Anda di halaman 1dari 104

Apa itu Huruf Hijaiyah ?

Huruf Hijaiyah adalah huruf-huruf arab dan huruf-huruf inilah yang akan membentuk kalimah
dan seterusnya ayat Al-Quran. Ia ditulis dari kanan ke kiri.
Jumlah Huruf Hijaiyah ?
Pendapat 1 : Jumlah Huruf Hijaiyah adalah 29 (konsonan)
Pendapat 2 : Jumlah Huruf Hijaiyah adalah 28 (tidak termasuk alif kerana alif adalah huruf
mad yang berfungsi untuk memanjangkan bacaan). 28 konsonan dan 1 vokal (mad)
Kedua-dua pendapat adalah benar. Jadi,  boleh disimpulkan bahawa jumlah Huruf
Hijaiyah adalah 29 (nama huruf) dengan 28 huruf sahaja yang menerima baris.
Berikut adalah panduan untuk menyebut setiap huruf hijaiyah dalam rumi berserta ejaan :
: Huruf Hijaiyah
: Ejaan Bahasa Arab
: Ejaan Bahasa Melayu

Terdapat juga huruf-huruf lain di dalam Al-Quran yang tidak termasuk dalam huruf hijaiyah
antaranya:
1. Alif Maqsurah
2. Lam Alif
3. Hamzah Qatha’
4. Hamzah Wasal
5. Taa Marbutah
Alif Maqsurah
Alif maqsurah berbentuk seperti   ‫ي‬ (yaa) tanpa titik dibawahnya. Ia adalah salah satu
jenis   ‫ا‬  (aliif). Ia tidak menerima harakat / tasykil (fathah, kasrah, dommah) dan
seperti   ‫ا‬ (aliif), ia juga merupakan mad yang berfungsi memanjangkan bacaan.

Lam Alif
Laam alif merupakan gabungan huruf ‫ل‬ (laam) dan ‫ا‬ (aliif).
Hamzah Qatha’
Antara bentuk hamzah qatha’ adalah huruf ‫(ء‬hamzah) seperti kepala ‫ع‬ (aiin) yang berdiri sendiri,
hamzah di atas ‫ا‬   (aliif), hamzah di bawah ‫ا‬ (aliif), hamzah di atas ‫و‬ (waw) dan hamzah di
atas ‫ى‬ (alif maqsurah).

Hamzah Wasal
Bentuk hamzah wasal adalah berbentuk ‫ا‬ (aliif) dan diatasnya berbentuk kepala ‫ص‬ (saad).
Walaupun tiada bentuk hamzah pada hamzah wasal dan ia berbentuk  ‫ا‬ (aliif), ia tetap dipanggil
hamzah.
Pada permulaan bacaan, ia dibunyikan dengan membariskan hamzah wasal dengan fathah (sila
rujuk alif lam ta’rif) manakala pada pertengahan ayat pula, ia tidak dibunyikan

Taa marbutah
Bentuk   ‫ة‬ (taa) bulat ini adalah salah satu dari jenis huruf ‫ت‬ (taa). Ia merupakan tanda
perempuan (muannas) yang terletak pada akhir perkataan (isim).
Kata nama perkataan arab mempunyai jantina samaada lelaki –  ‫ ُم َذ َّكر‬  muzakkar atau
perempuan – ‫ ُمَؤ نَّث‬  muannas
Taa marbutah dibaca dengan bunyi (haa) ketika waqaf (berhenti), manakala jika ia dibaca wasal
(bersambung), ia dibaca dengan bunyi (taa).
Apa itu Makharijil Huruf ?
Setiap huruf hijaiyah ada makhraj dan sifatnya tersendiri di mana ia merupakan penentu kepada
penguasaan bacaan Al-Quran.
Makharij Tempat-tempat keluar. -Adalah jama’ (kata nama yang lebih dari
dua) dari perkataan makhraj.

Makhraj Tempat keluar. -berasal dari perkataan kharaja.

Kharaja Keluar. (fi’il madhi – kata kerja yang telah berlalu).

Makhraj
Tempat keluar huruf-huruf.
Huruf

Makharijil
Tempat-tempat keluar huruf-huruf.
Huruf
Bagi menuturkannya dengan baik, kita perlu memberi penekanan dalam mempelajari dan
menguasai makhraj dan sifat huruf ini secara berguru, Talaqqi Wal Musyafahah (bersemuka
dan memerhati gerak bibir).
Pentingnya menguasai Makharijil Huruf juga adalah supaya kita dapat membezakan bunyi
huruf dan mengelak dari membuat kesilapan yang dikhuatiri dapat merubah makna perkataan
tersebut.
Antara lainnya jika kita tidak dapat membezakan makhraj‫ع‬ (a’iin) dan ‫ء‬  (hamzah),
berkemungkinan bunyi huruf tersebut akan sama, tiada beza atau dibunyikan pada tempat yang
salah.
Jadi dengan memahami dan mengamalkan cara sebutan yang betul melalui tempat keluar huruf
yang tepat, ia akan membuatkan kita lebih yakin dalam bacaan.
Menurut Imam Ibnu Al-Jazary, makharijil huruf dibahagikan kepada 5 tempat atau anggota
utama dengan 17 cara sebutan.
1. Makhraj As-Syafatain (Bibir)
2. Makhraj Al-Lisan (Lidah)
3. Makhraj Al-Khaisyum (Rongga Hidung)
4. Makhraj Al-Jauf (Rongga Mulut)
5. Makhraj Al-Halq (Kerongkong)
Tips / panduan membunyikan huruf pada makhrajnya adalah dengan menambah hamzah
berharkat fathah di hadapan huruf dengan mematikan huruf yang ingin dibunyikan.
Contoh:
Bagi membunyikan huruf  ‫ت‬ (ta), letakkan hamzah berharkat fathah di hadapan huruf dan
matikan huruf yang ingin dimatikan seperti ini  ْ‫َأت‬, sebutannya akan menjadi (at)  .
As-Syafatain bermaksud antara dua bibir. Huruf-huruf Makhraj Syafatain
berjumlah 4kesemuanya iaitu:
1. ‫و‬ (wau)
2. ‫ف‬ (fa)
3. ‫م‬ (mim)
4. ‫ب‬ (ba)
Makhraj Huruf  ‫و‬ (wau)
Jom sebut – ‫َأ ۡو‬ (aw)

Makhraj Huruf  ‫ف‬ (fa)
Jom Sebut – ‫َأ ۡف‬ (af)

Makhraj Huruf  ‫م‬ (miim)
Jom sebut –  ۡ‫َأم‬ (am)   
Makhraj Huruf  ‫ب‬ (ba)
Jom sebut – ‫َأ ۡب‬ (abb) matikan sebutan dengan Qalqalah

Al-Lisan bermaksud lidah. Huruf-huruf Makhraj Al-Lisan berjumlah 18kesemuanya iaitu:


1. ‫ت‬ (taa) , ‫د‬ (dal) ,‫ط‬ (tha’)
2. ‫ث‬ (tsaa), ‫ذ‬ (dzal), ‫ظ‬  (tzo)
3. ‫ز‬ (zaai) , ‫س‬ (siin), ‫ص‬ (shod)
4. ‫ل‬ (lam)
5. ‫ض‬ (dhod)
6. ‫ن‬ (nun)
7. ‫ر‬ (ro)
8. ‫ج‬ (jim), ‫ش‬ (shin), ‫ي‬ (yaa)
9. ‫ك‬ (kaaf)
10. ‫ق‬ (qoof)

Makhraj Huruf ‫ت‬ (taa) , ‫د‬ (dal) ,‫ط‬ (tha’)


Jom sebut – ‫َأ ۡت‬  (at)
Jom sebut – ‫َأ ۡد‬ (add) matikan sebutan dengan Qalqalah
Jom sebut – ‫َأ ۡط‬ (athh) matikan sebutan dengan Qalqalah

Makhraj Huruf  ‫ث‬ (tsaa), ‫ذ‬ (dzal), ‫ظ‬  (tzo)


Jom sebut – ‫َأ ۡث‬ (asst)
Jom sebut – ‫َأ ۡذ‬ (adz)
Jom sebut – ‫َأ ۡظ‬ (atz)

Makhraj Huruf ‫ز‬ (zaai) , ‫س‬ (siin), ‫ص‬ (shod)


Cara : Hujung lidah diletakkan di belakang gigi kacip bahagian bawah dan yang membezakan
bunyi ketiga-tiga huruf ini adalah pada sifatnya.
Jom sebut – ‫َأ ۡز‬ (aaz)
ۡ ‫َأ‬ (ass)
Jom sebut – ‫س‬
ۡ ‫(َأ‬asshd)  
Jom sebut – ‫ص‬
Makhraj Huruf ‫ل‬ (lam)
Jom sebut –  ۡ‫َأل‬  (al)

Makhraj Huruf ‫ض‬ (dhod)
ۡ ‫َأ‬  (adh)
Jom sebut – ‫ض‬
Makhraj Huruf ‫ن‬ (nun)
Jom sebut – ‫َأ ۡن‬  (an)

Makhraj Huruf ‫ر‬ (ro)
Jom sebut – ‫َأ ۡر‬  (ar)
Makhraj Huruf ‫ج‬ (jim), ‫ش‬ (shin), ‫ي‬ (yaa)
Jom sebut – ‫َأ ۡج‬  (ajj) matikan sebutan dengan Qalqalah
Jom sebut – ‫ش‬ ۡ ‫َأ‬  (ash)
Jom sebut – ‫َأ ۡي‬  (ay)

Makhraj Huruf ‫ك‬ (kaaf)
Jom sebut  – ‫َأ ۡك‬ (ak)
Makhraj Huruf ‫ق‬ (qoof)

Jom sebut – ‫َأ ۡق‬ (aqq) matikan sebutan dengan Qalqalah

Al-Khaisyum bermaksud rongga hidung. Huruf-huruf Makhraj Al-Khaisyum berjumlah 2 


kesemuanya iaitu :
1. ‫ن‬ (nun)
2. ‫م‬ (miim)
Makhraj Huruf  ‫ ن‬ (nun)
Jom sebut – ‫َأ ۡن‬ (aanhh)
Makhraj Huruf  ‫م‬ (miim)
Jom sebut –  ۡ‫َأم‬ (aamhh)

Al-Jauf bermaksud rongga mulut. Huruf-huruf Makhraj Al-Jauf adalah huruf mad dan ia
berjumlah 3  kesemuanya iaitu:
1. ‫ا‬ (alif) – sebelumnya fathah ( ‫) َـ ا‬
2. ‫ي‬ (ya) – sebelumnya kasroh ( ‫) ِـ ْي‬
3. ‫و‬ (wau) – sebelumnya dhommah ( ‫) ُـ ْو‬
Cara bacaan : Tambah “hamzah” atau “baa” mengikut harakat mad yang betul diikuti huruf
mad.
Makhraj Huruf  ‫ا‬ (alif) – sebelumnya fathah ( ‫) َـ ا‬
Jom sebut – ‫ بَا‬ (baa)
Makhraj Huruf  ‫ي‬ (ya) –  sebelumnya kasroh ( ‫) ِـ ْي‬
Jom sebut – ‫ بِي‬ (biii)
Makhraj Huruf  ‫و‬ (wau) – sebelumnya dhommah ( ‫) ُـ ْو‬
Jom sebut – ‫بُو‬ (buu)
Al-Halq bermaksud kerongkong atau halqum. Huruf-huruf Makhraj Al-Halq
berjumlah 6 kesemuanya iaitu:

1. ‫خ‬ (kha) dan ‫غ‬ (ghain)
2. ‫ح‬ (ha) dan ‫ع‬ (ain)
3. ‫ء‬ (hamzah) dan ‫ه‬ (ha)

Makhraj Huruf ‫خ‬ (kha) dan ‫غ‬ (ghain)


ۡ ‫َأ‬ (akh)
Jom sebut – ‫خ‬
ۡ ‫َأ‬ (agh)
Jom sebut – ‫غ‬

Makhraj Huruf  ‫ح‬ dan (ha) dan ‫ع‬ (ain)  


ۡ ‫َأ‬ (ah)
Jom sebut – ‫ح‬
ۡ ‫َأ‬ (a’)
Jom sebut – ‫ع‬

ۡ ‫َأ‬ (agh)
Jom sebut – ‫غ‬

ۡ ‫َأ‬ (a’)
Jom sebut – ‫ع‬
Makhraj Huruf ‫ه‬ (ha) dan ‫ء‬ (hamzah)
Jom sebut –  ۡ‫َأه‬ (ah)
Jom sebut – ‫َأ ۡء‬ (ak)
Apa itu Sifat Huruf ?
Sifat huruf adalah cara menekan (menyekat ) udara atau suara ketika bunyi huruf dilafazkan
sama ada tinggi atau rendah, nyaring atau perlahan, kuat atau lemah, qalqalah yang
menyebabkan ianya melantun, huruf yang bersifat berhambur dan sebagainya.
Kenapa kita perlu tahu sifatnya ?
Sebab terdapat huruf arab pada makhraj yang sama tetapi sifat yang berbeza. Bayangkan pada
lingkungan makhraj yang sama, terdapat lebih dari satu huruf. Jadi untuk membezakan huruf
tersebut, sifat huruf inilah akan memainkan peranan.
Selain dari itu, kita dapat mengenalpasti huruf yang hampir sama sebutannya seperti ‫ث‬  (tsa)
dan ‫س‬  (siin) .
Cuba anda kenalpasti dan bunyikan huruf ini.
‫َأ ۡث‬  (ist) dan ‫س‬
ۡ ‫َأ‬  (is)
Jika kita tidak tahu sifatnya, kita tidak dapat membezakan sebutannya.
Sifat huruf ini juga adalah sebagai pelengkap pada mahkrajnya.
Berapa banyak sifat huruf ?
Okay, menurut Imam Al-Jazari, terdapat 20 sifat huruf yang terbahagi kepada dua kategori.
1. Sifat huruf yang mempunyai lawan (11 Huruf) .
2. Sifat huruf yang tidak mempunyai lawan (9 Huruf) .
‫س‬
ُ ‫ َه ْم‬HAMS ↔ ‫ َج ْه ٌر‬JAHR
(TERSEMBUNYI ↔ TERANG)
Hams (tersembunyi) adalah apabila membunyikan 10 hurufini, ia beserta dengan terlepasnya
nafas / angin.
Huruf :   ‫ف ح ث ه ش خ ص س ك ت‬ 
Mnemonik:  َ‫س َكت‬ َ ‫ َف َح َّث ُه‬ 
ٌ ‫ش ْخ‬
َ ‫ص‬
Selain dari huruf-huruf yang dinyatakan, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Jahr (terang) yang
apabila dibunyikan, adanya udara yang tersekat.

ٌ‫ شِ دَّ ة‬SHIDDAH ↔ ٌ‫ َر َخ َاوة‬ROKHOWAH


(KUAT ↔ LEMBUT)
Shiddah (kuat) adalah apabila dibunyikan dengan cara suara ditekan pada huruf.
Huruf : ‫أ ج د ق ط ب ك ت‬
Mnemonik:  ْ‫َأ ِجدْ َقطٍ َب َكت‬ 
Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Rokhowah (lembut) yang
dibunyikan dengan suara terlepas.
Tetapi diantara kedua-dua sifat ini, ada sifat pertengahan
yang dinamakan  ‫س ٌط‬ ُّ ‫ َت َو‬  Tawassut(Sederhana) yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut
pada 5 huruf ini.
Huruf : ‫ل ن ع م ر‬
Mnemonik: ‫لِنْ ُع َمر‬ 

‫ ا ِْست ِْعالَ ٌء‬ISTI’LA ↔ ٌ ‫ ا ِْستِ َفال‬ISTIFAL


(TERANGKAT ↔ MERENDAH)
Isti’la (terangkat) adalah apabila dibunyikan dengan suara mengangkat pangkal lidah ke langit-
langit dan ia dibaca dengan tebal, tafkhim (‫ ) َت ْف ِخ ْي ُم‬pada 7 huruf ini.
Huruf : ‫خ ص ض غ ط ق ظ‬
Mnemonik: ‫ض ْغطٍ ق ِْظ‬ َّ ‫ ُخ‬ 
ّ ‫ص‬
Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Istifal (merendah) yang
dibunyikan dengan lidah menurun dan ia dibaca dengan nipis, tarqiq ( ٌ‫ َت ْرقِ ْيق‬ ).
ٌ‫ ا ِْط َباق‬ITBAQ ↔ ‫ح‬
ٌ ‫ ِا ْنفِ َتا‬INFITAH
(MELEKAP ↔ TERBUKA)
Itbaq (melekap) adalah apabila dibunyikan dengan melekapnya atau bertemunya lidah pada
langit-langit dan ia dibaca dengan tebal, tafkhim ( ‫ َت ْف ِخ ْي ُم‬ ) pada 4 huruf ini.
Huruf : ‫ص ض ط ظ‬ 
Mnemonik: ‫ض َط َظ‬
ْ ‫ص‬َ
Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Infitah (terbuka) yang
dibunyikan dengan lidah terpisah dari langit-langit.

ٌ‫ ا ِْذالَق‬IZLAQ ↔ ٌ‫ِص َمات‬


ْ ‫ ا‬ISMAT
(LANCAR ↔ TERTAHAN)
Izlaq (lancar) adalah apabila dibunyikan, ia dapat disebut dengan mengeluarkan huruf dengan
cepat dan dapat disebut dengan mudah pada 6 huruf ini.
Huruf : ‫ف ر م ن ل ب‬ 
Mnemonik : ‫ب‬ ٍّ ُ‫ َف َّر مِنْ ل‬  
Selain dari huruf tersebut, ia dibunyikan dengan lawannya iaitu Ismat (tertahan) yang
dibunyikan dengan mengeluarkan huruf dengan tertahan atau susah.

SOFIIR SIULAN – Suara Burung / Siul ‫س‬ ‫ز‬ ‫ص‬


QALQALAH PANTULAN – Suara Memantul ‫ق‬ ‫ط‬ ‫ب‬ ‫ج‬ ‫د‬
LIIN LEMBUT – Suara Lembut ‫ــ َ ي ــ َ و‬
INHIROF LENCONGAN ‫لر‬
TAKRIIR BERGETAR ‫ر‬
TAFASSHI BERHAMBUR – Tersebar Angin ‫ش‬
ISTITOLAH MEMANJANG – Suara Memanjang ‫ض‬
GHUNNAH DENGUNG – Suara Dengung ۡ‫ۡن م‬
KHAFA’ TERSEMBUNYI – Tersembunyi Suara Huruf ‫ـَ ا ـِ ي ـ ُ و ه‬
Apa Itu Nun Mati ?
Nun mati / nun sukun / nun sakinah adalah merujuk kepada nun yang sama iaitu nun
 yang tidak menerima baris.
 Ia berada di tengah dan akhir kalimah.
 ia kekal pada sebutan dan tulisan.
 ia kekal ketika wasal (menyambung bacaan) atau waqaf (berhenti).
Tanda nun sakinah pada al-Quran Resam Uthmani adalah
 nun yang bertanda sukun.
 nun tunggal yang tidak bertanda.
 nun bertanda dengan huruf mim kecil
Apa Itu Tanwin ?
Tanwin ialah
 baris dua sama ada baris dua di atas (fathatain), baris dua bawah (kasratain) dan baris dua di
hadapan (dhommatain).
 nun mati yang wujud pada penghujung kata nama / akhir kalimah.
 nun tambahan yang ada pada bacaan tetapi tidak kelihatan pada tulisan.
 ia disebut ketika wasal (menyambung bacaan) tetapi ia tidak disebut ketika waqaf (berhenti).
Tanda tanwin pada al-Quran Resam Uthmani
 tanwin baris dua selari
 tanwin baris dua tidak selari
 tanwin bersama huruf mim kecil
Contoh Tanwin, Wasal dan Waqaf

Oleh yang demikian, dari hukum nun mati dan tanwin inilah apabila bertemunya 28 Huruf


Hijaiyah akan membentuk 4 hukum iaitu :
1. Izhar Halqi
2. Iqlab
3. Idgham
4. Ikhfa’ Hakiki
Masih ingat lagi Makhraj Al-Halq (halkum / kerongkong) ? kesemua 6 huruf ini adalah
dari makhraj yang sama. Jadi jika nun mati bertemu 6 huruf dari kerongkong ini, anda terus
sahaja membacanya dengan JELAS. Mudah kan?
Cara Bacaan :
Melafazkan sebutan nun dengan JELAS tanpa dengung.
Kenal Pasti Tanda Izhar :
1. Nun ADA tanda SUKUN
2. Tanwin baris atas (fathatain) yang SELARI
3. Tanwin baris bawah (kasratain) yang SELARI
4. Tanwin baris depan (dommatain) yang berbentuk 69
Maksud :
Izha
r Jelas

Hal
qi Halkum
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf izhar.

Contoh Ayat : 
Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf izhar.
Cara Bacaan :
Menukar sebutan nun kepada miim.
Kenal Pasti Tanda Iqlab :
1. Nun ADA huruf miim kecil.
2. Tanwin baris atas (fathatain) mempunyai huruf miim kecil.
3. Tanwin baris bawah (kasratain) mempunyai huruf miim kecil.
4. Tanwin baris depan (dommatain) mempunyai huruf miim kecil.

Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan Iqlab.
Contoh Ayat : 
Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab.

Cara Bacaan :
Memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya. Teknik bacaan
terbahagi kepada 2, iaitu Idgham Kamil dan Idgham Naqis.
Kenal Pasti Tanda Idgham :
1. Nun TIADA tanda SUKUN
2. Tanwin baris atas (fathatain) yang TIDAK SELARI.
3. Tanwin baris bawah (kasratain) yang TIDAK SELARI.
4. Tanwin baris depan (dommatain) yang berbentuk 99.
5. Tanda tasydid pada Idgham Kamil.
Maksud :
Naqi
Masih ada dengungnya
s

Kam
Idgham terus
il

Bi Dengan

Maal Bersama

Idgham Bilaghunnah :
Dibaca dengan memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya TANPA
DENGUNG.
Idgham Bighunnah :
Dibaca dengan memasukkan atau menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya
kemudian di-DENGUNGKAN 2 HARAKAT.

Idgham Kamil (sempurna) : Idgham Naqis (tidak sempurna) :

Dianggap sempurna kerana Dianggap tidak sempurna kerana apabila


apabila digabungkan, sebutan nun digabungkan, sebutan nun tidak
telah dilenyapkan. lenyapdan masih boleh dikesan.
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf Idgham Bilaghunnah.

Contoh Ayat : 
Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bilaghunnah.
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf Idgham Bighunnah.

Contoh Ayat : 
Berikut adalah contoh ayat Tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bighunnah.
Ia adalah bacaan samar-samar antara Izhar (jelas) dan Idgham(dengung).
15 huruf Hijaiyah bagi Hukum Ikhfa‘ ini adalah huruf tinggal selepas ditolak 6 huruf Hukum
Izhar, 6 huruf Hukum Idgham dan 1 huruf Hukum Iqlab.

Cara Bacaan :
Menyembunyikan atau menyamarkan sebutan nun sebelum bertemu huruf selepasnya
Kenal Pasti Tanda Ikhfa’ :
1. Nun TIADA tanda SUKUN
2. Tanwin baris atas (fathatain) yang TIDAK SELARI
3. Tanwin baris bawah (kasratain) yang TIDAK SELARI
4. Tanwin baris depan (dommatain) yang berbentuk 99
Maksud :
Ikhfa
Sembunyi

Haki
Hakikat
ki
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Nun Mati bertemu dengan huruf ikhfa’.
Contoh Ayat : 
Berikut adalah contoh ayat
Tanwin bertemu dengan huruf ikhfa’.
Apa itu mim mati ?
Mim sakinah / mim sukun / mim mati merujuk kepada mim yang sama iaitu mim yang tidak
menerima baris.
Tanda mim sakinah pada al-Quran Resam Uthmani adalah
 mim yang bertanda sukun.
 mim tunggal yang tidak bertanda.

Oleh yang demikian, dari hukum mim mati inilah apabila bertemunya 28 Huruf Hijaiyah akan
membentuk 3 hukum iaitu :
1. Idgham syafawi
2. Ikhfa’ syafawi
3. Izhar syafawi
Syafawi disini bermaksud bibir kerana makhraj huruf mim adalah keluar dari kedua-dua bibir.

Cara Bacaan :
Ia dibaca dengan MEMASUKKAN atau MENGGABUNGKANmim sakinah kepada mim
berbaris beserta dengung 2 harakat.
Kenal Pasti Tanda Idgham Syafawi :
1. Mim TIADA tanda sukun.
2. Mim selepasnya berbaris dan mempunyai tasydid/sabdu di atasnya.
Nota :
Ia juga dinamakan dengan Idgham Mislain. Mislain bermaksud dua huruf yang serupa.
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Mim Mati bertemu dengan huruf Idgham Syafawi.

Cara Bacaan :
Ia dibaca dengan MENYEMBUNYIKAN sebutan mim sakinah beserta dengung 2 harakat.

Kenal Pasti Tanda Ikhfa’ Syafawi :


1. Mim TIADA tanda sukun.
2. huruf  ‘baa’ selepasnya berbaris

Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Mim Mati bertemu dengan huruf Ikhfa’ Syafawi.

Cara Bacaan :
Ia dibaca dengan MENJELASKAN sebutan mim sakinah TANPAdengung.
Kenal Pasti Tanda Izhar Syafawi :
1. Mim ADA tanda sukun.
2. 26 huruf selepasnya berbaris.
Contoh Ayat :
Berikut adalah contoh ayat Mim Mati bertemu dengan huruf Izhar Syafawi.

Apa itu Mad ?


Mad bermaksud MENAMBAH. Ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika
bertemu Huruf Mad atau Huruf Lin.
Huruf Mad :
Huruf mad ada TIGA kesemuanya iaitu Huruf Alif , Huruf Wau dan juga Huruf
Ya dengan SYARAT :
1. Alif dan huruf sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
2. Wau dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris depan.
3. Ya dan huruf sebelumnya terdapat huruf berbaris bawah
Nota : Sila Ke Mad Asli untuk  penerangan selanjutnya.
Huruf Lin :
Huruf lin ada DUA iaitu Huruf Wau dan Huruf Ya dengan SYARAT :
1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.
2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.
Nota : Sila Ke Mad Lin untuk  penerangan selanjutnya.
Apa itu Harakat ?
Cara membaca mad bergantung kepada kadar harakatyang ditetapkan bermula dari 2 hingga 6
harakat.
1 harakat dikategorikan dalam bacaan tidak panjang . Manakala, bacaan panjang adalah
bermula dari 2 sehingga 6 harakat.
Cara mengira harakat adalah dengan menggenggam jaridan melepaskannya. Jika 2 harakat,
genggam 2 jari dan lepaskan. Namun  begitu, cara untuk mengenggam dan melepaskan jari
mestilah mengikut kadar kelajuan bacaan.
Kadar Kelajuan Bacaan :
Kadar kelajuan bacaan terdapat 3 jenis :
 Tahqiq – perlahan
Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan
qari / qariah.
 Tadwir – lebih laju dari tahqiq
Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan.
 Hadr – laju
Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-
Quran dalam mengulang-ulang bacaan.
Nota : Jika anda membaca pada kadar tadwir anda perlulah genggam dan lepaskan jari mengikut
kadar kelajuan tadwir tersebut. Maka bacaan mad anda akan jadi lebih cepat sedikit berbanding
mereka yang membaca pada kadar tahqiq.
Jenis Mad :
Mad terbahagi kepada DUA jenis iaitu:
1. Mad Asli
 Mad yang BUKAN DISEBABKAN hamzah dan sukun.
 Kadar harakat adalah 2 sahaja.
 Asli – Asal
 Thobi’i – Semulajadi
2. Mad Far’i
 Mad tambahan yang DISEBABKAN oleh hamzah dan sukun.
 Kadar harakat adalah lebih dari 2 sehingga 6.
 Mad Far’i terbahagi kepada 13 jenis.
 Far’i – Tambahan / Cabang
Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i.
Sebab Ia Terjadi :
Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif ( ‫ ا‬ ) , Wau ( ‫) و‬, dan Ya ( ‫) ي‬. Dan ianya
terjadi secara tobi’i (semulajadi) kerana 3 huruf itu sahaja TANPA DISEBABKAN oleh hamzah
atau sukun.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Asli Asal

Thobi
Semulajadi
’i

Istilah Sesuatu yang tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau
sukun
Kenalpasti Tanda Mad Asli :
1 Huruf mad yang TIADA baris

 Huruf Alif  ( ‫ ا‬ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris fathah.


 Huruf Wau ( ‫) ْو‬ dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris depan.
 Huruf Ya  ( ‫ي‬ْ ) dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.

2 Tanda huruf mad yang kecil iaitu huruf Alif ( ‫ ا‬ ) , Wau ( ‫) و‬, dan Ya ( ‫) ي‬

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
Dalam al-Quran terdapat dua jenis tanda bujur iaitu Tanda Bujur Serong dan Tanda Bujur
Tegak.
Tanda Bujur Serong :
Ia hanya ada pada tulisan tetapi TIADA pada bacaan. Ia hanyalah huruf ziadah (tambahan)
sahaja.
Tanda Bujur Tegak :
Hanya terdapat pada ENAM (6) perkataan dalam al-Quran, ia dikategorikan sebagai mad asli
yang perlu dibaca dengan kadar 2 harakat HANYA APABILA DIWAQAFKAN. Pada bacaan
wasal, ia diabaikan.
6 Baris Ayat Tanda Bujur Tegak Di Dalam Al-Quran :
Bagi setiap kalimah “ana”  dalam Al-Quran. Tidak semestinya pada surah Al-Baqarah (2) : 258
sahaja.

Sebab Ia Terjadi :
Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam SATU perkataan.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Wajib Wajib

Muttas
Bersambung / berhubung
il
Kenalpasti Tanda Mad Wajib Muttasil :
1 Tanda panjang ∼ diikuti hamzah dalam SATU perkataan di mana hamzahnya tidak
berada di atas huruf alif atau di bawah huruf alif.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
 Wasal : 4/5 harakat
 Waqaf : 5 harakat
Sebab Ia Terjadi :
Mad Jaiz Munfasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam DUA perkataan.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Jaiz Harus

Munfas
Terpisah
il

Kenalpasti Tanda Mad Jaiz Munfasil :


1 Tanda panjang ini ∼ diikuti hamzah dalam DUA perkataan di mana hamzahnya berada
di atas huruf alif atau di bawah huruf alif.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
 Wasal : 4/5 harakat
 Waqaf : 2 harakat (kembali menjadi mad asli apabila diwaqafkan pada huruf (mad)
Sebab Ia Terjadi :
Mad silah qosiroh berlaku pada keadaan wasal sahaja. Mad ini berlaku pada huruf ha domir
(ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang berbaris dan tiada hamzah selepasnya.
Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada
muzakkar.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Silah Sambung

Qosiro
Pendek
h

Sughr
Kecil (kerana tiada hamzah selepasnya dan kadar harakat 2 sahaja)
a
Kenalpasti Tanda Mad Qosiroh:
1 Tanda wau kecil selepas ha berbaris dhommah.
2 Tanda yaa kecil selepas ha berbaris kasrah.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
 Wasal : 2 harakat
Ia juga dikenali dengan Mad Silah Kubra.
Sebab Ia Terjadi :
Mad silah towilah berlaku pada keadaan wasal sahaja.
Mad ini berlaku pada huruf ha domir (ganti nama) dimana ia terletak diantara 2 huruf yang
berbaris dan ada hamzah selepasnya.
Ia juga adalah sebahagian dari mad munfasil pada asalnya kerana ha simpul ini bertemu dengan
hamzah dalam dua perkataan.
Ha domir – Huruf Ha simpul yang merujuk kepada ganti nama diri ketiga dan merujuk kepada
muzakkar.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Silah Sambung

Towila
Panjang
h

Kubra Besar (kerana terdapat hamzah selepasnya dan kadar harakat melebihi 2)


Kenalpasti Tanda Mad Silah Towilah :
1 Tanda wau kecil selepas haa berbaris dhommah bersama tanda panjang diatasnya dan
selepasnya adalah hamzah.
2 Tanda yaa kecil selepas haa berbaris kasrah bersama tanda panjang diatasnya dan
selepasnya adalah hamzah.

Harakat :
Kadar 4/5 harakat (sama seperti  mad munfasil) ketika wasal sahaja.
Sebab Ia Terjadi :
Mad Aridh Lissukun ini terjadi disebabkan adanya sukun yang didatangkan apabila diwaqafkan.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Aridh Mendatang

Lissuku
Kerana Sukun
n
Kenalpasti Tanda Mad Aridh Lissukun :
1 Terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan.

Harakat :
Dibaca dengan kadar harakat :
 Waqaf : 2/4/6 harakat
 Wasal : 2 harakat
Perhatikan pada tulisan bewarna hijau “alaalamiiiin”. Jika bacaan diwaqafkan, ia boleh
dipanjangkan samaada 2/4/6 harakat. Jika ia diwasalkan, ia akan dibaca dengan 2 harakat sama
dengan kadar harakat mad asli. “alaalamiinnarhmaan”
Sebab Ia Terjadi :
Adalah ketika mewaqafkan bacaan, huruf yang terakhir disukunkan.
Keterangan :
Ma Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
d mad)

Lin Lembut
Huruf Lin : 
Huruf lin adalah (wau dan ya) dan SYARAT mad lin pula adalah apabila huruf sebelumnya
berbaris atas TETAPI bacaan hanya boleh dipanjangkan pada huruf lin ini ketika
WAQAF SAHAJA, manakala pada bacaan wasal ia dibaca dengan bacaan tidak panjang.
Kenalpasti Tanda Mad Lin :
1 Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.
2 Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat .
Sebab Ia Terjadi :
Apabila huruf hamzah bertemu huruf mad dalam SATUperkataan. Pada asalnya, terdapat 2
hamzah dalam satu perkataan. Hamzah pertama berbaris dan hamzah kedua sukun. Disebabkan
itu hamzah kedua ditukar kepada huruf mad berpandukan baris pada hamzah yang pertama.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Bada
Tukar
l
Kenalpasti Tanda Mad Badal :
1 Huruf mad alif, wau dan ya dan didahului dengan hamzah.

Harakat :
Dibaca dengan 2  harakat
Sebab Ia Terjadi :
Bagi membezakan hamzah istifham yang bermaksud pertanyaan (adakah) dimana hanya terdapat
3 perkataan sahaja bagi hukum ini di dalam al-Quran.
Ia juga adalah sebahagian Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Farq
Membezakan
i
Kenalpasti Tanda Mad Farq’i :
1 Hamzah istifham di hadapan perkataan dan huruf mad selepasnya bertanda panjang.

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat
Sebab Ia Terjadi :
Mad Lazim Harfi terjadi apabila huruf mad Asli bertemu sukun pada huruf-huruf Muqotho’ah.
(huruf yang tiada baris)
Huruf Muqotho’ah ُ‫ا ْل ُمقَطَّ َعة‬ – Terletak pada awal surah tertentu.
Kaedah mengenalpasti cara membaca huruf muqotho’ah ini adalah dari ejaan asal huruf
tersebut. Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Lazim Lazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)

Harfi Huruf

Mukhaff Ringan (tiada idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu
af huruf tanpa idgham.

Musaqqa Berat (terdapat idgham) – Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu
l huruf beserta idgham.
Hukum ini boleh dikenalpasti melalui 3 kategori ini :
1.
1. Tiada Mad – Huruf Alif
2. Mad Asli – Terdapat 5 huruf muqotho’ah yang dibaca dengan fathah dan dipanjangkan 2
harakat kerana terdapat huruf alif (huruf mad) pada ejaannya. Mnemonik : Haya Thoharo
(‫َح َي َط َه َر (ح ي ط ه ر‬
3. Mad Lazim – Terdapat 8 huruf muqotho’ah yang ditandakan dengan tanda panjang dan
dibaca dengan 6 harakat. Mnemonik: Naqoso ‘Asalukum (‫(ن ق ص ع س ل ك م‬  ‫ص َع َسلُ ُكم‬
َ ‫َن َق‬
Huruf ‘ain pada permulaan
1. Maryam (19) – ‫كھیعص‬
2. Ash-Shura (42) -( ٢( ٓ‫ ٓع ٓسق‬ )١( ‫ح ٓم‬
harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat melalui tariq As-Syatibi
Contoh 1
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
1. Huruf alif tiada mad (kategori 1). Ia hanya perlu dilafaz sebagai “alif” sahaja.
2. Huruf Lam – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.
3. Huruf Mim – Mad Lazim Harfi Musaqqal (kategori 3). Ia perlu dibaca panjang 6 harakat.
Perhatikan ejaan lam dan mim. Diakhir ejaan huruf lam terdapat mim dan di awal huruf mim
terdapat huruf mim. Maka apabila mim bertemua mim (idgham mutamathilain-mim pertama
sukun, mim kedua berbaris), hukumnya sama seperti idgham syafawi yang perlu didengungkan 2
harakat. Disebabkan itu juga ia digelar musaqqal.
Contoh 2
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
Jika tiada tanda panjang di atas huruf tersebut, ia bukanlah mad lazim.
1. Huruf Tho – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.
2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dibaca panjang 2 harakat.

Contoh 3
Sila rujuk ejaan huruf hijaiyah.
1. Huruf Kaf – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.
2. Huruf Ha – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
3. Huruf Ya – Mad Asli (kategori 2). Ia perlu dipanjangkan 2 harakat.
4. Huruf ‘Ain – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia harus dibaca panjang samaada 4 atau 6
harakat.
5. Huruf Sod – Mad Lazim Harfi Mukhoffaf (kategori 3). Ia perlu dipanjangkan 6 harakat.
Perhatikan pertemuan ejaan huruf ‘ain dan sod. Ia perlu dibaca ikhfa’ 2 harakat.
Sebab Ia Terjadi :
Huruf mad bertemu dengan sukun asli tanpa idgham.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Lazim Lazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)

Kalimi Kalimah (dalam satu perkataan)

Mukhaff
Ringan (tiada idgham)
af
Kenalpasti Tanda Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf :
1 Huruf mad bertemu dengan sukun asli tanpa idgham. Di atas huruf mad terdapat tanda
panjang. Ia terdapat pada 2 tempat sahaja.

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat

Sebab Ia Terjadi :
Huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu perkataan beserta dengan idgham. Di atas
huruf mad terdapat tanda panjang.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu
huruf mad)

Lazim Lazim (kemestian memanjangkan mad dengan 6 harakat)

Kalimi Kalimah (dalam satu perkataan)

Musaqq
Berat (terdapat idgham)
al

Kenalpasti Tanda Mad Lazim Kalimi Musaqqal :


1 Huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf pertama, kemudian huruf pertama
digabungkan kedalam huruf kedua. (idgham mutamathilain)

Harakat :
Dibaca dengan 6 harakat
Ia juga dikategorikan sebagai mad asli melalui tanda mad yang terdapat pada kalimah tersebut
dan cara membacanya juga sama seperti mad asli.
Sebab Ia Terjadi :
Ia terjadi apabila terdapat 3 yaa di dalam satu kalimah.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Tamki
Menetapkan
n
Kenalpasti Tanda Mad Tamkin:
1 Terdapat dua huruf Yaa didalam 1 kalimah di mana :
 Yaa pertama bersabdu/bertasydid dan berbaris bawah / kasrah.
 Yaa kedua matiHuruf mad yang TIADA baris.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
Sebab Ia Terjadi :
Mad ini terjadi apabila ia dibaca dengan 2 harakat sebagai GANTI pada kalimah yang berakhir
dengan baris dua diatas / fathatain ketika ia DIWAQAFKAN.
Keterangan :
Mad Menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf
mad)

Iwad
Ganti
h

Kenalpasti Tanda Mad Iwadh:


1 Kalimah yang berakhir dengan baris dua diatas /fathatain SAHAJA dan ia bukanlah huruf
taa marbutah.

Harakat :
Dibaca dengan 2 harakat
Jom berkenalan dulu dengan perkataan ini.
‫تَ ْف ِخ ْي ُم‬  tafkhim – tebal
‫ق‬ ٌ ‫ت َْرقِ ْي‬  tarqiq – nipis
Ingat lagi tak perkongsian tentang sifat huruf? Hukum ini akan dikaitkan dengan sifat huruf
isti’la dan istifal.
Nota : Sila Ke Sifat Huruf untuk penerangan selanjutnya.
Okay, bacaan tebal nipis ini akan melibatkan:
1. Huruf isti’la (terangkat)
2. Huruf istifal (merendah)
3. Huruf alif
4. Huruf lam
5. Huruf ro
Tetapi, terdapat 3 huruf yang mempunyai kedua-dua cara iaitu huruf alif, lam pada lafdzuljalalah
dan huruf ro.
1. HURUF ISTI’LA (TERANGKAT)
Bagi bacaan tebal, ia melibatkan semua huruf isti’la  (terangkat).
Isti’la (terangkat) adalah apabila dibunyikan dengan suara mengangkat pangkal lidah ke langit-
langit yang menjadikan bunyi sebutannya tebal.

2. HURUF ISTIFAL (MENURUN)


BACAAN NIPIS (TARQIQ) ‫ق‬ ٌ ‫ت َْرقِ ْي‬ 
Selain dari 7 huruf isti’la ini, iaitu huruf istifal, ia perlu dibaca nipis (tarqiq).
3. HURUF ALIF (MAD)
Huruf alif bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.
BACAAN TEBAL (TAFKHIM) ‫خ ْي ُم‬ ِ ‫تَ ْف‬ 
Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari 7 huruf isti’la.
BACAAN NIPIS (TARQIQ) ‫ق‬ ٌ ‫ت َْرقِ ْي‬ 
Huruf berbaris atas sebelum huruf mad (alif) adalah dari huruf istifal (huruf selain isti’la)

4. HURUF LAM
Huruf lam pada lafdzuljalalah (lafaz kalimah Allah).
Huruf lam bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal.
BACAAN TEBAL (TAFKHIM) ‫خ ْي ُم‬ ِ ‫تَ ْف‬ 
Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris atas atau berbaris depan.
BACAAN NIPIS (TARQIQ) ‫ق‬ ٌ ‫ت َْرقِ ْي‬ 
Jika sebelum kalimah lafdzuljalalah berbaris bawah.
5. HURUF RO
Huruf ro bersifat istifal. Tetapi ada ketikanya ia perlu dibaca tebal dan ada ketikanya ia diberi
pilihan untuk dibaca tebal atau nipis.
ِ ‫تَ ْف‬ 
1. BACAAN TEBAL (TAFKHIM) ‫خ ْي ُم‬
Bacan tebal – 6 keadaan
1. Huruf ro berbaris depan atau berbaris atas.
2. Huruf ro sukun dan sebelumnya terdapat huruf berbaris depan atau atas.
3. Huruf ro ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf alif atau wau dan sebelumnya huruf
berbaris depan atau atas.
4. Huruf ro ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf bertanda mati dan sebelumnya huruf
berbaris depan atau atas.
5. Huruf ro sukun dan sebelumnya hamzah wasal yang dikasrahkan (bukan asal) kerana sebelumnya
terdapat huruf berbaris bawah.
6. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah, selepas huruf ro adalah huruf isti’la. Ia
perlu berada dalam satu kalimah.
2. BACAAN NIPIS (TARQIQ) ‫ق‬
ٌ ‫ت َْرقِ ْي‬ 
Baca nipis – 5 keadaan
1. Huruf ro berbaris bawah.
2. Huruf ro bersabdu dan berbaris bawah.
3. Huruf ro sukun dan sebelumnya huruf berbaris bawah.
4. Huruf ro yang dimatikan ketika waqaf dan sebelumnya terdapat huruf ya mati. (ya mad / ya lin)
5. Huruf ro mati ketika diwaqafkan dan sebelumnya terdapat huruf bertanda sukun dan sebelumnya
huruf berbaris bawah.

3. HURUF RO BOLEH DIBACA NIPIS (TARQIQ) ATAU TEBAL (TAFKHIM)


Terdapat hanya di 5 tempat sahaja di dalam Al-Quran
Sila rujuk kepada guru bagi sebutan yang tepat.
Apa itu Isymam?
Isymam – memuncungkan dua bibir apabila huruf tersebut disukunkan.
Cara membacanya?
Ia lebih kepada isyarat memuncungkan mulut dan bukannya bentuk bacaan.
Semasa mendengungkan nun tasydid / sabdu, bibir dimuncungkan ke hadapan.
Kenalpasti tanda / kalimah ini.
Tanda isymam dalam al-Quran adalah melalui tanda DIAMOND pada huruf MIM.
Ia terdapat pada surah Yusuf (12) : 11
Sila rujuk kepada guru bagi sebutan yang tepat.
Apa itu naql?
Naql bermaksud memindah. Ia memindahkan baris sesuatu huruf kepada huruf yang mati
sebelumnya.
Cara membacanya?
Sila rujuk kepada guru bagi sebutan yang tepat.
Ia terdapat hanya pada satu kalimah sahaja dalam surah Hujurat (49) : 11 . Ia memindahkan baris
hamzah wasal kepada huruf lam yang mati sebelumnya
Apa itu tashil?
Tashil adalah membaca antara hamzah dan alif
Ia adalah kerana pada asalnya, perkataan “a-a-a’jamiyy”  ini mempunyai 2 hamzah yang
berbaris fathah.
Hamzah kedua inilah akan ditashilkan bunyinya.
Cara membacanya?
Membunyikan huruf hamzah, “a” kemudian membunyikan tashil “a”dengan ringan. “a-a-
a’jamiyy”
Sebutan yang tepat perlu dirujuk kepada Guru.
Kenalpasti tanda / kalimah ini.
Anda boleh perhatikan tanda titik hitam di atas huruf alif yang menandakan ia perlu dibaca
dengan tashil.
Ia terdapat pada surah Fussilat (41) : 44
Apa itu saktah?
Saktah (diam) adalah dengan berhenti sejenak dengan menahan nafas selama tidak lebih 2
harakat dan kemudian meneruskan bacaan TANPA mengambil nafas baru.
Saktah hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja. Jika waqaf, tidak perlu disaktahkan.
Kenalpasti tanda / kalimah ini.
Anda boleh perhatikan tanda huruf siin kecil di atas huruf yang perlu disaktah.

Dalam riwayat hafs an asim, terdapat 6 tempat yang dibaca saktah jika diwasalkan.
Apa itu Imalah?
Imalah – miring / condong.
Cara membacanya?
Dengan memiringkan sebutan fathah ke sebutan kasrah.
Atau dengan kata dengan kata lain, sebutannya adalah antara bunyi fathah dengan bunyi kasrah.

Cuba anda sebut perkataan SATE. Bunyi E tersebut la yang kita mahukan 
Kenalpasti tanda / kalimah ini.
Tanda imalah dalam al-Quran adalah melalui tanda DIAMOND pada huruf RO.
Hanya terdapat satu sahaja bacaan imalah ini di dalam Al-Quran iaitu pada surah Hud (11) : 41
Sila rujuk kepada guru bagi sebutan yang tepat.
1. Pendirian Imam Hafs menetapkan pada kedua-dua perkataan ini dibaca dengan sin.

2. Pendirian Imam Hafs menetapkan pada perkataan ini dibaca dengan SOD.


3. Pendirian Imam Hafs menetapkan pada perkataan ini boleh dibaca dengan SIN atau SOD.

Ia juga dipanggil Nun Iwad, Nun Wasal, Nun Wiqayah dan juga Nun Kecil.

Iltiqa’ sakinain adalah pertemuan dua huruf dan ia terjadi apabila terdapat huruf sukun sebelum
dan selepas hamzah wasal. Ia juga boleh dikenalpasti apabila terdapat tanwin pada hujung
perkataan dan perkataan selepasnya bermula dengan hamzah wasal.
Kekerapan berlakunya kesilapan bagi hukum ini adalah tinggi kerana tiada sebarang tanda pada
tulisan tetapi nun tambahan ini perlu diwujudkan pada bacaan.
Tanwin ini tidak boleh diidghamkan tetapi ia perlu dikasrahkan (baris bawah) huruf nun dari
tanwin tersebut.
Masih ingat lagi penerangan tentang tanwin? Klik di sini. Huruf nun yang diwujudkan adalah
daripada tanwin itu sendiri.

Qolqolah adalah salah satu sifat dalam kategori sifat yang tidak mempunyai lawan. Anda boleh
rujuk bab sifat huruf disini
Apa itu Qolqolah?
Qolqolah bermaksud pantulan atau gegaran. Disebabkan gegaran ketika menyebut huruf tersebut,
ia menghasilkan bunyi yang memantul.
Terdapat 5 huruf qolqolah iaitu :
‫ق ط ب ج د‬ 
Anda boleh mengingati 5 huruf ini dengan mnemonik berikut
ُ ُ‫قَط‬ 
‫ب َج ّد‬
Ataupun

Mudah kan?
1. Qolqolah Sughra
Bunyi lantunan pada kadar sedikit.
Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah tersebut adalah sukun / mati ditengah perkataan.
Tanda?
Huruf qolqolah yang ditengah perkataan.
2. Qolqolah Kubra
Bunyi lantunan pada kadar sederhana.
Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah berada di akhir perkataan dan TIDAK BERTASYDID /
BERSABDU.
Sukun pada 5 huruf ini adalah (‘aridh) yang mendatang kerana diwaqafkan atau sukun asli.
Tanda?
Huruf qolqolah di akhir perkataan apabila diwaqafkan dan TIDAK BERSABDU.
Contoh:
Sukun ‘aridh dan Sukun asli
3. Qolqolah Akhbar
Bunyi lantunan pada kadar paling kuat.
Ia terjadi apabila 5 huruf qolqolah ini diwaqafkan dalam keadaan BERTASYDID /
BERSABDU.
Ia perlu dibunyikan dengan kuat kerana huruf bersabdu tersebut adalah melibatkan 2 huruf
qolqolah (pertama sukun dan kedua berbaris).
Ia perlu dibuat dengan menahan suara pada huruf qolqolah pertama sebelum memantulkan suara
pada qolqolah kedua.
Tanda?
Huruf qolqolah di akhir perkataan apabila diwaqafkan dan BERSABDU.

Huruf Hijaiyah Yang Tidak Termasuk Dalam Huruf Yang Bersifat Qolqolah
Terdapat Lima Huruf yang termasuk dalam kategori ini.
Alif Lam Ta’rif atau Ma’rifah merujuk kepada isim (kata benda). Ia terbahagi
kepada DUA iaitu Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiyah. Hukum ini dapat
dikenalpasti apabila terdapat huruf  ‫ال‬  (Alif Lam) pada awal kalimah.
Alif Lam Qamariah
Qomariah berasal dari perkataan qomar iaitu bulan.
Kenalpasti alif lam qomariah dengan melihat selepas huruf lam tiada tanda syaddah pada huruf
seterusnya, maka huruf lam tersebut AKAN DIBUNYIKAN dan dijelaskan.
Alif Lam Syamsiyah
Syamsiyah bermaksud matahari.
Kenalpasti alif lam syamsiyyah dengan melihat TANDA SYADDAH (sabdu) selepas huruf lam,
maka huruf lam tersebut TIDAK AKAN DIBUNYIKAN.
Nota : Ketahui cara membunyikan hamzah wasal pada huruf alif lamdisini
Wasal bermaksud bersambung.
Kenali hamzah wasal pada gambarajah di sebelah. Ia berbentuk huruf alif dengan tanda seperti
kepala sod di atasnya. Hamzah wasal tidak terdapat baris pada tulisannya. Tetapi ia dibariskan
mengikut kaedah yang akan diterangkan selepas ini. Ia dibariskan hanya pada keadaan ketika
kita hendak memulakan bacaan pada kalimah tersebut. Jika kalimah tersebut berada di tengah
ayat dan kita membacanya sacara terus, maka hamzah wasal tidak akan dibunyikan. Ingat ya,
hamzah wasal dibunyikan hanya ketika kita hendak memulakan bacaan darinya sahaja.

Hamzah wasal terdapat pada 2 contoh kalimah seperti ini


1. Hamzah wasal pada kalimah yang bermula dengan alif lam
2. Hamzah wasal pada kalimah yang tidak bermula dengan alif lam

Seringkali ramai yang keliru jika terjumpa hamzah wasal di awal kalimah .
Bagaimanakah cara untuk membacanya?
Seperti contoh ayat Surah Yassin berikut.
Adakah ia patut dibaca sebagai:
Asnaini??
Usnaini??
Isnaini??
dan contoh ayat Surah Al-Fatihah berikut.
Adakah ia patut dibaca sebagai:
Alhamdu??
Ulhamdu??
Ilhamdu??
Oleh yang demikian , terdapat beberapa cara untuk membaca sesuatu kalimah apabila hamzah
wasal berada di awal kalimah iaitu :
1. Permulaan hamzah wasal pada alif lam
2. Membariskan permulaan hamzah wasal berpandukan huruf ketiga dengan beberapa
cara
3. Membariskan permulaan hamzah wasal tidak berpandukan huruf ketiga
Permulaan Hamzah Wasal Pada Alif Lam
Hamzah wasal pada alif lam ta’rif hendaklah difathahkan ketika memulakan bacaan darinya.
Jadi, jika kalimah tersebut bermula dengan alif lam dan anda ingin memulakan bacaan, anda
hanya perlu memulakannya dengan baris fathah sahaja.

Ingat ya, jika alif lam, mesti baris fathah 

Membariskan Permulaan Hamzah Wasal Berpandukan Huruf Ketiga Dengan Beberapa


Cara
1. Jika huruf ketiga berbaris fathah, hamzah wasal berbaris kasrah.
2. Jika huruf ketiga berbaris kasrah, hamzah wasal berbaris kasrah.
3. Jika huruf ketiga berbaris dhommah, hamzah wasal berbaris dhommah.
Jika terdapat baris fathah atau kasrah pada huruf ketiga, hamzah wasal perlu
dikasrahkan.
Fathah -> Kasrah
Kasrah -> Kasrah
Dommah -> Dommah
Mudah kan?
Membariskan Permulaan Hamzah Wasal TIDAK BERPANDUKAN HURUF KETIGA
Hamzah wasal ini perlu dikasrahkan pada perkataan-perkataan di bawah TANPA ADANYA
PANDUAN KHAS.
Maka, perkataan-perkataan ini perlu dikenalpasti jika memulakan bacaan darinya.
Jadi jika anda memulakan bacaan pada 7 kata nama, 4 kata kerja dan 5 kalimah yang
dibaca dengan mad badal ini, anda perlu membacanya dengan baris yang betul seperti
yang diterangakan di dalam gambarajah ini.
IDGHAM MUTAJANISAIN  (2 huruf SEJENIS)
Ia terjadi apabila huruf sukun bertemu huruf berharkat dari ‘Jenis Makhraj Yang Sama
Tetapi Berbeza Sifatnya’ atau ‘Sama Sifat Tetapi Berbeza Makhrajnya’ seperti :
1. Huruf ba bertemu mim
2. Huruf tzo, dza, tsa bertemu SATU HALA
3. Huruf to, ta, dza bertemu DUA HALA
Bagi no. 3D iaitu pertemuan sesama huruf (  ‫ط‬   ↔ ‫ت‬ ) , cara bacaan idgham ini adalah
dengan Idgham Naqis .
Idgham Naqis – menggabungkan huruf dengan melenyapkan makhraj
huruf “to” tetapi sifat Isti’la dan Itbaq sahaja ditunaikan tanpa Qolqolah.
MUTAQORIBAIN (2 huruf BERHAMPIRAN)
Ia terjadi apabila huruf sukun bertemu huruf berharkat dan huruf tersebut :
1. Hampir bunyi Makhraj dan Sifatnya
2. Hampir bunyi Makhraj tetapi BERBEZA sifatnya

MUTAMASILAIN (2 huruf SAMA)


Ia terjadi apabila huruf sukun bertemu huruf berharkat YANG SAMA.
Hukum bagi dua huruf yang sama bertemu ialah wajib idgham secara kamil.

Anda mungkin juga menyukai