Anda di halaman 1dari 3

Tips menanam tomato.

By Hulubalang Merbok
Semai benih tomato
Semaian tomato seeloknya disemai di dalam medium semaian seperti peatmoss di
dalam tray. Apabila benih bercambah dan mulai mengeluarkan daun pada usia 2
minggu bolehlah dipindahkan ke atas tanah atau polibeg.
Tanah (Elakkan kesilapan yang selalu berlaku kepada tomato anda)
Tomato hidup di dalam tanah yang kaya dengan humus, sistem akar yang dipelihara
dan kalium (K) untuk kuat batang.
Tambah terlalu banyak nitrogen (N) akan menyebabkan tumbuhan subur & besar
tapi buah yang sangat sedikit.
Tanah yang sesuai untuk tomato adalah kompos yang dicampur dengan serbuk
rumpai laut, yang merupakan sumber cepat bertindak kalium.
Kompos buatan sendiri biasanya membekalkan semua fosforus (P) tomato anda
perlukan untuk berbunga dan berbuah yang baik. Jika ujian tanah menunjukkan
kekurangan fosforus serius, elok lah ditambah fosfat batu untuk sebagai lantai
kepada akar pokok tomato.
Tanah hitam yg biasa dijual di nursery amat tidak sesuai di gunakan untuk
penanaman tomato. Seeloknya guna tanah kompos berpasir dicampur arang dan
topsoil. Arang 10% yg berfungsi mengurangkan asid dlm medium tanaman. PH
tanah plg sesuai 6.4 - 7.0. Boleh cuba guna sekam bakar atau media lain yg boleh
neutral kan asid.
Itupun pokok tomato masih terdedah kepada serangan bakteria, dan pokok tomato
antara paling tinggi serangan bakteria. Melainkan tomato hybrid yg sudah sesuai di
tanam di sini, mmg tahan penyakit. Untuk melawan penyakit, pokok perlu
menguatkan imuniti melalui nutrien yg cukup disamping kawalan serangga perosak
dan fungus.
Cuaca/suhu (Jauhkan dari panas dan sejuk)
Pokok tomato memerlukan cuaca yang sederhana. Tidak terlalu panas dan sejuk.
Elakkan dari terdedah kepada cuaca panas terik dan hujan berpanjangan.
Seeloknya di tanam di dalam "rumah perlindungan hujan" atau pun green house.Jika

ditanam di halaman rumah, boleh juga di letak dibawah awning tempat letak kereta.
Buang bunga pertama & tunas air
Ramai penanam tomato berpengalaman memetik bunga pertama, jadi tumbuhan
tidak menumpukan tenaga untuk membentuk buah sebelum akar dan daun-daun
yang telah diisi.
Setiap tunas air atau sulur perlu dibuang untuk mengelakkan pembaziran baja
(pucuk yang muncul dari batang utama di bawah cawangan berbuah yang pertama).
Pancang sokongan
Kayu pacang atau sangkar tomato paling produktif untuk tanaman tomato supaya
pokok dpt berdiri dgn tegap & tidak patah.
Perosak
Jika cutworms, kumbang, siput, bena, fungus atau lain2 menggodam pokok tomato
anda, jangan putus asa.
Gunakanlah kawalan serangga untuk mengawal makhluk perosak.
Setiap petani harus berlajar dari kesilapan untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Terima kasih.
Soal-Jawab

Romatech Agro
berdasarkan kpd gambar diatas merujuk kepada fizikal pkk dan lai daun yang
bermula dgn daun paling bawah :1. Curl - bergulung, melengkuk ke bawah pada keseluruhan daun. Ia berbeza dgn
masalah serangga perosak yg mana hanya sebahagian daun sahaja curly.
2. Pucuk semakin tunduk
3. Lai daun tidak segar kehijauan dan warna daun menguning.
4. Pembungaan terbantut
Besar kemungkinan adalah masalah Phosphorus (P) yg amat diperlukan utk
merangsang perkembangan akar yang sihat bagi tujuan menyerap nutrien dgn baik.
Permasalahan Phosphorus adalah banyak berpunca daripada penggunaan medium
tanaman yang salah, bakteria dan yang paling biasa berlaku adalah medium

tanaman MASAM.
Oleh itu, pandangan saya, periksa medium tanaman supaya ianya menepati
keperluan pokok.
Waima apa jenis baja sekalipun yg diberikan melalui akar pokok, sekiranya medium
tanaman bermasalah, maka ianya tidak akan membawa penyelesaian.
Umpama orang yang sakit terlantar di hospital, kita bawakan buah tangan spt epal,
ayam, daging, ikan salamon, tentu pesakit tidak akan ada selera utk makan.
Begitu juga dengan beras (nasi) yg kita gunakan, waima jenama termahal spt Taj
Mahal, Beras Jalal (Maharaja Lawak) sekalipun tapi mengapa orang yang makan
beras 15% hancur juga mampu menjadi cerdik pandai dan lebih produktif?
Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai