Anda di halaman 1dari 6

Perancangan Akademik

JKA 219/4

KETAKSAMAAN SOSIAL

Sidang Akademik 2022/2023


WEBEX

Tarikh Waktu Catatan

WEBEX 1
WEBEX 2
WEBEX 3
WEBEX 4
WEBEX 5
WEBEX 6
WEBEX 7
WEBEX 8
Tarikh dan masa webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Webex Sidang Akademik
2022/2023 yang dimuatnaik dalam portal.

JKA 219: KETAKSAMAAN SOSIAL

PENGENALAN KURSUS

Antropologi dan Sosiologi berkait rapat dengan kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara umumnya,
masyarakat mempunyai susun lapis tertentu yang membahagikan ahli-ahlinya kepada status dan strata
kedudukan yang berbeza. Perbezaan-perbezaan kuasa, status dan kelas dalam masyarakat ini melahirkan apa
yang dinamakan sebagai ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang
bersifat universal. Ia wujud dalam semua masyarakat dan berfungsi sebagai satu kuasa sosial yang
mempengaruhi tingkah laku manusia, struktur dan proses-proses penting dalam masyarakat. Fenomena ini jelas
bermula daripada masyarakat primitif, masyarakat memburu dan meramu hinggalah ke peringkat masyarakat
moden dan kompleks hari ini. Ahli-ahli falsafah seperti Karl Marx dan Max Weber merupakan tokoh tokoh awal
yang membincangkan hal ketaksamaan sosial dalam masyarakat yang mereka kaji. Pelbagai persoalan dapat

1
dikemukakan mengenai isu ketaksamaan sosial. Antaranya, adakah ketaksamaan sosial merupakan suatu
kejadian yang tidak diingini? Mengapakah ianya berterusan dalam kehidupan masyarakat? Adakah ketaksamaan
ini merupakan suatu yang tidak dapat dielakkan? Sejauhmanakah bentuk-bentuk penindasan dan faktor ideologi
dapat dikaitkan dengan kejadian dan penerusan permasalahan ketaksamaan ini?

Walau apa juga keinginan atau kecenderungan para ahli falsafah dan sarjana-sarjana mengenai ketaksamaan
sosial, fenomena ini masih berterusan dalam kehidupan manusia walaupun idea dan keinginan terhadap
kesamaan di antara manusia telah lama dipupuk, diaplikasi dan dilaksanakan. Sehubungan itu, kita perlu
memahami dengan teliti dan terperinci isu ketaksamaan sosial sebagai satu mekanisme memahami masyarakat
secara menyeluruh. Justeru, kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami isu ketaksamaan
sosial ini dari perspektif sosiologi.

SINOPSIS KURSUS / COURSE SYNOPSIS

Kursus ini membincangkan bentuk ketaksamaan sosial dalam masyarakat. Perbincangan merangkumi falsafah
dan ideologi kesamaan dan ketaksamaan, teori ketaksamaan, dimensi ketaksamaan, evolusi ketaksamaan,
sistem ketaksamaan dan kesan ketaksamaan dalam masyarakat.

This course discusses the forms of social inequality in society. The foci of the discussion include the philosophy,
similarities and differences of the ideology, theory of inequality, dimension of inequality, evolution of inequality,
system of inequality and the impact of inequality in society.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

BIL. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS PO LT SS


PO1 C1
Mampu menyatakan kembali definisi, konsep asas dan teori ketaksamaan
CO1
sosial dalam konteks antropologi dan sosiologi

PO2 C2 CTPS1
Mampu menjelaskan bentuk dan kesan ketaksamaan sosial masyarakat
CO2
dalam konteks antropologi dan sosiologi

PO3 C4 CTPS2
Mampu menganalisa isu ketaksamaan sosial masyarakat dalam konteks
CO3
antropologi dan sosiologi

PO5 A2 TS1
Mampu melaksanakan tugasan berkumpulan secara efektif dengan
CO4
membina hubungan yang baik demi mencapai objektif yang sama.

PO1 - Pengetahuan dan Pemahaman

PO2 - Kemahiran Praktikal

PO3 – Kemahiran Berfikir dan Saintifik

PO5 - Kemahiran Interpersonal

2
RANGKA LIPUTAN KURSUS DAN AGENDA WEBEX

Pokok perbincangan dalam kursus ini meliputi tajuk-tajuk berikut:

Bil Topik / Topics CO PO LT


1 Konsep asas ketaksamaan social CO1 PO1 C1
Basic concept of social inequality

2 Falsafah dan ideologi ketaksamaan social CO1 PO1 C1


Philosophy and ideology of social inequality

3 Teori-teori ketaksamaan social CO1 PO1 C1


Theories of social inequality

4 Dimensi ketaksamaan social CO1 PO1 C1


Dimensions of social inequality

5 Evolusi ketaksamaan social CO1 PO1 C1


Evolution of social inequality

6 Bentuk ketaksamaan sosial CO2 PO2 C2


Forms of social inequality CO3 PO3 C3
PO5
7 Sistem ketaksamaan sosial tradisional CO2 PO2 C2
Systems of traditional inequality CO3 PO3 C4
PO5
8 Sistem ketaksamaan kelas sosial CO2 PO2 C1
Systems of class inequality CO3 PO3 C4
PO5
9 Ketaksamaan sosial dan kemiskinan CO2 PO2 C1
Social inequality and poverty CO3 PO3 C4
PO5
10 Mobiliti sosial CO2 PO2 C1
Social mobility CO3 PO3 C4
PO5

3
BAHAN BACAAN

Brennan, Catherine.,( 2020) Max Weber on Power and Social Stratification. An Interpretation and Critique (1st
Edition). United Kingdom : Routledge.

Giddens, Anthony, W. Sutton., (2021) Sociology. United Kingdom: Polity Press.

Grusky, David B., (2014) Social Stratification : Class, Race, and Gender in Sociological Perspective. United
States : Taylor & Francis Inc.

Kirkby, Mark., (1999) Stratification and Differentiation. United Kingdom : Bloomsbury Publishing PLC.

Rujuk bahan-bahan yg telah dimuatnaik di portal.

PENILAIAN

GRED / GRADE
Gred A A- B+ B B C+ C C- D+ D D- F
-
Nilai 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.00

Julat 80 -100 70 -79 64 -69 58 -63 52 -57 46 -51 40 -45 36 -39 32 -35 23 -31 25 -27 0 -24
markah

TOPIK TUGASAN BERKUMPULAN

PO3 C4 CTPS2
1. Huraikan bentuk ketaksamaan sosial yang terdapat PO5 A2 TS1
di Malaysia. Gunakan survey (goggle form) untuk
menghuraikan pernyataan tersebut.
CO4 (Saya akan bincangkan tentang tugasan dalam webex
pertama 5 November 2022)

TUGASAN (BERKUMPULAN)

Tugasan adalah dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada tiga orang pelajar. Penulisan
lengkap harus meliputi perkara-perkara berikut:

1. Pengenalan
Jelaskan secara umum permasalahan yang dibincangkan

2. Perbincangan
Dapatan daripada kajian anda

3. Kesimpulan

Tarikh akhir penyerahan tugasan - Hari terakhir minggu intensif

Arahan:

4
(i) Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli
sahaja. Setiap kumpulan mesti melantik ketua kumpulan. Jika anda menghadapi masalah untuk
membentuk kumpulan sila hubungi saya di talian 046532280 atau email saya (soijah@usm.my)

(ii) Panjang tugasan ialah 10 – 16 mukasurat. Gunakan kertas A4 berwarna putih. Jumlah muka surat
termasuk senarai rujukan. Tugasan hendaklah di staple sebanyak dua kali. Tidak dibenarkan
menggunakan file/plastik/ sebagai cover.

(iii) Size font ialah 12. Jenis font ialah Times New Roman. Spacing yang digunakan ialah double
spacing.

(iv) Tidak kurang daripada 5 bahan rujukan/buku akademik yang sesuai (bukan modul, nota kuliah
atau penulisan-penulisan blog) dan disenaraikan mengikut format penulisan bibliografi yang piawai.

(v) Ketua kumpulan mesti menyerahkan tugasan di kaunter pejabat utama PPPJJ pada minggu
intensif. Tarikh terakhir tugasan diterima ialah hari terakhir minggu intensif. Selepas tarikh tersebut,
tugasan anda diberi markah 0. Soft copy hendaklah di emel - soijahlikinjka219@gmail.com.

(vi) Scan barcode setiap ahli kumpulan dan tulis nama ahli kumpulan di muka surat hadapan rasmi
PPPJJ. (Jika menghadapi masalah atau tidak faham sila email atau telepon saya (046532280).

(vii) Ketua kumpulan hendaklan mengisi borang penilaian ahli kumpulan. Lampirkan bersama tugasan.

PEPERIKSAAN BERTERUSAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR

(i) Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif

(ii) Peperiksaan akhir akan diadakan pada bulan Julai

(iii) Kuis sebelum minggu intensif

E-PORTAL

Sila rujuk ruangan e-forum dari semasa ke semasa. Pelajar juga digalakkan memanfaatkan e-mel untuk
berkomunikasi dengan pensyarah.

BAHAN BACAAN

Selain Modul untuk kursus ini anda patut menggunakan buku bacaan lain. Di perpustakaan juga terdapat banyak
buku yang membincangkan Ketidaksamaan Sosial. Anda boleh membuat rujukan sendiri di Perpustakaan
Hamzah Sendut, USM.

5
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN

MARK - Low to high Mark


Course Assessme Assignment
Outcome nt Allocation
Weight 1 2 3 4 5 (%)

Boleh menjelaskan Boleh menjelaskan


Tidak boleh Boleh menjelaskan Boleh mengenal pasti
isu ketaksamaan isu ketaksamaan
Menjelaskan menjelaskan isu isu ketaksamaan isu ketaksamaan
ketaksamaan sosial sosial dalam sosial dalam
sosial dalam sosial dalam 5
masyarakat dengan masyrakat dengan
dalam masyarakat. masyarakat tetapi masyarakat
tepat. sangat tepat dan jitu.
kurang tepat.

Boleh menganalisis Boleh menganalisis


Tidak boleh Boleh menganalisis Boleh menganalisis
isu ketaksamaan isu ketaksamaan
Menganalisa menganalisis isu isu ketaksamaan isu ketaksamaan
ketaksamaan sosial sosial dalam sosial dalam
sosial dalam sosial dalam 10
(PO3) masyarakat. dengan masyarakat. sangat
dalam masyarakat. masyarakat tetapi masyarakat.
Pemikiran tepat. tepat dan jitu.
kurang tepat.
Tugasan kritis dan
CO4 Kemahiran
(20%) menyelesai
masalah Pemahaman yang
Tidak mempamerkan Pemahaman agak Pemahaman yang
(20%) lemah tentang Pemahaman yang
pemahaman terhadap mendalam dan amat mendalam
kandungan yang mendalam tentang
soalan kandungan yang tentang kandungan
relevan kandungan yang
Menilai relevan yang relevan
relevan
perbincangan Banyak hujah yang
Hujah tidak disokong
 5
tidak relevan Beberapa interpretasi Interpretasi yang
dengan contoh dan Interpretasi yang jelas
yang jelas dan menyeluruh dan
data dan pengolahan idea
Tidak menjurus pengolahan idea pengolahan idea logik
yang jelas dan logik
kepada isu dalam agak jelas dan logik dan koheren
Interpretasi idea yang
soalan
sangat lemah

(PO5)
Kemahiran
Interpersonal 5

TOTAL 20

SELAMAT BELAJAR

Pengurus Kursus:Puan Soijah Likin

Alamat: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang

E-mel : soijah@usm.my

Tel: 04-653 2280

Anda mungkin juga menyukai