Anda di halaman 1dari 2

Kamus Arab merupakan salah satu pendukung belajar yang wajib dimiliki oleh siswa yang

belajar di Madrasah Aliyah, Pondok Pesantren bahkan bagi mahasiswa Perguruan Tinggi
yang sedang mempelajari bahasa Arab. Bagi pemula, kosakata bahasa Arab di dalam
beberapa kamus cukup sulit untuk dicari, hal ini dikarenakan kurangnya pemahaman
terhadap sistem tata bahasa Arab yang memiliki bentuk kalimat yang lumayan sulit.

Berdasarkan tugasan kami telah membuat satu kamus kecil yang dinamakan kamus altho.
Kami menamakan kamus ini dengan altho bertemakan huruf tho yang mempunyai sifat yang
paling kuat di antara huruf hijaiyah yang lain.

Kami membuat karya ini bertujuan untuk mengumpul semua kosakata bahasa Arab berikut
dengan ketepatan dalam mengucapkannya dengan sempurna, agar tidak menyimpang dari
tatabahasa arab, serta menertibkannya secara detail dengan manhaj yang kami ciptakan
sendiri.. Dalam menyusun mu'jam ini, Kami menggunakan manhaj baru dalam penyusunan
kosakata bahasa, dimana beliau menertibkan kosakata berdasarkan sifat al Huruf, dimulai
dengan huruf yang paling kuat sifatnya, yaitu huruf ‫ ط‬kemudian hingga huruf paling lemah
sifatnya. Jika kumpulan sesuatu huruf itu mengandungi lebih daripada satu huruf ia di susun
ikut huruf pertama dalam turutan huruf hijaiyyah. Jika diurutkan, maka urutan hurufnya
seperti ini

‫ ه‬-‫ ف‬-‫ح‬-‫ ث‬-‫ي‬-‫ و‬-‫ك‬-‫ع‬-‫ ش‬-‫ س‬-‫ ز‬-‫ ذ‬-‫خ‬-‫ ت‬-‫ ن‬-‫ م‬-‫ ل‬-‫ غ‬-‫ ء‬-‫ ق‬- ‫ ظ‬-‫ ض‬-‫ ص‬-‫ ر‬- ‫ط – ب – ج – د‬

Tahap sesuatu huruf

Melalui pembahagian ciri-ciri huruf di atas kepada sifat kuat, lemah dan pertengahan, lemah
dan pertengahan, setiap huruf al Quran dari alif hingga ya’ akan dapat dibahagikan kepada
huruf paling kuat kepada huruf palinglemah berdasarkan sifat-sifat yang huruf itu miliki
samada kuat atau lemah. Berikut adalah 5 tahap berdasarkan kuat atau lemahnya sesuatu
huruf.

Paling Kuat

Jika semua ciri huruf adalah dari kalangan sifat-sifat kuat maka huruf itu adalah huruf yang
paling kuat dalam sebutannya. Hanya huruf tho sahaja memiliki semua sifat kuat kecuali
ismat, jahar, syiddah, Isti’la’, itbaq dan qolqolah.

Kuat

Jika kebanyakkan ciri huruf adalah dalam kalangan sifat-sifat kuat maka huruf itu adalah dari
kalangan sifat-sifat kuat maka huruf itu adalah huruf yang kuat dalam sebutannya. Ada 8
huruf yang bersifat kuat, iaitu ‫ب ج د ر ص ض ظ ق‬

Huruf ‫ ب‬sebagai contoh memiliki 3 sifat kuat iaitu ‫جهر‬, ‫شدة‬, ‫قلقلة‬, berbanding dua sifat lemah
iaitu ‫استفال‬, ‫ انفتح‬dan satu lagi ‫ اذالق‬yang tidak bersifat lemah atau kuat

Pertengahan

Jika sama banyak antara ciri huruf bersifat kuat dan lemah, maka huruf yang pertengahan
dalam sebutannya. Ada lima huruf bagi tahap ini, iaitu ‫ء غ ل م ن‬
Huruf sebagai contoh memiliki dua sifat kuat iaitu ‫جهر‬, ‫شده‬, dan 2 sifat lemah iaitu ‫استفال‬, ‫انفتح‬
dan satu lagi ‫ اصمات‬yang tidak bersifat lemah atau kuat.

Apa yang dapat disimpulkan dalam perbincangan tahap-tahap huruf ini ialah sifat-sifat huruf
itu berperanan dalam menentukan ringan atau kuatnya sesuatu huruf. Ini akan dapat
membantu menentukan cara melafazkan sesuatu huruf, samada perlu ditekan sebutannya
atau diringankan, sesuai dengan tahap huruf tersebut kuat atau lemah. Maka huruf yang
kuat perlu ditekankan sebutannya dan huruf yang lemah pula perlu diringankan sebutannya.

Lemah

Jika kebanyakan ciri huruf adalah dari kalangan sifat-sifat lemah maka huruf itu adalah huruf
yang lemah dalam sebutannya. Ada sepuluh huruf yang bersifat lemah, iaitu ‫ت خ ذ ز س ش ع ك‬
‫وي‬

Huruf ‫ ت‬sebagai contoh memiliki tiga sifat lemah iaitu ‫همس‬, ‫استفال‬, ‫انفتاح‬, berbanding satu
sahaja sifat kuat baginya iaitu ‫شدة‬, dan satu lagi ‫ اصمات‬yang bersifat lemah atau kuat.

Paling Lemah

Jika semua ciri huruf adalah dari kalangan sifat-sifat lemah maka huruf itu adalah yang
paling lemah dalam sebutannya. Ada empat huruf yang bersifat paling lemah iaitu ‫ث ح ف ه‬

Huruf ‫ ث‬sebagai contoh memiliki kesemua sifat lemah iaitu ‫همس‬, ‫رخاوة‬, ‫استفال‬, ‫ انفتاح‬dan satu lagi
‫ اصمات‬yang tidak bersifat lemah atau kuat.

Anda mungkin juga menyukai