Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS HARI GRADUASI & ANUGERAH KOKURIKULUM

PELAJAR2 TING 5 & 6 ATAS


SMK CYBERJAYA 2014.

[ PENGUMUMAN SEBELUM MAJLIS BERMULA ]

YANI : Warga dewan diingatkan untuk berdiri sejurus sebelum ketibaan tetamu
jemputan ke dalam dewan ini.

Warga dewan juga diminta untuk tidak membuat bising sepanjang majlis ini
berlangsung. Kerjasama warga dewan amat dihargai.

YATIE : Sebagai peringatan, setibanya tetamu di dalam dewan, majlis akan


dimulakan terus dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.
Justeru, hadirin diminta untuk kekal berdiri sehingga kedua-dua lagu tamat.

[ KETIBAAN VIP ]

YANI : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Inspektor Wan Azirul Nizam bin
Che Wan Aziz, Ketua Balai Polis Cyberjaya diiringi oleh barisan pentadbir
SMK Cyberjaya ke majlis Hari Graduasi & Anugerah Kokurikulum 2014.

************** NYANYIAN LAGU NEGARAKU & NEGERI SELANGOR ****

YANI : Hadirin dipersilakan duduk.

YATIE : Yang Berbahagia, Inspektor Wan Azirul Nizam bin Che Wan Aziz, Ketua
Balai Polis Cyberjaya,
1
Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya,
Yang Dihormati, Encik Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG,
Yang Dihormati Puan Hjh Habshah bt Mohamed, Pen Kanan Akademik,
Yang dihormati Pn Hajah Che Supiah bt Che Awang, PK Hal Ehwal Murid,
Puan Nor Asiah bt Baharin, PK Ting 6,
Sarjan Azman bin Abdul Karim, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai
Polis Cyberjaya,
Guru2 kanan mata pelajaran, para guru yang berkaliber serta graduan-
graduan SMK Cyberjaya 2014.

Assalamualaikum wbt dan salam kohesi.

YANI : Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke majlis Hari Graduasi & Anugerah Kokurikulum SMK


Cyberjaya 2014. Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dipanjatkan ke hadrat
Allah swt kerana atas keizinan dan rahmat-Nya, dapatlah kita bersama-sama
berada di dalam dewan SMK Cyberjaya ini untuk meraikan pengijazahan
pelajar2 tingkatan 5 dan 6 Atas dalam majlis yang serba indah ini.

YATIE : Hadirin sekalian,


Majlis seumpama ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar
Ting. 5 dan 6 Atas yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka di
SMK Cyberjaya tidak lama lagi.

Pada akhir tahun ini seramai 147 orang pelajar Tingkatan 5 dan 24 orang
pelajar Tingkatan 6 Atas bakal meninggalkan guru-guru, rakan2
seperjuangan serta sekolah mereka yang tercinta ini.

Ragi pulut di dalam kati,


Air perigi di dalam baldi,
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi.

YANI : Kata dikota jalinan disemat


Raga digalas bawa berangkat

2
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Sebagai memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput saudara Azrin
Kamil bin Mohd Ariff untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

******************** BACAAN DOA **********************************

YATIE : Amin…. ya rabbal a’lamin. Terima kasih saudara Azrin Kamil atas bacaan
doa itu tadi. Majlis seterusnya mempersilakan Puan Ng Sie Fong, Pengetua
SMK Cyberjaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*************** UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA *********************

YATIE : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Ng Sie Fong atas
ucapan itu tadi.

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin sekalian,
Majlis dengan setulus takzim mempersilakan Ketua Balai Polis Cyberjaya,
Inspektor Wan Azirul Nizam bin Che Wan Aziz untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis Hari Graduasi & Anugerah
Kokurikulum SMK Cyberjaya 2014. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

****** UCAPAN PERASMIAN OLEH INSPEKTOR WAN AZIRUL NIZAM ****

YANI : Demikian tadi ucapan perasmian oleh Inspektor Wan Azirul Nizam bin Che
Wan Aziz, Ketua Balai Polis Cyberjaya. Terima kasih diucapkan.

