Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS KHATAM QURAN


PERINGKAT SEKOLAH 2018M / 1439H

Bismillahhirrahmannirrahim

Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah Yang Maha Esa, dimohonkan
limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi.
Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI dan diiringkan
sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi, Selawat dan salam buat junjungan
besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

1. Yg Berusaha PN. NOR AZNI BT MD NOR Guru Besar SK Brinchang.


2. Yg dihormati PN. ROSNANI BT GHAZALI GPK Pentadbiran SK
Brinchang
3. Yg dihormati PN. ROBAYAH BT ABDUL RAHIM GPK HEM Sk
Brinchang

Aluan 4. Yg dihormati En. Arif Afizi B.Muhamad kamal GPK KO-Kurikulum Sk


Brinchang
5. Yg dihormati Guru-guru SK Brinchang
6. dan seterusnya murid-murid SK Brinchang yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran


kehadrat Allah s.w.t  kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita
dipertemukan bersama pada dalam Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah pada
Tahun 2018 bersamaan 1439H.

Antara Objektif diadakan Majllis ini adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang
mendalam terhadap Kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran
ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan
yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Doa Hadirin yang dikasihi sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan


……………………………………………………. Bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan…

1
Amin, amin ya rabbal alamin…
Terima kasih di ucapkan kepada …………………………………………………
atas bacaan doa itu tadi.
Adat bahasa menyampaikan pesan
Adat upacara menyampaikan ucapan

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

UCAPAN Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis
ALUAN mempersilakan Yang Berusaha PN. NOR AZNI BT MD NOR, GURU BESAR
GB SK BRINCHANG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Untaian madah kata alaun


Untaian ingatan sepanjang zaman

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu
tadi.
Para hadirin sekalian,

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bagi memulakan majlis Khatam kita, dengan sukacitanya


menjemput…………………………………………………………………………
Khatam ………………………………. selaku Khalifah untuk meneruskan acara.
Quran Dipersilakan.

Anak kecil memotong kayu


Kayu di potong dengan gergaji
Seindah apapun suara lagu
Lebih indah suara mengaji

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diatas kejayaan


murid-murid dalam meneruskan tradisi memartabatkan Al-Quran. Semoga
mendapat keberkatan dan pengajaran daripadanya.

Para hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi, dengan Penyampaian Sumbangan & Sijil Penyertaan Majlis
Penyampaian
Khatam ini pada tahun ini.
cenderahati &
Sumbangan
Bagi menyempurnakan majlis, Dengan sukacitanya dijemput PN. NOR AZNI BT
MD NOR, GURU BESAR SK BRINCHANG bagi menyampaikan sijil.
Dipersilakan.

2
Muslimin muslimat, hadirin hadirat sekalian,
Semoga Majlis yang diadakan pada pagi ini dapat memupuk ukhuwah dan
mengeratkan silaturrahim sesama kita dan mendapat rahmat dari-Nya.
Bunga mawar cantik berseri
Penutup Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah Tahun
2018. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan saya
sendiri. Akhir kata, wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB..

Anda mungkin juga menyukai