifolia, Eupatorium odoratum,
Hyptis brevipes dan Mikania micrantha, manakala virus mozek zucchini kuning (ZYMV)
telah dapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata. Dalam satu sampel A.
conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan serentak, manakala SqMV dan CMV ditemui
dalam sampel E. hirta dan E. odoratum .

Kaedah pengawalan

Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih kaedah yang
terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai, peringkat
pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan kesediaadaannya.

Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan dan selamat kepada
tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi mengurangkan
kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh digunakan. Membuang rumpai yang sudah
besar dan mempunyai sistem akar yang ekstensif boleh merosakkan akar atau batang
tanaman. Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga buruh.

Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan rumpai tetapi terhad
kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting,
penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila tanaman mula menjalar.
Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau
penggembur. Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai menggunakan
bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuang rumpai dalam barisan atau selepas
tanaman mengeluarkan batang jalar.
Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian ‘stale’ melibatkan pengawalan rumpai
yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam bercambah.
Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. ‘alachlor’ (sembur pada kadar 4 L/ha). Kaedah
batas semaian ‘stale’ biasanya berganding dengan rawatan racun herba yang disembur
sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk mematikan rumpai yang
tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan
terhadap rumpai yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.

Gambar 2. Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk
mengawal rumpai.

Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal
rumpai. Plastik hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik digunakan bagi
menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambah dan tumbuh. Plastik yang
menyungkup batas tanaman seharusnya sesuai dengan batas tersebut dan tepinya dikemaskan
bagi menghalang gangguan angin.

Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil dibuat pada plastik dan anak benih atau biji
benih ditanam melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang
pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan racun herba yang
didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar tembikai boleh menjalar hingga ke tengah
baris dan menyentuh tanah yang dirawat.

Pencantasan

Mencantas batang jalar tembikai akan menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini mempunyai
kelebihan dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya masak seragam. Batang
jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh apabila tanaman berumur 15-20 hari.

Pengairan

Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang
masak mengandungi lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah kritikal
bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman ini.

Kekurangan air pada peringkat tembikai baru tumbuh, melewatkan kematangan dan boleh
menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal
pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan
mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang paling serius hasil daripada tegasan air semasa
pembungaan dan pembentukan buah.
Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan dengan jayanya pada tanaman tembikai.
Pemilihan terhadap jenis apa yang perlu dipilih akan berasaskan pada satu atau lebih faktor
berikut:

* Kesediaadaan peralatan
* Bentuk dan saiz ladang
* Jumlah dan kualiti air yang ada
* Keperluan buruh
* Keperluan bahan bakar
* Kos

Pengairan renjis

Sistem ini termasuklah pangsi tengah, ‘linear move’, ‘travelling big gun’, set paip
aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika digunakan
dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan bererti wujud pada kos permulaan dan
keperluan buruh.

Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya
merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan
renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah.

Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan ‘linear
move’) boleh digunakan untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang
digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan mengurangkan larut
lesap.

Walaupun pengairan atas tidak digalakkan apabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi
jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana air boleh sampai
ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar (melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah,
terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.

Pengairan titis

Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan dengan
atau tanpa sungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan titis ini ialah air
digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul. Kajian yang telah dijalankan di
Florida, USA telah menunjukkan bahawa air yang diperlukan berkurangan sebanyak 40%
pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis berbanding dengan sayuran
berpengairan renjis. Masalah rumpai juga berkurangan kerana batas sahaja diberi air
sedangkan baris tengah antara batas dalam keadaan kering. Beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan penghasilan awal dan meningkatkan
saiz buah.
Gambar 3. Pemasangan dan percubaan line pengairan titis pada batas tanaman dilakukan
sebelum plastik sungkupan dibentangkan.

Tiub yang menitis (atau ‘tape’) boleh dipasang di atas permukaan tanah atau ditanam di
bawah permukaan tanah. Apabila digunakan bersama sungkupan plastik, ‘tape’ boleh
dipasang serentak semasa membentang sungkupan plastik. Biasanya ‘tape’ diimbangi iaitu
ke tepi sedikit daripada tengah batas. Ini akan menghalang ‘tape’ daripada rosak semasa
membuat lubang dan operasi menanam anak pokok. Biasanya satu ‘tape’ titisan
dipasangkan di sisi setiap baris.

Sistem titisan mudah disesuaikan untuk penyuntikan baja. Ini membolehkan nutrien
dibekalkan kepada tanaman di ladang sebagaimana diperlukan. Kaedah ini juga
menghapuskan keperluan membaja yang banyak di awal musim menanam yang akan
menyebabkan larut lesap di kawasan yang tidak boleh di capai akar atau akan menyebabkan
ketoksikan garam. Hanya rumusan larut air boleh disuntik melalui sistem titis. Sistem perlu
dibilas selepas setiap suntikan.

Air yang digunakan dalam sistem titis perlu ditapis bagi membuang sebarang bahan yang
boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat. Air perlu diuji kandungan mineralnya kerana ia juga
boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat.

Menjadualkan pengairan

Air yang digunakan oleh tanaman dan menyejat dari tanah dinamakan penyejatpeluhan (ET).
Kadar ET bagi tembikai telah dilaporkan setinggi ¾ cm sehari. Peringkat pertumbuhan
tanaman, suhu, kelembapan bandingan, radiasi solar, angin dan jarak tanaman menjejaskan
ET.

Berikut ialah pengesyoran umum untuk kadar pengairan bagi tembikai yang menggunakan
sistem pengairan renjis:

* Daripada menanam hingga tanaman mula menjalar, guna 1¼ cm apabila tanah di atas 5
cm menjadi kering (lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)

* Daripada pokok mula menjalar hingga pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5 hari
semasa cuaca kering. Jika layu sebelum tengah hari tingkatkan kekerapan pengairan.

* Daripada mula berbunga hingga dituai, guna 2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca kering.
Semasa cuaca yang amat panas (melebihi 35 °C ), kekerapan pengairan ditingkatkan kepada
setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.

Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih kerap bagi menghalang tegasan lembapan.
Sistem pengairan titis perlu dikendali lebih kerap daripada sistem renjis. Biasanya ia
dikendali setiap hari atau setiap dua hari. Jangan beri air berlebihan terutamanya apabila
menggunakan sungkupan plastik kerana plastik akan mengawal tanah daripada menjadi
kering.

Pembajaan

Gangguan fisiologi

Buah cacat rupa atau buah pahit (buah cacat)

Buah yang cacat rupa atau buah pahit disebabkan oleh kemarau (tanah kering atau suhu
tinggi), pendebungaan tidak sempurna, tanah tidak subur atau masalah pembentukan yang
lain. Batang tembikai perlu diperiksa setiap minggu bagi membuang buah yang berpenyakit
dan buah cacat. Buah yang rosak perlu dibuang di tengah baris bagi mengelakkannya
diperiksa semula. Bergantung pada varieti, biasanya antara 2-5 biji buah akan matang
daripada satu pokok. Kekalkan bilangan buah sebagaimana yang disyorkan oleh pembekal
biji benih.

 Buah berongga

 Tembikai tanpa biji lebih rentan terhadap masalah ini. Pendebungaan yang baik amat
penting bagi mengawal gangguan ini.

 Rasa tidak enak dan kurang manis

 Rasa tidak enak dan kurang manis mungkin disebabkan oleh tanah yang tidak subur
dan kandungan kalium, magnesium atau boronnya rendah.

Kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien bukan masalah biasa bagi penanam tembikai di Malaysia. Sebagai
amalan biasa bagi mengawal berlakunya kekurangan nutrien, penanam tembikai
menggunakan baja organik dalam bentuk tahi ayam atau kompos bioorganik. Pemakanan
yang baik mungkin disebabkan penggunaan baja foliar seperti Grofas Yellow dan Grofas
Red.

Penggunaan batu kapur magnesium kisar (Ground Magnesium Limestone, GML) sebanyak
4-5 t/ha semasa penyediaan tanah merupakan amalan yang standard yang diamalkan oleh
penanam tembikai. Ini mungkin menjadi sebab tiadanya masalah kekurangan Ca pada
tembikai yang ditanam di Malaysia.

Namun, sebarang bentuk kekurangan nutrien yang berlaku pada pertengahan musim
menanam akan mengurangkan pengeluaran buah. Penggunaan baja yang cukup sangat
penting bagi mengelakkan kekurangan baja. Jadual 1 menerangkan tentang simptom
kekurangan nutrien pada buah tembikai dan bagaimana cara mengelakkannya.

Jadual 1. Diagnosis masalah kekurangan nutrien pada buah tembikai

Tanda-tanda Kekurangan Tanah yang Bagaimana mengelakkan


nutrien yang paling
kekurangan kekurangan
mungkin diperlukan

Pembajaan asas daripada


Pertumbuhan Tanah
Nitrogen (N) baja organik sebelum
terbantut berpasir
menyemai/menanam

Daun kecil dan sembur baja foliar yang


(petunjuk Kawasan
berwarna hijau mempunyai kandungan N
daun) hujan
pucat yang tinggi

Batang lemah      

Tepi daun
Baja asas dan baja foliar
menjadi kuning Tanah
Kalium (K2O) yang tinggi kandungan
kemudian berpasir
kaliumnya
perang

(petunjuk sembur baja yang


Hasil buah yang
bunga dan   mengandungi kalium
rendah
buah) yang tinggi

Warna buah
dan bunga      
kurang menarik

Kerintangan
terhadap
     
penyakit yang
rendah

Jenis-jenis baja

Hanya satu cara mengurus kesuburan dan pH tanah dengan tepat iaitu dengan menjalankan
ujian terhadap tanah. Pensampelan tanah dijalankan begitu rupa seperti ia mewakili
keseluruhan tanah ladang. Ini amat penting bagi memastikan keputusan yang tepat dan
pengesyoran pembajaan yang betul. Program pembajaan yang baik untuk pengeluaran buah
tembikai dapat menjawab empat soalan asas:

1. Apakah bahan baja (termasuk kapur) yang perlu digunakan?


2. Berapa banyakkan perlu digunakan?
3. Berapa kerapkah baja ini digunakan?
4. Kaedah bagaimanakah ia digunakan (cara tabur, cara jalur dll.)?
Sebagai tambahan program pengurusan paling berjaya termasuklah penilaian dan
pengubahsuaian yang kerap, jika perlu hadapi masalah di luar jangkaan seperti banjir,
kemarau dan faktor-faktor lain yang menjejaskan keupayaan pokok menggunakan nutrien.

Ukuran pH tanah menandakan keasidan atau kealkalian tanah. Tanah yang mempunyai pH 7
dianggap neutral, nilai lebih daripada 7 tanah dianggap beralkali dan nilai kurang daripada 7
tanah dianggap berasid. pH tanah mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan
pokok, pembentukan dan akhirnya pengeluaran. pH tanah juga menjejaskan kesediaadaan
nutrien untuk pokok membesar. Tanah yang sedikit berasid dengan pH 6-6.5 ideal untuk
pokok tembikai.

Hanya satu cara yang tepat untuk menentukan pH tanah iaitu dengan pengujian tanah.
Analisis ini dapat menentukan sama ada kapur diperlukan atau tidak untuk meningkatkan pH.
Kapur bertindak agak lambat dalam meningkatkan pH tanah dan secara relatifnya ia tidak
bergerak di dalam tanah. Oleh sebab itu, kapur perlu ditambah 2-3 bulan sebelum menanam
dan dicampurkan dengan 5-20 cm tanah bahagian atas. Tanah yang kekurangan magnesium
perlu diberikan kapur dolomite bukan kapur kalsium.

Untuk pengeluaran tembikai, jumlah nitrogen (N), fosforus (P 2 O 5 ) dan kalium (K 2 O)


yang disyorkan ialah 136 kg/ha. Tembikai ialah tanaman yang mempunyai musim yang
panjang. Dengan itu, penggunaan baja sedikit demi sedikit untuk beberapa kali, sepanjang
musim akan memaksimumkan pengeluaran. Hujan dan pengairan atas boleh melarutkan
nutrien daripada tanah, terutamanya N dan K jika sungkupan plastik tidak digunakan. Semua
fosforus yang diperlukan boleh digunakan sebelum penanaman dan perlu dikekalkan di
sepanjang musim membesar kerana secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah.

Banyak kaedah yang berbeza wujud dalam penggunaan baja. Satu kaedah mudah ialah
dengan menabur dan mencampurkan semua P dan K dan gunakan ½ jumlah N sebelum
penanaman dan ½ lagi, 4-6 minggu selepas menyemai.

Kaedah penggunaan yang lebih rumit biasanya untuk mengekalkan aras nutrien yang
optimum di sepanjang musim membesar. Dalam kaedah seperti ini cara menabur yang
diubahsuai iaitu dengan menumpukan baja di dalam kawasan akar berbanding dengan kaedah
penaburan yang biasa. Dalam kaedah penaburan yang diubahsuai, baja ditabur seperti jalur
60-100 cm lebar di dalam baris sebelum menanam. Kaedah ini juga menghapuskan
pembakaran tumbuhan lain yang muncul jika baja ditabur dalam jalur hampir dengan anak
pokok yang baru hendak hidup. Dalam kaedah ini semua P digunakan sebelum menanam
dengan sebarang mikro nutrien. Satu pertiga hingga ½ N dan K yang disyorkan juga
digunakan dalam kaedah penaburan terubah suai ini. Selepas 3 minggu anak pokok muncul,
gunakan ¼ N dan K yang tinggal lagi di bahagian sisi batas berdekatan dengan hujung
batang yang bercambah. Selepas 6 minggu bercambah gunakan/habiskan N dan K yang
masih ada.

Bagi tanaman di bawah sungkupan plastik, kehilangan nutrien melalui larutan berkurangan.
Dengan itu, semua N, P dan K yang diperlukan oleh tanaman boleh digunakan sebelum batas
tanaman ditutup dengan plastik. Tambahan lagi, penggunaan baja berikutnya melalui tanah
tidak dapat dilakukan tanpa merosakkan sungkupan plastik tersebut. Sebarang baja tambahan
hanya boleh digunakan secara foliar atau titisan .
Penanam tembikai kadang-kadang mengalami pengeluaran putik yang amat tidak memuaskan
walaupun dengan aktiviti lebah yang mencukupi. Penyemburan foliar boron larut air (lebih
kurang 25 g berat sebenar boron bagi setiap penyemburan) 2-3 kali pada sela seminggu yang
berbetulan dengan mekarnya bunga betina yang pertama boleh menambahkan pendebungaan
dan pembentukan putik dapat ditingkatkan. Program pengurusan pembajaan yang baik
termasuklah pencerapan yang kerap pada tanaman bagi memerhatikan simptom kekurangan
nutrien.

Kandungan nutrien baja komersial yang ada di Malaysia

Nitrogen Kalium
Jenis baja Fosfat (%) Magnesium (%)
(%) (%)

Tahi ayam terproses (Avanti) Baja sebatian** 3.5 4.5 2.5 1.0

NPK Green 15:15:15 15 15 15 –

Grofas yellow 22:22:10:1 + TE*** 13 26 26 –

* Baja organik yang biasanya lambat bertindak, membekalkan pokok dengan baja dalam tempoh yang lama
** Baja bukan organik, sebatian dan foliar pada amnya cepat bertindak, penggalak pada pokok apabila digunakan sebagai pembajaan tambah.
***TE = Unsur pekit

Penggunaan Baja

Baja hilang melalui larut lesap merupakan masalah utama pada tembikai yang ditanam tanpa
sungkupan plastik, terutamanya pada tanah berpasir. Kehilangan nutrien akibat rumpai juga
tidak dapat dielakkan kerana sukar untuk merumpai apabila pokok mula menjalar. Masalah
ini ada dinyatakan dalam program pembajaan dengan meningkatkan jumlah baja yang
digunakan dan diberikan secara berperingkat-peringkat. Jumlah baja yang digunakan bagi
tembikai sehektar ialah 5-10 tan baja organik, 400 kg NPK 15:15:15 dan 1,000 kg NPK
12:12:17:2. Baja ini digunakan secara berperingkat-peringkat sebagaimana ditunjukkan
dalam Jadual 1.

Jumlah baja yang hilang akibat larut lesap dalam iklim tropika sangat banyak terutamanya di
tanah berpasir. Dengan itu, sungkupan plastik bersadur perak sangat-sangat digalakkan.
Penyelidikan di tanah berpasir yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan bahawa jumlah baja yang diperlukan ialah ½
daripada yang diperlukan oleh tembikai yang tidak diberikan sungkupan. Jadual penggunaan
baja bagi tembikai yang menggunakan sungkupan plastik ditunjukkan dalam Jadual 2. Semua
baja organik dan NPK 15:15:15:2 diberi sebelum sungkupan plastik dipasangkan. Baja
tambahan diberikan sebagai baja cecair yang disemburkan ke daun bersama-sama dengan
racun serangga atau racun kulat yang diperlukan.

Jadual 1. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang ditanam tanpa sungkupan
plastik*

Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah


Baja asas

0-2 hari sebelum menyemai NPK 50 g per tapak Tabur dengan baik dan gaulkan
atau mengubah 15:15:15 penanaman (200 kg/ha) dalam lubang penanaman

Pembajaan tambah kedua

Peringkat berbunga

 40 hari selepas NPK 200 g per pokok (800 Bubuh dalam 2-3 poket lebih
menyemai 12:12:17:2 kg/ha) kurang 15-20 cm dari pokok
 30 hari selepas
mengubah

* Kaedah menyemai terus biasanya digunakan untuk tembikai hibrid F1, manakala pengubahan digunakan untuk tembikai triploid tanpa biji.

Jadual 2. Jadual penggunaan baja untuk tembikai yang ditanam menggunakan


sungkupan plastik*

Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah

Selepas membentang sungkupan plastik

0–2 hari sebelum 50 g per tapak


Tabur rata dan gaulkan ke
menyemai atau NPK 15:15:15 penanaman (200
dalam lubang penanaman
mengubah kg/ha)

Penggunaan foliar kedua

Permulaan peringkat
menjalar:
Baja foliar untuk Boleh digunakan bersama-
Sembur hingga
 30 hari selepas peringkat vegetatif. sama racun kulat dan racun
menitis
menyemai i.e. Grofas Yellow serangga
 20 hari selepas
mengubah

Penggunaan foliar keempat

Peringkat pembentukan
buah:
Baja foliar untuk Boleh digunakan bersama-
Sembur hingga
peringkat vegetatif. i.e. sama racun kulat dan racun
 50 hari selepas menitis
Grofas Yellow serangga
menyemai
 40 hari selepas
mengubah
* Lebar sungkupan plastik yang disyorkan ialah 1.8 m.

Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Tembikai

Tindakan Apa tindakan Bagaimana Bila tindakan Kenapa


diambil? tindakan dilakukan? tindakan
dilakukan? dilakukan?

Bahan Biji benih   11-12 hari Untuk


tanaman direndam sebelum penuaian
semalaman, mengubah awal, satu-
2-3 satunya cara
biji/lubang menanam
tanaman. varieti tanpa
Benih disemai biji.
dalam beg
politena di
tapak
semaian

Penggunaan (lihat Secara 3 kali Memerlukan


baja bahagian manual pembajaan input baja
penggunaan berperingkat yang tinggi
baja) setiap musim

Kawalan Pantau Pemeriksaa Seperti yang Mengekalkan


perosak dan kehadiran n tanaman diperlukan hasil dan rupa
penyakit perosak dan yang tetap kosmetik
penyakit.
Kawal
sewajarnya

Pendebungaa Pelihara 1 sarang Pendebungaa Memastikan


n lebah madu lebah per n berterusan pengeluaran
bagi ekar putik yang
meningkatka maksimum
n dan
pendebungaa mengurangka
n n kejadian
buah pelbagai
bentuk

Penuaian Buah dipetik Dipotong 30 hari  


dengan secara selepas
tangan manual dari berbunga
batang sepenuhnya

Kematangan dan penuaian

Tempoh kematangan buah tembikai berbeza-beza antara varieti, keadaan cuaca dan kedah
penanaman. Pada amnya penuaian bermula 30-45 hari selepas berbunga sepenuhnya apabila
kandungan gula tertinggi dengan jumlah pepejal larut sekitar 10%. Penuaian dilakukan dalam
masa beberapa minggu dengan 3-4 kali menuai pada sela 3-5 hari. Kematangan sukar
ditentukan tetapi pada amnya ditunjukkan oleh:

* Hujung batang yang berbuah dan sulur paut menjadi kuning.

* Bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi
warna krim atau kuning pucat.

* Perubahan warna buah menyerupai ciri-ciri varieti.

* Apabila buah diketuk dengan jari, bunyi berongga dihasilkan.

Gambar 1. Apabila buah matang bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna
daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat

Di bahagian dalam buah yang matang, isinya berubah warna kepada warna merah atau
kuning. Bagi kultivar berbiji, peringkat kematangan yang optimum dicapai apabila lapisan
bergelatin (aril) di sekeliling biji sudah tidak kelihatan dan bijinya keras. Dinasihatkan
supaya membelah beberapa biji tembikai pada peringkat permulaan penuaian bagi
memastikan penilaian kematangan luaran adalah tepat.

Terdapat beberapa masalah dengan penuaian buah tembikai. Jika ladang menerima terlalu
banyak air, buah yang banyak air (bengkak) akan retak dan pecah, terutamanya apabila
menuai pada sebelah pagi. Penuaian dalam keadaan basah akan meningkatkan kecederaan
mekanikal disebabkan lelasan oleh pasir atau tanah pada permukaan tembikai semasa menuai.
Penuaian pada sebelah tengah hari, dengan memotong batang tembikai (tidak merentap buah
dari batangnya) dapat mengurangkan risiko buah retak. Menyusun buah tembikai pada
bahagian sisi (bukan ditegakkan) juga dapat mengurangkan risiko keretakan. Penuaian
selepas hujan perlu dielakkan kerana buah lebih rentan terhadap penyakit lepas tuai.

Semasa menuai, buah tembikai hendaklah dipotong, bukan ditarik, diputar atau direntap.
Apabila buah ditarik,. terdapat ruang masuk untuk bakteria dan kulat yang boleh
menyebabkan buah jadi masam dan boleh menyebabkan isi buah menjadi busuk. Oleh sebab
buah dipotong dari batang, bahagian bawah buah yang mudah melecur perlu diterbalikkan.

Pengendalian di ladang

Buah tembikai yang sudah dituai hendaklah diberi teduhan bagi meminimumkan pengeluaran
haba kerana pancaran cahaya matahari secara langsung akan menurunkan kualiti buah. Suhu
melebihi 32 °C akan menyebabkan bahagian dalam buah rosak dan cepat busuk. Kesannya
memerlukan masa selama beberapa hari untuk menjadi nyata. Jika pokok tembikai tidak
terlalu basah, penuaian di sebelah pagi akan mengurangkan pengeluaran haba. Buah tembikai
mesti kering semasa dipunggah.

Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah tidak boleh jatuh,
dibaling atau dipijak kerana akan berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan hancur.
Pekerja yang memunggah buah di bawah seharusnya menghulurkan buah kepada penyusun
buah di atas lori dengan menggunakan tangan, dan penyusun buah dengan berhati-hati
meletakkan buah dalam timbunan di atas lori. Buah ‘pitching’ biasanya berlaku akibat
daripada buah terjatuh atau digolekkan ke timbunan. Jangan sekali-kali menyusun buah
dengan hujung buahnya ke bawah, kerana hujungnya yang nipis (bekas bunga) ialah kawasan
yang paling rentan mengalami lebam. Buah jatuh daripada ketinggian 20 cm akan
menyebabkan kerosakan dalaman, manakala jatuh daripada ketinggian 30 cm pula, bahagian
dalam buah akan hancur atau buah akan pecah. Kartun yang berisi 3-5 biji tembikai dan
bekas pukal dengan palet jika digunakan boleh melicinkan pengendalian dan mengurangkan
kerosakan.

Buah lebam dan cedera hasil daripada pemunggah membaling buah ke dalam trak di atas
buah-buah yang lain. Penuai perlu berhati-hati supaya tidak terpotong atau terkupas kulit
buah dengan pisau mereka. Kawasan seperti ini merupakan ruang masuk bagi patogen yang
menyebabkan buah busuk. Tuai hanya apabila buah kering kerana ini akan mengurangkan
lelasan disebabkan pasir yang bergesel dengan permukaan buah.

