Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONALKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 2
(INFORMATION SHEET)

ETN 4014 PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER (PLC)


KOD DAN NAMA
CONFIGURATION
PROGRAM / PROGRAM’S
EE-021-3:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
CODE & NAME TROUBLESHOOTING, REPAIRING AND MAINTENANCE
OPERATION

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C02 PROGRAMMABLE LOGIC
COMPETENCY UNIT NO. CONTROLLER (PLC) CONFIGURATION
AND TITLE

1. IDENTIFY MICROPROCESSOR CHIP/DEVICE


2. IDENTIFY MICROPROCESSOR PROGRAMMING
LANGUAGE
NO. DAN PENYATAAN
3. OBTAIN PLC DEVICE INFORMATION /DATA SHEET
AKTIVITI KERJA / WORK
4. CHECK HARDWARE CONNECTION
ACTIVITIES NO. AND
5. RUN THE PROGRAM
STATEMENT
6. REPORT PLC CONFIGURATION ACTIVITIES
7. PRODUCE PLC PROGRAMMING RESULT

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C02/P(2/6)


Muka: 1 Drpd: 18
COMPETENCY UNIT ID ETN 4014-K02/P2- P6
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 2 drp : 22

TAJUK : KENAL PASTI BAHASA PENGATURCARAAN MIKROPEMPROSES

2.0 PENERANGAN

Mikropemproses biasanya diprogramkan menggunakan pernyataan separa


bahasa Inggeris (bahasa pemasangan). Selain bahasa pemasangan, mikrokomputer
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh manusia yang dipanggil bahasa
peringkat tinggi. Walaupun kita menggunakan pelbagai jenis bahasa untuk menulis
program, tetapi mikrokomputer hanya memahami nombor binari sahaja. Oleh itu,
semua program yang ditulis harus diterjemahkan ke dalam bentuk binari.

2.1 JENIS BAHASA PENGATURCARAAN MIKROPEMPROSES

Bahasa pengaturcaraan mikropemproses biasanya boleh dibahagikan kepada tiga


jenis utama:

i. Bahasa mesin
ii. Bahasa Penghimpun
iii. Bahasa peringkat / aras tinggi

2.1.1 Bahasa Mesin - Fortran

i. Merupakan bahasa tahap rendah kerana berorientasikan


mikropemproses.
ii. Menggunakan kombinasi bit ‘1’ dan ‘0’ yang berasaskan kepada nombor
binari (penduaan). Nombor-nombor ini dikenali sebagai opkod (kod
operasi). Kod-kod ini hanya boleh difahami dan diuruskan oleh
mikropemproses sahaja.
iii. Ada opkod yang boleh terus dilaksanakan dan ada opkod yang
memerlukan maklumat tambahan yang dikenali sebagai operand
(kendalian) untuk dilaksanakan. Gabungan dari opkod dan operand ini
dikenali sebagai suruhan/arahan (instruction)
iv. Set arahan adalah senarai arahan-arahan yang boleh dilaksanakan.
Setiap mikropemproses mempunyai set arahan yang berbeza.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 3 drp : 22

v. Semua bahasa komputer yang lain perlu ditukarkan kepada kod mesin
sebelum aturcara dilaksanakan kerana komputer hanya memahami
bahasa mesin sahaja.

Kelebihan :

i. Lebih pantas berbanding bahasa penghimpun dan bahasa tahap tinggi


kerana tidak memerlukan penghimpun (Assembler), pengkompil
(Compiler) atau penterjemah (translator)
ii. Menggunakan saiz ingatan paling sedikit

Kelemahan :

i. Penulisan aturcara in tidak mesra pengguna kerana hanya terdiri


daripada kod-kod penduaan dan kod-kod perenambelas.
ii. Set arahan yang digunakan tidak sama dengan bahasa manusia
iii. Tidak digunakan secara meluas kerana fungsinya terhad

2.1.2 Bahasa Penghimpun (Assembly Language) - Z80, 8085, 6800, 68000 dll.

i. Bahasa penghimpun adalah bahasa yang boleh difahami oleh manusia


untuk memprogramkan CPU mengikut kehendak kita.
ii. Bahasa penghimpun terdiri daripada mnemonik-mnenomik atau kod-kod
yang lebih mudah untuk diingat kerana ianya mirip kepada Bahasa
Inggeris yang mudah.
iii. Setiap opkod mempunyai mnemonik tersendiri, contoh kod operasi
01001111 adalah ditafsirkan sebagai CLR A (Clear Accumulator)
sebagai mnemoniknya.
iv. Mnemonik terdiri daripada 3 atau 4 huruf yang dapat memberikan
gambaran kepada pengguna mengenai operasi yang akan dilaksanakan.
Contoh, MVI bermaksud Move Immediate, MOV A,C bermaksud
memindahkan data dari daftar C (register C) ke daftar A (register A).
v. Semua bahasa penghimpun perlu ditukarkan kepada kod-kod mesin
menggunakan penghimpun (assembler) dan proses pertukaran tersebut
dikenali sebagai handcoding assembler.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 4 drp : 22

Terdapat 4 jenis bahasa penghimpun iaitu :


• CISC (Complex Instruction Set Computer)
• RISC (Reduced Instruction Set Computer)
• DSP (Digital Signal Processor)
• VLIW (Very Long Instruction Word)

Kelebihan :

i. Penulisan aturcara yang mudah kerana terdiri daripada mnemonik yang


mudah difahami oleh pengguna
ii. Pengguna boleh menyemak semula (debug) aturcara kerana ia terdiri
daripada mnemonic-mnemonik
iii. Boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti penyambungan kepada
sistem digital ataupun analog.

Kelemahan :

i. Bahasa penghimpun hanya boleh digunakan oleh jenis-jenis komputer


tertentu sahaja
ii. Memerlukan Assembler untuk menukarkan bahasa penghimpun kepada
kod-kod mesin. CPU terpaksa menyediakan ruang yang khas untuk
menyimpan penghimpun tersebut.
iii. Pengguna perlu memahami rekabentuk senibina bagi setiap
mikropemproses untuk mengetahui kedudukan daftar-daftar yang
terdapat sesustu mikropemproses

2.1.3 Bahasa Aras Tinggi - PASCAL, COBOL, C, C++

i. Terdiri daripada arahan-arahan yang hampir dengan bahasa Inggeris.


Arahannya menggambarkan apakah operasi yang perlu dilakukan
ii. Contoh arahan bahasa tahap tinggi ialah read, write, print, if, then, else
dan lain-lain.
iii. Semua bahasa tahap tinggi perlu ditukarkan kepada kod-kod mesin
menggunakan translator (penterjemah) dan compiler (pengkompil)
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 5 drp : 22

a) Translator (Penterjemah)

i. Merupakan aturcara atau alat yang boleh menterjemahkan kenyataan


atau kod daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Contoh
penterjemah ialah penghimpun, penyusun dan pentafsir.
ii. Digunakan untuk menyemak setiap baris aturcara dalam bahasa tahap
tinggi secara baris demi baris dan terus menukarkannya kepada kod
mesin dan melaksanakannya.
iii. Proses penterjemahan akan terhenti sekiranya terdapat kesalahan
dalam aturcara dan akan menyambung semula semakan apabila
kesalahan telah dibetulkan.

b) Compiler (pengkompil)

i. Aturcara khas yang direka untuk menukarkan bahasa yang disediakan


dengan bahasa tahap tinggi kepada kod mnemonic sebelum ianya
dilaksanakan oleh komputer.
ii. Compiler akan menterjemahkan setiap pernyataan kepada kod-kod
mesin dan menyimpan seluruh aturcara kedalam storan sebelum ianya
dilaksanakan.

Kelebihan :

i. Bahasa ini adalah lebih mudah dipelajari


ii. Dengan menggunakan bahasa aras ini pengaturcaraan boleh
menfokuskan untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
iii. Pengaturcaraan bahasa ini hanya perlu menumpukan kepada
penyelesaian masalah tanpa perlu memahami sistem komputer secara
mendalam.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 6 drp : 22

Kelemahan :

i. Bahasa ini tidak menggunakan sumber komputer sebaik mungkin seperti


pengaturcaraan yang mahir menggunakan bahasa mesin atau mesin.
ii. Bahasa aras tinggi perlu juga dialih bahasa kepada bahasa mesin
sebelum dapat dilaksanakan.
iii. Bahasa ini mengambil masa yang lama semasa penterjemahan kepada
bahasa mesin.

2.2 FUNGSI PENGHIMPUNAN (ASSEMBLER FUNCTIONALITY)

Penghimpunan (Assembler) adalah program yang mengubah bahasa


penghimpun menjadi kod mesin. Ia mengambil arahan dan operasi asas dari kod
penghimpun dan mengubahnya menjadi kod binari yang boleh diiktiraf oleh jenis
pemproses tertentu. Penghimpun adalah serupa dengan penyusun kerana mereka
menghasilkan kod yang boleh digunakan. Fungsi asas Penghimpunan adalah :

i. Menukar kod operasi mnemonik ke bahasa mesin setara


ii. Menukar operator simbol ke alamat mesin (pass 1)
iii. Membina arahan mesin
iv. Menukarkan data pemalar kepada perwakilan dalaman
v. Menulis program dan senarai pemasangan

2.3 JENIS PENGHIMPUNAN (TYPES OF ASSEMBLER)

Terdapat dua jenis penghimpunan : pass 1 dan pass 2. Perbezaannya ialah


berapa kali penghimpun akan menghuraikan kod untuk menghasilkan kod mesin.
Secara amnya, penghimpunan pass 2 akan mengambil masa yang lebih lama untuk
dikompilasi, tetapi mempunyai manfaat membenarkan pengaturcara menentukan
simbol di mana saja dalam kod. Ini menghasilkan kod yang lebih mudah dibaca,
diurus, dan debug.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 7 drp : 22

Istilah-Istilah Penting :

i. Mnemonik, - singkatan arahan dari bahasa Inggeris mudah yang


digunakan dalam bahasa penghimpun contoh, MOV, ADD, SUB,
LDA, LD, OR dll
ii. Operand (Operasi kendalian) - maklumat mengenai data yang
perlu dilaksanakan oleh kod-kod tertentu - MOV A,B – A & B ialah
operand dimana ianya menunjukkan arahan ini adalah untuk
menyalin data dari register B ke dalam register A
iii. kod mesin, - Menggunakan kombinasi bit ‘1’ dan ‘0’ yang
berasaskan kepada nombor penduaan untuk menulis aturcara
pada mikropemproses yang diuruskan oleh mikropemproses
sahaja. Contoh – 11110110 – ORI, 011100110 - HLT
iv. Label – medan pertama dalam bahasa penghimpun, digunakan
sebagai alamat atau data ke dalam medan operand suruhan lain.
Label selalu digunakan dalam suruhan JUMP, CALL, Cabang dan
lain-lain.
v. Komen – penerangan kepada baris aturcara
vi. Operasi Pseudo – arahan kepada penghimpun untuk
melaksanakan sesuatu operasi, contoh ORG (untuk menetapkan
alamat dimana aturcara bermula), IF, ELSE, END, dan lain-lain

2.4 JENIS PERKAKASAN PLC (TYPES OF PLC HARDWARE)

Sistem PLC yang lengkap secara umumnya terdiri daripada 5 bahagian utama
iaitu bahagian masukan, bahagian kawalan, bahagian keluaran, bahagian
pengaturcaraan dan bahagian bekalan kuasa. Kelima-lima bahagian utama ini
memainkan peranan yang penting supaya sistem PLC berfungsi dengan sempurna
dan seterusnya mesin-mesin automasi pacuan elektrik dengan kawalan pemproses
juga dapat dikawal.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 8 drp : 22

Bahagian
Pengaturcaraan

Bahagian Bahagian Bahagian


Masukan Kawalan Keluaran

Bahagian
Bekalan Kuasa

Gambarajah 1 : Sistem PLC Dengan 5 Bahagian Utama.

2.4.1 Bahagian Masukan

i. Fungsi :

-Bahagian masukan berfungsi menghantar isyarat analog atau digital ke


bahagian pengawal untuk diproses. Isyarat analog atau digital yang
dihantar lebih dikenali sebagai isyarat masukan.

ii. Peranti :

-Bahagian ini terdiri daripada peranti-peranti masukan seperti suis punat


tekan, suis had, penderia, suis togel, contact geganti luaran, suis
aras, pemasa, suis foto, rotary encoder, papan kekunci dan lain-lain.

a. Suis punat tekan b. Penderia c. Suis togel

Gambarajah 2: Peranti Masukan


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 9 drp : 22

2.4.2 Bahagian Kawalan

i. Fungsi :

Secara umumnya bahagian kawalan berfungsi memproses isyarat yang


diterima daripada bahagian masukan (isyarat masukan) dan
mengeluarkan isyarat yang telah diproses kepada bahagian keluaran.
Isyarat yang telah diproses tersebut lebih dikenali sebagai isyarat
keluaran.

Gambarajah 3 : Pengawal Daripada Jenis Padat Berjenama Keyence

ii. Unit :

Unit yang terpenting bagi sesebuah pengawal adalah unit pemprosesan


pusat (CPU), ingatan (memory), bekalan kuasa back up dan
pengantaramuka masukan/keluaran.

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) :

a) Fungsi - mengawal dan menyelia semua operasi-operasi dan


melaksanakan arahan-arahan yang tersimpan dalam
ingatan.
- suatu sistem bus digunakan sebagai pengantara
maklumat antara CPU dan peranti yang lain.

b) Peranti - ke semua PLC yang terdapat di pasaran ketika ini


menggunakan litar bersepadu mikropemproses
(microprocessor intergrated circuit).
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 10 drp : 22

Pemprosesmikro

Gambarajah 4 : Litar Bersepadu Pemproses Mikro Bagi PLC


Berjenama OMRON Model CQM1H CPU 21.

Unit Ingatan (Memory) :

a) Fungsi - menyimpan arahan yang ditulis dan padam apabila


hendak diubahsuai. Arahan-arahan tersebut akan
diproses, dibanding dan dilaksanakan oleh unit
pemproses mikro.

b) Peranti
 RAM - arahan boleh disimpan dan dibaca oleh pengguna
pada bila-bila masa.
- memerlukan bekalan kuasa back up bagi memastikan
arahan tidak hilang setelah disimpan.

 ROM - data hanya boleh dibaca sahaja dan tidak boleh


diubahsuai.
- datanya kekal dan tidak hilang walaupun tiada bekalan
kuasa.
- ROM yang digunakan adalah dari jenis EEPROM.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 11 drp : 22

EEPROM (Electrical Erasable Programmable ROM)

- EEPROM boleh diaturcara dan dipadam menggunakan denyut


elektrik.
- Satu denyut elektrik dilalukan pada EEPROM untuk
diaturcarakan semula tanpa menanggalkan cip daripada sistem
komputer.

ROM

RAM

Gambarajah 5 : Litar Bersepadu RAM dan ROM Bagi PLC


Berjenama OMRON Model CQM1H CPU 21

Unit Bekalan Kuasa Back Up (Back Up Power Supply) :

a) Fungsi - membekalkan bekalan kuasa kepada RAM bagi


memastikan arahan tidak hilang setelah disimpan.

b) Peranti - bekalan kuasa back up selalunya terdiri daripada


bateri atau kapasitor.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 12 drp : 22

Gambarajah 6 : Bateri Yang Juga Unit Bekalan Kuasa Back Up


Bagi PLC Berjenama OMRON Model CQM1H CPU 21

Unit Antaramuka Masukan / Keluaran (Input / Output Interface) :

a) Fungsi - untuk menyambungkan antara peranti masukan/keluaran


ke bahagian kawalan.

b) Peranti - terminal penyambungan.


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 13 drp : 22

a b

Gambarajah 7 : Terminal Penyambungan Unit Antaramuka Masukan/


Keluaran Yang Telah Dilakukan Pendawaian.

2.4.3 Bahagian Keluaran

i. Fungsi :

Bahagian keluaran menerima isyarat yang sudah diproses oleh pengawal


(isyarat keluaran) dan melaksanakan tugas yang diaturcarakan.

ii. Peranti :

Bahagian ini terdiri daripada peranti-peranti keluaran seperti pemanas,


motor, lampu, lamp pandu, coil geganti luaran, LED, solenoid, pemula
motor, penggera dan lain-lain.

a. Coil geganti b. Motor c. Solenoid


Gambarajah 8 : Jenis-Jenis Peranti Keluaran.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 14 drp : 22

2.4.4 Bahagian Bekalan Kuasa

i. Fungsi :

Bahagian bekalan kuasa membekalkan kuasa kepada semua peranti di


dalam bahagian kawalan. Bekalan yang dibekalkan adalah samada
5 Vdc, 24 Vdc, 110Vau atau 240Vau.

ii. Peranti :

bekalan kuasa jenis modul - termasuk dalam set bagi sesebuah PLC.
bekalan kuasa luaran - tidak termasuk dalam set bagi sesebuah
PLC.

a. b. c. d.

a) PLC berjenama OMRON model CQM1H mempunyai bekalan kuasa


dalaman.
b) PLC berjenama OMRON model CPM1A tidak mempunyai bekalan kuasa
dan memerlukan bekalan kuasa luaran.
c) Bekalan kuasa jenis modul yang ditanggal dari set PLC.
d) Bekalan kuasa luaran.

Gambarajah 9 : Jenis Bahagian Bekalan Kuasa PLC


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 15 drp : 22

2.4.5 Bahagian Pengaturcaraan

i. Fungsi :

Bahagian pengaturcaraan digunakan untuk memasukkan arahan-arahan


dalam bentuk bahasa pengaturcaraan ke dalam peranti ingatan RAM di
bahagian kawalan.

ii. Peranti :

Peranti pengaturcaraan terdiri daripada komputer perisian CX


Programmer dan konsol pengaturcaraan.

Komputer Konsol pengaturcaraan

Gambarajah 10 : Peranti-Peranti Pengaturcaraan.

2.5 KOMPONEN UNIT PLC

 LED Indicators
 Memory Card Indicators
 Memory Card Power Supply Switch
 Memory Card Eject Button
 DIP Switch
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 16 drp : 22

 Memory Card Connector


 Memory Card
 Inner Board Connector Compartment
 RS-232C Port
 Peripheral Port

Contoh PLC yang digunakan merupakan dari jenama OMRON model CP1E.
Komponen unit PLC diambil dari manual servis .

https://assets.omron.eu/downloads/manual/en/v1/
w461_cp1e_cp1l_getting_started_guide_en.pdf

Lampu Penunjuk (Indicators Light)

Lampu penunjuk berwarna hijau akan bernyala apabila bekalan kuasa


dibekalkan 240 VAC.

Gambarajah 11 : Lampu Penunjuk Bernyala


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 17 drp : 22

Gambarajah 12a : Komponen unit PLC


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 18 drp : 22

Gambarajah 12b : Komponen unit PLC


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 19 drp : 22

Gambarajah 12c : Komponen unit PLC


NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 20 drp : 22

Soalan :

Arahan : Berikut merupakan 3 soalan pendek. Isikan jawapan yang tepat pada
ruang yang disediakan.

1. Isyarat analog atau digital yang dihantar bahagian masukan ke bahagian


pengawal lebih dikenali
______________________________________________________________

______________________________________________________________

2. Apakah nama peranti yang biasanya digunakan sebagai CPU sesebuah PLC?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. Apakah unit yang perlu dibekalkan bekalan kuasa back up bagi memastikan
arahan yang disimpan tidak hilang?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

Arahan : Berikut merupakan soalan isi tempat kosong. Isikan jawapan yang
sesuai pada ruang kosong yang disediakan.

1. Unit Antaramuka Masukan / Keluaran menyambungkan antara peranti di


bahagian masukan / keluaran dan peranti di bahagian _________________.

2. Bahagian keluaran menerima isyarat yang sudah ________________ oleh


pengawal ( isyarat keluaran ) dan melaksanakan tugas yang diaturcarakan.

3. Peranti _________________ terdiri daripada komputer dan konsol


pengaturcaraan.
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 21 drp : 22

Arahan : Berikut merupakan 3 soalan betul salah. Isikan jawapan yang tepat
pada ruang yang disediakan. Benar / Salah

1. Bahagian masukan daripada peranti-peranti keluaran seperti pemanas,motor,


lampu dan lain-lain. ________________

2. Bahagian bekalan kuasa membekalkan kuasa kepada semua peranti didalam


bahagian kawalan._________________

3. Sistem PLC yang lengkap secara umumnya terdiri daripada 6 bahagian utama.
________________
NO. KOD EE-021-3:2012/C02/P 2/6 Muka : 22 drp : 22

RUJUKAN / REFERENCE :

1. OMRON . (1999). A Beginner Guide to PLC. OMRON Asia Pacific PTE.LTD


 
2. Colin D. Simpson. (1994).Programmable Logic Controllers Regents. Prentice
Hall 

3. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams 

4. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X).
Mcgraw-hill 

5. Stephen S. Heineman, George W. Genevro . 1979. Machine Tools Process and


Applications. Canfield Press 

6. Cyril W. Lander. 1994. Power Electronics. McGraw-Hill  

Anda mungkin juga menyukai