Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN DAN NAMA SAINTIFIK KOKO

Nama Biasa: koko


Nama saintifik: Theobroma cacao
Nama keluarga: Sterculiaceae

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis
tumbuhan yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya
diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dah penanaman secara komersil
bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dah lain-lain kawasan Selatan
Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil bermula apabila
kultivar upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.

Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m) merupakan
pokok malar hijau. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki dari aras
laut (m) dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur.

Biji koko biasanya dipanggil beans terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko
yang berbentuk bujur sepanjang 15-30 CM dan 8-10 CM lebar. Setiap pod mengandungi 20
hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1
kilogram pasta koko. Setiap biji mengandungi 40-50% lemak dalam bentuk mentega koko.
SISTEM TANAMAN

 Penyediaan Tanah

Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman koko hendaklah dibersihkan.
Kerja ini termasuklah membuang dan membakar tunggul kayu yang ada.

Sebelum menanam, kawasan perlulah dibersihkan dan dikerjakan terutama bagai kerja
menggembur tanah, memperbaiki tekstur tanah dan pengudaraan, menambah bahan
organik dan nutrien ke dalam tanah dan membaiki keadaan tanah untuk menyimpan
air.

1. Membajak Piring (plough)


Tujuan utama ialah untuk memecahkan tanah yang keras dan memusnahkan
rumpai serta makhluk perosak.

2. Membajak Putar (rotovate)


Ia dijalankan selepas membajak piring dengan tujuan untuk menggemburkan
tanah dan memperbaiki tekstur tanah.

 Mengapur hanya dilakukan pada tanah yang pH kurang dari 5 dan tanah mesti
mempunyai saliran yang baik.

 Bahan Tanaman

Bahan tanaman dipilih dari pokok yang mempunyai ciri-ciri hasil yang tinggi, biji
yang bermutu, kandungan lemak yang tinggi dalam biji dan daya tahan terhadap
serangan penyakit dan perosak utama. Jenis bahan tanaman adalah jenis hibrid dan
klon.

 Jarak Dan Susunan Tanaman

Jarak tanaman paling sesuai bagi tanaman pokok koko ialah:


 3m × 3m
 Kepadatan pokok sehektar ialah 1241 pokok

 Kaedah Menanam
(Sebelum menanam)
i. Kawasan perlulah dibersihkan dan dibangunkan seperti dibajak, menentukan
jalan dan sistem perparitan yang sempurna, membuat teres dan tapak tanaman,
kerja pengapuran dan lain-lain.
ii. Kerja memancang kawasan dilakukan dengan jarak tanaman 3m × 3m dan
menggunakan sistem tanaman empat segi tepat.
iii. Pemilihan anak benih koko yang baik dan berkualiti sama ada dari jenis hibrid
ataupun klon.
iv. Peralatan pertanian dan keperluan baja diperlukan seperti cangkul, kayu
sokongan, pisau kecil, tali plastik, jeli dan baja CIRP.

(Semasa menanam)
i. Gali lubang berukuran 0.6m × 0.6m × 0.6m
ii. Tabur baja CIRP ke dalam lubang dengan kadar 250 gram/lubang
iii. Masukkan sedikit tanah atas (top soil) ke dalam lubang
iv. Letakkan anak benih koko di tengah lubang dan pastikan polibeg ditanggalkan.
Tanah polibeg hendaklah separas dengan paras tanah sekeliling
v. Tabur jeli di keliling pokok dalam lubang dengan kadar 2 kg/lubang
vi. Kambus lubang dengan tanah dan dipadatkan
vii. Pancangkan kayu sokongan di sebelah pokok dan diikat dengan tali plastik
supaya tumbuh tegak dan tidak tumbang
viii. Siram dan selenggara pokok mengikut jadual yang ditetapkan
PENGURUSAN PEMBAJAAN

Keperluan pembajaan koko adalah seperti berikut:

Umur pokok (tahun) Jenis Baja Kadar/Pokok (gm)


1 18:11:5:2.5 20
3 18:11:5:2.5 40
6 18:11:5:2.5 70
9 18:11:5:2.5 100
10 GML 200
12 18:11:5:2.5 120
16 18:11:5:2.5 150
20 18:11:5:2.5 150
22 GML 200
24 18:11:5:2.5 150
KAWALAN RUMPAI

Jenis-jenis rumpai:
 Rumpai semusim ialah rumpai yang akan mati setelah berbunga, kebanyakannya jenis
daun lebar
 Rumpai saka ialah rumpai yang kekal terus tumbuh beberapa lama dan sentiasa
mengeluarkan bunga untuk membiak. Ia juga boleh membiak secara tampang.
Kebanyakan jenis daun lebar, rumput dan juga menerong

Kaedah kawalan:
 Merumpai secara manual dilakukan sehingga anak pokok berumur 9 bulan dan selepas
itu penggunaan racun kimia boleh dilakukan sehingga pokok berumur 3 tahun.
PENGURUSAN PEROSAK

Ulat Pengorek Buah Koko (Conopomorpha cramerella Shell)


o Menyerang buah koko mengakibatkan buah menjadi masak muda tompok kuning.
Kaedah kawalan:
 Petik buah masak antara 10-14 hari untuk elak edaran hidup.
 Cantasan mudah
 Sembur racun (Cypermethrin deltametrin) pada kadar 0.1% ai

Helopeltis
o Menyerang pada peringkat buah muda
Kaedah kawalan:
 Sembur cypermethrin/ propoxur pada kadar 0.1% ai setiap 7 hari

Apogonia spp/Adoretus spp/ Cheatadonetus spp


o Makan daun dan aktif pada waktu malam
Kaedah kawalan:
 Guna Carbaryl, carbofuran dan Acephate
 Sembur pada waktu petang
KAWALAN PENYAKIT

Penyakit Hawar Bebenang (Marasmius sp.)


 Bebenang terhasil pada pokok
Kaedah kawalan:
 Amalan kultura yang baik
 Cantasan

Penyakit Buah Hitam (Phytophthora)


 Serangan teruk: musim berbuah dan hujan
 Tanda serangan: tompok hitam pada buah, serbuh putih
 Kerosakan: biji koko tidak boleh digunakan
Kaedah kawalan:
 Buang dan musnahkan punca penyakit

Penyakit cendawan angin (Corticium salmonicolar)


 Bahagian diserang: dahan dan ranting
 Tanda serangan: kerak kasar warna merah jambu
 Kerosakan: ranting/ dahan kering dan pokok muda boleh mati
Kaedah kawalan:
 Amalan kultura yang baik
 Cantasan
PENUAIAN HASIL

 Kematangan
Koko mula berbunga pada umur 18-30 bulan selepas ditanam. Buah koko sama ada
warna hijau atau merah semasa muda akan bertukar warna kuning apabila matang.
Pada peringkat ini buah sedia untuk dipetik atau dipungut.

 Hasil
Hasil koko adalah antara 1 hingga 5 tan metrik/ha/tahun bergantung kepada amalan
pengurusan ladang

 Musim
Terdapat 2 musim koko iaitu musim utama dan luar musim

 Penuaian Hasil
Penuaian boleh dilakukan apabila buah mencapai tempoh matang iaitu 5 hingga 6
bulan selepas pendebungaan. Buah yang matang perlu dipungut dan tidak dibiarkan di
atas pokok

 Pengendalian Lepas Tuai


Buah koko perlu dibelah untuk mendapat biji koko. Elakkan biji koko tercedera
sewaktu membelah buah koko dan ini akan memberi kesan kepada kualiti biji

 Pemprosesan
Biji koko basah perlu penapaian selama 7 hari dengan tujuan mematikan benih dan
meningkatkan perasa coklat. Biji kemudian dijemur di bawah cahaya matahari atau
menggunakan jentera pengering

 Penyimpanan
Koko kering perlu disimpan di dalam guni jut dan diletakkan di tempat yang tinggi
dan kering bagi mengelakkan serangan kulat yang boleh menjejaskan kualiti
KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan lagi sememangnya, koko merupakan tanaman


komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu
kayan. Malaysia adalah negara pengisar koko yang ketujuh terbesar di dunia
selepas Belanda, Cote d’lvoire , Indonesia, Jerman, Amerika Syarikat dan
Ghana. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman
koko yang besar iaitu menyumbang kepada 6,819 hektar (40.4%) daripada
jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia berbanding Sabah, 6,819 hektar
(40.1%) dan semenanjung Malaysia, iaitu sebanyak 3,293 hektar (19.5%).
Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’lvoire, Ghana,
Indonesia, Ecuador dan Cameroon.

Industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport


negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian
Industri Utama dimana koko di antara komoditi berpontensi besar untuk
dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti di
dalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran.

Oleh hal yang demikian, kerajaan akan terus giat memperbanyakkan aktiviti
hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi memastikan
pencapaian sektor koko ini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang
Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya
menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke
pasaran global.
Dalam pada itu, ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk
menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti
penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara
dan berpontensi tinggi untuk dikembangkan. Sebenarnya, selain dari penanaman
komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang
turut menyumbang kepada sumber pendapatan baik.

Anda mungkin juga menyukai