Anda di halaman 1dari 1

SUB-MODUL KUALITI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Sub-modul Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan mengandungi tiga komponen iaitu Komponen
Kompetensi, Komponen Bidang dan Senarai Tugas PGB dan peranan PGB di dalam Connecting
the Dot berdasarkan SKPMg2.

Peserta akan membuat perbandingan sembilan bidang kompetensi berdasarkan dokumen


MySG dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada mereka melalui satu borang penilaian
kendiri menggunakan perisian MS Excel.

Sembilan bidang kompetensi tersebut adalah:


1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
2. Pengurusan Kurikulum
3.Pengurusan Kokurikulum
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid
5. Pengurusan Kewangan
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan
8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
9. Pengurusan Perhubungan Luar

Dokumen MySG juga menyenaraikan empat bidang tugas yang mesti dilaksanakan oleh PGB
iaitu:

1. Bertanggung jawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan


pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM.

2. Bertanggung jawab di dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

4. Mengajar sebilangan waktu mengikut Surat Pekeliling Bil. 3/67 1982 (Pindaan), iaitu
sekurang-kurangnya lima waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu atau tujuh
waktu seminggu bagi jadual waktu 30 minit satu waktu.

Turut disenarai di dalam dokumen MySG adalah enam senarai tugas PGB iaitu:

1. Pengurusan Kurikulum – Kerja Iktisas


2. Pengurusan Pembangunan Diri Murid
3. Kokurikulum
4. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
5. Pengurusan Kewangan
6. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal

Peserta juga akan diberikan satu kajian kes pengurusan dan kepimpinan pendidikan dengan
senario sebuah sekolah sebagai satu aktiviti simulasi.

Anda mungkin juga menyukai