Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH 2021

QUE : VIP MASUK.

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha, Cikgu Maslia binti Mohd Yasin,


Guru besar SK Tmn Johor Jaya 3,
Serta para pentadbir masuk ke dewan.
Hadirin diminta berdiri.  

QUE : MUZIK GAMELAN (DIN)

QUE : VIP SAMPAI KE TEMPAT DUDUK (NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR


DAN NEGARAKU)

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Salam Satu Sejahtera, dan Salam


Muafakat Johor.

Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SKTJJ3,


Yang Dihormati
Cikgu Faridah bt Abd Rahman, Guru Pen Kanan Pentadbiran,
Tn Hj Omar bin Alivi, Guru Pen Kanan HEM,
Cikgu Zarina bt Ismail, Guru Pen Kanan Kokurikulum,
Guru-guru SK Taman Johor Jaya 3
Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Apresiasi
Ibu bapa cendiakiawan,
dan pastinya putera puteri tersayang, murid-murid yang kita raikan sekalian. 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis  Apresiasi  Tahun 6
dan prasekolah pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
yang sudi meluangkan masa walaupun secara maya untuk memberi sokongan
kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.
Hadirin sekalian,
Hampir dua tahun kita berdepan dengan cabaran covid19. Namun, marilah kita
sama-sama panjatkan rasa syukur Alhamdulillah, kerana pada tahun ini, kita dapat
mengadakan semula majlis apresiasi ini khas buat murid-murid yang akan
meninggalkan alam persekolahan kanak-kanak ini. Sememangnya, alam sekolah
rendah sangat-sangat bermakna bagi seseorang murid.

Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan Prasekolah yang telah
berjaya menamatkan sesi pembelajaran di SK Taman Johor Jaya 3 bagi tahun 2021.

QUE : BACAAN DOA,

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Ustaz Mohd Hafizuddin bin Azmi. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Hafizuddin bin Azmi atas bacaan doa itu tadi.

QUE: PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH

Hadirin sekalian, membuka tirai majlis pada pagi yang ceria ini, marilah sama-sama
kita saksikan persembahan anak-anak cilik prasekolah dari SK TJJ3. Mereka akan
menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu saidina abu bakar dan selamat tinggal kawan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman
hadirin, persembahan tersebut telah mendapat bimbingan oleh Cikgu Nor Az Zahraa
Binti Ahmad Tarmidi dan Umie Noor hana bt Ab Rahman.
QUE : UCAPAN GURU BESAR

Marilah mari menyorong papan,


Papan disorong ke pohon kuini,
Marilah tuan mari ke depan,
Melafazkan rasmi majlis ini.

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Maslia bt
Mohd Yasin, Guru Besar SK Taman Johor Jaya 3, untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. . Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Maslia binti Mohd Yasin atas
uacapan perasmian sebentar tadi, diharapkan agar bonda dapat kekal diatas pentas
bagi sesi penyampaian hadiah sebantar lagi.

QUE : HADIAH TAHUN 6

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid tahun 6.


Untuk itu, majlis menjemput Yang dihormati, Cikgu Faridah bt Abd Rahman, Guru
penolong kanan pentadbiran untuk mengiringi Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt
Mohd Yasin untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan :
…………………………….

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian sijil itu tadi.

QUE : PERSEMBAHAN 6 INOVATIF

Hadirin sekalian, majlis berhenti seketika bagi sesi penyampaian hadiah dengan
memberi ruang bagi sesi persembahan selingan. Untuk itu, majlis menjemput murid-
murid tahun 6 Inovatif untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Kucu Kuca.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman
hadirin, persembahan tersebut telah dibimbing oleh Cikgu Salehin bin Md Fadir dan
Cikgu Shahrulmubaraak bin Mohd Sabri.
QUE : PENYAMPAIAN SIJIL PRA DAN IKON MURID

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan
penyampaian sijil kepada anak-anak cilik prasekolah SK Tmn Johor Jaya 3. Untuk
itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Cikgu Maslia binti Mohd Yasin,
Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3 diiringi oleh Yang Dihormati, Cikgu Faridah bt Abd
Rahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan sijil kepada
murid-murid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
………………………………………………………………………………..

QUE : PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya, bagi menghargai jasa dan pengorbanan pihak sekolah dalam


membantu kecemerlangan murid, majlis dengan segala hormatnya menjemput
………………………………………………………… untuk memberikan cenderamata
kepada Yang Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor
Jaya 3. Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderamata sebentar
tadi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Diharapkan


penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada para murid-murid untuk
terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

QUE : PESEMBAHAN TAHUN 6 Kreatif

Hadirin sekalian, sebelum majlis menutup tirai pada pagi ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan yang penuh bermakna daripada murid-murid tahun 6 Kreatif
pula. Mereka akan menyampaikan dua buah lagu iaitu You are the reason dan
Hanya Rindu. Majlis mempersilakan.

…………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.


Akhir acara

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
pengendalian majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

-Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Prasekolah.

Pengkalan raja desa mahkota,


Tanjung piai tempat seloka;
Ampun dipohon maaf dipinta,
Berjumpa lagi di lain ketika.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai