Anda di halaman 1dari 1

KELEMAHAN ARTIKEL

Pada pendapat saya, antara kelemahan artikel ini ialah dari aspek penggunaan grafik.
Penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik atau gambar rajah sebagai maklumat
tambahan atau penjelasan kepada fakta-fakta yang dinyatakan. Jurnal ini hanya mengandungi
tulisan fakta sahaja. Para pembaca akan lebih tertarik jika terdapat penggunaan carta, rajah
atau jadual bagi menerangkan intipati artikel. Penggunaan grafik dapat menyampaikan
sesuatu maklumat dengan mudah dan cepat. Pembaca juga dapat menganalisis dapatan artikel
ini dengan lebih efektif jika terdapat penggunaan grafik dalam penerangan artikel ini.

Kelemahan yang kedua ialah dari segi penulisan objektif. Penulis tidak menyatakan
objektif utama dan objektif terperinci bagi kajian artikel ini. Objektif ialah sasaran sebenar
yang hendak dicapai oleh penulis daripada kajian yang telah dilakukan. Penyataan objektif
utama dan objektif khusus ini juga penting kepada pembaca agar pembaca mendapat
gambaran tentang apa yang hendak disampaikan oleh penulis melalui sesuatu artikel. Namun,
penulis tidak menyatakan objekif utama dan objektif khusus bagi artikel ini. Ini menjadi salah
satu kelemahan artikel kerana penyataan objektif merupakan perkara yang wajib dalam
penulisan artikel.

Kelemahan yang terakhir ialah dari segi ejaan. Penulis juga tidak memeriksa
kesalahan menaip dan ejaan. Penulis didapati membuat kesalahan ejaan yang sama secara
berulang. Sebagai contoh kesalahan ejaan yang boleh dilihat ialah pada muka surat 118 dan
122 iaitu perkataan “pencantuman” dieja sebagai “percantuman”. Selain itu, pada muka surat
121, 123 dan 124 terdapat kesalahan ejaan iaitu perkataan “tersendiri” dieja sebagai
“bersendiri”. Terdapat juga kesalahan ejaan yang lain pada muka surat 125 dan seterusnya.
Kesalahan sebegini akan menjatuhkankan nilai artikel ini. Sebelum menerbitkan sesebuah
artikel, penulis perlu memurnikannya dengan meminta pendapat penulis yang lain.

Anda mungkin juga menyukai