Menuai atau memunggah semasa buah masih basah tidak digalakkan kerana meningkatkan
risiko buah busuk. Buah tembikai terdedah kepada kerosakan mampat dan kecederaan lelasan
daripada permukaan yang kasar semasa dituai di ladang dan semasa diangkut ke tempat
pengumpulan. Oleh sebab itu, dinding sisi, dinding depan dan belakang trak di ladang atau
‘wagon’ untuk mengangkut buah perlu dilapik.

Lepas tuai

Kerosakan akibat penyakit boleh menyebabkan kerugian yang serius pada peringkat lepas
tuai tembikai.. Penyakit lepas tuai yang paling biasa ialah antraknos dan reput pangkal buah.
Rawatan lepas tuai diperlukan untuk mengawal penyakit ini.

Antraknos disebabkan oleh Colletotrichum orbiculare, yang boleh menembusi kutikel dan
epidermis daun, batang dan buah. Ciri yang ditunjukkan ialah bulatan warna hijau gelap atau
lesi memanjang yang menjejaskan permukaan buah. Lesi ini semakin membesar , menjadi
perang dan tenggelam. Penyakit ini mungkin jangkitan pendam dari ladang yang menjadi
nyata selepas dituai terutamanya dalam keadaan panas dan lembap. Penyakit ini mungkin
menjangkiti buah lain melalui pencemaran silang dengan buah berpenyakit dan penggunaan
bekas yang kotor. Antraknos boleh dikawal dengan melaksanakan langkah-langkah
pengawalan sebelum tuai, termasuklah penggunaan mancozeb pada 8-10 g/4.5 L atau maneb
pada 9-18 g/4.5 L.

Reput pangkal buah disebabkan oleh Lasiodiplodia theobromae, yang menyebabkan kawasan
pangkal buah menjadi perang, lembik dan bonyor. Patogen masuk ke dalam buah melalui
permukaan tangkai buah yang terluka atau luka terbuka atau lebam. Ia boleh dikawal dengan
membiarkan beberapa sentimeter tangkai buah melekat pada buah.

Ringkasnya, faktor penting yang menentukan kualiti buah tembikai semasa menuai dan
pengendalian ialah:

* Tuai buah pada peringkat kematangan yang sesuai bagi tujuan pemasaran
* Elakkan kecederaan semasa menuai, pengendalian, pembungkusan dan penghantaran.
* Kekalkan suhu penyimpanan yang betul pada 10-15 °C

Pembungkusan

Buah tembikai diangkut sama ada secara penghantaran pukal atau dimuatkan di dalam bekas
dan karton dan dipunggah ke atas trak pengangkutan. Penghantaran pukal dilakukan
berdekatan dengan ladang yang menanam tembikai. Dalam proses ini buah tembikai perlu
dielakkan daripada gegaran dan kecederaan pemindahan muatan semasa dalam perjalanan.
Ini boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan jerami di lantai treler, di antara buah, dan di
bahagian depan dan dinding sisi treler. Jumlah jerami yang banyak diperlukan di bahagian
belakang iaitu antara buah tembikai dengan pintu belakang bagi mengelakkan kerosakan
akibat treler berhenti dengan tiba-tiba. Semasa operasi pemunggahan, secara fizikalnya buah
tembikai tidak dilindungi oleh apa-apa bungkusan. Dengan itu, pekerja tidak boleh duduk,
berdiri atau berjalan di atas buah tembikai semasa pemunggahan kerana ini akan
menyebabkan kecederaan mampat. Satu lapisan busa dapat mengelakkan buah daripada
tercedera.

Karton penghantaran boleh memuatkan tiga, empat atau lima biji tembikai bergantung pada
saiz. Bekas papan gentian pula boleh mengisi purata 50 biji tembikai untuk penghantaran
secara pukal. Kebaikan menggunakan bekas ini ialah kejadian buah lebam berkurangan
kerana pengendalian buah individu yang sedikit. Pekerja di bahagian pembungkusan yang
tidak berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan bahagian dalam buah semasa mengisi
buah ke dalam bekas atau karton. Mencampakkan buah ke dalam bekas akan menyebabkan
gegaran hentaman dan berdiri atau duduk di atas buah tembikai yang sudah disusun di dalam
bekas akan menyebabkan kecederaan mampatan. Semua pekerja yang mengendali buah perlu
belajar bahawa walaupun tiada kecederaan luaran, ini tidak bermakna pengendalian telah
sempurna, kerana kecederaan akan berlaku di bahagian dalam (isi buah) dahulu.

Penghantaran

Buah tembikai yang dihantar secara pukal mestilah dialas menggunakan jerami secukupnya
bagi mengelakkan buah tersebut daripada tercedera dalam perjalanan.

Sebagai tambahan, treler yang digunakan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang
cukup. Treler yang tertutup mestilah mempunyai pintu berlubang, dua di bahagian hadapan
dan dua di bahagian belakang bagi membolehkan laluan udara di antara timbunan buah di
dalam treler. Jika tidak, haba berlebihan akan meningkatkan bilangan buah yang busuk dan
kehilangan kualiti.

Perkara seperti berikut boleh dilakukan bagi meminimumkan kecederaan buah di dalam
bekas atau karton semasa penghantaran:

* Gunakan palet yang saiznya sesuai dengan keluasan bekas bagi menghalang bekas yang
disusun di bahagian atas daripada terjatuh ke bekas di bahagian bawah dan merosakkan buah
tembikai.

* Gunakan palet yang masih dalam keadaan baik bagi mengelakkannya daripada patah
semasa dalam perjalanan dan serpihannya akan merosakkan buah tembikai di dalam bekas di
bahagian bawah.

* Pastikan palet bahagian atas diletakkan dengan betul di atas bekas bagi mengelakkan ia
bergerak semasa dalam perjalanan.

* Kukuhkan muatan di bahagian belakang treler dengan betul supaya karton tidak bergerak
dan buah tidak rosak semasa dalam perjalanan.

* Elakkan mengisi buah ke dalam bekas secara berlebihan supaya buah di dalamnya tidak
rosak apabila bekas disusun di atasnya.

* Ikatkan bekas yang paling atas dalam susunan pada palet bagi menghalang gegaran semasa
dalam perjalanan yang boleh menyebabkan bekas ternaik ke atas bekas yang lain dan buah
tergolek ke bawah.

* Pastikan semua bekas, karton dan treler mempunyai pengudaraan yang cukup.

Penyimpanan

Pengurusan suhu amat penting untuk memastikan kualiti buah tembikai yang optimum. Pra
pendinginan buah sebelum penyimpanan disyorkan bagi mencapai tempoh penyimpanan
yang maksimum. Pra pendinginan boleh dilakukan dengan cara pendinginan bilik atau
pendinginan udara paksa bagi mengurangkan suhu buah hampir kepada suhu optimum
secepat mungkin.

Suhu penyimpanan yang optimum bagi buah tembikai ialah 10-15 °C, dengan kelembapan
relatif 85-90%. Tembikai yang disimpan pada suhu ini tahan selama 2-3 minggu.

Kecederaan dingin boleh berlaku apabila buah disimpan pada suhu kurang daripada 10 °C.
Kemerahan isi berkurangan dan jus dari isi buah akan meleleh dan permukaan buah akan
melekuk. Kecederaan dingin juga boleh meningkatkan kerentanan terhadap kejadian busuk
dan reput terutamanya selepas dikembalikan ke suhu ambien yang hangat selepas
penyimpanan sejuk.

Apabila buah tembikai dipotong/dibelah, ia hendaklah dibungkus menggunakan filem regang


dan disimpan pada suhu 2-4 °C bagi mengelakkan rasa masam dan kekeringan permukaan.
Buah tembikai biasanya diangkut di dalam trak yang terbuka atau tertutup dan treler tanpa
penyejukan. Buah tembikai tidak boleh diangkut di dalam trak tertutup tanpa penyejukan.
Buah tembikai tidak boleh disimpan bersama-sama dengan buah-buahan lain (e.g. pisang)
dan sayur-sayuran (e.g. tomato) yang membebaskan etilena. Etilena ialah gas yang tidak
berwarna yang dianggap sebagai hormon ketuaan atau kematangan semula jadi. Apabila
terdedah kepada etilena, isi buah tembikai akan rosak dan bonyor. Keadaan ini akan
mengakibatkan isi menjadi lembik dan kehilangan rasa.

JAGUNG MANIS - JANA PENDAPATAN

JAGUNG MANIS (Zea mays) merupakan sejenis


tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di
Malaysia setiap tahun dimana ia mampu menjana
pendapatan lumayan. Jagung merupakan tanaman yang
ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas
Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman
makanan utama waktu itu/ Kajian mendapati terdapat
sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays
ssp. mexicana melalui introgression. Pada masa ini
penanaman jagung manis kebanyakannya adalah dari
jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara.
Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,300 -
6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 90%
adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan
pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di
Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja
mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan
jagung manis untuk pasaran tempatan dan eksport.
Eksport utama jagung manis segar adalah ke
Singapura. Jagung manis juga kini dijadikanan makanan
snek yang popular menjadi produk 'cup corn' yang dijual
di pusat membeli belah dan gerai di lebuhraya. Syarikat
seperti Nelson diantara yang syarikat yang mempelopori
produk berasaskan jagung manis cup corn terkenal di
Malaysia. Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini).
Persoalannya adalah menanam jagung manis ini
menguntungkan?. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis
dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting
tanaman jagung untuk dijadikan panduan semua.

Penanaman jagung manis perlukan sistem amalan


agronomi yang sesuai untuk mendapatkah hasil optima.
Penyediaan Tanah bagi tanaman jagung manis boleh
ditanam dibanyak jenis tanah di negara ini. Tanah yang
tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan juga mempunyai
saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini.
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm.
Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati
rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi
setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur
hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya
penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan
supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan
metrik sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah
terendam air batas perlulah dibuat. Keperluan Biji Benih
sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.
Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani
disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung
Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang
sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga
dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru
setiap kali menanam. Menanam dilakukan dengan
merendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk
memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul
dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke
ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak
tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja
menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan
menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan
tambus. Pengairan dikebun dengan sistem renjis boleh
digunakan. Sekiranya kawasan bergantung kepada air
hujan sebaiknya menanam rancangkan supaya masa
penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan
setempat. Aktiviti pembajaan dengan menggunakan
baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan
sebagai baja asas. Jenis baja tambahan sebanyak 130
kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. Kawalan
Rumpai tanaman jagung pada peringkat awal
pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah
seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas
dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh
dikawal secara manual. Hasil dapat dipungut 68-72 hari
selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah
sebanyak 26,000 hingga 40,000 tongkol sehektar
(bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan
tanaman).

Dalam satu laporan akhbar tempatan dilaporkan


penanaman jagung manis mampu menjana pendapatan
lumayan. Ini dijalankan oleh beberapa petani di Negeri
Kedah sebagaimana laporan akhbar tersebut. Memetik
kenyataan Pegawai Pertanian Alor Setar Mohd Sharif
yang menerangkan kepada ahli KATKB mengenai
tanaman jagung manis sambil diperhatikan Johari (tiga
dari kiri). Permintaan tinggi terhadap jagung manis kini
telah mendorong penduduk Kampung Pering, Kodiang,
Kedah mengusahakan tanaman itu secara
serius. Melalui Koperasi Asas Tani Kedah Berhad
(KATKB), projek pertanian jagung manis membabitkan
keluasan 47.3 hektar itu menjadi punca pendapatan
penduduk berkenaan selain tanaman padi dan
getah. Pengerusinya, Johari Yahaya, 68, berkata
dimana koperasi yang ditubuhkan sejak tahun 2002 kini
telah pun memberi peluang kepada ahlinya menambah
pendapatan. Ia kemudian berkata setakat ini terdapat 40
peserta projek tanaman jagung manis yang diusahakan
sekitar kawasan itu dengan hasil pengeluaran bagi 0.4
hektar adalah sebanyak lima tan. Kampung Pering
terkenal sebagai desa utama pengeluar jagung manis
yang juga sebuah desa seimbang dan mampan dari
segi pembangunan serta mempunyai semangat
perpaduan tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

Kelompok mereka memberi tumpuan


meningkatkan hasil projek tanaman jagung manis yang
menjadi punca pendapatan utama ramai penduduk
dikampong ini. Sebenarnya selain dari tanaman padi
beberapa langkah proaktif dilakukan supaya
peningkatan luas tanaman jagung dapat dijalankan
secara meluas bukan saja tertumpu pada kawasan
kampung semata-mata, tapi merentasi kawasan
luar. Projek kelompok ini memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk sekali gus menambah punca
pendapatan masing-masing. Tanaman Jagung manis
yang dihasilkan di ladang terbabit dibahagikan kepada
gred A bagi berat melebihi 320 gram setongkol, Gred B
(280 gram hingga 320 gram) dan Gred C (kurang 280
gram). Penentuan gred jagung manis ini diterimpakai
oleh pembeli dan pemborong pasar malam yang sering
datang untuk mendapatkan bekalan. Tanaman ini
mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun
dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari
untuk dipetik. Sebenarnya dalam penelitisan penulis
blog mendapati dimana jagung memerlukan cuaca
panas namun jika terlalu panas ia boleh mendatangkan
kesan kepada mutu tanaman. Walaupun proses
penanaman jagung manis tidak rumit tetapi kemahiran
asas dalam pengurusan tanaman perlu betul. Jabatan
Pertanian sering memberikan khidmat nasehat kepada
kumpulan ini setiap masa dalam aspek teknikal dan
pengurusan tanaman jagung manis.

JAGUNG manis yang dikumpulkan akan digredkan


sebelum dihantar kepada pemborong atau dihantar ke
kilang untuk diproses. Paling penting dalam aktiviti
penanaman jagung manis adalah mengenai kawalan
serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan
ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang
dan semak menyebabkan pokok kurang subur serta
hasil berkurangan. Kini setongkol jagung bagi gred A
dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan
gred C pula dijual dengan 25 sen. Ketua Kelompok
Jagung Manis Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku
Ahmad berumur 51 tahun juga berkata selain projek
tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah
kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai
alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh
negara melalui media sosial dan pasar raya bagi
mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka
kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan
separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan.
Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan
menggalakkan kerana keenakan rasanya. Mereka yang
berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan
tanaman dan kordial jagung boleh menghubungi melalui
Facebook KATKB. Semuga artikel ini memberi info
relevan kepada pembaca blog anim agro technology.
Wasallam!!..

Anda mungkin juga menyukai