Anda di halaman 1dari 2

1.

PUSAT TUISYEN DO RE ME
2. INSTITUT TAIPING

BM KERTAS 1 - KARANGAN BAHAGIAN B (100 MARKAH)


TEKNIK MENGHURAIKAN ISI PERTAMA
KARANGAN CERAMAH / SYARAHAN / UCAPAN
1) Kata hormat (1 baris)
2) AI - ayat isi (2 hingga 3 baris)
3) AH1 - ayat huraian (3 hingga 4 baris)
4) AH2 - ayat huraian (3 hingga 4 baris)
5) AC - ayat contoh (2 hingga 3 baris)
6) AP - ayat peribahasa (2 hingga 3 baris)
7) AR - ayat rumusan (2 hingga 3 baris)
1. KATA HORMAT
Pelajar-pelajar yang dihormati / Anak-anak yang dikasihi / Murid– murid yang
disayangi / Wahai generasi muda yang berwawasan / Pelajar-pelajar yang budiman.

2. AI (Ayat Isi)
Sesungguhnya, semua pihak khususnya anak-anak perlu akur dengan realiti bahawa
satu kaedah paling efektif seseorang pelajar boleh menghargai jasa guru adalah dengan
mempamerkan akhlak dan budi pekerti yang mulia di hadapan guru dalam sebarang
situasi.

3. AH1 (Ayat Huraian 1)


Dengan yang demikian, seseor ang pelajar har us menjaga tutur kata dan adab
ketika berkomunikasi dengan guru. Pelajar-pelajar perlu menggunakan tutur kata yang
sopan dan beradab dengan guru serta tidak menyinggung perasaan guru dalam sebarang
situasi . Para pelajar perlulah sentiasa bermanis muka sambil memberikan salam ketika
berhadapan atau berselisih dengan guru walaupun guru tersebut tidak mengajar diri
pelajar.

4. AH2 (Ayat Huraian 2)


Di samping itu, pelajar-pelajar juga harus memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya
semasa guru sedang mengajar dan tidak menimbulkan sebarang masalah sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung sebagai tanda mur id-
murid menghormati dan menghargai guru. Pelajar juga perlu menyelesaikan semua
tugasan yang diberikan oleh guru dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
5. AC (Ayat Contoh)

Sebagai satu bukti yang konkrit lagi relevan ialah seseorang guru atau warga pendidik
akan berasa bangga dan berjaya sekiranya anak muridnya itu menunjukkan penghargaan
dan penghormatan dengan memiliki imej atau identiti yang terpuji dan mempamerkan
disiplin diri yang tinggi.

6. AP (Ayat Peribahasa)

Hal ini dikatakan demikian ker ana gur ulah pendidik dan pembimbing yang
melatih murid-muridnya supaya mengenali yang mana satu permata dan yang mana satu
kaca / yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

7. AR (Ayat Rumusan)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan berbudi bahasa dan bersopan santun
dalam kalangan pelajar merupakan ubat yang paling mujarab untuk menghargai jasa dan
pengorbanan seorang guru yang tiada tolok bandingnya..

Anda mungkin juga menyukai