3
Warga dewan yang dihormati,
Sebentar lagi kita bakal menyaksikan sebuah persembahan pembukaan oleh
pelajar-pelajar 2 KRK. Pelajar-pelajar ini telah dibimbing oleh Puan Suriana
bt Suratman. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*************** PERSEMBAHAN PEMBUKAAN ************************

YATIE : Terima kasih anak2 didik SMK Cyberjaya atas persembahan yg cukup
menarik itu tadi. Majlis engijazahan pada pagi ini akan dimulakan dengan
penyampaian sijil Graduasi utk pelajar2 Ting 5 Kemanusiaan 2, 5
Kemanusiaan 1 & 5 Akaun.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya diiringi oleh Puan Hajah Che
Supiah bt Che Awang untuk menyampaikan sijil2 kepada para graduan.
Dipersilakan.

(Rujuk senarai nama graduan)

***************** PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI SLOT PERTAMA *******

YANI : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Ng Sie Fong atas
kesudian menyampaikan sijil graduasi sebentar tadi.

Sidang dewan yang dikasihi,


Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan persembahan selingan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang bertajuk
____________________________________________. Dipersilakan.

*************** PERSEMBAHAN 2 : TINGKATAN 6 ************************

YATIE : Terima kasih pelajar2 Tingkatan 6 atas persembahan yang menghiburkan itu
tadi. Majlis kini diteruskan pula dengan penyampaian sijil graduasi kepada
graduan2 dari Tingkatan 5 Sains2, 5 Sains 1 & 6 Atas.
4
Untuk itu majlis mempersilakan Inspektor Wan Azirul Nizam bin Che Wan
Aziz, Ketua Balai Polis Cyberjaya diiringi oleh Pn Ng Sie Fong dan Encik
Rushdan Bin Mohamed, YDP PIBG, bagi menyempurnakan acara ini.
Dengan setulus kasih, majlis mempersilakan.

(Rujuk senarai nama graduan)

********** PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI 5SC2, 5SC1, 6ATAS ************

YATIE : Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah2 Khas .

Bagi Anugerah Pelajar Harapan Pengetua, dipersilakan..

(Rujuk senarai nama penerima)

**************** PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS **********************

YANI : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Inspektor Wan Azirul
Nizam bin Che Wan Aziz kerana sudi menyampaikan sijil2 graduasi
sebentar tadi.

Tinggi-tinggi pohon jati


Tempat bermain si manja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Ng Sie Fong,


Pengetua SMK Cyberjaya dan Encik Rushdan Bin Mohamed, YDP PIBG
untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Ketua Balai
Polis Cyberjaya, Inspektor Wan Azirul Nizam bin Che Wan Aziz.

************* PENYAMPAIAN CENDERAHATI KPD INSPEKTOR **********

YATIE : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Inspektor Wan Azirul Nizam
bin Che Wan Aziz, Puan Ng Sie Fong dan Encik Rushdan Bin Mohamed.

5
[ VIP DUDUK ]

Warga dewan sekalian,

Pelajar-pelajar SMK Cyberjaya sememangnya berbakat dalam pelbagai


bidang termasuklah dalam bidang ICT. Dalam pertandingan Liga Remaja
Kreatif tahun ini, 3 kumpulan pelajar sekolah kita telah menghantar karya
mereka. Sama-samalah kita saksikan persembahan multimedia anak-anak
Cyberians. Dipersilakan.

******************* PERSEMBAHAN MULTIMEDIA **********************

YANI : Untuk makluman hadirin semua, salah satu kumpulan pelajar tadi telah
memenangi ______________________________________________ dalam
pertandingan _______________________________________________
peringkat _______________________________. Tahniah diucapkan. Kita
bakal dihiburkan dengan Persembahan pentomen oleh Kumpulan 5K1
Musical dengan tajuknya Together We Forever. Dipersilakan.

************** PERSEMBAHAN PENUTUP : PELAJAR 5K1*****************

YANI : Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas persembahan yang


menghiburkan itu tadi.

Sebelum mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita sama2 berdiri untuk
menyanyikan Lagu Sekolah.

***************** NYANYIAN LAGU SEKOLAH ***************************

YATIE : Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

YANI : Hinggap di dahan si burung tempua,


Melihat si rusa di tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.
6
Dengan ini berakhirlah majlis Hari Graduasi & Anugerah Kokurikulum
SMK Cyberjaya 2014.

Wabillah hitaufikwalhidayah, wassalamua’laikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai