Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN KRITIS

TINGGI DAN RENDAH

KUMPULAN 8 :
❏ MUHAMMAD AMSYAR BIN ZAIDI
❏ MUHAMMAD RIZQ DANISH BIN MD.JA’FAR
❏ ROHAIYU BINTI ABDUL RAHIM
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Definisi :

Kekerapan dan keupayaan menggunakan minda


untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran
sesuatu idea, meneliti keberkesanan, kebaikan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.
Pemikiran kritis juga merupakan :

● Proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul


maklumat untuk menilai dan bertindak
● Pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru
● Pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan
penilaian
● Proses memahami fenomena dan konsep berasaskan
bukti dan penaakulan
● Suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal
pemikirannya (metakognitif)
Meningkatkan pemahaman
dan keupayaan
menggunakan maklumat
dengan lebih berkesan

Untuk mengumpul Kelebihan Membuat


seberapa banyak penggunaan pertimbangan
maklumat pemikiran kritis yang lebih rasional

Membuat
Menilai betul atau keputusan atau
salah sesuatu idea pilihan yang lebih
tepat
Reaktif : Penilaian :
Gerakbalas terhadap Menentukan sesuatu
idea yang sedia ada idea yang patut
(komen, kritikan dan dipercayai (nilai baik
ulasan) atau buruk)

Ciri-ciri utama
pemikiran kritis

Logik : Analisis :
Menaakul secara Terperinci, objektif
logik dan dan difahami
bersepadu dengan (meneliti dengan
andaian mendalam idea)
Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki
idea yang sudah sedia ada. Melalui pengurusan lisan
individu berfikiran kritis mampu mencari :

● Di mana silapnya?
● Di mana salahnya?
● Di mana kelemahannya?
● Di mana kebaikannya?
● Di mana kekuatannya?
● Di mana yang tidak selaras?
● Di mana yang tidak selaras?
● Di mana yang bertentangan?
● Adakah alasannya betul?
● Adakah alasannya tepat?
● Adakah kesimpulannya memadai?
Kemahiran mikro dalam pemikiran kritis

Kritis peringkat rendah : Kritis peringkat tinggi :


1. Membanding membeza 1. Membuat ramalan
2. Membuat kategori 2. Mengusul periksa andaian
3. Analisis (meneliti 3. Membuat inferens
bahagian kecil dan 4. Mengesahkan sumber
keseluruhan) maklumat
4. menerangkan sebab 5. Buat generalisasi
5. menyusun ikut urutan 6. Mencari sebab dan buat
kesimpulan
Kritis peringkat rendah

1. Membanding membeza

Definisi :
Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan
antara dua objek, peristiwa, idea berdasarkan
aspek-aspek tertentu.

Tujuan :
● Mempelajari dua atau lebih perkara serentak
● Memahami sesuatu perkara dengan lebih
jelas
● Membantu membuat keputusan dengan
lebih bijak
● Mengklasifikasikan data
● Membuat generalisasi dan membina konsep
Kritis peringkat rendah

2. Membuat kategori

Definisi :
Mengelompokkan maklumat ke dalam
kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri
sepunya.

Tujuan :
● Mengesan ciri sepunya
● Menyusun mengikut ciri
● Memudahkan mencari maklumat
● Menerangkan sesuatu mengikut kategori
● Mmebuat analisis atau merangka untuk
penulisan
Kritis peringkat rendah

3. Menyusun mengikut urutan

Definisi :
Keupayaan mengatur perkara mengikut
susunan atau urutan tertentu

Tujuan :
● Memilih susunan yang sesuai
mengikut keutamaan dan tujuan
● Memudahkan cara penyampaian dan
pemerolehan maklumat
Kritis peringkat rendah

4. Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

Definisi :
Keupayaan melihat dan memahami
perhubungan, perkaitan, kepentingan dan
pertalian antara bahagian kecil dengan
keseluruhan.

Tujuan :
● Menentukan fungsi bahagian kecil
● Mengaitkan setiap fungsi bahagian
kecil dengan keseluruhan
Kritis peringkat rendah

5. Menerangkan sebab

Definisi :
Menggunakan minda untuk mengkaji dan
menjelaskan sebab kejadian berdasarkan
alasan dan bukti yang munasabah

Tujuan :
● Mencari pelbagai punca mengapa
sesuatu perkara berlaku
● Memberi sebab sebenar untuk
mengesahkan kemungkinan
Kritis peringkat tinggi

1. Membuat ramalan

Definisi :
Membuat jangkaan terhadap sesuatu
peristiwa yang akan berlaku paa masa akan
datang berdasarkan bukti dan maklumat

Tujuan :
● Membuat persediaan tertentu untuk
mengalami peristiwa baru
● Membuat keputusan awal berdasarkan
maklumat dan bukti
● Mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah yang mungkin
Kritis peringkat tinggi

2. Mengusul periksa andaian

Definisi :
Menyiasat dan memeriksa sama ada
Menyiasat berkenaan dengan sesuatu andaian yang telah dibuat benar
atau tidak berdasarkan bukti
sesuatu perkara yang
diwar-warkan terlebih dahulu
Tujuan :
kerana tidak tahu akan
● Memeriksa sesuatu andaian benar
kesahihannya atau tidak
● Membuat keputusan berdasarkan hasil
andaian yang telah diperiksa
Kritis peringkat tinggi

3. Membuat inferens

Definisi :
Membuat kesimpulan berdasarkan
maklumat, bukti atau pola tertentu

Tujuan :
● Membuat kesimpulan berdasarkan
maklumat, alasan dan bukti yang
kukuh
● Merumuskan berdasarkan pola
maklumat yang tertentu
Kritis peringkat tinggi

4. Mengesahkan sumber maklumat

Definisi :
Menentukan sama ada punca sumber
maklumat boleh diterima atau dipercayai

Tujuan :
● Menentukan ketepatan maklumat
● Meningkatkan kemahiran dalam
mengumpulkan maklumat
Kritis peringkat tinggi

5. Membuat generalisasi

Definisi :
Membuat kesimpulan umum berdasarkan
maklumat yang menyeluruh dan konsisten

Tujuan :
● Menggunakan sampel yang
bersesuaian dengan objektif
● Memilih sampel yang dapat mewakili
perkara yang ingin dikaji
Kritis peringkat tinggi

6. Mencari sebab dan membuat


kesimpulan

Definisi :
Menganalisis dan menilai sebab bagi
mencari kesimpulan yang lebih tepat

Tujuan :
● Membuat keputusan berdasarkan
analisis maklumat
● Mengemukakan hujah dan cadangan
yang lebih baik
● Berfikiran lebih terbuka dan tidak
bertindak terburu-buru
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai