Anda di halaman 1dari 11

SOLAT MENURUT

PERSPEKTIF SAINS
KUMPULAN 5:
MUHAMMAD AMSYAR BIN ZAIDI
MUHAMMAD RIZQ DANISH BIN MD JAAFAR
AMIRUL HAZIM BIN DAHRI
SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS DAN
KELEBIHANNYA
َِّ‫َﺄَوﻧُﻌَنۡ َٱّﻟلُ رِۡﻛذَلَ وۗ ِ رَﻛﻧُﻣۡﭑلَ وُﻣَﻠۡﻌَﻲُ َّ ٱ ّﻟلَ وُۗ وِ ﺑٰـَﺗِﻛۡﭑلَ ﻧِمَ ﻛۡﯾَﻠِﺈَ ىِ وﺣُﺄٓ اَُ ﻟۡﭑﺗَّﺻﭑلَّ ﻧِﺈَۖ ةٰ وَﻟَّﺻﭑلِ ﻣِﻘَﺄِﻧَﻊٰ ﯨَﮭۡﻧَتَ ةٰ وَلِ ءٓاَشۡ ﺣَﻔۡﻣﭑل‬ ۡ‫( ﺻت اَمرَب‬٤٥)
Maksudnya:“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepada
mu daripada al-Qur’an, dan dirikanlah sembanyang (dengan tekun): sesungguhnya
sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” (Q, 29:45)
PENGENALAN
Solat merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim. Dengan melaksanakan solat, kehidupan orang
muslim akan lebih teratur dan lengkap. Solat juga merangkumi semua aspek kehidupan dan ada juga
perkaitannya dengan ilmu sains. Oleh itu, ilmu sains juga harus diketahui supaya dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian. Sains disini bermaksud ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau
huraian sistematik mengenai fenomena tabie. Huraian sistematik melibatkan penggunaan kaedah kuanttitatif
dan intelek.Ini termasuk kaedah logik dan matematik serta segala peralatan yang diperlukan. Kesimpulannya
,sains Islam adalah satu cabang ilmu pengetahuan yang dihasilkan melalui kajian,cerapan,analisis dan
sebagainya dengan menggunakan ilmu intelek. Ia mempunyai hubungan rapat dengan ilmu wahyu yang
menekankan aspek metafizik. Sains Islam merangkumi segala aktiviti sains yang berkaitan dengan ajaran
islam.Oleh itu, wajarlah jika ibadah solat mempunyai pelbagai kebaikan dari perspektif sains.
SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS DAN
KELEBIHANNYA ASPEK FIZIKAL
QIYAM • Semasa berdiri tegak melakukan solat,tangan perlu bersedekap,iaitu kedudukan tangan kanan
berada diatas tangan kiri dan kedua-dua tangan tersebut berada di atas paras pusat.Perlakuan ini diamalkan
oleh Rasulullah SAW. Kedudukan anggota seperti di bawah memberi implikasi baik kepada diri kita: -
kedudukan tangan - kedudukan kaki - mata ke arah tempat sujud “ MEMBUKA ABDOMEN BADAN UNTUK
KEMUDAHAN SISTEM PERNAFASAN”
RUKU’ • Rukuk dengan menundukkan badan 90 darjah,tangan memegang lutut dan
ditekankan supaya anggota belakang badan menjadi lurus.Mata pula tetap memandang
ke arah tempat sujud ataupun kaki.Aplikasi rukuk dapat memberi manfaat kepada tubuh
badan: - menyamai aktiviti senaman ringan - memperkuat sistem otot dan fizikal tubuh “
MENYEMBUHKAN PENYAKIT TULANG BELAKANG”
SUJUD • Kedudukan sujud yang sepenuhnya melibatkan persentuhan antara tujuh anggota
(dahi,kedua-dua tapak tangan,kedua-dua lutut,kedua-dua hujung jari kaki) dengan permukaan
lantai. -seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot- otot kedua-dua tangan, kaki,
dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. “MELANCARKAN PENGALIRAN DAN LIMFA KE
SELURUH ANGGOTA BADAN”
DUDUK ANTARA DUA SUJUD • Ketika duduk antara dua sujud, tapak kaki kiri
diduduki dan menjadi alas. Tapak kaki ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki
mengadap kearah kiblat manakala kedua-dua tapak tangan diatas peha sambil
hujung jari- jari memegang hujung lutut. “ MENGHASILKAN GERAKAN PADA SENDI-
SENDI DAN OTOT DALAM JUMLAH YANG BESAR SECARA AUTOMATIK.”
TAHIYAT AKHIR • Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan di atas lantai,
kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan. “
MENGAKTIFKAN OTOT LANTAI PELVIK , MENGURANGKAN MASALAH DISFUNGSI
EREKSI, MELANCARKAN PERGERAKAN OTOT LEHER”
SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS DAN
KELEBIHANNYA ASPEK MENTAL
ISYARAT OTAK Sejenis alat EEG digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang
otak mempunyai beberapa frekuensi yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak
Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang. Tomakninah merupakan peringkat yang paling tenang ketika
solat. Kajian menunjukkan isyarat Alfa meningkat secara mendadak . Ini menunjukkan seseorang itu berada
dalam keadaan paling tenang. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan
memperkuatkan kuasa otak. Selain itu, solat membantu untuk menyediakan otak untuk mengahadapi
sesuatu cabaran dalam kehidupan harian.

DAYA INGATAN Solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Ketika mengamalkan solat, otak
diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas
melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang
rangsangan.
SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS DAN
KELEBIHANNYA WAKTU SOLAT DAN
BILANGAN RAKAAT
SOLAT & SAINS SUBUH Rakaat: 2 Waktu solat: Fajar Waktu baru sedar dari tidur (badan dalam keadaan
stabil) Pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuansi
tiroid. Tiroid memberi pengaruh terhadap sistem metabolisma tubuh manusia. ZUHUR Rakaat: 4 Waktu
solat: Tengah hari Waktu melakukan aktiviti harian(memerlukan cas yang banyak untuk menstabilkan) Pada
waktu ini,alam berada dalam spektrum warna kuning dan mempengaruhi sistem percenaan manusia secara
keseluruhan dan hati.

SOLAT & SAINS ASAR Rakaat : 4 Waktu solat : Petang Waktu baru tamatnya aktiviti harian(memerlukan cas
untuk menstabilkan) Pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna oren yang mempunyai pengaruh
yang cukup signifikan terhadap keadaan prostat, uterus, ovari, testis dan sistem pembiakan secara
keseluruhan. MAGHRIB Rakaat : 3 Waktu solat : Senja Waktu dimana lepas rehat daripada aktiviti harian.
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna merah, ketika ini spektrum warna alam selaras dengan
frekuansi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis dalam keadaan yang bertenaga.
SOLAT & SAINS ISYAK Rakaat : 4 Waktu solat : Malam Waktu sebelum tidur(cas untuk solat
malam pada dipertengahan malam,qiamullail). Pada waktu ini,spektrum warna alam berubah
menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak.

Anda mungkin juga menyukai