Anda di halaman 1dari 2

Asalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera

Yang saya hormati guru-guru penolong kanan, barisan guru pendidikan Islam,
ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana diberikan penghormatan untuk bersama-sama
murid dan guru-guru pada pagi ini untuk menyempurnakan Kem Bestari Solat
peringkat sekolah 2021.

Murid dan guru-guru sekalian,

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu
kebaikan.Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-
perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam
dengan syarat-syarat tertentu. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat.
Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali
sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2
dari lima Rukun Islam.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita membimbing serta mendidik murid-murid dalam mendirikan solat. Selain


itu kita akan membimbing mereka dalam pergerakan dan lain-lain bagi menjayakan
salah satu aktiviti kokurikulum pendidikan islam.

Pada waktu endemik ini, pihak sekolah jalankan juga Kem Bestari Solat
secara atas talian. Walaupun begitu modul secara pandu lalu tetap diberikan
mengikut pengiliran masing-masing. Apabila secara atas talian dijalankan maka
panduan-panduan dan bimbingan secara teori oleh guru-guru diperlukan. Kami
mengharapkan ibu bapa turut menjayakan KBS dengan membantu dan melihat
anak-anak mendirikan solat dengan betul. Insyaallah, dengan panduan guru, ibu
bapa menjadi mesra bersama anak masing-masing di rumah.

Kita akan melakukan KBS ini dari rumah dan saya menyeru kepada semua
murid serta guru-guru untuk menjayakan aktiviti KBS seperti dirancang. Selain
daripada itu, gunakanlah modul yang disediakan oleh guru-guru dengan sebaik
mungkin dalam menimba ilmu-ilmu yang baru.
Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingi mengucapkan syabas kepada guru-
guru pendidikan islam 2021 serta semua yang telah terlibat dalam menjayakan
program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang telah anda curahkan kejayaan pada
hari ini tentu sekali sukar untuk kita perolehi.

Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Program Kem
Bestari Solat Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Tasik pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai