Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENDAHULUAN

Perayaan dan sambutan adalah satu bahagian yang besar penting kepada umat manusia.

Perayaan dan sambutan adalah kunci kepada keamanan dan kedamaian dalam negara.

Kepelbagaian budaya dan kaum dapat dieratkan menerusi perayaan dan sambutan yang

disambut bersama. Menurut Edward Burnett Taylor (1871), kebudayaan megandungi

pelbagai aspek yang berdasarkan persepsi minda manusia. Undang-undang, sikap

moral, adat istiadat, muzik dan kesenian. Walaubagaimanapun, umat manusia selalu

mengutamakan perayaan dalam kebudayaan ini. Perkataan budaya dalam Bahasa

Inggeris adalah ‘culture’ iaitu berasal daripada bahasa Latin ‘colere’. Perkataan ini

bermaksud kehidupan umat manusia berdasarkan melakukan perkara yang boleh

menghasilkan budaya baru. Budaya dan manusia adalah satu perkara yang tidak boleh

dipisahkan, maka setiap benda yang dilakukan oleh umat manusia mesti mempunyai

ciri-ciri budaya. Istilah budaya ini tidak sahaja mempunyai satu pemahaman yang teras.

Pelbagai tokoh dari negara, benua yang berbeza menyampaikan pendapat yang

berbeza.

Sarjana tempatan, barat dan tamil mempunyai pendapat yang berbeza dan setiap

pendapat mempunyai keistimewaan yang tertentu. E.B.Taylor (1974: 1), menyatakan

bahawa dalam buku yang ditulisnya, Primative Culture,

1|Pa g e
“ Culture or Civilization, taken in its wide ethnographic sense, is that complex

whole which includes knowledge, belief, art morals, law, customs, and any

other capabilities and habits acquired by man as a member of society”.

Pakar antropologi ini menyatakan , perkara budaya ini amat sukar untuk difahami dari

segi teori. Ia berdasarkan kepada pemikiran manusia dan tidak semestinya sama untuk

setiap individu. Walaubagaimanapun, penjelasan pakar antropologi ini kurang tepat dan

tidak boleh difahami oleh golongan masyarakat yang biasa. Dari aspek yang lain pula,

seorang pakar sosiologi menerangkan bahawa kebudayaan ini adalah satu susunan

perlakuan yang dicipta oleh manusia untuk memperbaharukan norma hidup.

Justeru itu, sarjana tempatan juga mempunyai pelbagai aspek dan persepsi yang serasi

dengan sarjana barat. Rohana Yusof (2010: 76-85) menyatakan bahawa kehidupan

manusia ini berdasarkan konsep kebendaan dan bukan kebendaan. Konsep kebendaan

ini adalah perkara yang wujud selama ini dan turut dipercayai oleh umat manusia,

contohnya undang-undang negara, sikap moral dan kemanusiaan, agama, adat dan

istiadat. Semua perkara ini mempunyai satu persamaan iaitu semua perkara ini dicipta

oleh umat manusia. Semua ini menjadi pedoman kehidupan manusia untuk

menjalankan kehidupan yang terurus dan sistematik.

Di samping itu, sarjana Tamil juga turut memberi pandangan yang lain dalam

perbincanagn ini. Sarjana Tamil menyatakan bahawa manusia yang mempunyai sikap

baik dan nilai-nilai moral adalah satu contoh kepada pemikiran yang sihat. Pemikiran

sihat mencetuskan budaya yang sihat dan mempengaruhi kebudayaan yang terbilang.

2|Pa g e
Terdapat dua jenis budaya dalam sarjana Tamil, iaitu budaya dalaman dan budaya

luaran. Budaya dalaman adalah ,adat, maruah, sikap kemanusiaan dalam diri kita

manakala budaya luaran adalah cara yang kita berpakaian, cara kita interaksi dengan

orang awam dan kediaman. T.P Meenachi Sundaram mengatakan bahawa sesebuah

kebudayaan adalah satu elemen yang menjelaskan adat istiadat, kedudukan wanita

dalam sesuatu bangsa, kepercayaan dan agama, kesian,muzik dan pelbagainya. Setiap

aspek ini mempengaruh seseorang individu dalam kehidupan seharian.

3|Pa g e
2.0 SEJARAH DAN ASAL USUL HARI RAYA AIDILFITRI

Nama Hari Raya Aidilfitri diambil daripada perkataan Bahasa Arab iaitu Ayd alFitr.

Selain itu, Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah

atau Hari Lebaran. Pada masa yang sama, ianya juga mempunyai nama yang lain seperti

Feast of the Breaking of the Fast, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid

(Bangladesh) dan Ramazan Bayrami (Turki). Golongan atau kaum yang terlibat dengan

perayaan tersebut melibatkan keseluruhan umat Islam di seluruh dunia. Kaum Melayu

di Malaysia amat sinonim dengan perayaan hari raya ini tetapi tidak bermakna kaum

lain yang beragama Islam tidak meraikannya. Di Malaysia, perayaan ini disambut

dalam tempoh sebulan di bulan Syawal. Perayaan ini bermula selepas tamatnya tempoh

berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Permulaan hari raya ini dapat ditentukan

melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisap

(kiraan). Melalui rukyah, apabila anak bulan telah kelihatan maka ianya menandakan

permulaan bulan Syawal iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Aktiviti

melihat anak bulan akan dilakukan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga

Maghrib di beberapa tempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini disambut oleh penganut agama Islam ialah sebagai tanda

kemenangan umat Islam dapat mengerjakan ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan

dengan sempurna. Kemenangan ini bukan sahaja kerana mengerjakan ibadat puasa

yang mana perlu untuk menahan atau mengawal nafsu makan dan minum pada siang

4|Pa g e
hari di bulan Ramadan tetapi juga untuk meraikan kemenangan atas kejayaan

menghalang diri daripada melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh Allah, yang

mana jika dilakukan akan membatalkan puasa itu sendiri. Perkara “FITRI” yang juga

dalam Bahasa Melayu adalah fitrah merujuk kepada kemenangan manusia kembali

kepada fitrah yang asal. Merujuk kepada ibadah puasa ini, ianya menjadi tanda suatu

permulaan manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa. Ianya turut

diterangkan oleh Ustaz Wan Mohd Hazim bahawa kita dahulunya berasal daripada

seorang yang suci daripada noda dan dosa iaitu di waktu kita dilahirkan.

Asal usul hari raya dalam agama Islam bermula semasa Rasulullah berhijrah ke

Madinah. Baginda mendapati terdapat dua perayaan yang disambut oleh bangsa Arab

pada ketika itu. Semasa Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari ray aitu,

mereka segera menjawab kepada Rasulullah bahawa dua hari raya yang disambut itu

adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang. Oleh itu,

Rasulullah memberitahu orang Arab Madinah bahawa Islam akan menggantikan dua

hari raya yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Konsep hari raya di dalam agama Islam lebih menumpukan kepada elemen keagamaan.

Ini bermakna ianya disambut di atas landasan agama yang merupakan satu ibadah.

Sementara itu, terdapat upacara khusus dalam perayaan agama Islam ini. Ia adalah

sebagai perayaan keagamaan dengan cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah

mengikut adab dan peraturan tertentu. Setelah diumumkan hari raya, penganut agama

Islam akan memulakan aktiviti ibadat pada pagi 1 Syawal seperti melakukan solat sunat

Aidilfitri, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

5|Pa g e
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan

bahawa, “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan

yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-

hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya, penganut agama Islam mula dengan membersihkan diri, bersiap-

siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan menghidupkan ukhwah

dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara-mara dan sahabat handai. Penganut

Islam dididik agar tidak berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja

perayaan. Ini bermakna Islam menegah penganutnya agar tidak melakukan pembaziran

dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya

dengan pakaian mahal dan berbelanja kuih muih yang terlalu banyak. Konsep hari raya

selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli

secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti

mercun dan bunga api adalah salah di sisi agama. Pembaziran ini berlaku apabila

masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih, disumbangkan

kepada saudara seagama lain yang tidak dapat meraikan hari raya seperti kita. Satu lagi

budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Agama

Islam tidak melarang pemberian ini tetapi ianya harus tidak melampaui batasan konsep

pemberiannya itu sendiri. Sudah terdidik dalam minda anak-anak sejak zaman dulu,

harapan untuk memperolehi duit raya adalah dengan mengunjungi rumah jiran dan

rakan. Jika sebaliknya yang berlaku, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk

diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian duit raya itu. Misalnya,

6|Pa g e
dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan

yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah.

Wang zakat ini adalah sumbangan yang diberikan kepada golongan yang tidak

berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa

pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asal perayaan Hari Raya Aidilfitri ini sudah

jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan umat Islam akan

makna kemenangan dan kejayaan sambutan Aidilfitri itu sendiri yang mana tuntutan

agam tidak harus dilupakan.

7|Pa g e
3.0 CIRI-CIRI DAN AMALAN KETIKA PERAYAAN AIDILFITRI

Terdapat beberapa amalan yang digalakkan sempena menyambut Aidilfitri. Antaranya

ialah mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di pagi

hari raya, penganut Islam disunatkan untuk mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

Penganut Islam wajib melafazkan niat mandi sunat hari raya iaitu “Nawaitul Ghusla

Li’idil Fitri Sunnatan Lillahi Taala”. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan

sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi. Waktu solat sunat bagi penganut

Islam ialah bermula di awal pagi selepas terbitnya matahari. Ini berdasarkan hadis

riwayat yang berkata penganut Islam mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan

bersabda yang bermaksud “perkara pertama yang akan kita lakukan pada hari ini ialah

mengerjakan solat”. Oleh itu,penganut Islam mempercayai waktu yang paling betul

untuk melakukan solat sunat ialah ketika matahari naik sekadar segalah kerana pada

waktu itu Rasulullah SAW sering melakukan solat. Pada hari raya, sunat bertakbir

bermula Maghrib pada waktu malam hari raya sehingga imam bertakbiratul ihram

untuk solat sunat hari raya.

Selain itu, amalan seterusnya ialah menjamah makanan sebelum keluar menunaikan

solat sunat hari raya. Penganut Islam disunatkan untuk menjamah makanan sebelum

berangkat menunaikan solat hari raya. Tujuan amalan ini dibuat adalah untuk menutup

segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Mengikut kepercayaan

penganut Islam, kebiasaannya Rasullullah SAW akan menjamah buah kurma dalam

jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, ia tidak bermakna bagi penganut islam

menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya malah mereka bebas untuk

8|Pa g e
makan apa sahaja. Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh

Al-Bukhari yang menyebut “Rasullullah SAW tidak keluar pada hari raya sehingga

baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil”.

Amalan seterusnya ialah, mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Bagi penganut Islam, tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya

mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman

bgainda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” yang bermaksud semoga

Allah menerima amalan dan ibadat di Ramadhan kami dan kamu. Majoriti penganut

Islam akan mengucap antara satu sama lain pada Hari Lebaran dengan ucapan ‘Selamat

Hari Raya, Maaf Zahir Batin’. Namun diceritakan oleh al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani

r.h apabila para sahabat Rasullullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka

mengucapkan kepada yang lain “Taqabbalallahu minna wa minkum”.

Memakai pakaian yang terbaik yang ada juga merupakan salah satu amalan yang

digalakkan pada hari raya. Walaupun demikian, setiap penganut islam harus mengikut

kemampuan diri sendiri dan tiada pembaziran dibenarkan. Setiap penganut Islam tidak

dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal kecuali

pakaian yang menjolok mata dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam

Islam. Penganut Islam disunatkan untuk memilih pakaian yang terbaik serta sopan

mengikut keselesaan untuk menuju ke masjid atau surau. Bagi kaum lelaki, mereka

disunatkan untuk memakai wangi-wangian manakala kaum wanita tidak disunatkan

untuk memakai wangi-wangian. Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa bagi

9|Pa g e
penganut Islam. Penganut Islam mempercayai kata “Rasulullah SAW menyuruh kami

agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari

raya”.

Di samping itu, amalan seterusnya ialah berziarah dan merapatkan hubungan baik

sesama saudara dan rakan sempena hari raya. Setelah sebulan penganut Islam memberi

tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah SWT, maka tiba masanya untuk

mereka menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan juga kemeriahan. Suasana

kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi penganut islam, kegembiraan

sambutan hari raya dapat dilihat denagn memakai baju-baju baru yang begitu indah,

seluruh ahli keluarga dapat berkumpul dan ziarah-menziarahi antara sesama umat

Islam. Sambutan hari raya adalah hari kemenangan bagi penganut Islam. Amalan ini

diambil bersempena hadis Nabi SAW, “Barangsiapa yang suka diperluaskan baginya

rezekinya, dan ditangguhkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung hubungan

persaudaraannya”. Menurut Anuar Ramli (2012), dalam realiti hari ini, terdapat

berbagai-bagai amalan dalam rangka memupuk perpaduan antara kaum dan agama.

Amalan tersebut termasuklah rumah terbuka, kongsi raya, kunjung-mengunjung dan

lain-lain.

Amalan terakhir ialah puasa sunat enam hari pada bulan syawal. Bagi penganut Islam

yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan

Syawal, mereka seolah-olah telah berpuasa setahun. Cara paling afdal bagi penganut

Islam untuk melaksanakan adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara

10 | P a g e
berturut-turut bermula pada hari kedua Syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-

mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berturut-turut atau berasingan.

4.0 TEMUBUAL KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU KETIKA


MERAIKAN AIDILFITRI

Mohd Firdaus, wakil ahli kumpulan menemubual Encik Shahdan Kassim atau

dikenali sebagai Pak Dan dikalangan penduduk setempat. Beliau merupakan ketua

Kampung Titi Teras yang terletak di Balik Pulau, Pinang Pinang. Temubual ini

berkisarkan kepada perayaan Hari Raya Aidilfitri dikalangan masyarakat Melayu.

Firdaus : Assalamualaikum Pak Dan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya

untuk sesi temubual mengenai perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pak Dan : Waalaikumussalam. Sama-sama juga kerana sanggup untuk

menemubual Pak Dan.

Firdaus : Sebelum kita menyingkap tentang perihal kebudayaan masyarakat

Melayu ketika menyambut Aidilfitri, boleh Pak Dan definisikan

maksud perayaan Aidilfitri ini dalam pemahaman Pak Dan sendiri.

11 | P a g e
Pak Dan : Hari Raya Aidilfitri itu sendiri mempunyai banyak nama. Sebagai

contoh, Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Di dalam

kebudayaan masyarakat Melayu, Hari Raya Aidilfitri ini disambut

untuk meraikan kemenangan umat Islam mengharungi sebulan

berpuasa menahan lapar dan dahaga dan menandakan berakhirnya

bulan Ramadan.

Firdaus : Bagaimanakah sejarah Hari Raya Aidilfitri ini bermula?

Pak Dan : Perayaan ini bermula apabila turunnya kewajiban untuk menunaikan

ibadah puasa pada tahun 2 Hijrah bagi menggantikan perayaan Nairuz

dan Mahrajan yang mana diraikan oleh masayarakat Arab Jahiliyah

pada ketika itu. Perayaan Nairuz dan Mahrajan ini merupakan

tinggalan tradisi daripada zaman Parsi kuno.

Firdaus : Ini merupakan satu informasi baru bagi saya. Bagi pandangan Pak

Dan, apakah simbol utama perayaan Hari Raya dalam kebudayaan

Melayu ini?

Pak Dan : Pada pandangan Pak Dan, simbol utama Hari Raya semestinya ialah

makanan yang dijamu pada pagi raya. Ianya termasuklah ketupat,

lemang, nasi impit, rendang ayam, rendang daging dan kuah kacang.

12 | P a g e
Seluruh negara Malaysia mengetahui bahawa makanan ini merupakan

perkara yang paling penting ketika perayaan Aidilfitri.

Firdaus : Dalam hal ini saya sangat bersetuju dengan Pak Dan. Makanan

merupakan elemen dan simbol utama Hari Raya Aidilfitri. Dalam

meraikan hari raya, kita tidak boleh melupakan sanak saudara dan

rakan taulan, betul Pak Dan?

Pak Dan : Memang betul. Perayaan hari raya ini menggalakkan kita untuk saling

bermaafan dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Daripada

konsep ziarah menziarah inilah yang tercetusnya konsep rumah terbuka

yang mana ianya menggalakkan kita untuk merapatkan silaturrahim

dan melupakan sengketa lama. Malahan konsep rumah terbuka ini

sudah sebati dalam masyarakat Malaysia bilamana kaum Cina dan

India turut sama melakukan rumah terbuka apabila meraikan Tahun

Baru Cina dan Deepavali.

Firdaus : Bila bercerita mengenai hari raya, pastinya kita tidak boleh ketepikan

pakaian hari raya seperti baju melayu, baju kurung, baju kebaya dan

lain-lain. Boleh Pak Dan terangkan.

13 | P a g e
Pak Dan : Boleh tiada masalah. Pada hari raya kita dianjurkan untuk bersuka ria

dan bukannya berduka lara. Dalam hal ini, aspek pakaian juga diambil

kira. Kita digalakkan untuk berpakaian dengan warna-warna yang

terang bagi memeriahkan suasana hari raya itu sendiri. Pada asasnya,

bagi kaum lelaki pakaiannya ialah baju melayu yang mana terdapat dua

jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak

Musang. Tidak lengkap baju melayu tanpa songkok dan lilitan samping

di bahagian pinggang. Manakala bagi kaum wanita, dua pilihan

pakaian adalah baju kurung atau baju kebaya. Kebiasaanya baju

kebaya menjadi pilihan utama bagi kaum wanita ketika hari raya.

Firdaus : Selain daripada apa yang sudah Pak Dan perkatakan sebelum ini,

apakah lagi tradisi pada hari raya yang masih diamalkan oleh

masyarakat Melayu?

Pak Dan : Bila bercerita mengenai tradisi hari raya ini, satu perkara yang pasti

tidak boleh kita lupakan adalah tradisi balik kampung. Perkara ini

adalah satu perkara yang normal kerana apabila sesorang anak

diperantauan atau sanak saudara yang terpisah jauh atas urusan kerja

dan keluarga pulang berhari raya bersama ibu dan ayah di kampung.

Inilah antara faktor yang boleh memeriahkan perayaan hari raya itu

sendiri.

14 | P a g e
Firdaus : Bagi menutup temubual kita pada hari ini, apakah nasihat Pak Dan

kepada generasi baru mengenai perayaan Hari Raya Aidilfitiri ini?

Pak Dan : Nasihat saya kepada masyarakat Melayu umumnya dan generasi baru

khasnya ialah tradisi perayaan hari raya ini haruslah kita kekalkan.

Jangan disebabkan ledakan teknologi dan kepesatan media sosial pada

hari ini kita melupakan tradisi orang Melayu itu sendiri. Cuba untuk

ambil tahu dan menyelami bagaimana sejarah dan asal usul hari raya

ini dan ambil ikhtibar serta kekalkan tradisi nenek moyang kita ini.

Firdaus : Terima kasih sekali Pak Dan kerana sudi berkongsi maklumat dalam

temubual ini.

Pak Dan : Sama-sama.

15 | P a g e
5.0 KESIMPULAN

Dapat dsimpulkan bahawa perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu ibadah yang

dituntut dalam Islam. Perayaan ini tidak hanya ekslusif kepada bangsa Melayu Islam di

Malaysia tetapi juga dapat diraikan oleh bangsa-bangsa yang beragama Islam lain di

seluruh dunia. Di Malaysia, bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India juga turut

meraikannya dan tiada halangan atas perkara tersebut. Kemeriahan ini lebih bermakna

jika dapat dikongsi bersama serta dapat menghayati makna dan sejarah di sebalik

perayaan ini. Ini dapat memberikan input, pengetahuan dan pengalaman yang baru

kepada bangsa-bangsa lain untuk mempelajari tentang Hari Raya Aidilfitri selain

mengelakkan salah faham mengenai perayaan ini.

Amalan kebudayaan masayarakat Melayu dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri

merupakan satu perkara yang unik yang tiada pada bangsa lain. Tradisi, amalan serta

kebudayaan yang dibincangkan dalam temubual sebelum ini harus dipelihara sebaik

mungkin. Harus diingatkan bahawa semakin kita menginjak usia, tradisi dan budaya ini

semakin terhakis dek kecanggihan teknologi serta peralihan fesyen yang serba baru. Ini

dapat dilihat setiap kali Hari Raya Aidilfitri semakin menjelma, fesyen-fesyen baru

Baju Melayu mengambil tempat. Terasa seperti identiti dan elemen Melayu semakin

lama semakin terhakis. Jadi, menjadi tugas kaum Melayu itu sendiri untuk

mengekalkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Melayu itu sendiri.

16 | P a g e
6.0 RUJUKAN

Edward Burnett Tylor (1871). The Science of Culture. Primitive Culture

Rohana Yusof (2010). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Anuar Ramli & Mohd Aizat Jamaludin (2012). Interaction of Plural Society in
Malaysia : Diatribe or Dialogue. World Journal of Islamic History and
Civilization.

Ustaz Wan Mohd Hazim bin Wan Mohd Hashim (2012). Memahami Konsep
Aidilfitri. Makalah Dakwah.

Rabiatul Adaweeyah (2017). Pengertian Dan Sejarah Awal Hari Raya Aidilfitri.
https://tzkrh.com/pengertian-dan-sejarah-awal-hari-raya-aidilfitri/

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai