Anda di halaman 1dari 7

1.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang


apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik
darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh spesifik, bincangkan bagaimana
langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian
tersebut.

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Ianya dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.
Disamping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan
memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di
kalangan pelajar.

Lima langkah utama utama menyoal yang disarankan ialah, ajukan soalan kepada
seluruh kelas, beri masa berfikir yang sesuai (wait-time), pilih murid untuk menjawab, beri
respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid dan beri penekanan dan buat
ringkasan jawapan yang tepat yang boleh diterima.

Setelah sesuatu topik disampaikan guru boleh mengajukan soalan kepada seluruh
kelas, elakkan dari memilih murid tertentu sebelum mengajukan soalan agar semua murid
berfikir dan memainkan peranan dalam bembina idea. Soalan dinyatakan dengan tepat dan
mudah difahamai, contoh soalan bagi matapelajaran ibadah tahun dua : “Apakah perkara-
perkara yang membatalkan wuduk?”. Soalan yang dikemukakan hendaklah pelbagai tahap.
Tahap rendah menggalakkan penyertaan lebih ramai murid, manakala soalan aras tinggi
membina kemahiran berfikir. Contoh soalan aras tinggi, soalan situasi: Muaz memimpin
tangan neneknya ke masjid, adakah wuduk Muaz terbatal? Berikan alasan. Murid berasa
seronok apabila mampu menjawab dan seronok untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
secara aktif.

Selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid,
guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk berfikir sekurang-kurangnya 3 hingga
5 saat bagi soalan mudah, dan masa yang lebih panjang diperlukan bagi soalan yang lebih
mencabar dan berkemungkinan memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Masa ini
memberi ruang untuk murid mencerna ingatan dan menggunakan pengetahuan menerusi
informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya guru memilih murid yang hendak menjawab secara sukarela bagi
membangkitkan keseronokkan dan kesediaan murid menyertai aktiviti pembelajaran.
Pemilihan murid secara rawak juga dapat mengekalkan tumpuan murid sepanjang sesi soal
jawab. Jika sebaliknya berlaku, sesi soal jawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana
murid tidak akan bersedia untuk menjawab dan menggalakkan murid melakukan aktiviti yang
tidak berkaitan dengan pembelajaran, ini memunggkinkan objektif pembelajaran guru pada
waktu itu tidak tercapai. Jika murid menjawab secara beramai-ramai, panggil nama murid
tertentu dan elakkan memanggil murid yang telah menjawab soalan. Ini memberi ruang
kepada murid-murid lain menyampaikan idea mereka. Jika perlu, ingatkan murid tentang
peraturan menjawab, seperti mengangkat tangan dan sebagainya.

Apabila murid menjawab soalan yang dikemukakan, Guru hendaklah memastikan


murid lain memberi tumpuan kepada jawapan rakannya. Guru hendaklah memberi respon dan
reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid, dan olah jawapan murid menggunakan ayat
yang berbeza. Jika jawapan yang diberikan adalah betul hargai murid dengan peneguhan
positif. Jika jawapannya salah kenalpasti bahagian yang betul (jika ada), atau meminta
jawapan alternatif dari murid lain. Murid yang tidak boleh menjawab soalan hendakklah
diberi pembayang kepada jawapan sama ada isyarat atau guru mengolah semula soalan dalam
bentuk yang lebih mudah difahami. Soalan yang sama juga boleh dikemukakan kepada murid
lain sebelum menerima sesuatu jawapan. Setelah pelbagai idea diperolehi daripada murid-
murid, guru bolehlah mengaitkan semua jawapan dan idea murid untuk membantu murid
membuat satu kesimpulan.

Akhir sesi soala jawab, guru menyatakan semuala tujuan atau soalan utama dengan
jawapan yang tepat atau yang boleh diterima berdasarkan jawapan yang murid berikan. Bagai
soalan yang tujuannya untuk mencungkil idea pada awal pengajaran langkah ini tidak perlu
dilaksanakan. Kerana murid boleh dilibatkan dengan penyiasatan bagi memperolehi jawapan
jika soalannya bersifat inkuiri.

Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
inovatif, logik dan juga kritis. Pelajar juga didorong untuk menyusun dan menghuraikan
bahan yang diajar. Peranan guru amat penting dalam teknik ini kerana guru memastikan
proses teknik inindapat dijalankan dengan lancer dan berkesan. Soalan yang terancang dan
bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan
iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
2. Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaaran yang melibatkan
penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a) Kenalpasti satu hasil pembelajaran bagi sertiap domain hasil


pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktiviti tersebut di atas.

Domain hasil pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu domain kognitif, domain


psikomotor, domain afektif dan domain sosial. Melalui Matapelajaran Adab dan
akhlak islamiyah tahun 2 topik adab masuk tandas :

1) Domain Kognitif
Domain yang mengandungi perlakuan yang memerlukan pengetahuan mengenai
konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran murid dapat
menyenaraikan 5 adab masuk tandas dengan betul.

2) Domain afektif
Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Contoh, selepas
tunjuk cara murid akan menunjukkan kesedaran mengamalkan adab-adab masuk
ke tandas dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

3) Domain Psikomotor
Domain yang berkaitan dengan kemahiran. Contoh, selepas penerangan dan
tunjuk cara murid masuk tandas menggunakan kaki kanan dan keluar tandas
menggunkan kaki kiri serta beristinjak dengan cara yang betul.

4) Domain sosial
Domain tingkah laku manusia, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru
dan murid dengan orang tua. Contoh, murid menegur rakannya yang becakap-
cakap ketika berada di dalam tandas.

b) Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda


berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini.

Bagi saya hasil pembelajaran boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran


melalui kaedah inkuiri induktif terbimbing ini ialah, pelbagai jenis aktiviti
dilaksanakan bagi membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan sikap
serta nilai yang diharapkan Contoh aktiviti yang paling mudah difahami ialah
melalui simulasi cara masuk ke tandas yang betul diikuti amali serta soal jawab.
Guru bertindak sebagai pembimbing.

Aktiviti meneroka menyediakan ruang kepada murid membuat penyiasatan


sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Sebagai contoh kenapa murid perlu
beristinjak selepas membuang air besar atau air kecil. Pembelajaran ini bukan
memberi penekanan kepada hasil pembelajaran semata-mata juga proses
bagaimana proses hasil pembelajaran dicapai.

Matlamat utama adalah mencapai menyelesaikan masalah dalam kehidupan


seharian yang akan membolehkan murid mempraktikkan apa yang dipelajari di
dalam kehidupan sebenar. Kerana perubahan tingkah laku murid dapat
diperhatikan oleh guru setelah selesai satu topik pengajaran. Contoh, guru dapati
murid tidak lagi bercakap-cakap ketika berada di dalam tandas.

c) Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaaran


semasa fasa ke dua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea)
mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh
spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih
kurang 30 minit.

Matapelajaran :Pendidikan Islam


Tahun :1 Mawar
Bilangan Murid :30 orang
Tema :Ibadah
Tajuk :2. Solat Fardhu
Tarikh :2 Mei 2011
Masa :8.00-8.30 pagi

Fasa kedua

Penjanaan idea dan sintesis idea.


2.1.Guru memberi penerangan mengenai pengertian dan hukum solat fardhu.
(Pengertian solat: perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul
Ihram dan disudahi dengan salam).
(Hukum solat fardhu:wajib)
2.2. Guru menyoal dan murid menyebut semula pengertian dan hukum solat
fardhu secara latih tubi.
2.3.Murid mendengar lagu solat melalui pita rakaman.
(Lampiran lagu solat:Solat subuh dua rokaat, zuhur asar empat rokaat, akhir
isyak empat rokaat :rentak selawat nabi)
2.4.Murid menyayikan lagu solat secara kelas.
2.5.Murid memerhatikan waktu-waktu solat yang ditunjukkan oleh guru
berpandukan jam solat.
(subuh:6.00 pagi. Zuhur:1.25 tengahari, Asar: 4.40 petang, maghrib:7.30
malam dan isyak: 8.40 malam)
2.6.Murid menyenaraikan nama-nama dan bilangan waktu solat di atas kad
imbasan dalam kumpulan.
2.7.Wakil kumpulan diminta mempamerkan hasil tugasan yang telah diberikan
2.8.Sumbang saran mengenai hasil tugasan.
2.9.Guru merumuskan hasil tugasan setiap kumpulan dengan mengulang kembali
waktu-waktu solat fardhu.

d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan
pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif
terbimbing.

Ciri utama dalam aktiviti dijanakan yang mengaplikasi inkuiri induktif


terbimbing:
1) Penyoalan ; guru menyoal murid erti solat fardhu.
guru menyoal murid hokum solat fardhu

2) Mencari maklumat: Murid menyenaraikan nama-nama dan bilangan waktu


solat di atas kad imbasan dalam kumpulan.

3) Membina konsep dan perkaitan daripada data: Sumbang saran mengenai hasil
tugasan

e) Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri


terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara
pembolehubah.

1. Murid memerhatikan waktu-waktu solat yang ditunjukkan oleh guru


berpandukan jam solat. (subuh:6.00 pagi. Zuhur:1.25 tengahari, Asar:
4.40 petang, maghrib:7.30 malam dan isyak: 8.40 malam). Melalui aktiviti ini
guru memberi ruang kepada murid menjana idea berdasarkan paparan yang
diberi, serta menggalakkan murid memberikan jawapan yang tepat.

2. Guru menyoal dan murid menyebut semula pengertian dan hukum solat
fardhu secara latih tubi. Murid berminat menyertai aktiviti soal jawab yang
diadakan. Guru dapat memastikan murid memahami topik yang diterangkan
diawal pembelajaran.

3. Sumbang saran mengenai hasil tugasan. Proses yang bermula dengan


menggunakan deria seperti melihat dan mendengar untuk mengumpul
maklumat dan data setelah membuat perbincangan dalam kumpulan. Melalui
aktiviti ini murid berkolaborasi dan bertukar maklumat untuk mencari
jawapan.

4. Guru merumuskan hasil tugasan setiap kumpulan dengan mengulang


kembali waktu-waktu solat fardhu. Murid membuat refleksi ke atas topik yang
telah diajar dan guru membuat kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai