Anda di halaman 1dari 2

MOL IKAN / FAA (fish amino asid) - Penggalak Tanaman

By Kamal Itik Kamal di Kampung Kelanang, Selangor

Baja ikan)
Bahan/Kos:
1kg. Ikan RM7.00 (apa2 ikan, sebaiknya tongkol/sardin)
1kg. Gula merah RM2.50
Balang/botol
Kain
Getah
Caranya:
Cincang ikan halus. Guna kesemua ikan - bdn, perut, tulang ikan. Tak perlu tambah/ letak air.
Masukkan ikan dan gula merah ke dlm balang berselang-seli, plg atas tabur gula merah.
Tutup dgn kain jarang, ikat kain dgn getah supaya serangga tak masuk. Peram 1 bulan dan
kemudian tapis, ambil airnya. Sisa/hampas, tanam je kt pangkal pokok.
Cara guna: Bancuh 20 ml FAA dan 1ltr air tanpa klorin. Sembur bawah daun di awal pagi
atau selepas pukul 5 ptg.
Info Tambahan:
Salina Shamsudin Bau mol ikan tak busuk bila dah siap, baunya masam2 manis.
Mari kita kenal gula.
1. Gula merah ialah gula yg berwarna kehitam hitaman, berketul ketul. Selalunya dijual
secara timbang.
2. Brown sugar adalah gula perang, ada dijual di kedai kedai runcit dan pasaraya. Dijual
dalam peket.
3. Gula kabung, gula gerek, gula melaka biasanya dijual dalam bentuk yg dibuat
menggunakan acuan bulat leper.

Kesemua gula merah, perang, kabung, gerek dsbnya boleh diguna dalam pembuatan mol.
Gula merah paling popular berbanding gula perang. Gula kabung dan yg seangkatan dgnnya
pula mahal, tak begitu ekonomik.
Molasses pula adalah gula merah yg dimasak dengan air, hingga pekat.
Gula merah seguni (5kg) = RM12.00 kt kedai borong
P/S: Hulubalang Merbok Fungsi acid amino untuk merangsang akar tanaman menarik lebih
banyak nutrien di dalam tanah termasuk unsur NPK. Jadi acid amino tanpa disertai unsur
NPK tidak effective untuk pokok. Jadi apabila menggunakan acid amino pada tanaman perlu
disertai dgn baja asas.
Mahadi Sudin sebenarnya kegunaan gula merah adalah sebagai makanan kepada
mikrob..bila ada gula merah mikrob akn aktif..sbb tu cpat untuk meleraikan bahan2 kompos
kita xkisah apa jenis mol pun ..even utk ternakan mcm kuda dibagi gula merah bentuk air..utk
sistem penghadaman..

Anda mungkin juga menyukai